You are on page 1of 8

PENGENALAN

Anatomi dan fisiologi adalah sebuah perkataan yang tidak boleh dipisahkan. Oleh itu,
anatomi adalah sebuah bidang sains yang berkaitan dengan kajian struktur tubuh badan
manusia. Anatomi juga merupakan morfologi atau sains bentuk. Definisi anatomi ialah
berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘anatom’ yang bermaksud ‘memotong’.
Maka anatomi boleh dianggap sebagai kajian dengan memotong (diseksi). Selain itu,
anatomi boleh dibahagikan kepada dua makna iaitu ‘ana’ membawa maksud memisah atau
menguraikan. Manakala ‘tomos’ pula bermaksud memotong atau membelah anggota badan
untuk melihat strukturnya. Anatomi merujuk kepada ilmu bentuk dan susunan tubuh yang
diperoleh dengan cara menguraikan badan melalui potongan bahagian-bahagian daripada
tubuh dan hubungan organ tubuh badan dengan yang lainnya.

Laporan 1: Tindakan Pantulan

Tindakan pantulan adalah merupakan salah satu contoh dalam tindakan refleks.
Menurut Betsy T.L (2009), tindakan refleks adalah merupakan satu tindakan luar kawal yang
berlaku secara automatik dan spontan. Secara umumnya, tindakan pantulan juga adalah
merupakan satu tindakan yang berlaku tanpa memerlukan pemikiran ataupun bahasa
mudah ialah perlakuan yang tidak disedari oleh pelaku. Hal ini kerana, tindakan refleks ini
adalah merupakan satu gerak balas terhadap sesuatu ransangan ataupun stimulus yang
berlaku secara pantas dan automatik yang menyebabkan tidak memerlukan pemikiran untuk
melakukan sesuatu pergerakan tertentu tersebut. Seterusnya, tindakkan refleks ini dikawal
oleh saraf tunjang sahaja dan tidak melibatkan serebrum otak. Sebagai contoh, tindakan
refleks ialah sentakan lutut, menarik tangan dari objek panas, kelipan mata, saiz pupil
berubah apabila berada di bawah keamatan cahaya yang berbeza dan mengimbangkan
badan untuk mengelakkan diri daripada tergelincir.

Dalam tindakan refleks, terdapat beberapa proses yang berlaku di dalam sistem
tubuh badan kita iaitu impuls yang terhasil daripadan ransangan persekitaran akan dihantar
dengan pantas dari reseptor melalui neuron deria ke saraf tunjang. Di dalam saraf tunjang,
impuls akan merentasi neuron perantaran sebelum keluar dari saraf tunjang melalui neuron
motor. Akhir sekali, neuron motor akan menghantar kepada efektor sebelum berlakunya
tindak balas. Secara saintifiknya, lintasan impuls tersebut dikenali sebagai arca refleks.
Urutan lintasan yang dilalui oleh impuls dalam tindakan refleks adalah seperti berikut :

