You are on page 1of 21

HBMT 3203

HBMT 3203

SENARAI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN..................................................................................................................2
KEPENTINGAN SUMBER DAN INTEGRASI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN..............................................................................................................2
IMPAK KEPADA INTEGRASI SUMBER.........................................................................5
SUMBER PDP MATEMATIK..........................................................................................10
LAPORAN REFLEKTIF..................................................................................................17
PENUTUP.........................................................................................................................18

HBMT 3203

1.0 PENGENALAN
Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran boleh didefinisikan sebagai peralatan
atau perkakasan dan bahan perisian media yang telah dikenalpasti untuk dipilih, dibina
dan dipinda bagi menyokong dan mengendalikan sendiri proses pengajaran dan
pembelajaran. DaIam perspektif pendidikan sumber pengajaran dan pembelajaran (pdp)
ialah sebarang penerbitan, gambar, carta, objek,alat, radas, pekakas, model atau
kemudahan yang berperanan untuk memudahkan dan meningkatkan proses pdp.
Ringkasnya sumber ialah bahan yang digunakan semasa proses pdp. Tujuan sumber pdp
ini adalah untuk membangtu guru menyampaikan pelajaran supaya murid-murid dapat
memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang ditetapkan mengikut objektif
kurikulum.

2.0 KEPENTINGAN SUMBER DAN INTEGRASI DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN
Semua pelajar adalah berbeza dari segi keperluan,minat dan kebolehan. Cara
mengajar perlu diubahsuai dengan kebolehan,keperluan dan minat pelajar. Oleh itu guru
perlu mempelbagaikan sumber pengajaran. Sumber pengajaran membantu guru dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber pengajaran akan membantu guru dalam
mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan maklumat yang ingin disampaikan.
Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik ialah:
2.1 Kemahiran Berfikir
Kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis,
mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat
inferens serta mengumpul maklumat dan lain-lain semasa penglibatan mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber pdp dapat
membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka.
Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid-murid akan melibatkan
secara aktif dalam proses pdp. Ini kerana terdapat sumber pdp yang
memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan
2

HBMT 3203

pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik.


Melalui pengalaman sedia ada, murid akan cuba menganalisa dan mengamati
maklumat baru yang disampaikan agar lebih memahami perkara yang
disamapaikan dalam pembelajaran.
2.2 Keseronokan Dalam Pembelajaran
Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan
perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak
disampaikan. Dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan
aktiviti pembelajaran akan memudahkan lagi pdp dan pelajar akan lebih
berminat untuk melibatkan diri.Contohnya penggunaan bahan realiti akan
meransang minat murid kerana murid didedahkan dengan pengetahuan yang
baru dan tidak biasa diketahui. Sentuhan dan pengamatan kepada bahan
memberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan lebih
dekat kepada bahan tersebut.

2.3 Peningkatan Daya Ingatan


Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan
maklumat baru melalui penggunaan sumber pdp yang sesuai.Penambahan
sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan
mereka kepada sesuatu perkara. Dibuktikan melalui teori konstruktivisme
yang disokong oleh Von Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka
menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang
menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada. Penglibatan
murid secara aktif memberi pengalaman baru kepada murid dengan
merasainya sendiri dan dengan ini maklumat akan dismpan dalam stor ingatan
jangka panjang berikutan proses pembelajaran yang menarik dan murid
merasai sendiri pengalaman tersebut.
2.4 Menarik dan mengekalkan Minat dan tumpuan melalui pelbagai Media
3

HBMT 3203

Cara yang paling berkesan untuk membantu murid memahami persekitaran


semulajadi serta persekitaran sosial mereka adalah dengan memberi mereka
pengalaman sebenar atau yang hampir sebenar untuk dilihat dengan teliti yang
kemudiannya menghasilkan soalan untuk dikaji. Pengguanaan pelbagai
sumber media seperti tayangan video,bahan bercetak, bahan tiga dimensi dan
sebagainya akan mengekalkan tumpuan murid dan meransang pengetahuan
ingin tahu murid yang seterusnya akan mewujudkan minat murid yang
kemudiannya akan mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran
sesuatu tajuk. Oleh yang demikian guru mampu mencapai objektif pengajaran
yang ingin disasarkan dan juga kawalan kelas secara menyeluruh dapat
dilakukan oleh guru. Tumpuan dan pengamatan pelajar akan memudahkan
penyampaian maklumat yang ingin disampaikan oleh guru kepda pelajar.

2.5 Peningkatan Kreativiti


Guru boleh menggunakan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan
video untuk memberi pendedahan kepada murid-murid .Kemudian melalui
penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativi murid-murid
dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya kreativiti murid-murid
boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan
mereka. Selain darikreativiti, ini juga akan mengembangkan lagi idea pelajar
kepada tahap yang maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam
pembelajarannya. murid-murid boleh diberikan tugas seperti menghasilkan
folio berkenaan dengan tokoh negara, melalui cara ini persembahan folio
tersebut boleh mengembangkan lagi kreativiti murid-murid dalam mencari
sumber maklumat dan guru hanya bertindak sebagai fesilitator.

