You are on page 1of 3

1.

0 Menginspirasi Perubahan
(Pengguna: Guru)

1.0 Inspiring Change (User: Staff)


Menginspirasi Perubahan
TUGASAN:
Memberi inspirasi untuk perubahan.
OBJEKTIF:
Untuk memotivasi dan memberi inspirasi kepada para peserta tentang perlunya kaedah
pengajaran baru.

TEMPOH MASA:
20 minit
BAHAN YANG DIPERLUKAN :
Video - SHIFT HAPPENS
TATACARA:
1. MENINGKATKAN KESEDARAN
1.1 Satu daripada sepuluh aduan berkaitan pelajar ialah masalah kurang perhatian
semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Semakin ramai pelajar yang
hilang minat semasa di sekolah dan berasa terpinggir daripada guru-guru dan
pelajaran. Antara sebab yang sering diberi ialah bilangan murid yang terlalu
ramai di dalam kelas, bantuan berfokus kepada individu yang terhad dan
pengajaran guru yang kurang berkesan. Guru pula mengadu mereka tidak dapat
menghampiri pelajar. Bagi pandangan anda, apakah masalah yang sebenar?
1.2 Perhatian pelajar dapat ditingkatkan melalui penglibatan ibubapa, nisbah pelajar-
guru yang lebih kecil dan pengajaran yang lebih menarik.

2. VIDEO - SHIFT HAPPENS
2.1 Mainkan video - Shift Happens.
2.2 Kaitkan apa yang diperkatakan di dalam video. Tanya peserta soalan-soalan
berikut:


SOALAN:
Apakah implikasi kepada perubahan teknologi ini kepada guru?
Bagi pendapat anda, adakah perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran
ini akan membantu meningkatkan perhatian pelajar semasa proses pengajaran
dan pembelajaran?

RUMUSAN

Mulakan satu perbincangan tentang masalah-masalah berkaitan dengan komunikasi
dan kaedah pengajaran di dalam kelas. Mungkin terdapat perbezaan antara alat-alat
komunikasi yang digunakan oleh para guru dan pelajar-pelajar. Adalah penting bagi
guru untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan berkaitan dengan cara-cara
berkomunikasi terkini yang digunakan oleh para pelajar. Beri penekanan kepada
keperluan untuk berubah. Jangan berubah tanpa mempunyai pengetahuan yang
mencukupi. Pelajar-pelajar yang dilahirkan selepas 1980 sering dirujuk sebagai Net
Generation, iGeneration, atau Generasi X, Y dan Z. Mereka mencerminkan zaman
persekitaran di mana teknologi adalah perkara biasa.

You might also like