Ransangan Reseptor neuron deria saraf tunjang

neuron perantaraan neuron motor efektor = Gerak Balas

Rajah 1.0

Berdasarkan rajah 1.0 menunjukkan arah perjalanan impul yang bermula di reseptor.
Reseptor adalah merupakan sel deria yang terdapat di dalam organ deria kita. Tugas bagi
reseptor tersebut adalah untuk mengesan ransangan pada persekitaran. Terdapat banyak
jenis reseptor yang mana setiap satunya sensitif kepada satu jenis ransangan sahaja.
Sebagai contoh, reseptor pada mata hanya sensitif kepada cahaya manakala reseptor pada
telinga hanya sensitif kepada bunyi. Seterusnya dalam pergerakan impul tersebut akan
terhenti di peringkat terakhir iaitu pada efektor sebelum menghasilkan tindak balas. Efektor
adalah merupakan organ-organ yang bertindak balas terhadap arahan yang diterima
daripada sistem saraf pusat. Contoh bagi efektor adalah seperti otot dan kelenjar. Otot akan
bertindak balas dengan mengecut manakala kelenjar akan bertindak balas dengan
merembeskan baha kimia ke dalam aliran darah.
Terdapat beberapa pergerakan contoh yang menunjukkan pergerakan refleks seperti
pantulanlutut, tarikan tangan atau kaki apabila terkena benda panas dan terpijak paku.
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kami dapati terdapat beberapa kelebihan daripada
tindakan refleks yang berlaku kepada kita. Pertama, tindakan refleks membolehkan tubuh
badan kita menghasilkan gerak balas terhadap perubahan persekitaran. Hal ini dimana,
tindakan tersebut dapat mendatangkan faedah kepada kita untuk mengelakkan diri daripada
mengalami kecederaan dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila kita terpegang seterika
yang panas, secara automatic aggota tangan akan bertindak secara pantas untuk mengelak
daripada terkena seterika penas tersebut dan dapat mengelakkan daripada kecederan yang
lebih serius.

Laporan 2 : STRUKTUR JANTUNG DAN SISTEM KITARAN PULMONARI DAN


SISTEMIK

Jantung adalah organ otot berongga yang mengepam darah melalui saluran darah
dengan penguncupan berirama secara berulang. Jantung adalah salah satu organ tubuh
manusia yang memainkan peranan paling penting dalam sistem peredaran darah. Jantung
terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada dan di belakang tulang dada (sternum). Ia
diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu.
Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat dalam sekitar 300-350g. Jantung
terbina daripada otot-otot jantung (miokardium) yang dilipitu oleh epikardium di permukaan
luar dan endokardium di bahagian dalaman. Selain itu, jantung terdiri daripada atrium dan
ventrikal. Terdapat dua ruang atas iaitu atrium yang mempunyai dinding otot yang nipis dan
kedua-dua ruang ini dipisahkan oleh septum interatrial. Manakala dinding otot yang
membentuk dua ruang bawah dikenali sebagai ventrikel yang mempunyai dinding otot yang
lebih tebal. Kedua-dua ruang ini pula dipisahkan oleh septum interventrikel. Setiap bahagian
jantung ini mempunyai fungsi yang tersendiri dalam sistem pegaliran darah. Atrium
berperanan sebagai ruang penerima darah. Atrium kanan menerima darah yang kurang
beroksigen daripada tisu-tisu tubuh sementara atrium kiri pula menerima darah yang
mengandungi kepekatan oksigen yang tinggi daripada paru-paru. Ventrikel pula berfungsi
sebagai pam yang mengepam keluar darah yang diterima dari atrium. Ventrikel kanan
mengepam darah ke paru-paru manakala ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh
bahagian tubuh. Pengepaman jantung oleh otot-otot jantung menghasilkan tekanan darah
sistolik dan distolik. Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-
arteri yang terbit daripada jantung adalah berfungsi untuk membenarkan pengaliran darah
dalam satu arah sahaja. Pada jantung, terdapat injap atrioventrikular dan injap semilunar.
Injap atrioventikular (AV) terdiri daripada injap trikuspid terletak di sebelah kanan dan injap
bikuspid terletak di bahagian kiri jantung. Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid)
berfungsi membenarkan aliran darah dalam satu arah sahaja dari atrium ke ventrikel
seteusnya ke arteri. Injap semilunar pulmonari pula dan injap semilunar aortik pula
menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari
dan aorta.

