You are on page 1of 51

SISTEM RANGKA

Pengenalan
Sistem rangka adalah suatu sistem organ yang memberikan dukungan fisik pada makhluk hidup. Sistem rangka umumnya dibagi menjadi tiga tipe: eksternal, internal, dan basis cairan (rangka hidrostatik). Rangka manusia dibentuk dari tulang tunggal atau gabungan (seperti tengkorak) yang ditunjang oleh struktur lain seperti ligamen, tendon,otot, dan organ lainnya.

Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia. Sistem ini terdiri daripada tulang-tulang dan struktur-struktur sokongan seperti ligamen, tendon, kartilej dan sendi..

Sistem Rangka :

Komponen-komponen Sistem Rangka

1. Tulang
Mempunyai lapisan luar kuat, keras, tebal dan bahagian tengah berongga yang mengandungi sumsum.

2. Ligamen
Tisu berfiber yang menyambungkan dua atau lebih tulang atau rawan yang boleh bergerak. Ligamen berfungsi untuk mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan pergerakan pada sendi.

Ligamen Ligamen

3. Kartilej
Tisu lembut tetapi kuat, elastik dan tiada saluran darah. Kartilej menyaluti hujunghujung tulang yang membentuk sendi. Berfungsi untuk melindungi tulang daripada haus apabila bergeseran antara sendi dan sebagai penyerap apabila berlaku hentakanpada tulang.

Tulang

Kartilej

Tulang

4. Tendon
Tisu berfiber tidak kenyal yang sangat kuat. Berfungsi untuk melekatkan otot dengan tulang.

Tendon ( Archiles Tendon )

Tendon ( Posterior Tibialis Tendon )

5. Sendi
Tempat pertemuan dua tulang yang bersebelahan.Terdapat tiga jenis sendi pada manusia iaitu sendi tanpa gerak (synarthroses) sendi yang mempunyai gerakan terhad (amphiarthroses) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diathroses).

1. Sokongan 5. Penstoran mineral 2. Perlindungan

Fungsi Sistem Rangka

4. Pembentukan sel-sel darah

3. Pergerakan

1. Sokongan

Tulang membentuk rangka tubuh bagi menyokong tisu-tisu lembut dan organ tubuh. Contoh : Perlekatan otot-otot pada tulang-tulang rangka

2. Perlindungan

Rangka melindungi organ dalaman yang penting seperti saraf tunjang, jantung dan mata. Contoh : Tulang rusuk melindungi paru-paru dan jantung.

3. Pergerakan

Tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi. Contoh : Sendi lutut melibatkan tibula, fibula dan femur.

4. Pembentukan Sel-sel Darah

Sum-sum dalam tulang menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan platlet. Contoh : Sternum, femur, pelvis dan humerus.

5. Penstoran Mineral

Tempat penstoran mineral seperti kalsium dan fosforus. Mineral ini akan dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain pada tubuh apabila diperlukan. Contoh : Lemak distorkan dalam kaviti tulang. Jika diperlukan, lemak akan diserap ke dalam darah dan digunakan oleh tisu lain sebagai sumber tenaga.

Jenis-jenis Sistem Rangka

Axial
Cth : tengkorak, sternum, tulang rusuk, dan tulang vertebra

Appendicular (hujung/keluar dari badan) Cth : klavikel, skapula, radius, ulna .

Klasifikasi Tulang
Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulang-tulang memenuhi keperluan khusus bagi tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya. Tulang panjang, tulang pendek, tulang leper/ pipih, tulang tak sekata

Tulang Panjang
Ukuran panjang mesti melebihi ukuran lebar tulang. Berfungsi sebagai tuas untuk memudahkan pergerakan. Kebanyakkan terdiri daripada tulang mampat. Contoh:- humerus, radius, ulna, femur, tibia, fibula dan falanges

Tulang Pendek
Ukuran panjang dan lebar tidak banyak perbezaan. Berbentuk kiub dan didapati di ruang-ruang yang tertutup serta sedikit berongga. Berfungsi untuk memindahkan daya. Contoh:- karpal dan tarsal.

Tulang Leper/ Pipih


Berbentuk pipih, nipis dan melengkung. berfungsi sebagai tempat pelekatan otototot dan melindungi organ-organ di bawahnya. Contoh:- kranium, rusuk dan sternum.

Tulang Tak Sekata ( Irregular )


Tulang yang tidak boleh dikategorikan dalam tulang panjang, pendek atau leper. Berfungsi sebagai tempat perlekatan otot. Contoh:vertebra, lumbar, sakrum dan koksiks.

Struktur Tulang
Struktur tulang menyediakan rangka tuas yang teguh bagi membolehkan pergerakan dalam aktiviti fizikal. Pertumbuhan tulang berlaku secara diameter dan secara memanjang. Terdiri daripada empat lapisan iaitu periosteum, tulang mampat, tulang berongga dan sum-sum tulang.

Periosteum
Lapisan pertama pada tulang dan mempunyai selaput luar yang nipis. Terdiri daripada osteoblas (sel pembentukan jaringan tulang). Ia menyediakan saluran darah dan saraf ke tulang. Berfungsi menghasilkan sel-sel untuk membesar secara diameter dan melindungi diafisis.

Tulang mampat (diafisis)


Lapisan kedua pada tulang dan mempunyai bahagian batang yang halus dan keras serta disaluti periosteum. Lapisan ini melingkari kaviti medulari yang mengandungi lemak.

Tulang berongga (epifisis)


Lapisan ketiga dan terletak pada kedua-dua hujung tulang panjang. Terdiri daripada lapisan nipis tulang mampat.

