You are on page 1of 4

Baharim bin Mat Noor(690103-03-61470)

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP II


SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN 2009 TUGASAN.

Soalan 1a. Berikan definasi bagi terma berikut: 1.a.i. Pengeluaran kardiak (cardiac output) Pengeluaran kardiak adalah jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh ventrikel kiri dalam satu minit. Pengeluaran kardiak dapat diukur dengan mengunakan rumus berikut: Pengeluaran Kardiak(Q)=Kadar denyutan jantung (KDJ) X Isi padu strok(IS). Cardiac Output (Q) = Heart rate (HR) X Stroke Volume (SV Ketika rehat, purata darah yang dipam keluar dari jantung ialah 3 hingga 5 liter.Bagaimanapun ia bergantung kepada individu dan sesi latihan dimana ketika sesi latihan jumlah isipadu darah yang dipam adalah meningkat bagi menyokong dan membekalkan oksigen yang mencukupi kepada otot dan organ-organ untuk bekerja dengan berkesan. Contoh Keluaran jantung individu yang mempunyai kadar Denyutan rehat sebanyak 72 denyutan seminit dan Isipadu strok sebanyak 70ml ialah 5L/min. Q = KDJ X IS = 72 X 0.07L = 5.04 = 5L / min

1.a.ii . Volum Strok (Volume Stroke ) / Isi padu strok Isi padu strok ialah jumlah darah yang dipam oleh ventrikel kiri. Isi padu ini disukat dalam unit liter/denyutan. Isipadu stroke adalah menggambarkan kekuatan penguncupan ventrikel. Pengepaman otot ventrikel yang kuat akan menghasilkan isipadu stroke yang tinggi. Keluaran kardiak adalah bergantung kepada isipadu stroke dan bilangan denyutan nadi dalam masa satu minit. Isi padu strok adalah penentu utama terhadap kapasiti daya tahan kardirespiratori. Isi padu strok lelaki adalah lebih besar berbanding isi padu strok perempuan.

1.a.iii. Glycogenolysis Clycogenolysis adalah satu proses menukar glikogen yang berada dalam hati dan otot kepada glukos.

Baharim bin Mat Noor(690103-03-61470)

1.a.iv. Pengecutan isometrik. (Isometric Contraction) Iso (sama), metrik (panjang). Fiber otot menguncup tetapi tiada perubahan panjang otot walaupun pengucupan ini menghasilkan daya tetapi ketegangan otot bertambah tanpa menggerakkan sendi. Contoh:menolak dinding. Rintangannya kekal dan tidak berubah.Kontraksi otot pada tahap ketegangan yang maksimum. 1.a.v. Pengecutan essentrik (eccentric contraction) Pemanjangan otot berlaku ketika penguncupan otot essentrik. Aktiviti berlari, melompat dan menaiki tangga adalah contoh pergerakan yang melibatkan penguncupan essentrik. Ketika lutut membengkok, otot-otot kuadriseps menguncup secara essentrik.

1.b . Sistem kardiovaskular dan sistem endokrin merupakan dua sistem yang penting dalam membantu prestasi atlit pelari jarak jauh. Sistem kardiovaskular terdiri daripada jantung dan saluran darah. Jantung ialah organ yang berfungsi mengepam darah ke seluruh badan manakala saluran darah menyalurkan darah ke setiap sel di dalam badan.Sistem kardiovaskular bertindak sebagai penghantar, pengeluar, pengangkut, pengekal dan penghalang untuk menyokong proses fisiologi. Sistem kardiovaskular berperanan menghantar oksigen dan nutrien ke setiap sel di dalam badan melalui darah yang dipam oleh jantung. Oksigen yang bergabung dengan hemoglobin dalam sel darah merah akan dibebaskan apabila sampai ke sel-sel badan. Oleh itu pelari jarak jauh sentiasa mendapat bekalan oksigen yang mencukupi untuk meneruskan larian. Sistem kardiovaskular juga mengeluarkan karbon dioksida dan sisa hasil metabolisme daripada setiap sel di dalam badan. Selain itu sistem kardiovaskular membantu mengangkut hormon dari kelenjer endokrin ke sel-sel sasaran melalui plasma darah. Hormon berperanan mengatur metabolisme dan aktiviti otot semasa melakukan aktiviti fizikal. Oleh itu pelari jarak jauh akan sentiasa mendapat tenaga untuk meneruskan larian atau aktiviti. Sistem kardiovaskular membantu dalam mengekalkan suhu badan. Apabila badan mengalami peningkatan suhu, hipotalamus akan mengarahkan sistem kardiovaskular untuk mengepam lebih banyak darah ke kulit. Saluran darah di bawah lapisan kulit. Saluran darah di bawah kulit akan mengembang dan mengalirkan lebih banyak darah ke permukaan badan. Keadaan ini akan membantu membebaskan haba yang berlebihan hasil daripada metabolisme

