You are on page 1of 54

CONTOH SOALAN ESEI

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
275

ARAHAN PRKHIDMATAN DAN KESELAMATAN



1. Cik Fiza seorang Penolong Pengarah Tadbir, telah dipertanggungjawabkan
untuk mengurus system fail di jabatannya. Ketua Jabatannya telah
mengarahkan beliau supaya mengkaji system fail sedia ada bagi mengatasi
permasalahan-permasalahan berikut:

a) fail-fail yang berpindah tangan dari seorang pegawai kepada seorang
pegawai lain tanpa melalui Bahagian Pendaftaran Fail.
b) Fail-fail yang tersimpan terlalu lama di tangan seseorang pegawai
c) Fail-fail yang terlalu tebal dan telah melebihi had kandungannya.

Nyatakan tindakan-tindakan yang perlu dilakukan oleh Cik Fiza dalam
mengatasi permasalahan di atas.


Jawapan:

a) Cik Fiza hendaklah menyediakan boring-borang perjalanan fail yang mempunyai
butir-butir berikut:

i. no. fail
ii. nama fail
iii. pegawai yang mengedarkan fail
iv. pegawai yang menerima fail
v. tarikh dan tandatangan dari pegawai-pegawai yang mengedarkan fail.

b) Sebagai seorang Penolong Pegawai Tadbir, Cik Fiza boleh mengeluarkan surat
edaran dalaman kepada pegawai-pegawai agar menghantar balik fail ke
Bahagian Pendaftaran Fail sekiranya sesuatu fail itu telah selesai diambil
tindakan atau tidak dapat diteruskan kerana menunggu butir-butir lanjut atau
sebab-sebab lain. Jika perlu fail berkenaan boleh disimpan dalam perhatian.
c) Cik Fiza hendaklah mengambil tindakan membuka satu kulit fail baru yang
mempunyai tajuk dan nombor yang sama dan ditanda sebagai Jilid II dengan
terang. Fail asal hendaklah ditanda Jilid I. Fail baru ini hendaklah juga
direkodkan dalam doket sebagai satu fail berasingan dan dimasukkan selepas
rekod fail Jilid I. Tindakan yang sama juga bolehlah diambil bila membuka fail
Jilid III dan selanjutnya.

2. Sesebuah agensi kerajaan bercadang untuk mengadakan satu persidangan
yang akan membincangkan ancaman pengganas dan keselamatan Negara.
Persidangan ini akan diadakan di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala
Lumpur dan akan dihadiri oleh semua pihak yang terlibat dengan urusan
keselamatan Negara. Berdasarkan kepada agenda yang ditetapkan,
persidangan ini dijangka meliputi perbincangan serta tayangan filem yang
mengandungi maklumat terperingkat Sulit, Rahsia dan Rahsia Besar.

CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
276
a) Nyatakan langkah-langkah keselamatan berkesan yang perlu diambil oleh
penganjur semasa mengadakan persidangan tersebut.
b) Nyatakan asas-asas yang diambilkira bagi memastikan tahap keselamatan
dokumen yang dibincangkan dan ditayangkan akan terkawal.

Jawapan:

a) Langkah-langkah keselamatan berkesan ialah;

i. tiada sesiapa yang tidak dibenarkan dapat masuk ke kawasan atau
tempat di mana ianya diadakan
ii. tiada sesiapa yang tidak dibenar ekses kepada perkara terperingkat
mendapatnya
iii. tiada sesuatu perkara terperingkat dibawa keluar dari tempat atau
kawasannya dengan cara-cara yang tidak dibenarkan
iv. tapisan keselamatan dan pemeriksaan fizikal hendaklah dikenakan ke
atas semua orang yang menghadirinya termasuk kakitangan
teknik,pencuci dan penyelenggara yang mungkin dapat masuk ke
kawasan keselamatan tersebut
v. seorang pegawai penyelaras dilantik bagi mengendalikan peraturan-
peraturan keselamatan.

b) Asas-asas tahap keselamatan dokumen ialah:

i. peringkat keselamatan maklumat yang terlibat
ii. taraf kewarganegaraan orang yang menghadirinya
iii. tempat ianya di adakan.
iv.

3. a) Sekiranya suatu dokumen terperingkat didapati hilang di sesebuah
jabatan, apakah peraturan-peraturan yang perlu diambil oleh pihak yang
berkenaan mengenai perkara tersebut.

c) Nyatakan bagaimana cara-cara dokumen terperingkat patut dimansuhkan



Jawapan:

a) peraturan yang perlu diambil

i. hendaklah mencarinya dengan segera Laporan juga hendaklah dibuat
kepada Pegawai Keselamatan Jabatan dan Ketua Jabatan
ii. mereka seterusnya akan menyiasat dan mengemukakan laporan
yang mengandungi pandangan dan taksiran bahaya terhadap
keselamatan kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan dalam tempoh
24 jam.
iii. Sekiranya kehilangan disahkan, pemula dokumen tersebut hedaklah
dimaklumkan agar taksiran risiko terhadap keselamatan dapat dibuat
dan tindakan menyelamat serta pembetulan keadaan dapat diambil.

CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
277
b) cara memusnahkan dokumen terperingkat:

i. dokumen terperingkat termasuk buangan terperingkat yang hendak
dimusnahkan hendaklah terlebih dahulu dikoyak kecil-kecil atau diricih
dengan menggunakan mesin pericih.
ii. Dokumen yang diricih dibakar,peraturan-peraturan yang selamat di
bawah penyeliaan penjawat awam yang dibenar mengendalikan
dokumen itu. Abunya hendaklah dihancurkan sehingga tidak dikenali lagi.
iii. Buangan terperingkat hendaklah diberi perlindungan keselamaatan yang
sepatutnya sehingga ianya dimusnahkan.


3. Antara langkah yang boleh diambil oleh jabatan dalam usaha memelihara
rekod-rekod kerajaan semasa dalam jagaan mereka dari sebarang kerosakan
ialah dengan mendapatkan nasihat tentang pemeliharaan rekod dari Jabatan
Arkib Negara.

a) nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan rekod kerajaan
b) selain daripada mendapatkan nasihat jabatan arkib Negara, nyatakan lima
usaha lain yang boleh dilakukan oleh jabatan untuk memelihara rekod di
dalam jagaan mereka.

Jawapan:

a) Nyatakan apakah yang dimaksudkan dengan rekod kerajaan

Rekod kerajaan ialah segala jenis, dokumen,rekod,daftar,bahan
bercetak,buku,peta,pelan,lukisan,gambar,mikrofilem,filem,filem wayang gambar
dan rakaman suara,yang diterima atau yang dikeluarkan oleh mana-mana
Jabatan kerajaan dalam apa-apa bentuk untuk tujuan menjalankan dan
menunaikan urusan rasmi mereka.

b) Memelihara rekod jabatan

i. rekod mesti dipelihara dengan baik

tiap-tiap jabatan hendaklah mengambil tindakan yang sesuai untuk memelihara
rekod-rekod kerajaan dari sebarang kerosakan dan kemusnahan semasa dalam
jagaan mereka. Nasihat-nasihat pakar yang percuma tentang pemeliharaan
rekod-rekod boleh didapati dengan menghubungi Ketua Pengarah Arkib Negara

ii) bilik simpanan mesti sesuai

jabatan hendaklah menentukan bahawa rekod-rekod disimpan dalam bilik-bilik
sesuai yang tidak lembab,bocor atapnay atau berlubang-lubang dindingnya.Bilik
simpanan rekod ini mestilah terhindar dari bahaya banjir atau bahang matahari
dan juga selamat dari tikus dan serangga termasuk anai-anai.untuk menjaga dari
kelembapan, bilik-bilik simpanan memerlukan pusingan udara seperti pesangan
kipas angina atau di hawadinginka n.

iii) rekod patut disimpan di atas rak-rak
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
278

rekod-rekod hendaklah jangan diletakkan di atas lantai. Sebaik-baiknya
digunakan rak-rak besi yang memberi ruang sebanyak enam inci di antara lantai
dan rak pertama supaya memudahkan pusingan udara dan pembersihan.
Sekiranya rak-rak kayu digunakan maka ini hendaklah diawasi daripada anai-
anai atau bubuk-bubuk dengan menyemburkan dieldrin terlebih dahulu kepada
rak kayu.

iv) mongering rekod dan lain-lain tindakan

rekod-rekod yang basah hendaklah dianginkan supaya kering dan jangan sekali-
kali dijemur atau disalai. Rekod-rekdo yang berlapuk hendaklah dibersihkan dari
lapuknya, dan yang beranai-anai atau dimasuki oleh semut atau lain-lain
serangga hendaklah dikeluarkan dan dibinasakan serangga-serangga itu. Arkib
Negara akan sedia membantu Jabatan-jabatan dalam hal ini.

v) rekod koyak perlu dibaiki

rekod-rekod yang koyak hendaklah ditampal dengan kertas lain dengan
menggunakan pelekat yang boleh dibuat daripada tepung ubi kayu ataupun yang
ada dijual di kedai-kedai dalam bentuk yang serupa. Gam cair atau tape
cellulose tidaklah elok digunakan kerana ini boleh merosakkan dan mencacatkan
kertas-kertas. Mana-mana kertas atau lampiran yang tertanggal daripada fail-fail
hendaklah disematkan semula dengan segera.

vi) bilik rekod hendaklah dijaga dan dibersihkan

bilik-bilik rekod hendaklah jangan digunakan sebagai tempat makan minum dan
merokok atau bagi menyimpan bahan-bahan pejabat yang lain terutama bahan-
bahan berair seperti asid,cat,dakwat,minyak spirit dan sebagainya. Bilik-bilik ini
hendaklah dibersihkan selalu dan pencuci hampagas hendaklah digunakan
supaya habuk-habuk tidak berkumpul.


PERKHIDMATAN KEMAJUAN PERKHIDMATAN AWAM (PKPA)



1. Proses kerja . yang terdapat didalam manual prosuder kerja dan fail meja
ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan mengikut
peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Jelaskan
kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya.


Jawapan:

Kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi daripada proses kerja yang terdapat
didalam MPK dan FM ialah;

a. mengelakkan kesilapan operasi dan perundangan ketika menjalankan tugas
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
279
b. memperlihatkan tindakan-tindakan lengkap yang perlu diambil semasa
menjalanakan tugas
c. membantu kerja penyeliaan
d. memudahkan semakan dan pindaan ke atas proses kerja apabila
mengemaskinikan diperlukan
e. mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulang
f. memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja baru
g. mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang pegawai
h. memudah dan melicinkan urusan harian pejabat
i. menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah ditetapkan


2. Kumpulan meningkat mutu kerja (KMK) merupakaan mekanisme bagi
membolehkan mekanisme bagi membolehkan pekerja secara berkumpulan
menyertai proses penyelesaian masalah bagi meningkatkan kualiti dan
produktiviti jabatan. Jelaskan factor yang menyokong kejayaan
pelaksanaannya.

Jawapan:

a. sikap yang positif , kesungguhan dan komitmen dari pihak pengurusan atasan.
Antaranya kesediaan pihak pengurusan untuk meluangkan masa dan tenaga
dalam melaksanakan program.
b. System latihan yang berkesan
c. Sokongan dari semua peringkat
d. Perwujudan sistrem pengiktirafan kepada ahli
e. Kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti
alattulis, LCD,bilik perbincanagan dll
f. Dimulakan dengan kerja secara kecil-kecilan dan dikekalkan secara berterusan
g. Perkembangan perlu diketahui oleh semua pihak
h. Kebolehan jawatankuasa pemandu bagi merancang,melaksana,menyelaras dan
mengambil tindakan terhadap perakuan-perakuan
i. Melaksanakan aktiviti-aktiviti promosi menerusi poster,slogan dan risalah














3. Jelaskan prosedur yang perlu diikuti oleh agensi kerajaan dalam
mengendalikan aduan-aduan daripada orang ramai mengenai ketidakpuasan
hati mereka terhadap perkhidmatan atau sebarang tindakan oleh agensi
kerajaan.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
280


Jawapan:

setiap Kementerian/jabatan/badan berkanun persekutuan /piahk berkuasa
tempatan/agensi hendaklah memberi perhatian sewajarnya kepada semua
pengaduan awam dan mengendalikannya secara berikut:

j. mengeluarkan surat akuan terima dalam tempoh dua minggu setelah menerima
surat aduan daripada orang awam ataupun yang dirujuk oleh biro pengaduan
awam;
k. memberi jawapan dalam masa yang ditetapkan atau kepada pengadu berkenaan
pengaduan yang diterimanya secara langsung ataupun daripada biro pengaduan
awam;
l. menghantar surat jawapan sementara yang mengandungi penjelasan mengenai
sebab-sebab jawapan /ulasan tidak dapat diberi dalam jangkamasa yang
ditetapkan dan memaklumkan juga jangkamasa jawapan ulasan akan diberikan;
m. memberi kerjasama penuh kepada biro pengaduan awam, apabila siasatan
terhadap aduan/kes dijalankan;
n. mengambil tindakan-tindakan pembetulan untuk menyelesaikan aduan sepeti
yang diputuskan oleh jawatankuasa tetap pengaduan awam;
o. menemukakan laporan kemajuan mengenai tindakan-tindakan pembetulan yang
diambil dari semasa ke semasa kepada biro pengaduan awam;
p. menyimpan rekod mengenai semua aduan yang dirujuk oleh biro pengaduan
awam dan aduan yang diterimanya secara langsung dengan mengandungi
maklumat asas seperti tarikh aduan diterima,tarikh surat akuan
dikeluarkan,kedudukan terkini sesuatu aduan,keputusan jawatankuasa dan
tindakan pembetulan yang telah/sedang diambil.