Sum-sum Tulang
Lapisan paling dalam pada struktur tulang. Berperanan menghasilkan sum-sum asal dalam tulang.

Perkembangan dan Pembentukan Tulang Perkembangan dan Pembentukan Tulang

Sel-sel tulang
Tulang terdiri daripada sel tulang berfiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat. Terbentuk hasil daripada sel osteoblas yang merembeskan bahan matriks organik fiber-fiber untuk memerangkap mineral. Osteoblas yang matang dikenali sebagai osteosit. Osteoklas ialah sel-sel yang melarutkan mineral dalam tulang. Osteoblas dan osteoklas akan bertindak untuk mengubah ketumpatan dan bentuk tulang. Osteoblas aktif ketika usia muda atau kanakkanak manakala osteoklas aktif kepada orang dewasa.

Osifikasi tulang
Ketika embrio, tulang-tulang rangka (tulang lembut) terbina daripada kartilej hialin. Tulang lembut ini membentuk tulang keras yang dihasilkan melalui proses osifikasi tulang. Proses ini berlaku ketika usia embrio enam minggu dan berterusan sehingga dewasa.

Peringkat semasa proses osifikasi tulang:

Osteoblas menyaluti kartilej hialin dengan bahan matriks bermineral. Osteoblas memendapkan bahan matriks bermineral dalam kartilej ke bahagian dalam tulang. Osteoblas beransur-ansur bertukar menjadi osteosit untuk membentuk tulang baru. Kartilej yang terdapat pada bahagian dalam tulang akan menjadi keras.

Model kartilej hialin di bahagian dalam tulang dilarutkan oleh osteoklas untuk membentuk kaviti medulari.

Tumbesaran tulang
Tumbesaran tulang berterusan sehingga remaja. Semasa proses tumbesaran, sel-sel pada plat epifisial tulang panjang akan membahagi secara mitosis untuk memanjangkan tulang. Semasa proses ini berlaku osifikasi terus terlaksana pada kedua-dua hujung epifisis. Pada akil baligh, hormon estrogen dan testosteron akan merencatkan pembahagian sel-sel pada plat epifisial, plat efipisial akan mengecil. Pada usia 18 tahun, tumbesaran tulang secara memanjang terhenti dan sel-sel pada plat epifisial juga akan berhenti. Tetapi, osifikasi tulang akan terus berlaku sehingga lapan tahun berikutnya.

Keperluan Mineral, Vitamin dan Hormon Garam mineral


Kalsium dan fosfat diperlukan untuk tumbesaran tulang. Kedua-dua garam mineral ini diperlukan untuk tumbesaran dari segi pertambahan saiz dan berat tulang.

Vitamin
Vitamin A, D dan C diperlukan untuk tumbesaran tulang. Vitamin D merangsang penyerapan serta mengangkut kalsium dan fosfat ke dalam tulang. Ini membolehkan struktur menjadi lebih kuat. Vitamin A dan C pula diperlukan untuk tumbesaran dan membaiki tisu-tisu tulang yang rosak.

Hormon
Hormon-hormon tiroid, estrogen dan testosteron diperlukan untuk merangsang proses tumbesaran tulang.

Sendi
Sendi ialah tempat pertemuan antara tulangtulang atau kartilej dengan tulang. Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi pula ditentukan oleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligamen, otot, dan tendon.

Dua Jenis Sendi


Jenis-jenis Sendi

Berdasarkan Fungsi

Berdasarkan Struktur

Sinartosis

Fibrous

Amfiartrosis

Cartilagenous

Diartrosis

Sinovial

Sendi berdasarkan fungsi


Sinartosis Merupakan sendi tanpa gerak iaitu tiada pergerakan yang berlaku. Sebagai contoh, sutur antara tulang-tulang tengkorak. Amfiartrosis Membenarkan sendi melakukan pergerakan terhad. Sebagai contoh, sendi antara tibia dan fibula. Diartrosis Sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas. Sebagai contoh, sendi engsel (sendi siku dan lutut) melakukan pergerakan fleksi, ekstensi aduksi, abduksi dan hiperekstensi.

Sendi berdasarkan struktur

1. Fibrous

2. Cartilagenous

3. Sinovial

Sendi berdasarkan struktur


Fibrous Tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi ini tidak membenarkan sebarang pergerakan. Contoh, sutur antara tulang kranium. Sendi cartilagenous Pada sendi ini, tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh ligamen.jenis sendi ini hanya membenarkan pergerakan yang terhad. Contoh, sendi antara vertebra

Sendi sinovial Sendi ini diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi membenarkan pergerakan berlaku secara bebas antara tulang-tulang. Terdapat beberapa jenis sendi sinovial iaitu: Sendi lesung (antara humerus dan scapula) Sendi engsel (humerus dan patella) Sendi gelungsur (karpal dan tarsal) Sendi paksi (antara radius dan ulna) Sendi kondil (antara metacarpal dan falang) Sendi pelana (antara metakarpal pada ibu jari berartikulasi dengan karpal)

Jenis-jenis Sendi Sinovial

1. Paksi

2. Kondil

3. Gelungsur

4. Engsel

5. Pelana

6. Lesung

PERGERAKAN
Otot yang melekat kepada tulang akan menghasilkan pergerakan apabila ia menguncup dan menarik tulang-tulang tertentu. Tulang-tulang bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan pergerakan berpaksi pada sendi. Contoh : Sendi siku ulna dan humerus : Sendi lutut fibula, tibia dan femur

You might also like