You are on page 1of 10

TAJUK 1

PENGENALAN KEPADA ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep asas, struktur dan fungsi serta regulasi homeostasis oleh sistem organ. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran 1. 2. 3. Mengenal pasti konsep asas sains anatomi dan fisiologi Membincangkan struktur dan fungsi anatomi dan fisiologi Membincangkan regulasi homeostasis oleh sistem organ

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengenalan Kepada Anatomi dan Fisiologi

Konsep Asas

Struktur dan Fungsi

Regulasi homeostasis oleh sistem organ

1.0

Konsep asas anatomi dan fisiologi

1.1

Pengenalan

Anatomi ialah kajian tentang struktur tubuh dan hubungan di antara bahagianbahagiannya. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek anatom yang bermakna memotong, maka anatomi boleh dianggap sebagai kajian dengan memotong (diseksi). Sementara itu, fisiologi pula boleh didefinisikan sebagai kajian tubuh manusia dalam keadaan normal. Kajian ini berkait rapat dengan pengetahuan tentang semua makhluk hidup yang terangkum dalam kajian biologi. Bidang ini juga berkait rapat dengan kajian tindakan fizikal dan pergerakan yang

berlaku dalam badan.


Anatomi dan Fisiologi Manusia

Sains Anatomi dan Fisiologi

Sistem Rangka

Sendi

Sistem Otot

Rajah 1.1 : Pengenalan kepada Anatomi dan Fisiologi Terdapat beberapa jenis anatomi iaitu anatomi regional, anatomi fungsi dan anatomi makroskopik. Anatomi regional ialah kedudukan geografi bahagian tubuh dan setiap region atau daerah. Contohnya kaki, dada, kepala dan lain-lain anggota yang terdiri daripada struktur atau susunan umum yang terdapat pada semua bahagian tubuh badan. Anatomi fungsi pula adalah kajian tentang kedudukan dan hubungan antara satu bahagian tubuh dengan yang lain. Ia juga menerangkan tentang kegunaan setiap struktur dan sistem tisunya. Anatomi makroskopik adalah penglihatan strukturstruktur tertentu dengan hanya menggunakan mata kasar.

Manakala, fisiologi pula adalah kajian yang berkaitan dengan fungsi pada keseluruhannya serta struktur dan organ-organ yang terdapat dalam tubuh badan. Oleh itu, mari kita lihat apa yang dikatakan sebagai anatomi dan fisiologi. 1.1 Organisasi Struktur Tubuh (a) Kepala dan leher

Seperti yang kita ketahui, kepala adalah bahagian yang paling utama pada tubuh badan. Permukaan bahagian hadapan kepala dikenali sebagai muka. Manakala bahagian dalam kepala pula terdapat kaviti mulut, kaviti nasal, kaviti orbital, kaviti telinga dan kaviti kranium.

Leher pula terletak di antara kepala dan toraks. Leher terdiri daripada bahagian atas esofagus, larinks, saraf-saraf kranial dan pembuluh darah. Selain daripada itu, kelenjar tiroid, paratiroid dan nodus-nodus limfa.

(b)

Badan

Badan terbahagi kepada bahagian toraks, bahagian abdomen dan pelvis. Toraks terletak di antara leher dan abdomen. Toraks ialah bahagian atas trunkus. Terdapat beberapa bahagian utama di dalam toraks seperti jantung, paru-paru, pembuluh darah, trakea dan esofagus. Rangka dinding toraks terbentuk oleh kolum vertebra di belakang, tulang-tulang rusuk di lateral dan tulang sternum di hadapan.

Abdomen merupakan bahagian inferior trunkus badan. Ia dipisahkan daripada toraks oleh otot diafragma. Organ yang terletak di dalam abdomen terdiri daripada trek gastrousus, hepar, pankreas, pundi hempedu, limpa dan ginjal.

Jika kita lihat, pelvis adalah bahagian paling bawah trunkus badan. Pelvis terletak di antara dua tulang pinggul. Organ yang terletak di dalam kaviti pelvis terdiri daripada pundi kencing, organ pembiakan internal dan juga bahagian bawah trek gastrousus. (c) Anggota

Anggota tubuh badan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu anggota bahagian atas dan anggota bahagian bawah.

Rajah 1.2: Pandangan hadapan tubuh manusia menunjukkan bahagian dan kawasannya.

Untuk memahami badan manusia, kita mesti mengkaji organisasinya pada pelbagai tahap yang berbeza dari submikroskopik hingga makroskopik. Pertalian di antara pelbagai tahap organisasi ialah seperti di bawah.

Levels of Structural Organization


Smooth muscle cell Molecules 2 Cellular level Cells are made up of molecules Atoms 1 Chemical level Atoms combine to form molecules

Smooth muscle tissue 3 Tissue level Tissues consist of similar types of cells Cardiovascular system

Heart Blood vessels

Epithelial tissue Smooth muscle tissue Connective tissue 4 Organ level Organs are made up of different types of tissues

Blood vessel (organ)

6 Organismal level The human organism is made up of many organ systems

5 Organ system level Organ systems consist of different organs that work together closely Figure 1.1

Rajah 1.3 : Struktur organisasi tubuh badan Tahap Kimia. Unit bahan terkecil yang stabil ialah atom.

Gabungan atom menjadi molekul dengan bentuk yang kompleks. Setiap bentuk khusus molekul menentukan fungsinya.

Tahap Selular Pelbagai molekul berinteraksi menjadi struktur yang lebih besar dan mempunyai fungsi khusus di dalam sel. Sel merupakan unit hidup terkecil di badan Sel-sel ini menjadi organisasi tahap selular.