SEJARAH MALAYSIA



1. Penjajahan British di Tanah Melayu telah mengakibatkan masalah
perpaduan di antara kaum di Tanah Melayu. Jelaskan factor-faktor yang
telah menyumbangkan kepada masalah perpaduan tersebut.


Jawapan:

i. Pemisahan tempat tinggal atau petempatan
British mengamalkan dasar pecah dan perintah; jarak social serta segregasi
antara kumpulan-kumpulan etnik sengaja diwujudkan dan dikekalkan.
Menetapkan status dan peranan yang berlaianan bagi kaum Melayu,Cina dan
India.

ii. Perbezaan tumpuan sector ekonomi
Orang-orang Melayu,Cina ,India menjalankan aktiviti ekonomi yang
berlainan.Wujudnya jurang pendapatan yang tidak seimbang antara kaum. Ini
menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangan kaum tertentu.

CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
281
iii. Pengasingan system Pendidikan
Tiada terdapat satu system Pendidikan nasional di Tanah Melayu. Wujud empat
aliran system Pendidikan yang berlaianan. Murid-murid tidak berpeluang
bercampur gaul dengan murid dari kumpulan etnik lain.

iv. Fahaman dan pengaruh politik
Wujudnya berbagai-bagai persatuan politik,social dan ekonomi yang berasaskan
kumpulan etnik telah juga memperkuatkan lagi identity etnik dan syak wasangka

v. Masalah ekonomi
Orang-orang Melayu menguasai bidang yang mundur dan sector primer, orang
Cina menguasai sector yang lebih maju. Ketidakseimbangan pendapatan
menyebabkan setiap kaum saling mencemburui.

vi. Penggunaan akhbar yang berbeza-beza
Akhbar berperanan penting dalam menyemarakkan semangat perkauman di
kalangan masyarakat berbilang kaum. Setiap akhbar mengikut bahasa masing-
masing memberikan perhatian secara menyeluruh kepada golongan tertentu
sahaja. Fenomena ini memperkuatkan semangat kecintaan pada tanah air dan
kaum masing-masing sahaja dan menyulitkan mereka untuk memahami bahasa,
budaya dan sensitivity kaum-kaum lain.





2. Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu untuk menghapuskan pemberontakan bersenjata komunis di antara
tahun-tahun 1948-1960.

A. PENGENALAN

1. Parti Komunis Malaya ditubuhkan pada tahun 1930. Pada tahun 1948, ia memulakan
pemberontakan secara terbuka dengan tujuan menubuhkan sebuah Republik Komunis
Malaya.
2. Mulai tahun 1948, Parti Komunis Malaya melancarkan serangan-serangan ke atas
ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah. Serangan-serangan ini
bertujuan melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu serta menghilangkan kepercayaan
rakyat kepada kerajaan.
3. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu berjaya menghapuskan pemberontakan
bersenjata Komunis melalui beberapa langkah yang diambil antara tahun-tahun 1948-
1960.

CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
282
B. LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN UNTUK MENGHAPUSKAN PEMBERONTAKAN
KOMUNIS

1. Pengisytiharan darurat
a) Sir Edward Gent (Pesuruhjaya Tinggi) mengisytiharkan Darurat pada 16 Jun 1948 di
kawasan-kawasan Perak dan Johor. Pada 17 Jun 1948, Darurat diisytiharkan di
seluruh Tanah Melayu. Parti Komunis Malaya diharamkan.
b) Di bawah peraturan-peraturan Darurat 1949, Kerajaan mempunyai kuasa menahan
orang-orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa bicara. Langkah
sedemikian walaupun berkesan pada takat tertentu telah mengasingkan penduduk
daripada kerajaan kerana ia kadangkala menindas orang yang tidak bersalah.
c) Kerajaan juga memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan. Penduduk Tanah
Melayu yang berumur 12 tahun ke atas mesti mendaftarkan diri dan membawa
bersama kad pengenalan. Langkah ini memudahkan pengesanan anasir-anasir
komunis.

2. Rancangan Briggs
a) Pada 21hb Mac 1950, Leftenan Jeneral Harold Briggs dilantik sebagai Pengarah
Gerakan. Langkah terpenting dalam Rancangan Briggs ialah penempatan semula
setinggan-setinggan dari kawasan terpencil yang bertaburan ke kampung-kampung
baru. Langkah ini bertujuan memberi perlindungan kepada mereka yang dipaksa
membantu pihak komunis dan lebih penting lagi menghapuskan sistem bekalan
komunis yang digelar Min Yuen.
b) Seramai kira-kira 500 000 orang setinggan telah ditempatkan semula di lebih kurang
500 buah kampung baru. Kampung-kampung baru ini dipagarkan dan dilindungi
oleh polis dan tentera. Kawalan yang ketat dikenakan ke atas pembelian, penjualan,
penyimpanan dan pengangkutan makanan bagi memastikan ia tidak jatuh ke tangan
komunis.
c) Rancangan Briggs ini merupakan faktor penting bagi kegagalan pemberontakan
komunis. Ia bukan sahaja melemahkan Min Yuen tetapi memaksa komunis-komunis
keluar dari hutan dan bertempur dengan tentera Kerajaan. Ini memudahkan usaha-
usaha kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan komunis.

3. Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
283
a) Leftenan Jeneral Briggs sebagai Pengarah Gerakan telah menubuhkan Majlis
Perang Persekutuan dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang di peringkat
negeri dan daerah. Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut terdiri daripada pegawai-
pegawai tadbir, tentera dan polis.
b) Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang telah memperbaiki
koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam perancangan gerakan
menentang komunis.

4. Langkah-langkah ketenteraan
a) Pada tahap awal kerajaan menggunakan 13 batalion askar British dan Melayu untuk
menyerang gerila-gerila komunis. Sebuah pasukan Mata-mata Khas Melayu yang
terdiri daripada 24 000 orang telah dilatih dengan segera untuk mengawal ladang,
lombong dan kawasan terpencil.
b) Kekuatan tentera kerajaan telah bertambah dengan perlantikan Jeneral Sir Templer
sebagai Pesuruhjaya Tinggi dalam tahun 1952. Pasukan Polis Persekutuan telah
diperbesarkan. Bilangan Mata-mata Khas dan pengawal-pengawal kampung telah
ditambah. Lebih ramai anggota tentera dihantar dari Britain dan negara-negara
Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand.
c) Tambahan dalam kekuatan tentera membolehkan kerajaan melancarkan serangan-
serangan yang labih agresif terhadap komunis-komunis di hutan serta
menguatkuasakan peraturan-peraturan makanan dengan lebih tegas. Ini dapat
memastikan bahawa tiada makanan diseludup bagi kegunaan gerila-gerila komunis.

5. Perang psikologi
a) Jeneral Templer menggunakan perang psikologi untuk menawan hati dan fikiran
rakyat. Dalam tahun 1952, beliau meminda peraturan-peraturan kewaranegaraan
yang membolehkan lebih ramai lagi orang bukan Melayu terutamanya orang Cina
menjadi warganegara Tanah Melayu. Plihanraya bagi Majlis-majlis Tempatan
diadakan bagi mewujudkan perasaan tanggungjawab di kalangan rakyat. Langkah
ini membolehkan kerajaan mendapat sokongan kaum Cina. Ini adalah penting
kerana kebanyakan gerila komunis terdiri daripada orang Cina.
b) Satu lagi aspek perang psikologi ialah menggalakkan rakyat memberi maklumat
yang dapat membolehkan penangkapan komunis-komunis. Hadiah wang tunai
ditawarkan.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
284
c) Gerila-gerila komunis digesa menyerah diri melalui risalah-risalah yang digugurkan
dari udara ke dalam hutan.Kerelaan kerajaan untuk mengampunkan dan membantu
mereka memulakan penghidupan baru telah mempengaruhi ramai komunis untuk
menyerah diri.
d) Jeneral Templer juga mengamalkan polisi mewujudkan kawasan-kawasan putih
yang merupakan kawasan yang bebas dari kegiatan komunis.Dalam kawasan-
kawasan sedemikian peraturan-peraturan darurat dilonggarkan.Polisi tersebut telah
memberi galakan kepada orang ramai untuk bekerjasama dengan kerajaan.
e) Perang psikologi ini merupakan faktor penting bagi kejayaan Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu menghapuskan pemberontakan komunis.Ia menggalakkan penduduk
Tanah Melayu bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha menghapuskan
komunis-komunis.



6. Rundingan Baling
a) Pada bulan Disember 1955, Kerajaan Tanah Melayu telah mengadakan rundingan
dengan pemimpin-pemimpin Parti komunis Malaya di Baling untuk menamatkan
Darurat.
b) Perundingan tersebut gagal kerana Kerajaan Tanah Melayu enggan mengiktiraf
Parti Komunis Malaya sebagai sebuah parti yang sah.

C. KESIMPULAN

1. Rancangan Briggs dan perang psikologi oleh Jeneral Templer merupakan faktor-faktor
terpenting bagi kejayaan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menghapuskan
pemberontakan komunis.
2. Pada 31 Julai 1960, kerajaan telah mengisytiharkan tamatnya darurat. Parti Komunis
Malaya telah gagal dalam perjuangannya untuk menubuhkan sebuah Republik
Komunis.






CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
285
















DASAR-DASAR KERAJAAN


1. Bagi mencapai matlamat wawasan 2020, terdapat sembilan cabaran yang
harus diatasi. Huraikan cabaran tersebut.


Jawapan:

Sembilan cabaran yang telah dikenalpasti ialah

i. mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang
serupa dan dikongsi bersama.
Ia mesti menjadi negara yang aman,berintegrasi di peringkat wilayah dan
kaum,hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya,secara adil dan
didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan
dedikasi kepada negara.

ii. mewujudkan masyarakat yang berjiwa beas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri,bangga dengan apa yang dicapai serta gagah
menghadapi pelbagai masalah.
Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai
kecemerlangan, sedar semua kemampuannya,tidak mengalah kepada
sesiapa, dan dan dihormati oleh rakyat negara lain.

iii. mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,
mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara
membangun.
iv. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang
mana warganegara kukuh dalam nilai agama,dan kejiwaan dan didorong oleh
tahap etika yang tinggi
v. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum
bebas mengamalkan adapt,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
286
masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu
negara
vi. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan
tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga meyumbang kepada tamaddun saintifik dan teknologi
masa depan
vii. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi iaitu system
social yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri
dan kebajikan insane tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di
sekeliling system kekeluargaan yang kukuh.
viii. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi iaitu masyarakat
yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama
di mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam
perkembangan ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih
ada pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi berdasarkan kaum; dan
ix. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik,giat dan kental.

2. Dasar penswastaan telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada
bulan Maac 1983 dengan tujuan-tujuan tertentu. Huraikan dengan ringkas
tujuan-tujuan Dasar Penswastaan tersebut.

Jawapan:

Tujuan pelaksanaannya:

i. mengurangkan beban kewangan kerajaan
ii. meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja
iii. menggalakkan pertumbuhan ekonomi
iv. pengagihan sumber secara cekap
v. mempercepatkan pencapaian DEB/DPN
vi. mengurangkan kerugian berterusan
vii. meningkatkan pendapatan negara melalui cukai.


3. Terangkan matlamat dasar ekonomi baru dan strategi pelaksanaan yang
telah dirangka bagi mencapai kadar pertumbuhan ekonomi negara.

Jawapan:

i. dilancarkan oleh kerajaan pada 1970 melalui Rancangan Malaysia kedua
(1971-1975) merupakan rancangan ekonomi jangka panjang iaitu sehingga
tahun 1990.
ii. Matlamat utamanya ialah mewujudkan perpaduan antara kaum dengan
mengurangkan jurang perbezaan ekonomi,social,kebudayaan dan
penempatan.Matlamat ini cuba dicapai melalui strategi serampang dua
mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun
semula masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum melalui
kegiatan ekonomi.
iii. Antara langkah membasmi kemiskinan ialah
Mewujudkan peluang pekerjaan
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
287
Menggalakkan mobility pekerjaan
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum,kawasan
dan wilayah
Memodenkan kehidupan desa
Mewujudkan usahawan bumiputera
Memperbaiki taraf hidup rakyat melalui peluang Pendidikan dan
penyediaan prasarana

iv. langkah meyusun semula masyarakat ialah:

meningkatkan daya pengeluaran
mengurangkan ketidakseimbangan struktur guna tenaga antara kaum
menambah ekuiti saham bumiputera
mengurangkan kadar pemilikan saham asing
memajukan negeri-negeri yang mundur

v. matlamat akhir DEB ialah memberi peluang penglibatan bumiputera
sebanyak 30% dalam kegiatan ekonomi negara menjelang akhir tahun
1990.


