You are on page 1of 17

3

2.0 SISTEM RANGKA




Sistem Rangka
Sistem rangka melakukan banyak fungsi penting, di antaranya ialah menyusun bentuk
tubuh, perlindungan, gerakan tubuh, membentuk sel-sel darah, dan tempat
penyimpanan mineral. Terdapat tiga jenis otot dalam tubuh manusia iaitu :-



Otot Licin
atau
Visceral
4

2.1 Otot Skeletal




2.2 Otot Licin atau Visceral

5



2.3 Otot Kardiak

Otot yang terletak hanya di jantung sahaja. Otot jantung
dibentuk oleh jalinan gentian-gentian dan membentuk satu
anyaman yang digelar synsytium.
6

Bahagian badan adalah dicantumkan dan disokong oleh tisu pengikat. Ada 3 jenis tisu
pengikat iaitu Tisu Pengikat Berfiber, Cartilage dan Tulang. Tisu-tisu pengikat
mengandungi sel-sel hidup yang mengeluarkan bahan-bahan kimia untuk diletakkan di
antara sel-sel untuk memperkuatkan tisu. Rembesan ini membentuk bahantara antara
sel.






7

2.4 Tisu Pengikat Berfiber
Merupakan sel-sel yang mengeluarkan fibrin, bahan yang memperkuatkan tisu-tisu
dengan membentuk jalur-jalur fiber. Tisu-tisu ini terdapat di dalam ligamen, yang
mengandungi fibrin kuning, dan membentuk jalur-jalur tisu yang kuat. Ligamen
mudah diregang dan ia juga mudah dibengkokkan.

2.5 Kartilej
Kartilej adalah tisu penyambung berbentuk kenyal, licin dan berkilat. Sel-sel kartilej
mengeluarkan bentuk protein yang keras, dan bahantara itu menolak sel-sel hidup
menjadi renggang. Rangka bayi dan kanak-kanak dibentuk daripada kartilej jenis ini
bagi membina menjadi tulang.Jenis-jenis lain kartilej kekal dalam keadaan di
sepanjang hidup dewasa. Kartilej adalah kenyal, tetapi tidak mudah diregang atau
dibengkokkan.

2.6 Tulang
Kartilej yang membina menjadi tulang mempunyai pusat utama di mana sel-sel
tulang terbentuk. Sel-sel tulang menghimpunkan bahantara tulang yang diperbuat
daripada kalsium karbonat dan kalsium fosfat. Pusat ini adalah pusat janatulang.
Bila janatulang ini merebak , kartilej diserap dan sel-sel kartilej mati. Janatulang
merebak di sepanjang tulang dan bahantara yang keras tidak boleh lentur itu
menolak sel-sel menjadi renggang. Sel-sel tulang di dalam tulang-tulang tersebar di
dalam bulatan-bulatan sepusat di keliling saluran darah dan saraf yang halus. Oleh
kerana itu, tulang ialah tisu hidup, yang sangat kuat kerana bahantaranya tidak
boleh lentur.


8

2.7 Struktur Tulang





Ia dibentuk daripada sel-sel dan protein berfiber atau
KOLAGEN tulang.
Permukaan luar tulang diselaputi oleh membran tulang atau
periosteum iaitu membran nipis yang mengandungi jaringan
saluran darah dan saraf.
Di bawah periosteum, matriks tulang dimampatkan dan
diatur dalam bulatan berbentuk cecincin (lamela) yang
mengandungi kaviti (lakuna) yang dipenuhi sel-sel tulang
(osteosit).
9

Terdapat 3 jenis tisu tulang :-


Tisu Tulang Spongosia/
Kanselus
Ia tidak mengandungi
sistem Havers tetapi
mengandungi plat yang
dikenali sebagai
TRABEKULA
Mengandungi ruang
medulari yang
mengandungi sum-sum
tulang atau ruang udara
yang dipanggil ruang
sinus.
10

