You are on page 1of 6

UJIAN PRA

BAHAN SUMBER PdP MATEMATIK

INTEGER
Masa: 20 minit

Nama Murid:

Tingkatan:

Nama & Alamat Sekolah:

Jangan buka kertas soalan ini sehingga diberitahu.


Jawab semua soalan berikut.

1 Rajah di bawah menunjukkan susunan integer mengikut urutan.

–21 P –11 Q –1 4

Cari hasil tambah bagi P dan Q.


A –24 B –22
C –10 D 10

2 Apakah integer yang terletak di tengah-tengah jika senarai integer berikut disusun mengikut tertib menurun?

7 –2 –8 10 –5 1 4

A –5 B –2
C 1 D 4

3 Suhu secawan kopi ais ialah –5C. Selepas 10 minit, suhunya meningkat sebanyak 4C. Kemudian,
beberapa ketul ais dimasukkan ke dalam kopi tersebut dan suhunya menurun sebanyak 6C. Selepas 1 jam,
suhu kopi tersebut naik sebanyak 12C kerana dipengaruhi oleh suhu persekitaran. Cari suhu akhir kopi
tersebut.
A –15C B –5C
C 5C D 7C

4 Rajah di bawah menunjukkan satu garis nombor.

–115 P Q 10

Nyatakan nilai P dan nilai Q.


5 Selesaikan setiap yang berikut.

(a) –7 × 528 ÷ (12 + 4)

(b) 225 ÷ (39 – 24) + 28 – 12 × (–8)

6 Seorang peniaga buah-buahan membeli 4 kotak epal dan 2 kotak mangga. Setiap kotak mengandungi 50 biji
buah. Pada hari pertama, peniaga tersebut telah menjual separuh daripada bilangan epal dengan harga RM1
sebiji dan separuh daripada mangga dengan harga RM2 sebiji. Pada hari kedua, peniaga tersebut telah
menjual separuh daripada baki epal dan mangga tersebut masing-masing dengan harga kurang 20 sen dan
50 sen daripada harga jualan pada hari pertama.

(a) Hitung hasil jualan pada hari pertama dan kedua.

(b) Hitung bilangan epal dan mangga yang tinggal pada hari ketiga.
7 Jadual di bawah menunjukkan harga makanan laut di sebuah pasar.

Jenis makanan laut Harga sekilogram (RM)


Ikan kembung 16
Ketam 32
Sotong 25
Udang 25

(a) Puan Sonia membayar RM24 untuk ikan kembung, RM40 untuk ketam, RM30 untuk sotong dan RM20
untuk udang. Hitung jisim, dalam gram, bagi setiap jenis makanan laut yang dibeli oleh Puan Sonia.

(b) Selepas seminggu, didapati harga bagi ketam meningkat sebanyak satu perempat daripada harga asal dan
harga sotong menurun sebanyak satu perlima daripada harga asal. Puan Sonia membayar jumlah wang
yang sama seperti di (a). Hitung jisim, dalam gram, bagi ketam dan sotong yang dibeli oleh Puan Sonia.
8 Berikut ialah maklumat mengenai lima buah kelas tingkatan 1 di sebuah sekolah.

 Jumlah murid lelaki di dalam Kelas A dan Kelas B adalah sama dengan jumlah murid
perempuan di dalam Kelas C.
 Jumlah murid di dalam Kelas C ialah 41 orang.
 Jumlah murid lelaki di dalam kesemua kelas ialah 80 orang.
 Jumlah murid lelaki di dalam Kelas D adalah sama dengan jumlah murid perempuan
di dalam Kelas D.
 Jumlah murid perempuan di dalam Kelas D adalah 8 orang kurang daripada jumlah
murid perempuan di dalam Kelas B.
 Jumlah murid perempuan di dalam Kelas E adalah 2 orang kurang daripada jumlah
murid perempuan di dalam Kelas A.
 Jumlah murid lelaki di dalam kesemua kelas adalah 20 orang kurang daripada jumlah
murid perempuan di dalam kesemua kelas.

Berdasarkan maklumat yang diberi, lengkapkan jadual berikut.

Kelas Bilangan murid lelaki Bilangan murid perempuan


A 15
B 15
C
D
E 19
JAWAPAN
1 B

2 C

3 C

4 P = –90, Q = –40

5 (a) –231

(b) 139

6 (a) RM277.50

(b) 50 biji epal dan 25 biji mangga

7 (a)
Jenis makanan laut Harga sekilogram (RM) Jisim yang dibeli (gram)
Ikan kembung 16 1500
Ketam 32 1250
Sotong 25 1200
Udang 25 800

(b) 1000 g ketam dan 1000 g sotong

8
Kelas Bilangan murid lelaki Bilangan murid perempuan
A 15 12
B 15 28
C 11 30
D 20 20
E 19 10

You might also like