4. Terangkan factor-faktor yang diambil kira dalam penentuan Dasar Luar
Malaysia



Jawapan:

Kepentingan nasional

Dari aspek keselamatan, Malaysia ingin mengelakkan sebarang ancaman
atau serangan dari negara-negara luar.
Dari aspek ekonomi, Malaysia bergantung kepada perdagangan
antarabangsa oleh kerana ekonomi Malaysia adalah berorientasikan eksport
Jestru itu, Malaysia mengadakan hubungan baik dengan semua negara serta
memperjuangkan prinsip perdagangan bebas dan pasaran terbuka.

Piagam pertubuhan bangsa-bangsa bersatu

Malaysia merupakan penyokong kuat PBB yang dianggap sebagai pelindung
negara-negara kecil serta penggalak keamanan dan kemakmuran dunia
Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip piagam PBB seperti
memelihara keamanan dunia,melindungi hak asasi manusia,menegakkan
keadilan dan kewibawaan undag-undang dan menggalakkan perkembangan
ekonomi dan social

Persekitaran Geostrategik

Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang telah mengalami masalah
ketidakstabilan politik sejak Perang Dunai Kedua
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
288
Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat bergantung kepada
kejadian-kejadian yang berlaku di Asia Tenggara
Malaysia juga terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu
Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.ini menarik minat kuasa-kuasa luar untuk
menegakkan pengaruh masing-masing di rantau Asia Tenggara.
Jestru itu Malaysia mengutamakan hubungan yang baik dengan negara-
negara Asia Tenggara . Malaysia juga ingin menjadikan Asia Tenggara satu
kawasan yang aman bebas dan berkecuali

Islam

Memandangkan Islam merupakan agama persekutuan Malaysia
menitikberatkan hubungan baik dengan negara-negara Islam
Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam serta menyokong projek-
projek tertentu seperti Bank Pembangunan Islam

Bekas jajahan British

Malaysia sebagai bekas jajahan British menganggap dirinya sebagai anggota
Komanwel British
Malaysia meneruskan hubungan dengan Britain dan kerajaan-kerajaan
Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand

Dasar Berkecuali

Sejak tahun 1970 malaysia mengamalkan dasar berkecuali, iaitu ia ingin
mengadakan hubungan yang baik dengan semua negara yang mengamalkan
dasar aman dan persahabatan tanpa mengira ideology mereka
Dasar berkecuali ini bertujuan mengelakkan penglibatan Malaysia dalam
pertikaian antara kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Russia.

Prinsip hidup bersama

Malaysia berpegang teguh kepada prinsip hidup bersama secara aman dan
damai. Malaysia berpendapat bahawa rakyat sesebuah negara hendaklah
menentukan nasib mereka sendiri
Malaysia juga berpendapat bahawa negara-negara luar tidak boleh campur
tangan dalam hal ehwal sesebuah negara
Jestru itu Malaysia telah menyokong perjuangan Pertubuhan Pembebasan
Pelastin,Kerajaan Demokratik Kemboja dan pejuan-pejuang Mujahidin
Afghanistan.








CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
289
PENGURUSAN KEWANGAN



1. Huraikan maksud Pembelian Runcit dan nyatakan apakah keslahan
yang sering dilakukan oleh jabatan-jabatan yang membuat pembelian
secara ini.

Jawapan:

a) Pembelian runcit ialah pembelian barang-barang di luar kontrak pusat yang
melibatkan perbelanjaan tahunan tidak lebih daripada RM50,000.00 bagi
mana-mana satu jenis benda atau satu kelas benda yang berkaitan boleh
dibuat oleh Ketua Jabatan dengan membuat pesanan terus kepada
pembekal pilihan.
b) Kesalahan yang sering dilakukan dalam amalan perolehan di jabatan-jabatan
kerajaan yang dapat dikesan ialah memecah kecilkan jumlah pembelian
dalam setahun atau menyalah tafsirkan kelas jenis benda dan membeli
secara berasingan.


2. Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pegawai Pengawal
apabila didapati kehilangan wang atau barang-barang awam di sesebuah
jabatan dari peringkat awal hingga laporan dibuat.


Jawapan:

i. melaporkan kehilangan tersebut kepada pihak polis tidak lewat dari
dua hari dari tarikh kehilangan itu.
ii. Mendapatkan laporan penyiasatan polis
iii. Mengemukakan satu salinan kepada Ketua Setiausaha
Perbendaharaaan atau pihak berkuasa kewangan negeri atau
kedua-duanya mengikut mana yang berkenaan sesudah sahaja
penyiasatan itu selesai atau 4 bulan dari tarikh kehilangan sekiranya
penyiasatan belum selesai.
iv. Kenyataan dari pegawai yang terlibat hendaklah dilampirkan
bersama tetapi tidak boleh dianggap sebagai pengganti laporan
atau pandangan Pegawai Pengawal
v. Laporan akhir hendaklah dihantar oleh Pegawai Pengawal kepada
akauntan negara, juruaudit negara dan wakil tempatan juruaudit
negara dalam negeri itu.


3. Encik Alwi dan Encik Arif ialah dua orang pegawai kanan kerajaan yang
dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemeriksa berhubung dengan pelupusan
barang-barang di jabatannya.

CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
290
a) Nyatakan cara-cara pelupusan terhadap barang-barang yang
boleh disyorkan oleh Encik Alwi dan Encik Arif selaku Ahli
Lembaga Pemeriksa
b) Nyatakan barang-barang yang boleh dilupuskan oleh sesebuah
jabatan tanpa melalui Lembaga Pemeriksa.


Jawapan:

a) Barang-barang yang tidak boleh digunakan dan tidak ekonomik boleh
disyorkan untuk dilupuskan oleh lembaga pemeriksa secara berikut:

Jualan lelong
Jualan melalui tender
Secara tukar beli
Pindah/hadiah(mengikut budi bicara pegawai pengawal) kepada mana-mana
jabatan ,institusi atau pertubuhan di bawah kawalan atau anjuran
kerajaan.(Pindahan yang disyorkan itu mestilah dirujukkan kepada Ketua
Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri untuk keputusan
dan arahan sama ada penyelarasan mesti dibuat)
Ditanam
Kitar semula
Dibakar di dalam tempat khas
Lain-lain pelupusan yang sesuai bagi sesuatu barang yang berkenaan.

b) Barang-barang yang boleh dilupuskan oleh sesebuah jabatan tanpa melalui
Lembaga Pemeriksa ialah:

Nilai perolehan asal barang tersebut tidak melebihi RM 10,000.00 tiap-tiap
satu atau RM100,000.00 jumlah kesemuannya dan tidak boleh digunakan
atau tidak ekonomik serta hanya boleh mendapatkan hasil jualan sisa sahaja.
Barangan tersebut tidak bernilai untuk dijual, misalnya pinggan mangkuk
pecah dan sebagainya.
Barangan tersebut tidak boleh dijual disebabkan oleh dasar kerajaan atau
keselamatan awam.


4. Nyatakan dua (2) prinsip asas yang akan digunakan dalam Belanjawan
Negara dan apakah matlamat yang hendak dicapai dengan
terlaksananya system yang digunapakai ini.


Jawapan:

a) Dua prinsip yang digunakan dalam Belanjawan Negara ialah

Kuasa membuat keputusan diberikan seberapa praktikal yang boleh kepada
beberapa peringkat bawahan
Kuasa yang diberi mesti bersesuaian dengan prinsip akauntabiliti

CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
291
b) Dengan terlaksananya system ini adalah diharapkan bahawa beberapa
matlamat dapat dicapai iaitu

Agensi pusat tidak perlu lagi mengawas secara terperinci perbelanjaan
agensi pelaksana dengan ketat. Sebaliknya mereka boleh memberi tumpuan
kepada perancangan dan pengukuran prestasi agensi pelaksana.
Agensi pelaksana diberi kuasa yang lebih luas untuk mengurus program dan
aktiviti mereka. Agensi pelaksanalah yang mengenalpasti lebih awal
masalah-masalah pelaksanaan yang mungkin akan timbul dan tindakan yang
sewajarnya untuk diambil. Oleh itu kelewatan melaksanakan sesuatu
program/aktiviti dapat dielakkan.
Agensi pelaksana mempunyai kebebasan untuk mengambil tindakan sesuai
dan segera bagi melaksanakan program/aktiviti mereka. Ini adalah
berasaskan kepada konsep let manager manage yang diberi kuasa yang
lebih luas kepada pengurusan peringkat bawahan yang melaksanakan
program/aktiviti/projek untuk membuat keputusan berkaitan dengan program.
Kelonggaran kawalan terperinci ke atas perbelanjaan yang diberikan oleh
agensi pusat kepada agensi pelaksana diturunkan sejauhmana yang boleh
kepada pengurusan peringkat bawahan mempunyai lebih fleksibiliti untuk
melaksanakan tugas mereka.



PENGURUSAN AM


1. Seseorang pemimpin sama ada di peringkat jabatan atau mana-mana
organisasi perlu memiliki sifat-sifat murni kepimpinan. Jelaskan sifat-
sifat murni kepimpinan yang seharusnya dipunyai oleh seseorang
pemimpin supaya dianggap pemimpin yang berwibawa.

Jawapan:

pandai menggunakan kuasa tanpa menimbulkan syak wasangka di kalangan
pekerja atau tidak gila kuasa.
bersih,cekap dan amanah.
Kerelaan untuk menghadapi risiko dan mencuba yang baru untuk kebaikan
organisasi.
Sikap hormat menghormati sambil mengambil berat dan bertanggungjawab.
Sentiasa bertimbang rasa dan mengambil pendekatan penyertaan dalam
pengurusan.
Kerelaan berkongsi kuasa dengan pekerja-pekerja.
Menyedari kekuatan dan kelemahan diri sendiri.
Menyedari mengenai kemajuan diri sendiri dan kemajuan pekerja-pekerja
bawahan.
Sentiasa berfikiran terbuka dan mengalu-alukan nilai-nilai positif di kalangan
pekerja-pekerjanya.
Mempunyai emosi seimbang dan pandai berjenaka.
Sentiasa memberi teladan yang baik kepada pekerja-pekerja.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
292
Sentiasa bertenaga dan menggalakkan serta memberi dorongan kepada
pekerja-pekerja. Sentiasa mengiktiraf dan menghargai setiap sumbangan
pekerja.
Sentiasa mewujudkan mutu kehidupan bekerja yang baik dan selesa.
Tidak cuba sentiasa mengawal pekerja sehingga menimbulkan ketegangan.
Sentiasa terbuka kepada kritikan yang membina
Bertindak dengan tegas, sabar dan adil iaitu tidak pilih kasih.


2. Huraikan pendekatan-pendekatan yang dapat meningkatkan
keberkesanan kepimpinan dalam sesebuah organisasi.



Jawapan:

Meningkatkan keberkesanan kepimpinan ialah

a. Latihan kepimpinan

Setiap individu yang baru menganggotai sesebuah jabatan perlu diberi kursus
orientasi supaya mereka memahami akan peranan dan tanggungjawab masing-
masing. Latihan kerohanian perlu diberi penekanan dan diadakan dari masa ke
semasa.

b. Penerapan nilai-nilai murni kepimpinan

Ini boleh dilaksanakan dengan menerapkan nilai-nilai Islam di dalam
pentadbiran. Memberi kesedaran kepada individu tentang pandangan Islam
terhadap kepimpinan akan memberi kesan kepada diri individu itu sendiri.

c. Perubahan sikap dan nilai

Ini boleh dilakukan melalui latihan kederiaan di mana seseorang itu diberi
peluang untuk mengenal diri sendiri dan memberi peluang kepada orang lain
untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dirinya sebagai pemimpin.

d. Maklumbalas dari pekerja-pekerja bawahan

Untuk menilai sama ada kepimpinan pegawai atasan itu berkesan atau
disenangi, satu system maklumbalas perlu diadakan di mana pekerja-pekerja
bawahan diberi peluang untuk menilai prestasi pegawai atasan tanpa ada rasa
dendam di kalangan yang dinilai.

e. Pengalaman dan pusingan kerja.

Tiap-tiap individu dalam jabatan hendaklah diberi peluang yang meluas untuk
menjawat jawatan yang tanggungjawabnya mencabar. Ini boleh dilakukan
dengan system pusingan kerja dan penglibatan mereka dalam Kumpulan
Meningkat Mutu Kerja (KMK).

CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
293
f. Kemajuan kerjaya dan kemajuan individu.

Individu perlu dipermajukan dengan memberi peluang untuk menambah ilmu
pengetahuan dan kemahiran atau menyediakan anugerah cemerlang,Hari Q
sebagai menghargai sumbanagan mereka.


3. Salah satu aspek dalam kemahiran berkomunikasi ialah kemahiran
mendengar. Mengikut Thomas Gordon(1970) ,pendengaran yang aktif
merupakan kemahiran berkomunikasi yang boleh menolong orang lain
meyelesaikan masalahnya. Jelaskan tanda-tanda pendengar yang
kurang baik.


Jawapan:

Tanda tanda kebiasaan pendengar yang kurang baik

Beranggapan bahawa perkara yang diperbincangkan tidak menarik.
Angapan daripada pendengar mengatakan bahawa perkara yang sedang
dibincangkan itu tidak menarik adalah merupakan penghalang yang besar
kepada pendengar yang berkesan.

Mengkritik penyampaian penceramah
Satu lagi kebiasaan seseorang yang tidak berminat ialah dengan cara mengkritik
penyampaian penceramah. Kritikan adakalanya juga menyentuh kualiti bantuan
alat pandang dengar.

Mendengar secara memilih

Mendengar secara memilih sesuatu topic atau tajuk perbincangan yang diminta
sahaja. Pendengar menapis maklumat-maklumat.

Mencelah

Pendengar yang kerap mencelah menunjukkan bahawa ia adalah seoraang
pendengar yang kurang baik. Keadaan ini berlaku kerana pada hakikatnya kita
boleh berfikir lebih pantas dari bercakap. Jadi pendengar cuba membuat
andaian.

Mimpi di siang hari

Mimipi di siang hari menunjukkan bahawa seseorang itu adalah seorang
pendengar yang kurang baik. Pada hakikatnya memang sukar untuk memikirkan
dua perkara dalam satu masa yang sama. Oleh itu pendengar yang sedang
bermimpi di siang hari akan menumpukan pemikirannya kepada perkara-perkara
yang sedang difikirkannya, sedang dibuai mimpi, dan tidak kepada perkara yang
didengar.

Gangguan luar.

CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
294
Gangguan ini boleh berupa kerusi yang tidak selesa, kebisingan, panas atau
sejuk yang keterlaluan. Pendengar yang baik akan dapat mengatasi gangguan
ini, sebaliknya seseorang pendengar yang kurang baik akan membiarkan
gangguan-gangguan itu menguasainya dan tidak memusatkan pendengarannya
kepada perbincangan.

Mengelakkan perkara yang susah dan teknikal.

Apabila seseorang itu cuba mengelak untuk memahami perkara-perkara yang
susah dan teknikal, ini menunjukkan bahawa ia seorang pendengar yang kurang
baik.

Tertidur

Pendengar yang tertidur menunjukkan bahawa ia tidak berupaya mendengar
dengan baik. Pendengar yang aktif memerlukan tidur yang cukup sebelumnya.
Inilah suatu kenyataan yang sering dikebelakangkan oleh pendengar yang
kurang baik. Keletihan juga akan mengakibatkan kurang tumpuan.

PERINTAH-PERINTAH AM

1. Puan Yasmin ialah seorang pegawai kerajaan. Selaku seorang pegawai awam,
beliau serta ahli keluarga layak menerima rawatan dan ubat-ubatan secara
percuma daripada hospital atau klinik kerajaan. Walau bagaimanapun, jika
mereka dimasukkan ke wad kerana menerima rawatan, mereka akan
dikehendaki membayar bayaran wad kecuali dalam kes-kes tertentu.

a) Nyatakan kes-kes di mana seorang Pegawai Awam akan dikecualikan
daripada membayar bayaran wad
b) Nyatakan mereka yang tergolong di dalam definisi keluarga seseorang
pegawai awam seperti dalam Perintah Am Bab F

Jawapan:

a) Kes-kes di mana seseorang Pegawai Awam akan dikecualikan daripada
membayar wad :

i. penyakit tibi,kusta dan barah adalah percuma
ii. mengidap penyakit merebak
iii. seseorang pegawai yang jatuh sakit semasa menjalankan tugas rasminya di
luar ibu pejabatnya apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam hospital di luar
ibu pejabat.
iv. Seseorang pegawai menerima kecederaan semasa menjalankan tugas
rasminya di luar ibu pejabatnya apabila ia terpaksa dimasukkan ke dalam
hospital di luar ibu pejabat.

b) Mereka yang tergolong di dalam definisi Keluarga seorang Pegawai Awam
seperti dalam Perintah Am Bab F

i. bagi pegawai lelaki isteri dan anak-anaknya atau
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
295
ii. bagi pegawai perempuan suami dan anak-anaknya
iii. anak-anak yang berkelayakkan ialah anak-anak yang ditanggung
sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun atau sekiranya
masih bersekolah di bawah umur 21 tahun
iv. anak-anak daif(kelemahan otak atau jasmani) tidak ada had umur
v. anak tiri dan anak angkat yang diambil mengikut undang-undang
vi. balu seorang pegawai selagi ia tidak berkahwin semula
vii. ibu bapa kandung / mengikut undang-undang pegawai berkenaan.


3. Cik maria seorang pegawai perubatan yang bercadang bergiat aktif di dalam politik

A) Nyatakan samada boleh atau tidak beliau mengambil bahagian aktif dalam aktiviti
politik dengan alasannya sekali.
B) Terangkan lima perkara yang tidak boleh dilakukan oleh cik maria dan pegawai lain
dalam kumpulan pengurusan dan profesional

Jawapan :

A) Tidak boleh kerana cik maria seorang pegawai dalam kumpulan p&p. Kum. P&p
dilarang mengambil bahagian aktif dalam politik atau memakai mana-mana
lambang sesuatu parti.
B) Aktiviti-aktiviti politik yang dimaksudkan ialah:

Membuat apa-apa pernyataan awam secara lisan atau bertulis yang memberikan
suatu pandangan yang berat sebelah atas isu parti-parti politik
Menerbit atau mengedarkan buku,makalah atu risalah yang mengemukakan
pandanganya tentang perkara kepartian
Terlibat dalam merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu
pilihanraya umum
Bertindak sebagai seorang agen pilihanraya atau agen tempat mengundi
Masuk bertanding apa-apa jawatan dalam mana-mana parti
Memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik


4. Seseorang pegawai yang baru dilantik ke dalam perkhidmatan awam akan dikenakan
tempoh percubaan sebelum disahkan dalam perkhidmatannya.

A) berapa lamakah tempoh percubaan yang dikenakan?
B) tempoh percubaan seseorang pegawai boleh dilanjutkan
dengan denda atau dengan tiada berdenda.jelaskan maksud keduanya
C) Ketua jabatan perlu memperakukan tempoh perlanjutan 3 bulan sebelum tamat
tempoh. Sila nyatakan perkara-perkara yang perlu terkandung dalam perakuan itu.



Jawapan:
A) 3 tahun
B) dengan denda

CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
296
Penangguhan pergerakan gajinya
Hilang kekananannya

Dengan tiada berdenda
Pegawai itu dibenarkan menerima pergerakan gajinya semasa dalam
tempoh percubaan lanjutannya itu
Tidak hilang kekanannya

C) perakuan itu mengandungi

Sebab-sebab pegawai itu tidak dapat disahkan
Sokongan ketua jabatan mengapa perlanjutan perlu diberi
Kenyataan perkhidmatan yang lengkap
Senarai peperiksaan yang pegawai telah lulus atau tidak beserta tarikh-
tarikhnya sekali.


6. Sebagai pegawai perkhidmatan awam anda layak menduduki rumah kerajaan yang
disediakan demi kepentingan tugas.

A) nyatakan larangan-larangan yang perlu dipatuhi semasa mendiami rumah kerajaan

B)huraikan tanggungjawab anda sebagai penghuni rumah berkenaan


Jawapan :


A) larangan-larangan yang perlu dipatuhi
Menjadikannya permis perniagaan
Meminda rumah tanpa kebenaran pengarah jkr negeri
Meyewa mana-mana bahagian rumah
Memelihara binatang-binatang ternakan

b) tanggungjawab sebagai penghuni rumah

Laporkan kerosakan
Laporkan bila memasuki rumah
Menjelaskan semua bil air dan elektrik
Laporkan ketika rumah dikosongkan
Membersih kawasan,potong rumput dan sebagainya
Menyerahkan kunci rumah bila keluar rumah serta sijil keluar
Membayar atas kerosakan yang disengajakan







CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
297

7. En Nizam seorang pegawai kerajaan berkelayakan mendapat cuti rehat sebanyak 30 hari
setahun. Atas kepentingan perkhidmatan dia tidak dapat menghabiskan cuti rehatnya itu
bagi tahun 1994 sebanyak 20 hari. Baki cuti tersebut dibawa ke tahun 1995 menjadikan
jumlah cuti rehatnya bagi tahun tersebut sebanyak 50 hari. Bagaimanapun pada tahun 1995
beliau telah mengambil cuti rehat selama 15 hari. Pada tahun 1996 beliau langsung tidak
mengambil sebarang cuti rehat.

A) berapakah jumlah cuti rehat en. Nizam yang boleh dibenarkan untuk dibawa ke tahun
1997? Berikan alasan

B) sekiranya pada tahun 1996 genap 10 tahun en. NIzam dalam perkhidmatan kerajaan
berapakah jumlah cuti rehat beliau yang boleh dibawa ke tahun 1997.



Jawapan:
A) 60 hari

Alasan- menurut perintah am bab c,ii, seorang pegawai yang tidak dapat mengambil cuti
kerana kepentingan perkhidmatan boleh dibenarkan mengumpul baki cuti rehatnya
dalam tempoh dua tahun perkhidmatan ke tahun ke tiga. Oleh kerana en. Nizam hanya
mengambil cuti sebanyak 15 hari tahun 1995 bermakna baki cutinya yang dibawa dari
tahun 1994 sebnayak 5 hari lagi terlupus di akhir 1996. Cuti rehat en.NNizam bagi tahun
1997 hanyalah cuti rehat yang tidak diambil pada tahun 1995 sebanyak 30 hari dan cuti
rehat tahun 1996 sebanyak 30 hari.

B) 65 hari. Apabila en. Nizam genap 10 tahun berkhidmat pada tahun 1996 kelayakan cuti
rehatnya berjumlah 35 hari seperti di dalam perintah am bab c, 8(a)










NILAI MURNI DAN ETIKA PERKHIDMATAN AWAM


1. Akauntabiliti merupakan salah satu nilai yang penting dalam
perkhidmatan awam terutamanya dalam menguruskan kewangan di
sector awam. Kekurangan tahap akuntabiliti boleh menyebabkan
berlakunya penyelewengan dan penyelahgunaan kuasa. Jelaskan lima
tindakan yang perlu dijalankan bagi meningkatkan akuntabiliti


Jawapan:
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
298

Tindakan-tindakan bagi meningkat akuantabiliti:

i.pihak pengurusan perlu menyatakan dengan jelas akauntabiliti bagi setiap tugas
dan tanggungjawab
ii.sistem akauntabiliti perlu diwujudkan di semua agensi kerajaan yang menetapkan
tugas dan tanggungjawab setiap pekerja yang terlibat dalam melaksanakan satu
tugas. Sistem ini perlu mengandungi penentuan tanggungjawab bagi setiap pekerja
dan jenis tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya
iii. akauntabiliti hendaklah dinyatakan secara bertulis dan di dokumenkan melalui
undang-undang, prosuder,peraturan dan arahan-arahan yang spesifik;
iv. system kawalan kewangan perlu megambil perhatian ke atas tiga aspek yang
penting, iaiitu:
system belanjawan yang berkesan bagi pengagihan dan pembahagian
peruntukan kewangan
mengawas dan mengawal penggunaan tenaga manusia,asset dan
perkhidmatan
mewujudkan system perakaunan yang cekap dan kemaskini

v. system pengawalan dan pengawasan seperti audit dalaman hendaklah
dipertingkatkan keupayaannya
vi. penguatkuasaan hendklah diambil perhatian agar arahan-arahan dan peraturan
jabatan dilaksanakan dengan tegas dan berkesan; dan
vii. akauntabiliti di peringkat individu di tingkatkan melalui perubahan-perubahan diri
seseorang individu itu dengan penerapan nilai-nilai murni dan positif seperti
bersih,cekap dan amanah dan sebagainya.


2. Tonggak 12 telah diperkenalkan bertujuan untuk menerapkan nilai, norma
dan etika perkhidmatan di kalangan penjawat awam. Ketekunan
membawa kejayaan merupakan salah satu daripada tonggak tersebut.
Huraikan pengertian serta nyatakan sepuluh amalan positif yang
memperlihatkan nilai berkenaan.