2.6 Memberi Peluang Main Peranan dan Simulasi


Guru boleh menggunakan teknik main peranan dan simulasi dalam
pengajaran. Murid akan berpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam
4

HBMT 3203

pembelajaran mereka dan seterusnya maklumat yang ingin disampaikan lebih


mudah difahami. Teknik simulasi dan main peranan akan melibatkan semua
pelajar secara aktif. Seperti yang ditekankan dalam teori Bandura
pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Melalui pemerhatian
dan peniruan akan berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan
memotovasikan pelajar. Contohnya memainkan peranan pekerjaan yang ingin
mereka kecapi apabila dewasa kelak.
3.0 IMPAK KEPADA INTEGRASI SUMBER
Menurut teori Konstruktivisme pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan
pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman
maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Pelajar yang belajar dan berinteraksi dengan
objek dan perkara-perkara dalam pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari.
Pelajar-pelajar akan membina sendiri konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang
diberi. Teori pembelajaran konstruktivisme berasas kepada penglibatan aktif pelajar
dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti pembelajaran di
mana ianya relevan dan menarik. Pelajar membina pengetahuan sendiri dengan menjana
idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman. Menurut
Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea baru
berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajar memilih dan mengubah maklumat,
membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif untuk
berbuat demikian. Dalam proses menyampaikan idea dan kemahiran Matematik, resos
boleh digunakan dalam bilik darjah. Pemilihan sumber yang efektif sangat penting bagi
memastikan kejayaan pembelajaran dan pengajaran (pdp) serta mencapai objektif dan
hasil pembelajaran dalam sesuatu topik yang diajar. Sumber merupakan satu kelengkapan
atau peralatan yang terlibat dalam proses pdp yang dapat membantu guru dan murid
melalui satu proses pdp yang bermakna.S umber dalam pdp bukan terhad kepada
penggunaan buku teks, papan hitam, kapur dan gambar sahaja, tetapi merangkumi semua
perkara yang melibatkan pancaindera murid iaitu mendengar, melihat, merasa, dan
menghidu serta semua pengalaman dan situasi yang dialami oleh murid-murid dalam
bilik darjah.
5

HBMT 3203

Penggunaan sumber dalam pdp adalah sebagai alat pemudah cara untuk membantu
guru menyampaikan isi pelajaran, bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah
dirancang dan supaya murid-murid lebih memahami pengajaran guru seterusnya dapat
menerima pembelajaran dengan cepat. Penggunaan sumber ini juga dapat mengelakkan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas lebih menjurus kepada keadaan yang
diselubungi kebosanan dalam kalangan murid-murid, kerana murid-murid hanya lebih
menumpukan perhatian terhadap pengajaran satu hala oleh guru. Sebaliknya dengan
adanya sumber pdp proses pengajaran dan pembelajaran dapat mengelakkan dari
timbulnya masalah disiplin di dalam kelas. Selain itu,sumber pdp juga dapat mencungkil
kreativiti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
lebih mencabar. Guru juga lebih terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi jika guru
mempunyai inisiatif untuk meneroka dunia tanpa sempadan ini, dan mengaplikasikannya
dalam pdp.
Memilih dan menyediakan bahan sumber yang sesuai akan dapat mewujudkan
suasana belajar yang kondusif dan selesa. Suasana bilik darjah yang kondusif merupakan
aspek yang paling penting perlu dititikberatkan supaya murid-murid dapat belajar dan
menerima apa yang disampaikan tanpa sebarang gangguan. Dengan itu, murid-murid
yang baik dan cemerlang akan dapat dilahirkan kerana mereka dapat belajar dengan baik.
Contoh bahan sumber yang boleh didapati ialah bahan bercetak, bahan manipulatif dan
pdp menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi. Contoh
bahan bercetak yang boleh digunakan ialah buku-buku, jurnal-jurnal dan kalendar.
Contoh bahan manipulatif pula ialah kit manipulatif yang terdiri daripada papan geo, blok
Dienes, rod Cruisenaire dan blok asas sepuluh. Selain itu, alat penimbang dan alat
mengira seperti kalkulator, abakus, rod dan batang kayu juga merupakan sumber pdp.
Manakala komputer, projektor dan perisian komputer yang berkaitan penyelesaian
masalah Matematik juga boleh digunakan sebagai alat tambahan dan pelengkap kepada
sumber pdp.
Sumber pdp merupakan satu elemen yang amat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Kita selalu beranggapan bahawa penggunaan perkataan di dalam kelas
sudah memadai untuk menyampaikan mesej dalam sesuatu pengajaran. Seringkali ramai
guru yang berpegang kepada kepercayaan tersebut. Hal ini menyebabkan timbulnya
6