Tahap Tisu Tisu terdiri daripada sel- sel yang serupa. Sel-sel ini bekerja bersama-sama melakukan fungsi tertentu. Sebagai contoh, sel-sel otot jantung membentuk tisu otot kardiak merupakan organisasi tahap tisu.

Tahap Organ Organ terdiri daripada dua atau lebih tisu yang sama-sama bekerja melakukan fungsi tertentu. Sebagai contoh, jantung adalah organ dengan dindingnya terdiri daripada lapisan otot kardiak dan lain-lain tisu.

Tahap Sistem Organ Organ-organ berinteraksi di sistem organ. Setiap kali menguncup, jantung mengepam darah ke talian saluran darah. Secara bersama, jantung, darah dan saluran darah membentuk sistem kardiovaskular iaitu organisasi tahap sistem organ.

Tahap organisasi Semua sistem organ badan bekerja sama mengekalkan kehidupan dan kesihatan. Ini merupakan organisasi tahap tertinggi manusia.

Organisasi pada setiap tahap menentukan cirri-ciri struktur dan fungsi pada tahap

yang lebih tinggi. Susunan atom dan molekul pada tahap kimia menghasilkan filamen protein. Sebagai contoh, filamen protein pada tahap selular menjadi sel-sel otot kardiak. Pada tahap tisu pula, sel-sel ini berkait menjadi tisu otot kardiak. Struktur tisu memastikan penguncupan yang selaras dan menghasilkan denyutan. Anatomi dalaman organ jantung membolehkan ia bertindak seperti pam. Jantung yang menakung darah bersambung dengan salur darah mengepam darah melalui atrium dan ventrikel dalam sistem kardiovaskular.

Sesuatu yang menjejaskan sistem akan memberi kesan kepada komponen-komponen sistem tersebut. Sebagai contoh, jika berlaku kemalangan dan kehilangan darah yang banyak maka jantung tidak dapat berfungsi dengan berkesan. Akibatnya bukan sahaja sistem kardiovaskular terganggu malah sel-sel, tisu-tisu dan organ-organ lain di seluruh akan badan turut terganggu kerana mengalami kekurangan oksigen yang dibekalkan oleh darah.

1.1.2 Homeostasis

Homeostatic Control Mechanisms


3 Input: Information sent along afferent pathway to Control center 4 Output: Information sent along efferent pathway to

Receptor (sensor)

Effector

2 Change detected by receptor

Stimulus: Produces change in variable

Im b ala nce
Variable (in homeostasis)

5 Response of effector feeds back to influence magnitude of stimulus and returns variable to homeostasis

Im b ala nce
Figure 1.4

Rajah 1.4 : Mekanisma Kawalan Homeostasis

Homeostasis adalah satu tindakan yang dilakukan oleh organisma untuk mengekalkan kestabilan persekitaran dalaman melalui pengawalan suhu badan, peredaran oksigen dan kandungan mineral (potasium, sodium dan klorida) di dalam sel badan. Homeostasis dicapai melalui satu mekanisme yang dikenali sebagai pengawalan tindak balas negatif. Apabila keadaan tidak stabil dalam badan dikesan, maklumat ini akan dihantar kepada regulator fisiologikal. Seterusnya, regulator fisiologikal akan menyebabkan perubahan kepada fungsi badan bagi menentang atau mengatasi keadaan tidak stabil tersebut. Misalnya, apabila kita bersenam, otot akan bekerja keras dan menyebabkan bahagian otot tertentu mengalami kekurangan oksigen. Kesannya, ketegangan akan wujud dan mengakibatkan tindak balas negatif berlaku, misalnya kadar denyutan nadi dan kadar pernafasan akan meningkat. Perubahan ini akan menyebabkan oksigen dihantar ke bahagian otot yang memerlukan oksigen dan seterusnya menghapuskan ketegangan yang wujud.

(a)

Gangguan homeostasis Gangguan homeostasis berlaku apabila permintaan terhadap sistem tubuh badan melebihi keupayaan sel tubuh badan untuk bertindak balas bagi mengekalkan keadaan asal. Namun, sistem tubuh badan akan bertindak untuk mewujudkan keadaan yang stabil (homeostasis). Contohnya, suhu badan meningkat semasa seseorang bersenam selama 60 minit, tetapi gangguan (peningkatan suhu badan) tersebut dapat diatasi selepas 40 minit, iaitu suhu badan dikekalkan tanpa peningkatan (Power & Howley, 2001). Rajah 1.11 menunjukkan proses gangguan homeostasis.

Perubahan persekitaran fizikal dan kimia Kekurangan oksigen Peningkatan kandungan asid dalam darah

OTAK PENGESAN - Dikesan oleh sel-sel PENYATU - Membuat keputusan PENGAWAL ATUR/ REGULATOR - Memberi maklum balas kepada sel-sel untuk mengawal pernafasan. -

Gangguan homeostasis

Rajah 1.5 : Proses gangguan homeostasis

SEMAK KENDIRI 1.1


1.

2.

Apakah kepentingan anatomi dan fisiologi kepada kehidupan kita? Bagaimana sistem-sistem organ yang lain berhubung kait dengan sistem rangka dari segi fisiologi?

TUGASAN TERARAH Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan komponen kecergasan keseluruhan seperti kecergasan fizikal, mental, sosial dan emosi.

LAMAN WEB

http://en.wikipedia.org/wiki/Physical_fitness http://www.cyberparent.com/fitness/five.htm http://www.cdc.gov/nccdphp/dnpa/physical/everyone/glossary/index.htm

http://www.brianmac.co.uk/conditon.htm

PORTFOLIO Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia. Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan(pengkhususan). Shah Alam: Fajar Bakti. Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th edition). San Francisco, CA: Benjamin Cummings.

You might also like