You are on page 1of 10

FACULTY OF CLUSTER OF APPLIED SCIENCES (CAS)

SEMESTER 4 / 2019

XBHA2103

HUMAN ANATOMY AND PHYSIOLOGY

NO. MATRIKULASI : 831110115165001

NO. KAD PENGNEALAN : 831110-11-5165

NO. TELEFON : 013-9084635

E-MEL : salafuddin@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PERAK LEARNING CENTRE


SOALAN 1

Menurut wikipedia, 2018 Sistem saraf  ialah bahagian badan haiwan yang


mengkoordinasi tindakan terkawal dan tidak terkawal dan menghantar isyarat di antara
bahagian badannya yang berbeza. Tisu saraf pertama kali bangkit pada organisma
kecacingan kira-kira 550 hingga 600 juta tahun lalu. Pada kebanyakan spesies haiwan, tisu ini
terdiri daripada dua bahagian utama, sistem saraf pusat dan sistem saraf periferi. Sistem saraf
pusat mengandungi otak dan saraf tunjang. Sistem saraf periferi terutamanya terdiri
daripada saraf, yang merupakan berkas serabut panjang atau akson, yang menyambungkan
sistem saraf pusat dengan setiap bahagian lain badan. Sistem saraf periferi termasuk neuron
motor, mengantarai pergerakan terkawal; sistem saraf autonomi, terdiri daripada sistem saraf
simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik, yang mengawal atur fungsi tidak terkawal,
dan sistem saraf enterik, yang berfungsi untuk mengawal sistem perut usus.

Bagi manusia sistem sarafnya menyelaras aktiviti-aktiviti badan dengan menghantar


mesej dalam bentuk impuls sebagai tindak balas terhadap rangsangan (stimuli).Sistem saraf
manusia terdiri daripada dua iaitu

a) Sistem saraf pusat (central nervous system).


Sistem saraf pusat (SSP) adalah pusat pengolahan pada sistem saraf. Sistem ini
menerima informasi dari dan mengirimkan informasi ke sistem saraf perifer. Dua organ
utama sistem saraf pusat adalah otak dan sumsum tulang belakang. Otak bertugas memproses
dan menafsirkan informasi sensorik yang dikirim dari sumsum tulang belakang.( Artikeltop,
2019)

b) Sistem saraf periferi (peripheral nervous system).


Sistem saraf periferi terdiri daripada system saraf soma dan system saraf autonomi.
Sistem saraf soma (somatic nervous sytem) yang mengawal tindakan terkawal. Saraf yang
dibekalkan kepada kulit, otot dan aktiviti yang dibawah kawalan .Sistem saraf soma terbahagi
kepada dua iaitu:
i)Saraf kranium (cranial nerves), bertempat dibahagian atas leher, yang mengawal
aktivit.
ii)Saraf spina (spinal nerves) yang bertempat dibahagian bawah leher, yang mengawal
aktiviti seperti menulis, menari dan berlari.
Sistem saraf autonomi (autonomic nervous system) yang mengawal tindakan luar
kawal (involuntary action), yang mengawal aktiviti seperti rembesan enzim, bernafas,
denyutan jantung dan pencernaan makanan. (Cikgu Naza Dot Com,2012) Bersambungan
dengan sistem saraf pusat (CNS) kepada organ-organ. eg: gaster, jantung dan intestine yang
menjalankan aktiviti tanpa kawalan.Sistem saraf periferi terdiri dari 3 jenis saraf, iaitu:

a) 31 pasang sarafspinal
b) 12 pasang saraf kranial
c) bahagian autonom sistem saraf simpatetik dan para simpatetik

