You are on page 1of 2

REFLEKSI

Sepanjang saya melaksanakan tugasan ini, saya berasa saya teruja kerana ini merupakan
pengalaman pertama melaksanakan tugasan berdasarkan pemerhatian di luar kampus iatu
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Selain itu, saya juga lebih mengetahui mengenai
teori-teori yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak yang sangat berguna dan dapat
diaplikasikan apabila memasuki alam pekerjaan sikit masa lagi.
Melalui tugasan ini, saya mendapati bahawa setiap teori mempunyai kelebihan dan
kekurangan yang tersendiri. Berdasarkan teori perkembangan kognitif Jean Piaget, beliau
menekankan bahawa proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir
sehingga kita mencapai kematangan. Lev Vygotsky pula percaya bahawa perkembangan
kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku
dan pemikiran individu. Lev Vygotsky telah memberi alternatif kepada idea Piaget tentang
perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia menekankan peranan sosial dan budaya
dalam perkembangan minda kanak-kanak. Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-
kanak terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibu bapa, guru, orang-orang
dewasa yang lain dan rakan sebayanya. Disini dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan
mental kanak-kanak terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan
matang. Walaupun begitu, persekitaran dan sistem lingkungan budaya kanak-kanak
membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif. Malah setiap budaya menerapkan
cara hidup dan cara berfikir kepada kanak-kanak.
Saya beranggapan bahawa teori Lev Vygotsky lebih baik jika dibandingkan dengan teori Jean
Piaget. Ini kerana, teori Jean Piaget hanya menekankan perkembangan kognitif berdasarkan
perkembangan fizikal yang seiring dengan usia. Sedangkan perkembangan kognitif juga
boleh dipengaruhi oleh faktor lain seperti pengalaman yang dilalui, pendedahan yang
diberikan lebih awal dan sebagainya. Lev Vygotsky pula menekankan bahawa perkembangan
kognitif boleh dipengaruhi oleh persekitaran sosio budaya yang mempengaruhi tingkah laku
dan oemikiran individu. Sebagai contoh, rakyat Malaysia yang kaya dengan nilai dan adab
mempengaruhi tingkah laku dan corak pemikiran kanak-kanaknya yang lebih menghormati
orang yang lebih tua dan agak pasif. Ini kerana, belaiu menekankan bahawa faktor utama
perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa.
Dapat disimpulkan di sini bahawa pemikiran kanak-kanak berkembang akibat daripada
pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya berlaku
antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya seperi nenek dan
cucu.
Walaupun pelajar yang saya kaji mengalami masalah dalam perkembangannya, saya percaya
dia akan mampu berjaya seperti insan lain mengikut kemampuan yang dia miliki. Saya juga
ingin berterima kasih kepada pensyarah PK 3101 kerana dengan adanya tugasan ini, saya
dapat lebih memahami mengenai teori-teori yang dikemukakan dan lebih menghargai
kelebihan yang dimliki serta mengingatkan diri bahawa ramai lagi insan yang kurang
bernasib baik yang memerlukan pembimbing seperti guru pendidikan khas. Sesungguhnya
kerjaya guru merupakan kerjaya yang mulia dan diberkati. Saya juga berharap supaya saya
dapat membantu pelajar-pelajar yang bermasalah pembelajaran ini suatu hari nanti.

You might also like