Tisu Tulang Mampat
I. Terdiri daripada banyak sistem Havers atau Osteon.
II. Setiap Havers mengandungi Kanal Haversian di tengahnya.
III. Kanal Haversian ini dikelilingi oleh cecincin lapisan bahan matriks yang dikenali
sebagai Lamela.
IV. Di antara lamela-lamela ini terdapat ruang seni yang dikenali sebagai Lacuna.
V. Setiap lakuna mengandungi satu osteosit.
VI. Dari lacuna ini cabang-cabang terowong kecil keluar ke semua arah dan terowong
kecil ini dikenali sebagai Kanalikuli. Ia menghubungkan satu lacuna kepada Kanal
Haversian.
VII. Kanal yang melalui tulang mampat secara melintang dan menghubungkan satu
kanal haversian dengan kanal haversian yang lain serta dengan permukaan luar
tulang serta kaviti medulari dikenali sebagai Kanal Volkmann.
Tisu Tulang Padat










- Ia tidak mengandungi osteon.
- Ia membentuk permukaan luar tulang
atau membrane tulang.
- Mengandungi Lakuna dan Osteosit
seperti tisu mampat.
11

Jenis-jenis Tulang



12

Tulang tubuh badan boleh dikategorikan ke dalam 4 kumpulan iaitu :
Tulang Panjang
I. Panjangnya melebihi kelebaran atau ketebalan.
II. Setiap tulang panjang mempunyai dua hujung atau epifisis dan satu badan atau
diafisis.
III. Badan atau syaf tulang panjang dibentuk daripada tulang mampat dan melapisi
tulang spongosia. Terdapat kaviti medulari berongga di tengah dan terdapat sum-
sum di dalamnya.
IV. Hujung atau epifisis tulang panjang terdiri daripada lapisan tulang mampat di
permukaan luar dan tulang spongosia di bahagian dalamnya.
V. Permukaan artikularnya diliputi oleh rawan hialin.
VI. Contoh :
Tulang Klavikel,Humerus,Radius,Ulna,Metacarpal,Femur,Tibia,
Fibula dan Metatarsal.

Tulang Pendek
I. Tulang pendek mempunyai dimensi yang lebih kurang sama bagi setiap ruas
tulang.
II. Tulang pendek dibentuk oleh tulang mampat dan tulang spongosia.
III. Contoh tulang pendek pada anggota adalah tulang karpus tangan dan tulang
tarsus kaki.



13

Tulang Pipih
I. Tulang ini terdiri daripada dua lapisan tulang mampat. Di bahagian tengah adalah
tulang spongosia dan ruang udara.
II. Contoh tulang pipih pada anggota badan adalah tulang sternum, scapula,tulang
pelvic dan tulang-tulang tengkorak.

Tulang Tidak Tentu Bentuk
I. Bentuk tulang ini tidak tentu bentuknya.
II. Tulang bentuk ini dibina daripada tulang padat dan tulang mampat.
III. Contoh tulang tidak tentu bentuk pada anggota badan adalah tulang vertebra.

2,8 Pembentukan Tulang
Tulang dibentuk melalui 2 cara iaitu pembentukan intramembranous dan
pembentukan tidak terus.

Pembentukan Intramembranous
I. Dalam proses pembentukan tulang melalui pembentukan intramembranous ia
dibina terus daripada tisu pengikat dalam gentian membran.
II. Sel mesoderm bertambah dalam saiz dan kuantiti. Kuantiti saluran darah juga
bertambah.
III. Sebahagian sel mesoderm bertukar kepada sel pembentukan tulang atau
osteoblast.
IV. Osteoblast ini membentuk bahan separa pepejal yang mengandungi osteoid.
14

V. Osteoid kemudiannya menjadi keras dengan pengumpulan bahan-bahan organic
dan akhirnya terhasillah tulang.

Pembentukan Endokondrial
I. Dalam proses ini model tulang dibina dahulu.
II. Pada peringkat awal tulang itu kecil tetapi sudah mempunyai bentuk tulang.
III. Sel-sel cartilage membesar dan bertambah dalam saiz. Ini akan memaksa matriks
menjadi palang-palang nipis tulang serta ada yang membentuk menjadi piring.
IV. Di luar model, sel-sel perikondrikal bertukar menjadi osteoblast.
V. Matriks cartilage kemudiannya menjadi keras.
VI. Saluran darah memasuki kolar tulang dan merosakkan sel-sel cartilage.
VII. Osteoblast yang dibawa masuk oleh saluran darah membentuk osteoid.