Peredaran darah adalah sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengalirkan
darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk semula ke jantung. Sistem
peredran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah
mengalir di dalam salur darah yang tertutup. Sistem peredaran darah berfungsi untuk
menghantar oksigen ke sel-sel di dalam badan dan zat-zat ke seluruh badan. Selain itu,
peredaran darah juga berfungsi utuk menghantar karbon dioksida ke peparu dan
menyingkirkan bahan buangan dalam badan. Terdapat dua jenis kitaran dalam tubuh
manusia iaitu kitaran pulmonari dan kitaran sistemik. Kitaran pulmonari adalah dimana
atrium kanan menerima darah daripada tisu-tisu badan. Kitaran ini mengandungi salur darah
yang mengangkut darah dari jantung ke peparu dan kembali ke jantung. Darah terdeoksigen
atau darah yang mengandungi kepekatan oksigen yang rendah akan dibawa melalui arteri
pulmonari ke peparu. Dalam peparu, karbon dioksida disingkirkan dan oksigen diserap ke
dalam darah. Darah beroksigen pula dibawa melalui vena pulmonari dari peparu kembali ke
jantung. Dari jantung, darah beroksigen akan dipam ke seluruh badan melalui peredaran
sistemik. Peredaran sistemik atau kitaran sistemik adalah peredaran darah daipada jantung
ke bahagian-bhagian badan kecuali peparu dan bali semula ke jantung. Darah beroksigen
dipam oleh jantung melalui aorta dan bahagian arteri ke seluruh badan kecuali peparu.
Kemudian, darah sampai ke tius badan melalui kapilari darah untuk menghantar oksigen
dan nutrient ke seluruh badan. Darah yang mempunyai kepekatan oksigen (terdeoksigen)
yang rendah akan dikumpul melalui vena. Vena kava akan membawa darah terdeoksigen
dari vena di dalam badan ke jantung.
LAPORAN 3 :

LAPORAN ANALITIK LAPORAN AMALI “MULTI STAGE RUN”

ANALISIS PERGERAKAN KEMAHIRAN BERKAITAN DENYUTAN KADAR NADI


SEBELUM DAN SELEPAS LARIAN

“Multi Stage Run” adalah merupakan satu jenis larian yang memerlukan daya tahan
kardiovaskular yang tinggi bagi seseorang yang melakukan latihan tersebut. Antara jenis
latihan yang digunakan dalam “Multi Stage Run” adalah seperti ujian “Bleep”. Ujian “Bleep”
merupakan salah satu ujian yang digunakan untuk menilai daya tahan kardiovaskular
seseorang Ujian ini melibatkan larian secara berterusan di antara dua garisan yang terpisah
dalam jarak 20 meter. Pelari akan berdiri di belakang garis pertama dan menghadap garisan
kedua dan ujian bermula apabila bunyi “beep” pertama kedengaran. Tahap kelajuan larian
agak perlahan pada permulaan ujian. Pelari akan berlari secara berterusan dan perlu
menghabiskan jarak larian tersebut sebelum bunyi “beep” yang seterusnya. Dalam
menjalankan ujian “bleep” tersebut, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira bagi
mencapai objektif latihan tersebut. Pertama adalah faktor jantina, Hal ini kerana, atlet lelaki
adalah lebih cenderung mempunyai ketahanan stamina dan mampu mencatatkan rekod
yang lebih tinggi berbanding perempuan. Oleh yang sedemikian, rubrik bagi skor ujian untuk
jantina lelaki dan perempuan hendaklah mempunyai rubrik yang berlainan.

Kadar nadi bagi dua atlet selepas melakukan ujian bleep sehingga level 8

Bil Nama Atlet Kadar Nadi Sebelum Latihan Kadar Nadi Selepas Latihan
.
1 MOHD AZMIN 60 dsm 180 dsm
2 AENDDY ALEXY 60 dsm 150 dsm

Berdasarkan daripada jadual tersebut menunjukkan bahawa terdapat


pencapaian yang berbeza daripada kedua-dua atlet. Hal ini kerana, bagi atlet pertama
mendapat keputusan kadar nadi sebanyak 180 detik seminit (dsm) manakala atlet kedua
mendapat pencapaian kadar nadi sebanyak 150 detik seminit (dsm). Jumlah perbezaan
pencapaian kadar nadi bagi kedua-dua atlet tersebut adalah sebanyak 30 dsm dimana julah
tersebut adalah merupakan jumlah yang banyak. Terdapat pelbagai faktor yang berkaitan
dengan pencapaian tersebut, sebagai contoh prestasi kecergasan semasa bagi kedua-dua
altet itu sendiri. Mengikut data yang diberikan, atlet kedua iaitu Aenddy dilihat mempunyai
kecergasan kardiovaskular yang lebih berbanding daripada atlet yang pertama iaitu Azmin
kerana catatan kadar nadi beliau adalah lebih tinggi berbanding atlet yang kedua tersebut.