Jawapan:

Pengertian;

Ketekunan bererti memberi tumpuan kepada sesuatu kerja hingga selesai dengan
sempurnanya dan membawa kejayaan serta kecemerlangan kepada agensi dan
individu.

Amalan positif:
i. gigih dalam melaksanakan tugas yang mencagar
ii. rajin dan sintiasa berusaha
iii. tekun dalam menjalankan tugas
iv. sabar dalam menghadapi cabaran pekerjaan
v. berpandangan jauh
vi. bersemangat dalam melaksanakan tugas yang diarah
vii. dedikasi dalam mencapai matlamat organisasi
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
299
viii. sanggup berkorban
ix. cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas
x. tidak patah semangat
xi. bercita-cita tinggi


3. Etika perkhidmatan awam adalah berteraskan kepada 7 Teras
perkhidmatan. Huraikan lima daripada tujuh teras perkhidmatan
tersebut.

Jawapan:

i. berazam meninggikan mutu perkhidmatan

seseorang pekerja bertanggungjawab itu membaiki mutu
perkhidmatannya dengan meningkatkan kemahirannya menerusi latiah-
latiahn tertentu, pembacaan,perbincangan dan lain-lain lagi.Kesediaan
seseorang pekerja untuk mengatasi kelemahan-kelemahan dirinya
tanpa diperingatkan oleh ketuanya adalah satu sikap yang terpuji

ii. bekerja dengan penuh bertanggungjawab

setiap pekerja dikehendaki bertabnggungjawab bererti melaksanakan
tugas dengan sebaik mungkin seperti mana yang diharapkan oleh
organisasi

iii. berusaha mengikis sikap mementingkan diri

kakitangan kerajaan perlu menyifatkan dirinya sebagai penggerak
masyarakat tanpa mempergunakan kedudukannya bagi mencari
keuntungan diri sendiri. Sifat sombong dan bongkak perlu dihapuskan
dan digantikan dengan perasaan insaf dan sopan.

iv. berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan

negara mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan serta
mengamalkan pelnbagai kepercayaan dan budaya. Keadaan ini
memerlukan semua kakitangan kerajaan bekerja dengan muhibbah dan
kemesraan

v. bekerja kea rah memajukan pemikiran rakyat

adalah menjadi kewajipan bagi setiap kakitangan kerajaan membantu
memberi kefahaman kepada masyarakat awam tentang dasar, program
serta hasrat kerajaan agar pembangunan dan perubahan yang dibawa
oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancer dan jayanya.

vi. bekerjasama dalam membenteras keselamatan dan musuh-musuh
negara

CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
300
semua pihak adalah terlibat dalam uasaha membenteras kelemahan
negara seperti kemiskinan , kejahilan dan rasuah. Kerjasama antara
semua pihak awam perlu swasta serta golongan-golongan tertentu
adalah penting bagi memastikan keamanan serta menggerakkan negara
kea rah pembangunan yang menyeluruh

vii. berpegang teguh kepada ajaran agama

berpegang teguh kepada ajaran agama merupakan satu aspek yang
sangat penting dalam menjalankan tugas. Ini adalah kerana agama itu
sendiri membawa nilai-nilai yang baik dalam membentuk pekerja yang
jujur, cekap dan berkesan.



4. Seseorang pegawai awam sewajarnya memahami dan mengamalkan nilai-niali
murni dan etika kerja dalam pengurusan seharian. Huraikan pengertian nilai
dan etika kerja berikut dalam konteks pengurusan sebuah organisasi.

a. akauntabiliti
b. integriti
c. profesionalisme

Jawapan:

a. Akauntabiliti

Bermakna tanggungjawab seorang terhadap tugas-tugas yang perlu
dilaksanakan dari konteks pengurusan organisasi dalam
perkhidmatan awam, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab
pegawai-pegawai dan kakitangan awam dalam melaksanakan tugas-
tugas yang diserahkan bagi memastikan pencapaian matlamat serta
ibjektif tugas-tugas tersebut.
Pelaksanaan tugas-tugas tersebut hendaklah mengikut peraturan
yang telah ditetapkan.Undang-undang yang berkuatkuasa, prosuder
dan arahan, sikap cermat dan cekap perlu diutamakan.

b. Integriti

Sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai amanah,
jujur,kebolehpervayaan dan sentiasa memelihara kepentingan awam
tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri,.Dalam
kontek pengurusan organisasi, sebarang kerja yang dilakukan hendaklah
dengan penuh ketulusan hati dan tahu menggunakan kuasa dengan adil
dan saksama

c. profesionalisme

bermakna setiap anggota organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan
yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dan
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
301
tanggungjawab mereka. Perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan
akan dapat dihasilkan jika masalah yang dibangkitkan dapat diselesaikan
secara professional. Oleh itu, setiap anggota organisasi hendaklah
sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan dan kemahiran yang sedia
ada.










PENGURUSAN INTEGRITI
Anggota Perkhidmatan Awam hendaklah menghindarkan diri daripada memberi atau menerima
suapan.

Nyatakan takrifan suapan.

Jawapan :

Takrifan suapan bermaksud

a. wang,derma,alang,pinjaman,fee,hadiah,cagaran berharga harta atau
kepentingan mengenai harta,iaitu apa-apa jenis harta sama ada alih atau tak
alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain.
b. Apa-apa jawatan ,kebesaran,pekerjaan,kontrak pekerjaan atau perkhidmatan,
dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan
perkhidmatan atas apa-apa sifat
c. Apa-apa bayaran,pelepasan,penunaian atau penyelesaian apa-apa
pinjaman,obligasi atau liability lain,sama ada keseluruhannya atau sebahagian
daripadanya
d. Apa-apa jenis balasan berharga,apa-apa diskaun,komisen,rebat,bonus,potongan
atau peratusan.
e. Apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai
wang atau benda berharga
f. Apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada








CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
302
D. LANGKAH-LANGKAH KERAJAAN UNTUK MENGHAPUSKAN PEMBERONTAKAN
KOMUNIS

7. Pengisytiharan darurat
a) Sir Edward Gent (Pesuruhjaya Tinggi) mengisytiharkan Darurat pada 16 Jun 1948 di
kawasan-kawasan Perak dan Johor. Pada 17 Jun 1948, Darurat diisytiharkan di
seluruh Tanah Melayu. Parti Komunis Malaya diharamkan.
b) Di bawah peraturan-peraturan Darurat 1949, Kerajaan mempunyai kuasa menahan
orang-orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa bicara. Langkah
sedemikian walaupun berkesan pada takat tertentu telah mengasingkan penduduk
daripada kerajaan kerana ia kadangkala menindas orang yang tidak bersalah.
c) Kerajaan juga memperkenalkan sistem pendaftaran kebangsaan. Penduduk Tanah
Melayu yang berumur 12 tahun ke atas mesti mendaftarkan diri dan membawa
bersama kad pengenalan. Langkah ini memudahkan pengesanan anasir-anasir
komunis.

8. Rancangan Briggs
d) Pada 21hb Mac 1950, Leftenan Jeneral Harold Briggs dilantik sebagai Pengarah
Gerakan. Langkah terpenting dalam Rancangan Briggs ialah penempatan semula
setinggan-setinggan dari kawasan terpencil yang bertaburan ke kampung-kampung
baru. Langkah ini bertujuan memberi perlindungan kepada mereka yang dipaksa
membantu pihak komunis dan lebih penting lagi menghapuskan sistem bekalan
komunis yang digelar Min Yuen.
e) Seramai kira-kira 500 000 orang setinggan telah ditempatkan semula di lebih kurang
500 buah kampung baru. Kampung-kampung baru ini dipagarkan dan dilindungi
oleh polis dan tentera. Kawalan yang ketat dikenakan ke atas pembelian, penjualan,
penyimpanan dan pengangkutan makanan bagi memastikan ia tidak jatuh ke tangan
komunis.
f) Rancangan Briggs ini merupakan faktor penting bagi kegagalan pemberontakan
komunis. Ia bukan sahaja melemahkan Min Yuen tetapi memaksa komunis-komunis
keluar dari hutan dan bertempur dengan tentera Kerajaan. Ini memudahkan usaha-
usaha kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan komunis.

9. Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
303
c) Leftenan Jeneral Briggs sebagai Pengarah Gerakan telah menubuhkan Majlis
Perang Persekutuan dan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang di peringkat
negeri dan daerah. Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut terdiri daripada pegawai-
pegawai tadbir, tentera dan polis.
d) Penubuhan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerja Perang telah memperbaiki
koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam perancangan gerakan
menentang komunis.

10. Langkah-langkah ketenteraan
d) Pada tahap awal kerajaan menggunakan 13 batalion askar British dan Melayu untuk
menyerang gerila-gerila komunis. Sebuah pasukan Mata-mata Khas Melayu yang
terdiri daripada 24 000 orang telah dilatih dengan segera untuk mengawal ladang,
lombong dan kawasan terpencil.
e) Kekuatan tentera kerajaan telah bertambah dengan perlantikan Jeneral Sir Templer
sebagai Pesuruhjaya Tinggi dalam tahun 1952. Pasukan Polis Persekutuan telah
diperbesarkan. Bilangan Mata-mata Khas dan pengawal-pengawal kampung telah
ditambah. Lebih ramai anggota tentera dihantar dari Britain dan negara-negara
Komanwel yang lain seperti Australia dan New Zealand.
f) Tambahan dalam kekuatan tentera membolehkan kerajaan melancarkan serangan-
serangan yang labih agresif terhadap komunis-komunis di hutan serta
menguatkuasakan peraturan-peraturan makanan dengan lebih tegas. Ini dapat
memastikan bahawa tiada makanan diseludup bagi kegunaan gerila-gerila komunis.

11. Perang psikologi
f) Jeneral Templer menggunakan perang psikologi untuk menawan hati dan fikiran
rakyat. Dalam tahun 1952, beliau meminda peraturan-peraturan kewaranegaraan
yang membolehkan lebih ramai lagi orang bukan Melayu terutamanya orang Cina
menjadi warganegara Tanah Melayu. Plihanraya bagi Majlis-majlis Tempatan
diadakan bagi mewujudkan perasaan tanggungjawab di kalangan rakyat. Langkah
ini membolehkan kerajaan mendapat sokongan kaum Cina. Ini adalah penting
kerana kebanyakan gerila komunis terdiri daripada orang Cina.
g) Satu lagi aspek perang psikologi ialah menggalakkan rakyat memberi maklumat
yang dapat membolehkan penangkapan komunis-komunis. Hadiah wang tunai
ditawarkan.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
304
h) Gerila-gerila komunis digesa menyerah diri melalui risalah-risalah yang digugurkan
dari udara ke dalam hutan.Kerelaan kerajaan untuk mengampunkan dan membantu
mereka memulakan penghidupan baru telah mempengaruhi ramai komunis untuk
menyerah diri.
i) Jeneral Templer juga mengamalkan polisi mewujudkan kawasan-kawasan putih
yang merupakan kawasan yang bebas dari kegiatan komunis.Dalam kawasan-
kawasan sedemikian peraturan-peraturan darurat dilonggarkan.Polisi tersebut telah
memberi galakan kepada orang ramai untuk bekerjasama dengan kerajaan.
j) Perang psikologi ini merupakan faktor penting bagi kejayaan Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu menghapuskan pemberontakan komunis.Ia menggalakkan penduduk
Tanah Melayu bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha menghapuskan
komunis-komunis.

12. Rundingan Baling
c) Pada bulan Disember 1955, Kerajaan Tanah Melayu telah mengadakan rundingan
dengan pemimpin-pemimpin Parti komunis Malaya di Baling untuk menamatkan
Darurat.
d) Perundingan tersebut gagal kerana Kerajaan Tanah Melayu enggan mengiktiraf
Parti Komunis Malaya sebagai sebuah parti yang sah.

E. KESIMPULAN

1. Rancangan Briggs dan perang psikologi oleh Jeneral Templer merupakan faktor-faktor
terpenting bagi kejayaan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menghapuskan
pemberontakan komunis.
2. Pada 31 Julai 1960, kerajaan telah mengisytiharkan tamatnya darurat. Parti Komunis
Malaya telah gagal dalam perjuangannya untuk menubuhkan sebuah Republik
Komunis.


2. Huraikan peristiwa-peristiwa penting selepas tahun 1948 yang membawa kepada
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

A. PENGENALAN
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
305

1. Parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah
memainkan peranan utama dalam proses pencapaian kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu.
2. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 melalui cara
rundingan dengan Kerajaan British.

B. PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

1. Darurat 1948
a) Proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu telah dipercepatkan pada tahun
1948.
b) Kerajaan British sedar bahawa kemajuan perlembagaan dan politik adalah perlu
untuk menghapuskan pemberontakan komunis.
c) Kemajuan perlembagaan dan politik akan mengukuhkan keazaman rakyat untuk
menentang komunis dan mensia-siakan perjuangan Parti Komunis Malaya untuk
menghalau British.

