You are on page 1of 32

SISTEM OTOT

Tisu otot rangka


Otot rangka merupakan sejenis otot berstria yang menghubungkan antara satu tulang ke tulang yang lain. Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur badan, dengan mengenakan daya kepada tulang dan sendi melalui pengecutan. Otot rangka mengecut secara terkawal melalui stimulasi saraf.

Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang. Nukleus otot ini terdapat di bawah membran plasma yang mengosongkan bahagian tengah gentian otot untuk miofibril. Aturan unik ini membenarkan pergerakan yang lebih berkesan. Otot ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya terlekat kepada tulang pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang lain seperti humerus.

Gambarajah : anatomi otot rangka

Kompenen-Kompenen Otot Rangka


Fiber Otot Merupakan sel-sel otot. Berbentuk silinder & mempunyai banyak nukleus. Berjalur dan bersaiz besar. Diameternya di antar 10m 100m. Panjangnya mencapai sehingga 40cm.

Tisu Penghubung :
Epimisium Dikenali juga sebagai tisu penghubung kasar. Meliputi keseluruhan bahagian luar otot. Tendon yang terdapat pada kedua-dua hujung otot rangka terbina daripada unjuran epimisium.

Perimisium Otot terdiri daripada fasikel-fasikel. Setiap fasikel diliputi tisu penghubung berfiber. Membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel.
Endomisium Dikenali juga sebagai tisu penghubung halus & meyelaputi setiap fiber otot.

Tendon Tisu fiber kelogen yang melekatkan otot kepada tulang. Tidak begitu kenyal. Menghasilkan daya ketegangan yang tinggi. Tendon yang lebar dipanggil apourosis.

Bagaimana tulang rangka berfungsi ?


Kekuatan otot rangka selari dengan kawasan keratan lintangnya. Kekuatan badan pula bergantung kepada prinsip biomekanik (jarak di antara selitan otot dan sendi, saiz otot, dan sebagainya). Otot biasanya diatur berlawanan agar apabila satu kumpulan otot mengucup, satu kumpulan otot lagi mengendur.

Sel otot rangka dirangsangkan oleh asetilkolina yang di bebaskan di persimpangan neuromaskular oleh neuron motor. Apabila sel dirangsangkan, retikulum sarkoplasmanya akan membebaskan ion kalsium (Ca2+). Ini akan saling bertindak dengan miofibril dan, dengan itu, mendorong pengucupan otot (melalui mekanisma gelongsoran filamen. Selain kalsium, proses ini memerlukan adenosina trifosfat (ATP). ATP dihasilkan melalui proses yang memetabolismekan kreatina fosfat dan glikogen yang disimpan dalam sel otot serta glukosa dan asid lemak yang diperolehi daripada darah.

Setiap neuron motor mengawal sekumpulan sel otot yang dikenali sebagai "unit motor". Apabila lebih tenaga diperlukan, dari apa yang dihasilkan oleh satu unit motor, lebih banyak unit dirangsangkan; ini dikenali sebagai "penglibatan unit motor". Jika lebih tenaga diperlukan dari apa yang boleh di dapati dari pengucupan unit semasa, neuron motor akan menghantar rangsangan tambahan; ini menyebabkan proses "penjumlahan pengecutan" yang meningkatkan tahap pengucupan. Jika otot mengucup secara maksima, ia dikatakan telah mencapai tahap "pengucupan tetanik".

CIRI-CIRI OTOT RANGKA


Kebolehujaan (irritability/excitability) Kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas terhadap rangsangan yang diterima. Keupayaan ini membolehkan otot untuk mengucup.

Kebolehkuncupan (contractibility) Keupayaan otot untuk menguncup atau memendek apabila menerima rangsangan. Daya dihasilkan apabila otot menguncup. Ciri ini membezakan tisu otot dengan tisu-tisu yang lain.

Kebolehpanjangan (extensibility) Keupayaan otot untuk meregang atau memanjang. Fiber otot akan memendek apabila menguncup tetapi boleh memanjang melebihi panjang asal apabila otot relak.
Kebolehpanjangan (Elasticity) Keupayaan otot untuk kembali semula ke panjang asal selepas meregang atau menguncup.

Gentian Merah dan Putih


Otot rangka mengandungi dua jenis gentian, digunakan untuk menghasilkan ATP; jumlahnya berbeza dari otot ke otot, dan dari seseorang dengan yang lain.