15

2.9 Fungsi Tulang
Tulang-tulang yang membina sistem rangka manusia melakukan beberapa tugas
penting. Antaranya adalah :-

16

2.10 Organisasi Tulang Rangka Manusia
Sistem rangka manusia mengandungi 206 tulang yang boleh dibahagikan kepada dua
kategori iaitu :-
Sistem Tulang Aksil
Tulang aksil berjumlah 80 tulang. Ia terdiri daripada :-
I. Tulang bahagian tengkorak - 8
II. Tulang bahagian muka -14
III. Tulang bahagian telinga - 6
IV. Tulang belakang -26
V. Tulang rusuk -24
VI. Tulang sternum - 1
VII. Tulang hyoid - 1

Sistem Tulang Apendikular
Tulang apendikular berjumlah 126 tulang. Ia terdiri daripada :-
I. Tulang klavikel - 2
II. Tulang skapula - 2
III. Tulang bahagian tangan -60
IV. Tulang pelvik - 2
V. Tulang bahagian kaki - 6

17

2.11 Tengkorak
Tulang tengkorak boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan tulang-tulang yang
membentuk kranium ( kotak otak ) dan tulang-tulang muka. Tulang-tulang cranial
dibahagikan pula kepada bahagian anterior, tengah dan posterior.
Terdapat 8 tulang cranial iaitu :
I. Tulang Frontal
II. Tulang Parietal
III. Tulang Osipital
IV. Tulang Temporal
V. Tulang Spenoid
VI. Tulang Etimoid

Tulang Frontal
I. Tulang Frontal membentuk dahi dan lantai bagi kaviti anterior cranial.
II. Tulang ini mengandungi sinus frontal.

Tulang Parietal
I. Tulang parietal membentuk bahagian sisi bumbung cranium.
II. Ia bercantum dengan tulang frontal pada suture koronal dan dibahagikan kepada
parietal kiri dan parietal kanan oleh suture sagital.


18

Tulang Osipital
I. Tulang osipital membentuk bahagian posterior kranium posterior dan bahagian
bawah kaviti posterior cranium.
II. Tulang opisiti dicantumkan kepada tulang parietal oleh suture lambdoidal.
III. Ia pada biasanya mengandungi satu atau lebih tulang wormian.

Tulang Temporal
I. Tulang temporal membentuk dinding lateral dan sebahagian lantai cranium.
II. Bahagian skuamous tulang temporal dipisahkan daripada tulang parietal oleh
suture skuamous
III. Bahagian timpanik terletak inferior kepada skuama yang mengandungi pembukaan
bagi telinga.
IV. Bahagian mastoid terletak ke posterior bahagian timpanik.
V. Bahagian petrous terletak di dalam kaviti kranial.

Tulang Spenoid
Tulang sphenoid berbentuk seperti seekor kupu-kupu dan ia bersambung dengan
tulang-tulang kranial lain.

Tulang Etimoid
Tulang etimoid tidak tentu bentuknya dan terletak di antara obit mata dan ia
membentuk sebahagian kecil lantai kaviti anterior karnial.

19

2.12 Tulang Muka
Terdapat 8 tulang muka iaitu :
2 Tulang Nasal
2 Tulang Zigomatik
2 Tulang Maksila
1 Tulang Mandible
2 Tulang Lakrimal
1 Tulang Vomer
2 Tulang Palatin
2 Tulang Inferior Konkae

You might also like