Oleh yang sedemikian, kecergasan ataupun daya tahan kardiovaskular adalah


merupakan antara aspek yang utama untuk mendapat dapatan kadar nadi yang baik, Daya
tahan kardiovaskular ini adalah merupakan keupayaan jantung dan sistem kardiorespiratori
untuk mengepam darah beroksigen secara efisen ke seluruh badan untuk melakukan kerja
secara berterusan. Hal ini membolehkan seseorang individu melakukan kerja dalam jangka
masa yang lama dengan intensiti yang rendah atau sederhana tanpa merasa penat.
Penghantaran darah yang beroksigen secara efisien kepada otot yang bekerja
membolehkan individu melakukan aktiviti dalam jangka masa yang lama. Apabila melakukan
aktiviti fizikal, keperluan tenaga akan meningkat sehingga dapat menyebabkan peningkatan
penggunaan oksigen yang maksimum. Semakin tinggi tahap kecergasan daya tahan
kardiovaskular, semakin banyak jumlah darah beroksigen yang dihantar ke otot.

Seterusnya, selain daripada aspek kecergasan., dapatan kadar nadi selepas latihan
juga boleh disebabkan oleh faktor kesihatan dan pemakanan. Hal ini kerana, faktor
kesihatan pemakanan dikaitkan untuk perkara tersebut adalah kerana faktor pemakanan
yang tidak baik seperti makan makanan yang berlemak dan berkolestrok tinggi juga boleh
mempengaruhi kadar nadi seseorang itu. Sebagai contoh, orang yang mempunyai kolestrok
yang tinggi dan mempunyai kandungan lemak dalam badan akan mempengaruhi denyutan
jantung untuk mengepam darah ke seluruh badan. Sekiranya amalan pemakanan yang tidak
baik itu telah menyebabkan kadar kandungan lemak di jantung meningkat akan
mengganggu rentak jantung untuk bekerja dengan lebih kuat. Oleh itu, sekiranya seseorang
itu mempunyai kandungan lemak yang tinggi, maka denyutan jantung seseorang itu akan
semakin perlahan. Oleh yang sedemikian, perkara tersebut juga boleh mempengaruhi kadar
denyutan nadi selepas latihan.
3.0 RUJUKAN

Blair, S. T. & Brodney, S. (1999). Effects of physical inactivity and on obesity on morbidity
and

Mortality: current evidence and research issues. Medicine And Science in Sports and

Exercise, 31(11).

Betsy T.L (2009). Prevalence of malnutrition in Surgical Patients: evaluation of nutritional


support and documentation. Clinutrition.

DiGilio D.A dan Howze, E.H. (1984). Fitness And Full Living For Older Adult. Parks &

Recretion.

Mochi, S. (2012). Anatomi dan Fisiologi. Retrieved

April, 9, 2020, from https://www.slideshare.net/03269/anatomi-dan-fisiologi

Zainal, A. & Nik, R. (2010). Corak Kadar Denyutan Jantung Semasa Latihan Dan

Pertandingan Untuk Atlit Wanita Dalam Acara Lawn Bowl. Retrieved April,

9, 2020, from

https://www.researchgate.net/publication/49910748_Corak_Kadar_Denyutan_Jantun
g_Semasa_Latihan_Dan_PertandinganUntuk_Atlit_Wanita_Dalam_Acara_Lawn_Bo
wl

Gobi, K. (2014) Sistem Jantung. Retrieved

April, 7, 2020, from

https://www.slideshare.net/gobikrrish1/sistem-jantung-pjm3106

Heyward, V. H. (1991). Advanced fitness assessment and exercise prescription (2nd ed).

You might also like