Kebanyakan saraf PNS terdiri dari fiber saraf sensori yang membawa impuls dari organ
ke otak.Fiber saraf motor menghantar impuls dari otak ke organ melalui spinal cord. eg: otot
skeletal, otot licin dan kelenjar. Fiber saraf berkumpul menjadi satu berkas (bundles). Setiap
berkas dilapisi oleh beberapa lapisan tisu perantara iaitu lapisan Endoneurium(lapisan halus
dan lembut meliputi setiap saraf dari luar bersambung ke perineurium dengan septa), lapisan
Perineurium (lapisan halus lembut meliputi setiap saraf dari luar bersambung ke perineurium
dengan septa), dan lapisan Epineurium (mengandungi dan mengikat beberapa berkas fiber
saraf, kebanyakannya saraf-saraf utama).( Anatomy, 2011)

SOALAN 2 (i)

Pituitari posterior juga dikenal sebagai Lobus Posterior: lobus Posterior menghasilkan
dua hormon, vasopressin dan oksitosin. Hormon-hormon ini dilepaskan ketika hipotalamus
mengirimkan pesan ke kelenjar pituitari melalui sel-sel saraf.

Vasopresin juga dikenal sebagai hormon antidiuretik (ADH). Hormon ini membantu
mengatur jumlah air di dalam tubuh. Ini dapat bermanfaat bagi tekanan darah, serta
membantu memastikan ginjal Anda terus berfungsi pada tingkat optimal.

Hormon Oksitosin dapat mempengaruhi perempuan pada waktu yang berbeza,


terutama semasa dan selepas melahirkan. Ini boleh menyebabkan kontraksi semasa bersalin
seterusnya, mengarahkan kelahiran. Hal ini juga boleh menyebabkan pengeluaran susu, serta
hal-hal lain yang diperlukan untuk membantu ikatan ibu dengan anaknya . (Usaha321,2019)
SOALAN 2 (ii)

Bahagian hadapan kelenjar pituitary dikenali sebagai Lobus Anterior. Fungsi


homon yang dirembeskan oleh pituitari anterior ialah seperti berikut:

 Hormon adrenokortikotropik (ACTH):Hormon ini mengarahkan kelenjar adrenal


untuk menghasilkan kortisol, yang sangat penting dalam mengendalikan tekanan
darah, pengawalan gula darah dan meningkatkan metabolisme anda.
 Hormon perangsang folikel (FSH) dan Luteinizing hormone (LH): Hormon-hormon
ini bekerja sama satu sama lain sebagai regulator atas fungsi ovarium dan testis.
Hormon ini memicu ovulasi pada wanita untuk menghasilkan telur untuk pembuahan.
Hal ini juga meningkatkan estrogen pada wanita.
 Hormon pertumbuhan (GH): Hormon ini membantu mengawal jumlah lemak dan otot
dalam badan, membantu menyembuhkan luka, menyokong sistem imun dan
membantu kanak-kanak untuk berkembang.
 Prolaktin: Hormon ini mengarahkan kelenjar susu dalam payudara untuk
mengeluarkan susu, yang membolehkan ibu memberi makan anak-anak mereka pada
bulan-bulan pertama kelahiran
 Hormon perangsang tiroid (TSH): Hormon ini memainkan peranan yang kuat dalam
banyak fungsi tubuh, termasuk denyutan jantung, metabolisme dan juga membantu
mengawal suhu badan.
SOALAN 3

Sistem Peredaran Darah Manusia

Sistem peredaran darah manusia memiliki tiga komponen penting yang masing-
masingnya saling berkaitan. Tiga komponen ini mengatur jalannya pengangkutan dan
penerimaan kembali darah ke dan dari seluruh tubuh.tiga komponen utama sistem sirkulasi
darah manusia ialah jantung, pembuluh darah dan darah.( Risky Chandra Swari, 2019)

a) Jantung

Fungsi utama jantung yang berperan mengepam darah ke seluruh tubuh. Jantung terdiri
dari 4 ruang yaitu bilik kanan (ventrikel dexster), bilik kiri (ventrikel sinister), serambi
kanan (atrium dexster), dan serambi kiri (atrium sinister). Fungsi lain jantung ialah
 Mengepam darah melalui pembuluh darah ke seluruh tubuh.
 Mengepam darah ke paru-paru untuk mengambil oksigen.
 Menerima darah dari seluruh tubuh.
 Membantu membuang limbah sisa metabolisme berupa gas (Idschool.net, 2018)

