You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RASAH KEMAYAN

MINIT MESYUARAT UNIT KANTIN KALI PERTAMA


TAHUN 2015
Tarikh

: 6 APRIL 2014 (ISNIN)

Masa

: 10.45 PAGI

Tempat

: KANTIN SEKOLAH SMK RASAH KEMAYAN

Pengerusi

: PN ROZILA BT WAHIDIN

Kehadiran

Pn. Rozila Bt Wahidin( PK HEM)


Cik Siti Aishah Bt Shahar
Pn. Annie Natarah Bt Mohd Jalil
Abdul Salain Tahir
Mazyah Bt Mat

PERUTUSAN PENGERUSI ( PN ROZILA WAHIDIN)


1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir dalam mesyuarat unit Kantin bagi tahun 2015.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih serta mengharapkan kerjasama
daripada semua guru dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada

PEMBENTANGAN KERTAS-KERTAS KERJA / FOKUS MESYUARAT


4.1 PENGURUSAN KANTIN
4.1.1 Bilangan pekerja adalah lima orang, seorang lelaki dan empat perempuan
4.1.2 Terdapat 2 pekerja belum lagi menerima suntikan tifoid
4.1.3 Pembayaran sewa kantin perlu merujuk kepada Pembantu Tadbir, Pn Norlida
Bt Abdullah

4.1.4 Pemasangan Meter air dan elektrik perlulah merujuk kepada PPD
4.1.5 Pemakaian apron dan penutup kepala perlu semasa menyediakan hidangan
4.1.6 Pihak kantin perlu mematuhi urusan penyediaan makanan yang ditetapkan
oleh Pihak Kesihatan
5.1 KECERIAAN KANTIN
5.1.1 Keceriaan kantin perlu ditingkatkan kerana kita adalah kantin yang baru
beroperasi.
5.1.2 Sebuah meja bulat untuk tetamu khas perlu disiapkan
5.1.3 Pemasangan langsir perlu dibuat
5.1.4 Papan info dikantin perlu ada untuk meletakkan pelbagai maklumat terkini
5.1.5 Unit Kantin hendaklah memaparkan Carta Organisasi, Jadual Bertugas
Guru dan Senarai Tugas.
5.1.6 Info bergambar akan diambil dari Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan
Penerangan
5.1.7 Kebersihan longkang adalah dibawah tanggungjawab pengusaha kantin
Tindakan: Semua guru
5.2 BUKU LAPORAN KANTIN
5.2.1 Buku Laporan Kantin harian dan mingguan perlu diisi oleh pengusaha
kantin setiap hari dan minggu dan serahkan pada guru penyelaras selewatlewatnya pada 31hb setiap bulan
Tindakan: Pengusaha kantin
5.2.2 Laporan bulanan akan diisi oleh penyelaras kantin. Ia perlu dihantar ke PPD
dan PKD setiap bulan iaitu sebelum 5hb.
Tindakan: Penyelaras kantin

HAL-HAL LAIN
6.1 Teguran daripada pelbagai pihak iaitu:
6.1.1 Harga nasi ayam mahal
6.1.2 Harga roti sardin mahal
6.1.3 Pihak pengusaha kantin hendaklah mempamerkan harga makanan untuk
memudahkan pelajar membeli makanan
6.1.4 Perlu wujudkan pelbagai jenis kuih untuk menarik minat warga sekolah
untuk membeli
6.1.5 Menu buah-buahan perlu diwujudkan
6.2 Teguran daripada pengusaha kantin:
6.1.1 Persaingan wujud diantara pihak koperasi dan pihak kantin sehinggakan
makanan yang dijual oleh pengusaha kantin berlebih.

Tindakan: Semua guru


PENUTUP
Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan
tarikh mesyuarat yang berikutnya akan diberitahu kelak.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.25pagi.

Dicatat oleh,
..........................................
( CIK SITI AISHAH BT SHAHAR )
Penyelaras Unit Kantin,
SMK Rasah Kemayan

Tarikh : 6 APRIL 2015

Disemak Oleh,
.....................................
( PN. ROZILA BT WAHIDIN )
Guru Penolong Kanan HEM,
SMK Rasah Kemayan

Tarikh : 6 APRIL 2015

You might also like