Gentian merah ("sentak-perlahan") mempunyai lebih mitokondria, menyimpan oksigen dalam mioglobin, bergantung kepada metabolisme aerob dan dikaitkan dengan daya ketahanan; ia menghasilkan ATP lebih perlahan. Pelari maraton cenderung mempunyai lebih banyak gentian merah. Gentian putih ("sentak pantas") mempunyai kurang mitokondria, mampu untuk lebih berkuasa (tetapi lebih pendek) pengucupan, metabolisme ATP lebih pantas, dan lebih kemungkinan mengumpul asid laktik. Pengangkat berat dan pemecut cenderung mempunyai lebih gentian putih.

PENGUNCUPAN OTOT RANGKA:


Jenis-Jenis Penguncupan Otot Rangka:
Penguncupan Isometrik Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan pada panjang otot walaupun penguncupan ini menghasilkan daya. Tidak menghasilkan pergerakan. Contoh: Menolak dinding dengan siku bengkok atau telan kedua-dua tangan.

Penguncupan Isokinetik Penguncupan fiber otot dengan halaju penguncupan yang tetap di sepanjang pergerakan. Dihasilkan dengan menggunakan peralatan yang mengawal halaju pergerakan tersebut. Contoh: Menggunakan peralatan khusus di gimnasium.

Penguncupan Isotonik Penguncupan fiber otot yang menghasilkan daya yang tetap di sepanjang julat pergerakan. Menyebabkan perubahan pada panjang otot & berlakunya pergerakan. Terbahagi kepada dua iaitu penguncupan esentrik yang menyebabkan pemanjangan otot dan penguncupan konsentrik pula melibatkan pemendekan fiber otot.

HALAJU PENGUNCUPAN
Otot-otot rangka manusia terdiri daripada gabungan fiber sentak cepat (fiber putih) dan fiber sentak lambat (fiber merah). Fiber sentak lambat digunakan untuk penguncupan yang perlahan dan kekal (sustain) Fiber sentak cepat digunakan untuk penguncupan pantas tetapi penguncupan jenis ini tidak bertahan lama.

Anatomi otot rangka


Major Skeletal Muscles

Gambarajah : anatomi otot rangka (pandangan hadapan)

Major Skeletal Muscles

Gambarajah : anatomi otot rangka (pandangan belakang)

Kardiak dan tisu otot lembut

TERMINOLOGI OTOT
FUNGSI OTOT Menghasilkan pergerakan. Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh peguncupan otot. Otot memberi bentuk pada manusia untuk menyokong tubuh badan dan mengekalkan postur. Menstabilkan sendi. Otot-otot rangka menstabilkan sendi-sendi terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi.

Menghasilkan haba. Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti sampingan otot. Haba penting untuk mengekalkan suhu normal badan. Otot rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim badan terdiri daripada otot rangka. Tenaga yang tidak digunakan akan terbebas sebagai haba.

JENIS-JENIS OTOT :
Otot Rangka
Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi pada tulang rangka. Fiber otot rangka merupakan otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan terkawal. Bertanggungjawab bagi semua pergerakan. Halaju penguncupan fiber otot rangka bergantung kepada jenis fiber sama ada fiber sentak cepat dan fiber sentak lambat.

Otot Licin
Terdapat pada dinding organ visceral seperti perut, pundi kencing dan salur pernafasan. Mengerakkan cecair atau bahan-bahan di dalam saluran-saluran-saluran yang terdapat di dalam badan.

LEKATAN OTOT
Setiap otot rangka melekat pada tulang atau tisutisu penghubung yang lain. Dua tempat lekatan otot ialah:
Lekatan Proksimal
Lekatan yang dikenali sebagai origin.Lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang lebih hampir dengan batang tubuh.

Lekatan Distal
Lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang lebih jauh dari batang tubuh.Dikenali sebagai Insertion.

INTEGRASI OTOT-OTOT DALAM PERGERAKAN RANGKA


Saling tindakan otot-otot. Pergerakan efektif melibatkan aktiviti pelbagai otot disamping otot utama yang berperanan melakukan pergerakan secara terus.Hal ini bermakna otot-otot dalam tubuh saling bertindak dalam melakukan pergerakan. Otot tidak sendirian untuk melakukan pergerakan.

Antara Peranan Otot :


Agonasis Otot yang berperanan sebagai penggerak utama dalam sesuatu pergerakan. Antagonis Otot yang menghasilkan pergerakan berlawanan denagn otot penggerak utama. Tindakan berlaku secara serentak dengan otot.

Sinergis Otot yang membantu otot penggerak utama. Menambahkan daya untuk melakukan pergerakan. Menstabilkan sendi dengan mengurangkan pergerakan lain.

Nama-nama otot rangka utama

You might also like