.
Bahagian-bahagian jantung(sumber: Idschool.net,2018)
b) Pembuluh darah
Ada tiga pembuluh darah utama yang terdapat di jantung, iaitu:

 Arteri, membawa darah yang kaya akan oksigen dari jantung ke bagian tubuh lainnya.
Arteri memiliki dinding yang cukup elastis sehingga mampu menjaga tekanan darah
tetap konsisten.
 Vena, pembuluh darah yang satu ini membawa darah yang miskin oksigen dari
seluruh tubuh untuk kembali ke jantung. Dibandingkan dengan arteri, vena memiliki
dinding pembuluh yang lebih tipis.
 Kapiler, pembuluh darah ini bertugas untuk menghubungkan arteri terkecil dengan
vena terkecil. Dindingnya sangat tipis sehingga memungkinkan pembuluh darah
untuk bertukar senyawa dengan jaringan sekitarnya, seperti karbon dioksida, air,
oksigen, limbah, dan nutrisi. (Risky Chandra Swari, 2019)

c) Darah

Darah adalah komponen terpenting dari sistem peredaran darah. Darah memiliki
fungsi sebagai pembawa nutrisi, oksigen, hormon, antibodi, serta berbagai zat lainnya,
dari dan ke seluruh tubuh. Darah manusia terdiri dari beberapa bagian, yang meliputi
plasma darah dan sel-sel darah.

 Plasma darah, merupakan cairan berwarna kekuningan pada darah yang bertugas
membawa zat-zat penting, seperti hormon, protein, dan faktor pembekuan darah.
 Sel darah merah (eritosit), sebagai pembawa oksigen dan karbon dioksida.
 Sel darah putih (leukosit), membantu mempertahankan tubuh dari infeksi virus,
kuman, jamur, dan parasit.
 Keping darah (trombosit), dibutuhkan tubuh untuk membantu proses pembekuan
darah.( Alodokter,2018)

Sistem peredaran darah manusia dikenali sebagai sistem peredaran tertutup dan ganda
dua. Ini kerana darah mengalir dalam salur darah berterusan melalui jantung sebanyak dua
kali dalam satu peredaran lengkap. Sistem peredaran ganda dua pada manusia terdiri
daripada dua sistem peredaran yang utama:

a) Sistem peredaran pulmonari (pulmonary circulation).

(jantung → peparu → jantung)

b) Sistem peredaran sistemik (systemic circulation).

(jantung → semua tisu badan → jantung)


Sistem peredaran pulmonari.

Darah terdeoksigen (deoxygenated blood) dipam keluar dari ventrikel kanan (right ventricle)
ke dalam arteri pulmonari dan seterusnya ke peparu kiri dan kanan.Di peparu (lungs),
pertukaran gas berlaku. Darah terdeoksigen dalam arteri pulmonari menerima oksigen lalu
menjadi darah beroksigen (oxygenated blood) yang kemudian diangkut dari peparu ke atrium
kiri jantung melalui vena pulmonari (pulmonary vein).

Ventrikel kanan → Arteri pulmonari → Peparu → Vena pulmonari → Atrium kiri

Fungsi utama sistem peredaran pulmonari adalah untuk membolehkan darah terdeoksigen
menjadi darah beroksigen. (Cikgu Naza Dot Com,2012)

Sistem peredaran sistemik.

Darah beroksigen dari peparu, yang memasuki atrium kiri jantung, dipam ke dalam ventrikel
kiri dan seterusnya dipam keluar dari jantung melalui aorta.Darah yang dipam keluar dari
jantung berada dalam tekanan tinggi.Aorta bercabang untuk membentuk arteri, yang
membawa darah beroksigen ke semua tisu badan.Pertukaran gas dan nutrien (nutrient)
berlaku di sel badan sesuatu organ. Darah yang diangkut keluar dari organ melalui vena
adalah darah terdeoksigen.Darah dari vena di semua tisu badan akan disalurkan ke dalam
vena kava (vena cava) dan dialirkan ke dalam atrium kanan jantung.