2. Sistem Ahli 1951
a) Sebagai satu langkah ke arah berkerajaan sendiri. British memperkenalkan Sistem
Ahli dalam Majlis Perundangan Persekutuan pada bulan April 1951.
b) Seramai sembilan orang ahli yang dilantik dalam Majlis Perundangan Persekutuan
diberi tanggungjawab menjalankan tugas-tugas di beberapa jabatan kerajaan
seolah-olah mereka adalah menteri.

3. Pilihanraya Majlis-majlis tempatan 1951-1952
a) Pada tahun 1951, pilihanraya di peringkat tempatan telah diperkenalkan sebagai
latihan bagi demokrasi berparlimen.
b) Plihanraya tempatan yang pertama ialah bagi 9 buah kerusi dalam Majlis
Perbandaran Pulau Pinang yang telah diadakan pada 1 Disember 1951. Parti
Radikal memenangi 6 daripada 9 buah kerusi yang dipertandingkan.
c) Pilihanraya Majlis-Majlis Tempatan diperluaskan ke negeri-negeri lain. Pilihanraya
bagi 12 kerusi dalam Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada 16
Februari1952.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
306
d) Perikatan UMNO-MCA memenangi 9 daripada 12 buah kerusi yang
dipertandingkan.Independence of Malaya Party (IMP) memenangi dua buah kerusi
lagi dan satu lagi oleh calon bebas.

4. Pilihanraya Persekutuan 1955
a) Pilihanraya Persekutuan yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955.
b) Dalam pilihanraya tersebut, Perikatan UMNO-MCA-MIC berjaya memenangi 51
daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Baki sebuah kerusi di kawasan
Kerian (Perak) dimenangi oleh PAS.

5. Rundingan kemerdekaan
a) Kemenangan Parti Perikatan dalam Pilihanraya 1955 telah memberikannya mandat
untuk memulakan rundingan dengan pihak British mengenai kemerdekaan Tanah
Melayu.
b) Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan ke
London untuk merundingkan perkara kemerdekaan Tanah Melayu.
c) Kerajaan British bersetuju mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31
Ogos 1957.

6. Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid)
a) Persidangan di London mempersetujui tentang pembentukan Suruhanjaya Reid bagi
menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu yang berdaulat dan merdeka.
b) Suruhanjaya Reid bersidang sebanyak 118 kali dari lewat bulan Jun hingga bulan
Oktober 1956.
c) Suruhanjaya Reid mengemukakan satu rang Perlembagaan pada bulan Februari
1957. Ia dikaji semula oleh sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada 4 wakil
raja-raja, 4 wakil Kerajaan Persekutuan, Pesuruhjaya Tinggi, Ketua Setiausaha dan
Peguam Negara.
d) Rang Perlembagaan yang dipinda telah diluluskan oleh Majlis Perundangan pada 15
Ogos 1957 dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.
e) Perlembagaan tersebut merupakan hasil tolak ansur antara kaum-kaum Melayu dan
bukan Melayu atas beberapa perkara seperti kerakyatan dan kedudukan istimewa
orang Melayu.

CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
307
C. KESIMPULAN

1. Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan di meja rundingan tanpa
pertumpahan darah.
2. Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu
yang pertama.


3. Tuliskan catatan ringkas mengenai dua daripada yang berikut:
a) Suruhanjaya Reid
b) Rundingan Baling
c) Rancangan Briggs

a) Suruhanjaya Reid
1. Pada bulan Januari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan ke London
untuk merundingkan perkara kemerdekaan Tanah Melayu. Kerajaan British bersetuju
untuk memberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
2. Persidangan di London juga mempersetujui tentang keanggotaan dan syarat-syarat
tugas Suruhanjaya Perlembagaan yang akan menggubal satu perlembagaan baru bagi
Tanah Melayu yang berdaulat dan merdeka.
3. Ahli-ahli Suruhanjaya Perlembagaan yang dikenali sebagai Suruhanjaya Reid terdiri
daripada Lord Reid (Britain-pengerusi), Sir Ivory Jennings (Britain), Sir William McKell
(Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
4. Suruhanjaya Reid bersidang sebanyak 118 kali dari lewat bulan Jun hingga bulan
Oktober 1956.
5. Suruhanjaya tersebut menerima 131 memorandum bertulis daripada pertubuhan-
pertubuhan dan orang perseorangan. Dua memorandum yang penting ialah dari raja-
raja Melayu dan Parti Perikatan.
6. Suruhanjaya Reid mengumumkan Rang Perlembagaannya pada bulan Februari 1957.
Pada umumnya, ia berasaskan memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan.
7. Rang Perlembagaan tersebut dikaji semula oleh sebuah Jawatankuasa Kerja yang
terdiri daripada 11 orang iaitu 4 wakil raja-raja, 4 wakil Kerajaan Perikatan, Pesuruhjaya
Tinggi, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
308
8. Jawatankuasa Kerja ini telah menolak beberapa perakuan Suruhanjaya Reid seperti
pemberian dwi-kerakyatan (iaitu seseorang boleh menjadi rakyat Komanwel British dan
Tanah Melayu pada masa yang sama), penggunaan bahasa Tamil dan Mandarin dalam
Majlis Perundangan selama 10 tahun selepas merdeka dan ketiadaan peruntukan bagi
hak-hak istimewa orang Melayu.
9. Rang Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis Perundangan pada 15 Ogos
1957 dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957.

b) Rundingan Baling
1. Menjelang tahun 1955, Parti Komunis Malaya menjadi lemah dan kehilangan semangat
dalam perjuangannya untuk menggulingkan British.
2. Malahan, pencapaian pemerintahan sendiri oleh Persekutuan Tanah Melayu telah
mensia-siakan perjuangan Parti Komunis Malaya. Pemimpin-pemimpinnya sedar
bahawa satu penyelesaian politik harus dicapai dengan Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu.
3. Melalui sepucuk surat bertarikh 24 September 1955,Chin Peng (Setiausaha Agung Parti
Komunis Malaya) membuat tawaran untuk berunding dengan kerajaan bagi
menamatkan Darurat.
4. Kerajaan Persekutuan Tanah Malayu telah bersetuju dan satu rundingan telah diadakan
di Baling pada 28-29 Disember 1955.
5. Pihak Kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman (Ketua Menteri Tanah Melayu),
David Marshall (Ketua Menteri Singapura) dan Tan Cheng Lock (Yang Dipertua
Persatuan Cina Malaya).
6. Parti Komunis Malaya diwakili oleh Chin Peng, Chin Tien dan Rashid Maidin.
7. Rundingan Baling gagal kerana Chin Peng enggan membubarkan Parti Komunis
Malaya. Tunku Abdul Rahman tidak rela mengiktiraf Parti Komunis Malaya sebagai
sebuah parti politik yang sah.

c) Rancangan Briggs
1. Rancangan Briggs diperkenalkan oleh Leftenan Jeneral Harold Briggs yang dilantik
sebagai Pengarah Gerakan pada 21 Mac 1950 untuk menghapuskan ancaman komunis
di Tanah Melayu.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
309
2. Briggs tiba di Kuala Lumpur pada 3 April 1950. Langkah terpenting dalam Rancangan
Briggs ialah penempatan semula setinggan-setinggan dari kawasan-kawasan terpencil
yang bertaburan ke kampung-kampung baru.
3. Langkah ini bertujuan memberi perlindungan kepada mereka yang dipaksa membantu
pihak komunis dan lebih penting lagi, bagi menghapuskan sistem bekalan komunis yang
digelar Min Yuen.
4. Rancangan Briggs ini mula-mula dilaksanakan di negeri Johor pada 1 Jun 1950.
Menjelang bulan Februari 1952, lebih dari 400 000 orang setinggan Cina ditempatkan
semula di lebih kurang 400 buah kampung baru.
5. Kampung-kampung baru ini dipagarkan dan dilindungi oleh polis dan tentera. Kawalan
yang ketat dikenakan ke atas pembelian, penjualan, penyimpanan dan pengangkutan
makanan bagi memastikan ia tidak jatuh ke tangan komunis.
6. Setinggan-setinggan Cina dalam kampung-kampung baru ini di beri kemudahan-
kemudahan persekolahan dan kesihatan untuk mendapat sokongan mereka dalam
perjuangan menentang komunis.
7. Rancangan Briggs merupakan faktor penting bagi kegagalan pemberontakan komunis.
Komunis-komunis mula menghadapi kesukaran mendapatkan bekalan makanan, ubat
dan maklumat dari setinggan.
8. Rancangan Briggs bukan sahaja melemahkan Min Yuen tetapi memaksa komunis-
komunis keluar dari hutan dan bertempur dengan tentera kerajaan. Ini telah
memudahkan usaha-usaha kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan komunis.


4. Tuliskan catatan ringkas tentang dua daripada yang berikut:
a) Manifesto Perikatan 1955
b) Laporan Suruhanjaya Cobbold
c) Suruhanjaya Pilihanraya

a) Manifesto Perikatan
1. Pilihanraya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 27 Julai
1955. Bagi memenangi pilihanraya tersebut, Perikatan OMNO-MCA-MIC telah
mengeluarkan satu manifesto kepada orang ramai.
2. Perikatan berjanji untuk mencapai kemerdekaan dalam tempoh empat tahun selepas
pilihanraya umum 1955.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
310
3. Perikatan akan merancang untuk mewujudkan satu jenis sekolah kebangsaan yang
dapat diterima oleh penduduk Tanah Melayu.
4. Perikatan berjanji untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan
dalam masa sepuluh tahun.
5. Perikatan juga berjanji untuk menjadikan sebahagian besar daripada perkhidmatan
awam bercorak tempatan dalam tempoh penggal pertama pemerintahannya.
6. Perikatan akan menegak dan melindungi kedudukan raja-raja Melayu sebagai raja
berperlembagaan.
7. Perikatan berjanji untuk mengkaji semula soal imigresen bagi melindungi kedudukan
orang Melayu dan rakyat Tanah Melayu.
8. Perikatan berazam untuk menamatkan darurat secepat mungkin dengan menawarkan
pengampunan umum.
9. Perikatan juga berjanji untuk menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas yang khas untuk
memperbaiki perlembagaan dengan tidak mengabaikan kedudukan istimewa orang
Melayu.
10. Perikatan berjaya memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dalam
Pilihanraya Persekutuan 1955.

b) Laporan Suruhanjaya Cobbold
1. Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada bulan Januari 1962 bagi mengkaji pendapat
penduduk Sabah dan Sarawak tentang penubuhan Malaysia.
2. Pengerusi Suruhanjaya ini (5 orang ahli) ialah Lord Cobbold. Dua orang pegawai Tanah
Melayu yang menyertainya ialah Datuk Wong Pow Nee dan Muhammad Ghazali Shafie.
3. Suruhanjaya Cobbold menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak dari bulan Februari
hingga bulan April 1962.
4. Laporan Suruhanjaya Cobbold diterbitkan dalam bulan Jun 1962.
5. Mengikut laporan ini, lebih kurang 80% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong
penubuhan Malaysia.
6. Suruhanjaya Cobbold telah membuat beberapa syor. Perlembagaan Tanah Melayu
yang wujud pada masa itu harus dijadikan sebagai asas untuk perlembagaan
Persekutuan Malaysia yang baru.
7. Kerajaan-kerajaan Sabah dan Sarawak harus diberi kuasa menentukan hal kemasukan
orang luar ke negeri-negeri tersebut.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
311
8. Pengerusi dan ahli-ahli Tanah Melayu telah mencadangkan supaya bahasa Melayu
dijadikan bahasa kebangsaan.
9. Ahli-ahli Tanah Melayu juga mencadangkan supaya bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris serta bahasa-bahasa kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak (dalam hal-hal
tertentu) dijadikan bahasa rasmi.
10. Kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi hendaklah dihadkan penggunannya
kepada beberapa tahun yang tertentu.
11. Suruhanjaya Cobbold juga mengesyorkan supaya perwakilan Sabah dan Sarawak dalam
Parlimen Malaysia seharusnya mengambil kira bukan hanya bilangan penduduk negeri-
negeri berkenaan tetapi juga keluasan dan potensinya.
12. Hampir kesemua perakuan Suruhanjaya Cobbold telah diterima oleh Britain dan Kerajaan
Tanah Melayu.

c) Suruhanjaya Pilihanraya
1. Bagi memastikan pilihanraya dijalankan dengan adil, Perlembagaan Persekutuan telah
memperuntukkan penubuhan Suruhanjaya Pilihanraya.
2. Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahlinya yang lain dilantik oleh Yang di-
Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
3. Di antara tugas-tugas utama Suruhanjaya Pilihanraya ialah:
i) Menjalankan pilihanraya bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri;
ii) Menyiapkan dan menyemak daftar pengundi bagi semua kawasan pilihanraya; dan
iii) Menyemak dan mengubah kawasan-kawasan pilihanraya.
4. Suruhanjaya Pilihanraya diberi kuasa untuk melantik kakitangan bagi menjalankan
tugas-tugasnya.
5. Suruhanjaya Pilihanraya boleh membuat kaedah-kaedah setakat mana yang perlu bagi
maksud menjalankan tugas-tugasnya.
6. Di atas permintaan Suruhanjaya Pilihanraya, semua pihak berkuasa awam hendaklah
memberi apa-apa bantuan yang boleh bagi menjalankan tugas-tugasnya.