Baharim bin Mat Noor(690103-03-61470)

pengeluaran haba semasa aktiviti fizikal melalui permukaan badan. Apabila atlit pelari jarak jauh melakukan larian tanpa henti, haba berlebihan dari dalam badannya akan dikeluarkan melalui sistem kardiovaskular menyebabkan mereka dapat meneruskan larian. Apabila pelari jarak jauh berlari dalam jangka masa yang lama, sudah tentulah dehidrasi akan berlaku. Namun dengan kecekapan sistem kardiovaskular, dehidrasi dapat dihalang dengan mengekalkan tahap cecair pada kadar sesuai. Keseimbangan cecair semasa melakukan aktiviti fizikal amat penting terhadap fungsi kardiovaskular yang optimum. Semasa pelari jarak jauh sedang melakukan aktiviti larian, peningkatan aktiviti otot akan meningkatkan tekanan darah dan kadar penyerapan air daripada darah.Di samping itu kadar perpeluhan turut meningkat. Kesan daripada fenomena ini, otot perlu menyerap air daripada isi padu lasma darah. Tindak balas ini menghalang dehirasi. Sistem endokrin merujuk kepada aktiviti rembasan yang berlaku dalam tubuh kita.Sistem endokrin terdiri daripada kalenjer-kalenjer dan tisu yang merembaskan pelbagai hormon. Hormon-hormon ini merangsang pelbagai proses biologi seperti pertumbuhan, metabolisme, pertahanan badan dan pembiakan. Kelenjer endokrin utama ialah kelenjer pituitari, kelenjer tiroid, kelenjer adrenal dan pankres. Sistem endokrin boleh berinteraksi dengan sistem saraf. Interaksi kedua-dua sistem ini perlu untuk mewujudkan koordinasi dan intergrasi segala aktiviti tubuh. Apabila seseorang atlit itu mempunyai sistem kardiovaskular yang baik terutamanya daya tahan kardiovaskular iaitu keupayaan sistem jantung dan salur darah serta paru-paru melakukan kerja secara berterusan mengedar oksigen ke otot-otot dalam jangka masa yang lama dengan intensiti kerja yang ringan atau berterusan tanpa cepat merasa lesu. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada efiensi saluran darah, jantung dan paru-paru. Aktiviti yang berat memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang kaya dengan oksigen membolehkan otot-otot melakukan aktiviti.Oleh itu kecekapan sistem kardiovskular membolehkan penghantaran darah yang kaya dengan oksigen dapat dihantar kepada otot-otot untuk melakukan kerja.Selain itu melalui sistem kardiovaskular haba yang terdapat dalam badan dapat dinyahkan melalui pengaliran darah. Bagaimana kedua-dua sistem ini iaitu sistem kardiovaskular dan sistem endokrin memainkan peranan terhadap atlit pelari jarak jauh. Sistem endokrin akan merembaskan hormon-hormon tertentu ke dalam darah dan diangkut oleh sistem kardiovaskular iaitu salur darah untuk dihantar ke tisu-tisu yang mengandungi sel sasaran. Sebagai contoh, apabila pelari jarak jauh telah kekurangan tenaga untuk meneruskan larian, otak akan menerima isyarat daripada sel bahawa ia memerlukan tenaga, maka hypotalamus akan mengarahkan kalenjer pituitari yang terdapat dalam sistem endokrin merembaskan hormon tumbesaran (GH) ke dalam darah. Melalui sistem kardiovaskular hormon itu akan dihantar ke sasaran tertentu.Hormon tumbesaran berfungsi untuk membolehkan proses metabolisme umum

Baharim bin Mat Noor(690103-03-61470)

berlaku seperti merangsangkan pengambilan asid amino oleh sel untuk tujuan sintesis protein dan merangsang penguraian lemak untuk sumber tenaga. Proses ini bertujuan untuk memelihara simpanan glukosa dalam darah bagi mengekalkan homeostasis gula. Melaui proses ini atlet pelari jarak jauh boleh meneruskan lariannya kerana otot-otot mendapat tenaga untuk terus bekerja.

Semasa pelari jarak jauh sedang melakukan aktiviti kelenjar adrelina akan mengeluarkan hormon adrenalina dan hormon aldosteron ke dalam darah. Horman ini akan diangkut oleh salur darah melalui sistem kardiovaskular ke sel-sel sasaran. Hormon adrenalina akan menyediakan badan untuk berlari dengan baik kerana ia telah merangsang paras glukosa dalam darah. Manakala hormon aldosteron mengawal tekanan osmosis darah melalui penyerapan semula ion natrium. Kelenjar tiroid akan membebaskan hormon tiroksina ke dalam darah bagi mengawal metobolisme sel badan, kususnya respirotasi dalam metakondria. Selain itu, apabila pelari jarak jauh itu mengalami kekurangan gula dalam darah, sistem endokrina melalui pankreas akan merembaskan hormon insulin dan glukogen ke dalam darah. Hormon ini akan dihantar ke sel-sel sasaran oleh sistem kardiovaskular. Insulin bertindak ke atas semua sel tubuh untuk menerima glukosa. Mekanisme tindakan ini bertujuan mengawal aras glukosa dalam darah untuk mencapai paras normal. Aktiviti hormon glukogen dirangsang oleh glukosa yang rendah dalam darah. Glukogen merangsang penguraian glikogen yang tersimpan dalam hati kepada glukosa ini ke dalam darah. Dengan ini pelari jarak jauh tetap mempunyai tenaga untuk meneruskan larian. 1.C. Volum stroke Munir. Pengeluaran kardiak (Q) = Heart Rate(HR) X Stroke Volume(SV) 25 l/minit = 160 dsm X SV SV = 25/160 SV=0.16 liter

You might also like