Atrium kiri → Ventrikel kiri → Aorta → Tisu badan → Vena kava → Atrium kanan

Fungsi utama sistem peredaran sistemik adalah untuk membolehkan darah beroksigen dibawa
dari jantung ke semua tisu badan.(Cikgu Naza Dot Com,2012)
SOALAN 4

a) Tiga enzim yang terlibat dalam encernaan karbohidtar di dalam usus kecil ialah:
i) Enzim maltase
ii) Enzim Sukrase
iii) Enzim lactase

b) Pencernaan karbohirat dalam usus kecil melalui 3 organ iaitu usus 12 jari (duodenum),
usus kosong (jejunum) dan juga usus penyerap (ileum).

a.Usus 12 Jari (Duodenum)

Chimus yang mengandungi karbohidrat yang berasal dari perut dihantar ke usus 12
jari (duodenum) dan kemudian dicerna lagi. Proses pencernaan karbohidrat dalam
usus 12 jari dilakukan secara kimia menggunakan enzim enzim amilopsin atau enzim
amilase yang dihasilkan dari getah pancreas. Enzim ini memecahkan kanji yang masih
belum dapat diuraikan sepenuhnya dalam rongga mulut untuk menjadi disakarida.
( Tewguth Yueornro,2015)
b. Usus Kosong (Jejunum)

Setelah melalui usus 12 jari, di dalam organ ini, disakarida dipecah menjadi
monosakarida dengan bantuan enzim-enzim disakaridase (maltase, laktase, dan
sukrase) yang terdapat pada getah usus halus hasil rembesan dinding-dindingnya.
Pemecahan disakarida tergantung pada jenis dan jumlahnya, iaitu.(Tewguth
Yueornro,2015)

c. Usus Penyerap (Ileum)

Setelah melalui usus kosong, monosakarida-monosakarida hasil penguraian enzim


disakaridase kemudian diserap oleh dinding ileum atau usus penyerap. Pengambilan
monosakarida ini kemudian diserap dan diangkut oleh sistem peredaran darah melalui
vena portal dan disalurkan ke seluruh badan menjadi tenaga yang sedia untuk
digunakan.( Tewguth Yueornro,2015)
RUJUKAN
Anatomy, 2011. Saraf-Ssistem Saraf Periferi dimuat turun daripada
http://anatomybatch17.blogspot.com/2011/09/saraf-sistem-saraf-periferi-pns.html
Artikeltop, 2019. Sistem saraf Pusat Manusia dan fungsinya dimuat turun dariada
https://artikeltop.xyz/sistem-saraf-pusat-manusia-dan-fungsinya.html
Alodokter,2018. Memahami system peredaran darah manusia dimuat turun daripada
https://www.alodokter.com/memahami-sistem-peredaran-darah-pada-manusia
Idschool.net,2018. System Peredaran Darah Manusia dimuat turun daripada
https://idschool.net/smp/sistem-peredaran-darah-manusia/
Cikgu Naza Dot com, 2012. Sistem peredaran darah manusia. Dimuat turun daripada
http://www.biologi45.cikgunaza.com/2012/01/sistem-peredaran-darah-manusia.html

Risky Chandra Swari, 2019. Mengulik Lika-Liku Sistem Peredaran Darah Manusia. Dimuat
turun daripada https://hellosehat.com/hidup-sehat/fakta-unik/sistem-peredaran-darah-
manusia.

Tewguth Yueornro,2015. Proses Pencernaan Karbohidrat dalam Tubuh Manusia + Skema


dimuat turun daripada http://www.ebiologi.net/2015/10/proses-pencernaan-karbohidrat-
dalam-tubuh.html

Usaha321,2019. Fungsi Kelenjar pituitari dan hormon yang dihasilkannya dimuat turun
daripada https://usaha321.net/kelenjar-pituitari-fungsi-dan-hormon-yang-
dihasilkan.html

You might also like