You are on page 1of 1

RUMUSAN Secara kesimpulannya, aktiviti sukan yang kami pilih iaitu lari berpagar..

Kami telah menggunakan pengetahuan anatomi dan fisiologi terhadap aktiviti lari berpagar dengan menghubungkaitkan sistem-sistem tubuh badan. Beberapa sistem tubuh badan telah kami gunakan iaitu sistem rangka, sistem otot, sistem saraf, saluran darah, jantung, sistem respirasi, sistem penghadaman, sistem urinari dan sistem integumentari. Kami menganalisis aktiviti lari berpagar sebelum mula menulis esei ini. Selepas memahami setiap sistem-sistem tubuh badan, kami pun bermula menghubungkaitkan aktiviti lari berpagar dengan sistem-sistem tubuh badan. Antara sistem tubuh badan juga mempunyai jalinan antara satu sama lain. Contohnya, jantung yang mengepamkan darah ke seluruh badan dan darah yang beroksigen diperlukan oleh sel-sel badan dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, kami berasa agak rumit dan susah semasa menulis esei ini. Akan tetapi, kami telah menggunakan pengetahuan anatomi kami yang sedia ada dalam melaksanakan tugasan ini. Walaupun pengetahuan kami terhadap anatomi dan fisiologi masih tidak begitu dalam, tetapi kami telah berusaha dan cuba dengan sedaya upaya. Setiap aktiviti sukan akan mempunyai jalinan hubungan dengan sistem-sistem tubuh badan. Ini kerana semasa aktiviti dijalankan, organ-organ dalam badan kita akan berfungsi dan sistem-sistem tubuh badan juga akan berfungsi dengan aktif untuk mencapai ke tahap maksima yang dapat menampung keperluan tenaga aktiviti yang dijalankan. Tubuh badan mempunyai banyak aras struktul yang berbeza kompleksitinya. Asas struktur paling rendah ialah aras kimia. Gabungan atom membentuk molekul dan cantuman molekul membentuk pelbagai sel yang menjalankan tigas berbeza. Aktiviti yang berbeza memerlukan sistem-sistem tubuh badan yang berbeza dan organ-organ tertentu yang berfungsi. Walaubagaimanapun, satu aktiviti juga melibatkan beberapa sistem-sistem tubuh badan dan juga organ-organ badan kerana ia mempunyai hubungan dan jalinan antara mereka.

You might also like