5. Huraikan tolak ansur antara kaum yang telah memudahkan dan
mempercepatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

A. PENGENALAN
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
312

1. Pada hakikatnya kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957
dipercepatkan oleh tolak ansur antara kaum-kaum Melayu, Cina dan India.
2. Kerajaan British telah mensyaratkan bahawa kemerdekaan akan hanya diberi apabila
ketiga-tiga kaum tersebut dapat bekerjasama dalam bidang politik dan hidup secara
damai.
3. Kaum melayu diwakili oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) manakala
kaum Cina oleh Persatuan Cina Bersatu (MCA) dan India oleh Kongres India Malaya
(MIC).

B. PERKARA-PERKARA YANG MENJADI TOLAK ANSUR ANTARA KAUM

1. Kedudukan istimewa orang Melayu
a) Orang bukan Melayu mengakui kedudukan istimewa orang Melayu yang ketinggalan
dalam bidang-bidang ekonomi dan pendidikan.
b) Orang Melayu diberi hak-hak istimewa dalam beberapa lapangan seperti
pemegengan jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa-
biasiswa dan pengeluaran permit serta lesen.
c) Hak-hak istimewa orang Melayu diperuntukkan dalam Perkara 153, Perlembagaan
Malaysia.

2. Kerakyatan
a) Bagi membalas penerimaan kedudukan istimewa orang Melayu oleh MCA dan MIC,
pemimpin-pemimpin UMNO telah mempersetujui syarat-syarat yang longgar bagi
kerakyatan.
b) UMNO menerima prinsip jus soli yang memberi kerakyatan secara automatik kepada
semua orang yang dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu pada atau selepas Hari
Merdeka.
c) Semua orang bukan Melayu yang telah memenuhi kelayakan-kelayakan
bermastautin sebelum Hari Merdeka akan diberi kerakyatan tanpa sebarang syarat
sekiranya mereka membuat permohonan sebelum 31 Ogos 1958.

3. Bahasa Melayu
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
313
a) Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan. Pembelajaran dan penggunaan
bahasa lain secara umum tidak dilarang.
b) Bahasa Melayu akan dijadikan bahasa rasmi yang tunggal pada tahun 1967.

4. Agama Islam
a) Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu.
b) Namun demikian, kebebasan beragama dijamin.

5. Kedaulatan Raja-raja Melayu
a) Kedaulatan raja-raja Melayu diterima oleh orang bukan Melayu. Kedudukan raja-raja
Melayu adalah terjamin.
b) Sebarang undang-undang yang berkaitan denan keistimewaan-keistimewaan dan
kedudukan raja-raja Melayu tidak boleh diluluskan oleh Perlimen tanpa mendapat
persetujuan Majlis Raja-raja.


C. KESIMPULAN
1. Kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan merupakan perkara-perkara
terpenting yang menjadi tolak ansur antara kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
2. Tolak ansur antara kaum telah memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu.


7. Huraikan faktor-faktor yang telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di
Tanah Melayu sebelum tahun 1957.

A. PENGENALAN

1. Masyarakat majmuk Tanah Melayu terdiri daripada tiga kumpulan etnik utama iaitu
Melayu, Cina dan India.
2. Setiap kumpulan etnik mempuntai bahasa, agama, kebudayaan, cara hidup, adat resam
dan kepercayaan yang berbeza. Ini telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di
kalangan masyarakat Tanah Melayu.

CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
314
B. FAKTOR-FAKTOR YANG MENYULITKAN PROSES PENCAPAIAN PERPADUAN

1. Tempat tinggal yang berasingan
a) Orang Melayu, Cina dan India tinggal di tempat berasingan. Kebanyakan orang
Melayu tinggal di kawasan-kawasan luar bandar, orang Cina di bandar-bandar dan
orang India di estet-estet.
b) Interaksi antara kaum adalah terhad kepada pergaulan di pejabat dan pasar semasa
jual-beli.
c) Ini melahirkan sikap prasangka dan memperkukuhkan keperibadian etnik.

2. Perbezaan agama dan kebudayaan
a) Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Orang
Melayu adalah beragama Islam manakala sebilangan besar India beragama Hindu.
Kebanyakan orang Cina pula menganut agama yang merupakan campuran ajaran
Buddha, Lao-tze dan Confucius. Terdapat juga ramai orang Cina dan India yang
beragama Kristian.
b) Orang Melayu mengamalkan sistem hidup yang berteraskan kebudayaan tradisi
mereka manakala orang Cina dan India menganut nilai-nilai kebudayaan yang
dibawa bersama dari negeri asal.
c) Setiap kumpulan etnik adalah jahil mengenai kebudayaan dan adat resam
kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Malahan, masing-masing menganggap
kebudayaan mereka sebagai yang terbaik. Perkahwinan campur adalah terhad.
d) Perbezaan agama dan kebudayaan ini bukan sahaja menguatkan lagi sikap
prasangka tetapi juga menghalang pergaulan antara kaum yang luas.

3. Sistem pendidikan yang berasingan
a) Sehingga Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956 (Laporan Razak), tiada terdapat
satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Apa yang wujud ialah empat
aliran pendidikan yang berlainan iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris.
b) Setiap golongan etnik umumnya menghantar anak-anak ke sekolah yang
menggunakan bahasa ibunda meraka. Murid-murid (kecuali di sekolah Inggeris)
tidak berpeluang bercampur gaul dengan murid-murid dari kumpulan etnik lain.
c) Kurikulum bagi setiap jenis sekolah tersebut adalah berlainan. Sekolah Melayu
menitikberatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira manakala kurikulum
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
315
sekolah Cina dan India adalah berasaskan apa yang terdapat di negeri China dan
India. Malahan, buku-buku teks dan guru-guru dibawa dari negeri China dan India.
d) Ini telah menghasilkan pandangan dunia yang berlainan serta memperkukuhkan lagi
keperibadian etnik.
e) Ketiadaan bahasa pengantar yang tunggal serta kurikulum yang mempunyai
matlamat kebangsaan telah menyulitkan proses pencapaian perpaduan di Tanah
Melayu.

4. Persatuan-persatuan etnik
a) Kewujudan berbagai persatuan politik, sosial dan ekonomi yang berasaskan
kumpulan etnik juga telah memperkuatkan lagi identiti etnik dan syak wasangka.
b) Ini adalah kerana persatuan-persatuan tersebut hanya memperjuangkan
kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya.

5. Akhbar pelbagai bahasa
a) Terdapat akhbar yang diterbitkan dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil, Punjabi dan
Inggeris. Setiap akhbar tersebut menitikberatkan kegiatan kumpulan etnik tersebut.
b) Malahan, akhbar-akhbar Cina dan India mengutamakan perkembangan politik di
negeri China dan India. Ini telah memperkukuhkan lagi perasaan kecinaan dan
keindiaan mereka.

6. Aktiviti ekonomi yang berlainan
a) Kebanyakan orang Melayu merupakan petani dan nelayan. Sebilangan besar orang
Cina terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombongan manakala kebanyakan
orang India merupakan buruh di estet-estet.
b) Perbezaan dalam penguasaan ekonomi ini telah menimbulkan persaingan dan
ketidakpuasan di kalangan kumpulan etnik tertentu.

7. Pendudukan Jepun
a) Pendudukan Jepun telah mengakibatkan permusuhan antara orang Melayu dan
orang Cina. Layanan Jepun yang lebih baik terhadap orang Melayu telah
mengakibatkan kemarahan di kalangan orang Cina.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
316
b) Jepun telah mengambil orang Melayu untuk menjadi askar dan polis. Sebahagian
daripada pasukan Jepun yang menyerang Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya
(pertubuhan komunis yang dikuasai oleh orang Cina) terdiri daripada orang Melayu.
c) Ini telah mrngukuhkan lagi permusuhan perkauman Melayu-Cina.

C. KESIMPULAN
1. Masalah perpaduan nasional telah bertambah runit selepas merdeka dengan peletusan
Peristiwa 13 Mei 1969.
2. Kerajaan pada masa ini sedang mempergiatkan usaha-usaha menyatukan rakyat
Malaysia.


8. Huraikan sebab-sebab penubuhan Malaysia pada tahun 1963

A. PENGENALAN

1. Pada 27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman mengemukakan idea penubuhan Malaysia
yang akan terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.
2. Penubuhan Malaysia disebabkan oleh beberapa faktor keselamatan, politik, dan
ekonomi.

B. SEBAB-SEBAB PENUBUHAN MALAYSIA

1. Ancaman komunis
a) Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara, terutamanya di Singapura,
telah membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan
Tunku Abdul Rahman.
b) Pengaruh Parti Tindakan Rakyat (Peoples Action Party-PAP) yang memerintah
Singapura mulai merosot pada awal tahun-tahun 1960-an. Pemimpin PAP ialah Lee
Kuan Yew.
c) Beberapa orang ahli PAP yang pro komunis telah meninggalkan parti tersebut dan
menubuhkan Barisan Sosialis.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
317
d) Dalam dua pilihanraya kecil yang diadakan di Singapura pada tahun 1961 (iaitu di
Hong Lim dan Anson), PAP mengalami kekalahan teruk di tangan calon-calon pro
komunis.
e) Tunku Abdul Rahman khuatir Singapura akan jatuh ke tangan komunis dan
seterusnya mengancam keselamatan Persekutuan Tanah Melayu. Ancaman
komunis juga terdapat di wilayah-wilayah Borneo terutamanya di Sarawak.
f) Beliau berpendapat bahawa penubuhan Malaysia dapat menyekat perkembangan
pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah Borneo.
g) Bagi Lee Kuan Yew pula, kemasukan Singapura dalam Malaysia akan
memperkukuhkan lagi kedudukan PAP.

2. Keseimbangan kaum
a) Percantuman Singapura sahaja dengan Persekutuan Tanah Melayu akan
mengancam kedudukan orang Melayu dari segi bilangan penduduk.
b) Ini adalah kerana 75% daripada penduduk Singapura adalah orang Cina.
c) Sabah, Sarawak dan Brunei perlu digabungkan dalam Malaysia bagi memastikan
keseimbangan antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera.
d) Jumlah penduduk bumiputera di negeri-negeri Borneo adalah kira-kira tiga kali
ganda lebih daripada jumlah orang Cina.

3. Kemerdekaan segera bagi Singapura, Sabah dan Sarawak
a) Singapura, Sabah dan Sarawak dapat mencapai kemerdekaan dengan lebih segera
lagi menerusi penubuhan Malaysia.
b) Kerajaan British tidak begitu berminat untuk memberi kemerdekaan kepada
Singapura dan wilayah-wilayah Borneo secara persendirian memandangkan
keselamatan negeri-negeri tersebut mungkin terancam.

4. Perkembangan ekonomi
a) Singapura mempunyai pertalian ekonomi, geografi dan sejarah yang erat dengan
Semenanjung Tanah Melayu. Percantuman akan mendatangkan faedah-faedah
ekonomi bagi kedua-dua negara.
b) Ekonomi sabah dan Sarawak dapat dimajukan melalui penyertaan dalam Malaysia.
c) Sabah dan Sarawak diberi jaminan bahawa Kerajaan Pusat akan membiayai
berbagai projek pembangunan di negeri-negeri tersebut.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
318

5. Sokongan Kerajaan British
a) Sokongan Kerajaan British juga penting dalam mempengaruhi pembentukan
Malaysia.
b) Kerajaan British menyokong penubuhan Malaysia memandangkan ianya akan
menyekat perkembangan pengaruh komunis di Singapura dan wilayah-wilayah
Borneo serta dapat melindungi pelaburan British di kawasan-kawasan berkenaan.

C. KESIMPULAN
1. Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 September 1963 tanpa penyertaan Brunei.
2. Singapura menarik diri dari Malaysia pada 19 Ogos 1965.


9. Huraikan faktor-faktor yang telah menghalang penubuhan Malaysia

A. PENGENALAN

1. Malaysia ditubuhkan secara rasmi pada 16 Septambar 1963.
2. Namun demikian terdapat beberapa faktor yang telah menghalang dan hampir
menjejaskan penubuhan Malaysia.

B. FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENUBUHAN MALAYSIA

1. Penentangan Parti Rakyat Brunei
a) Parti Rakyat Brunei di bawah pimpinan A.M Azahari menentang kemasukan Brunei
ke dalam Malaysia.
b) Azahari ingin menubuhkan sebuah Kerajaan Kalimantan Utara yang diketuai oleh
Sultan Brunei dan Mengandungi Brunei, Sabah dan Sarawak.
c) Pada 8 Disember 1962, Azahari mengadakan pemberontakan terhadap Kerajaan
Brunei.
d) Pemberontakan Brunei dapat dipatahkan dalam masa lima hari dan Azahari
melarikan diri ke Indonesia.

2. Konfrontasi Indonesia
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
319
a) Penubuhan Malaysia ditentang oleh Indonesia yang menjalankan dasar konfrontasi
dari bulan Januari 1963 hingga bulan Ogos 1966.
b) Presiden Sukarno menuduh penubuhan Malaysia sebagai satu helah British untuk
menguasai kawasan tersebut secara tidak langsung. Beliau menyokong
pemberontakan yang dibuat oleh Parti Rakyat Brunei.
c) Terdapat beberapa sebab bagi konfrontasi Indonesia. Pembentukan Malaysia telah
menghancurkan cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya (penyatuan
Indonesia dengan Tanah Melayu). Sukarno juga tersinggung kerana dia tidak diajak
berunding semasa penubuhan Malaysia.
d) Sukarno telah dipengaruhi oleh Parti Komunis Indonesia untuk menentang Malaysia
yang brsifat anti-komunis.

3. Tuntutan Filipina ke atas Sabah
a) Pada tahun 1962, Presiden Filipina, Macapagal telah menentang penubuhan
Malaysia.
b) Beliau menuntut British mengembalikan Sabah kepada Filipina kerana ia adalah
sebahagian daripada Kesultanan Sulu. Sulu merupakan sebahagian daripada
negara Filipina.
c) Tuntutan Filipina tersebut tidak dilayan oleh Kerajaan British. Namun demikian,
Kerajaan Filipina telah meneruskan tuntutannya terhadap Sabah selepas penubuhan
Malaysia.
d) Laporan Bangsa-bangsa Bersatu yang diumumkan pada 14 September 1963
menyatakan bahawa kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak ingin menyertai
Malaysia.

4. Tentangan parti-parti di Singapura, Sabah dan Sarawak
a) Barisan Sosialis di Singapura telah menentang penubuhan Malaysia yang dianggap
sebagai satu rancangan British untuk mengekalkan pengaruh mereka.
b) Sebelum pertengahan tahun 1962, rancangan penubuhan Malaysia ditentang oleh
beberapa parti politik di Sabah dan Sarawak.
c) Di Sabah, Pertubuhan Kebangsaan Pasok Momogun menentang rancangan
Malaysia. Parti Bersatu dan Parti Demokratik pula bersetuju dengan konsep
Malaysia dengan syarat Sabah diberi kerajaan pemerintahan sendiri terlebih dahulu.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
320
d) Di Sarawak rancangan Malaysia ditentang oleh beberapa parti seperti Parti
Kebangsaan Sarawak (Sarawak National Party SNAP) dan Parti Rakyat Bersatu
Sarawak (Sarawak United Peoples Party SUPP).
e) Kebanyakan ahli SNAP yang dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan terdiri daripada
orang Iban manakala Parti Rakyat Bersatu Sarawak mengandungi ramai ahli
berketurunan Cina.

C. KESIMPULAN

1. Penubuhan Malaysia telah mendapat tentangan dari Parti Rakyat Brunei, Indonesia,
Filipina dan beberapa buah parti politik di Singapura, Sabah dan Sarawak.
2. Namun demikian, Malaysia tetap ditubuhkan pada tahun 1963 akibat kebijaksanaan
Tunku Abdul Rahman dan tolak ansur antara pemimpin-pemimpin politik Singapura,
Sabah dan Sarawak.


10. Huraikan faktor-faktor yang mengakibatkan Peristiwa 13 Mei 1969 dan pengajaran-
pengajaran yang diperolehi daripadanya.


A. PENGENALAN

1. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu menifestasi masalah perpaduan kaum di
Malaysia.
2. Peristiwa pertelingkahan kaum ini yang mengakibatkan kehilangan jiwa dan kerosakan
harta benda telah memberi beberapa pengajaran penting.

B. SEBAB-SEBAB PELETUSAN PERISTIWA 13 MEI 1969

1. Jurang perbezaan ekonomi antara kaum
a) Kebanyakan orang Melayu merupakan petani, nelayan atau penoreh getah.
Sebilangan besar orang Cina terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombongan
manakala kebanyakan orang India merupakan buruh di estet-estet.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
321
b) Akibat daripada kegiatan ekonomi yang berlainan ini, wujud jurang pendapatan yang
tidak seimbang di antara kaum majoriti golongan miskin terdiri daripada kaum
Melayu.
c) Ini telah menimbulkan persaingan ekonomi dan ketidakpuasan di kalangan
kumpulan etnik tertentu.

2. Perbezaan agama dan kebudayaan
a) Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan.
b) Setiap kumpulan etnik adalah jahil mengenai kebudayaan dan adat resam
kumpulan-kumpulan etnik yang lain.
c) Perbezaan agama dan kebudayaan ini bukan saja menguatkan lagi sikap prasangka
tetapi juga menghalang pergaulan antara kaum yang luas.

3. Dasar Pecah dan Perintah British
a) Dasar Pecah dan Perintah British telah memburukkan lagi masalah perpaduan.
b) Jarak sosial dan segregasi antara kumpulan etnik seolah-olah sengaja diwujudkan
dan dikekalkan oleh British demi kepentingan sendiri.
c) Kaum-kaum Melayu, Cina dan India dibiarkan tinggal secara berasingan dengan
menjalankan kegiatan ekonomi yang berlainan.
d) Ketiga-tiga kaum ini mempunyai sistem pendidikan tersendiri dan tidak terdapat
kurikulum yang sama.
e) Perpaduan kaum tidak dititikberatkan.
f) Dasar Pecah dan Perintah British telah memburukkan lagi sikap prasangka serta
memperkukuhkan keperibadian etnik.

4. Kempen Pilihanraya 1969
a) Semasa kempen pilihanraya 1969, ahli-ahli politik telah membangkitkan soal-soal
sensitif berkaitan dengan bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu
dan hak kerakyatan orang bukan Melayu.
b) Tindakan sedemikian telah meningkatkan perasaan perkauman dan syak wasangka
yang akhirnya mengakibatkan Peristiwa 13 Mei 1969.

5. Perarakan kemenangan parti-parti politik
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
322
a) Perarakan kemenangan parti-parti politik merupakan sebab serta-merta Peristiwa 13
Mei 1969.
b) Penyokong-penyokong Parti Gerakan dan DAP telah menghina orang Melayu
semasa berarak di jalan-jalan raya Kuala Lumpur.
c) Parti UMNO pula mengadakan perarakan balas pada 13 Mei 1969. akibat perasaan
emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak, rusuhan kaum
meletus pada hari tersebut.

C. PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA PERISIWA 13 MEI 1969

1. Rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa
a) Pangajaran utama yang diperolehi daripada Peristiwa 13 Mei 1969 ialah rusuhan
kaum tidak menguntungkan sesiapa.
b) Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan
kerosakan harta benda.

2. Kepentingan perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain
a) Peristiwa 13 Mei 1969 juga memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus
menghormati satu sama lain.
b) Kita harus bersikap toleransi dan mengetahui serta menghormati adat resam
kumpulan-kumpulan etnik lain.

3. Keperluan menghapuskan kemiskinan
a) Peristiwa 13 Mei 1969 juga menunjukkan bahawa perpaduan nasional tidak akan
tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin.
b) Justeru itu, Kerajaan talah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970
bagi membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula
masyarakat Malaysia bagi menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi
ekonomi.

4. Kepentingan mengeratkan perpaduan kaum
a) Peristiwa 13 Mei 1969 juga menunjukkan bahawa langkah-langkah konkrit harus
diambil untuk mengeratkan perpaduan kaum.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
323
b) Selaras dengan kesedaran ini, Kerajaan telah memperkenalkan Rukun Negara,
Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan sarta menubuhkan
Jabatan Perpaduan Negara.

D. KESIMPULAN

1. Perpaduan nasional merupakan teras pembentukan sebuah negara Malaysia yang
teguh, bersatu padu dan progresif.
2. Kita sebagai rakyat Malaysia harus sama-sama membantu serta menyokong usaha-
usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan.
11. Huraikan faktor-faktor yang diambil kira dalam penentuan Dasar Luar Malaysia

A. PENGENALAN

1. Dasar Luar Malaysia bertujuan melindungi dan memajukan kepentingan-kepentingan
nasional, iaitu keselamatan dan kesejahteraan ekonomi.
2. Malaysia mengamalkan Dasar Berkecuali dan ingin mengadakan hubungan yang baik
dengan semua negara tanpa mengira ideologi.

B. FAKTOR-FAKTOR YANG DIAMBIL KIRA DALAM PENENTUAN DASAR LUAR
MALAYSIA

1. Kepentingan nasional
a) Dari aspek keselamatan, Malaysia ingin mengelakkan sebarang ancaman atau
serangan dari negara-negara luar.
b) Malaysia merupakan negara yang kecil dan tiada mempunyai kekuatan tentera.
Malaysia tidak boleh menggunakan kekerasan dalam dasar luarnya. Justeru itu,
Malaysia ingin mengadakan hubungan baik dengan semua negara.
c) Dari aspek ekonomi, Malaysia bergantung kepada perdagangan antarabangsa
memandangkan ekonomi Malaysia adalah berorientasikan eksport.
d) Justeru itu, Malaysia mengadakan hubungan baik dengan semua negara
termasuklah negara-negara komunis seperti Rusia, China dan negara-negara
Eropah Timur.

2. Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
324
a) Malaysia berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-
bangsa Bersatu (PBB) seperti memelihara keamanan dunia, melindungi hak asasi
manusia, menegakkan keadilan dan kewibawaan undang-undang dan
menggalakkan perkembangan ekonomi dan sosial.
b) Malaysia menyertai beberapa agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTAD. Malaysia
pernah juga menyertai Pasukan Pendamai PBB di Congo dalam tahun-tahun 1960-
an.

3. Kedudukan geografi
a) Malaysia terletak di rantau Asia Tenggara yang mengalami masalah ketidakstabilan
politik sejak Perang Dunia Kedua.
b) Pergolakan politik di Indo-China serta Pendudukan Vietnam di Kampuchea
membimbangkan negara-negara ASEAN memandangkan ia mungkin merebak di
rantau tersebut.
c) Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat berantung kepada apa yang
berlaku di Asia Tenggara.
d) Malaysia juga terletak di persimpangan dua jalan laut yang penting iaitu Lautan
Hindi dan Lautan Pasifik. Ini menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menegakkan
pengaruh mereka di rantau Asia Tenggara.
e) Justeru itu, Malaysia mengutamakan hubungan yang baik dengan negara-negara
Asia Tenggara.

4. Islam
a) Memandangkan Islam merupakan agama rasmi negara, Malaysia menitikberatkan
hubungan baik dengan negara-negara Islam.
b) Malaysia menyertai Pertubuhan Persidangan Islam serta menyokong projek-projek
tertentu seperti Bank Pembangunan Islam.
c) Malaysia juga terlibat di dalam usaha-usaha perantaraan untuk menyelesaikan
konflik Iran-Iraq.

5. Bekas jajahan British
a) Malaysia sebagai bekas jajahan British menganggap dirinya sebagai anggota
Komanwel British.
CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
325
b) Malaysia meneruskan hubungan dengan Britain dan Kerajaan-kerajaan Komanwel
yang lain seperti Australia dan New Zealand.

6. Dasar Berkecuali
a) Malaysia tidak ingin berpihak kepada Blok Barat atau Blok Komunis. Ini bertujuan
mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa-kuasa besar.
b) Maka Malaysia ingin mengadakan hubungan dengan semua negara tanpa mengira
ideologi.

7. Prinsip hidup bersama
a) Malaysia berpeang teguh kepada prinsip hidup bersama secara aman dan damai.
b) Malaysia berpendapat bahawa rakyat sesebuah negara hendaklah menentukan
nasib mereka sendiri.
c) Malaysia juga berpendapat bahawa negara-negara luar tidak boleh campur tangan
dalam hal-ehwal sesebuah negara.
d) Justeru itu, Malaysia menyokong perjuangan-perjuangan Pertubuhan Pembebasan
Palestin, Kerajaan Campuran Demokratik Kampuchea dan perjuangan-perjuangan
Mujahidin Afghanistan.

C. KESIMPULAN

1. Malaysia ingin mengadakan hubungan baik dengan negara-negara luar tanpa mengira
ideologi mereka.
2. Keutamaan dalam Dasar Luar Malaysia adalah berdasarkan kepada hubungan erat
dengan negara-negara Asia Tenggara, negara-negara Islam, negara-negara berkecuali
dan Kerajaan-kerajaan Komanwel.








CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
326



































CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
327

































CONTOH SOALAN ESEI
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
328

You might also like