HBMT 3203

masalah komunikasi antara guru dengan murid. Justeru, penggunaan bahan sumber
adalah berkesan jika pengajaran berdasarkan perkataan bersama-sama dengan gambar
atau simbol yang lebih konkrit maknanya dapat memberikan kefahaman yang jelas
kepada murid. Misalnya untuk menyatakan konsep besar, guru bolehlah menunjukkan
satu objek atau gambar yang bersaiz lebih besar daripada gambar atau objek lain. Ini
dapat digunakan untuk menunjukkan konsepbesar yang dimaksudkannya. Sekiranya
menggunakan perkataan semata-mata, maka sesuatu proses pengajaran tersebut akan
lebih bersifat abstrak dan sukar difahami serta tidak dapat memberikan gambaran yang
jelas kepada murid. Dengan menggunakan sumber pdp yang berkesan segala bentuk
simbol dan komunikasi verbal yang abstrak dapat diperjelaskan. Ini memudahkan murid
untuk memahami isi kandungan sesuatu pelajaran.
Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran yang ditentukan adalah sama bagi
setiap murid, sifat unik yang ada pada setiap murid dan ditambah pula persekitaran yang
berbeza akan membuatkan guru mengalami sedikit kesulitan dalam mengatasi perkara
tersebut. Keadaan itu dapat diatasi dengan penggunaan sumber dalam PdP kerana
kemampuannya dalam memberikan pengalaman dan persepsi yang sama serta tepat
tentang sesuatu konsep atau prinsip kepada semua pelajar. Selain itu, pencapaian para
pelajar akan menjadi lebih berkesan melalui penggunaan resos. Hal ini kerana murid
dapat memahami dan menguasai sesuatu konsep dan secara tidak langsung dapat
memperbaiki keputusan penilaian di dalam kelas. Guru juga dapat memenuhi pencapaian
objektif pembelajaran yang diharapkan dalam sesuatu isi kandungan pada akhir proses
pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlulah
melibatkan pelbagai deria dalam kalangan murid. Keadaan ini dapat memberikan tarikan
dan rangsangan kepada murid untuk lebih berminat dalam pembelajaran. Penggunaan
bahan pelbagai sumber akan memberi kesan kepada semua pancaindera murid. Aktiviti
hand on serta interaksi dengan alat-alat teknologi canggih akan mengoptimumkan
proses pembelajaran. Contohnya , guru boleh menjadikan pengajarannya lebih berkesan
dengan menggunakan bahan audio, video, perisian, multimedia dan diikuti dengan
penggunaan bahan bercetak seperti dalam aktiviti perbincangan dengan rakan sebaya.
Pengajaran dan pembelajaran boleh diteruskan dengan menggunakan bahan daripada
7

HBMT 3203

internet untuk mendedahkan pelajar dengan maklumat terkini. Pada akhir pembelajaran
murid akan digalakkan membuat persembahan hasil pembelajaran melalui kumpulan dan
disebarkan kepada rakan sekelas.
Pembelajaran Matematik melibatkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan fakta,
kemahiran dan prosedur yang lebih tinggi. Ia memerlukan struktur konseptual, strategi
tentang penyelesaian, kaedah penyelesaian, pendekatan untuk menyelesaikan masalah
dan sikap penghargaan tehadap Matematik. Proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlaku seharusnya mampu menggalakkan dan meningkatkan minat serta kemampuan
murid untuk memahami konsep Matematik secara maksimum. Oleh itu, seorang guru
perlulah mahir untuk memilih sumber dan bahan bahan yang mampu merangsang minat
dan tumpuan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik. Antara contoh
sumber yang biasa digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran subjek Matematik
ialah penggunaan blok asas sepuluh dan abakus. Penggunaan kedua-dua sumber ini
mampu memberikan kefahaman yang baik kepada murid untuk mengira dengan cepat
dan juga menggunakan pengiraan mental. Kedua- dua sumber ini juga dapat menjimatkan
masa di mana murid dapat mengira dan mendapatkan jawapan dalam masa yang singkat.
Hal ini sekali gus dapat meningkatkan minat murid untuk lebih mendalami subjek
Matematik apabila mereka menganggap Matematik itu mudah kerana mereka boleh
mendapatkan jawapan kepada soalan yang dibrikan dengan cepat apabila menggunakan
abakus dan blok asas sepuluh.
Dengan adanya pelbagai sumber yang digunakan pada masa kini, sesi pdp dalam
bilik darjah kian menyeronokkan di samping dapat menarik perhatian murid yang kurang
berminat untuk belajar. Selain itu, penggunaan sumber juga dapat mengatasi masalah
kekurangan tenaga pengajar dan kekurangan masa di mana dengan adanya sumber, murid
dapat belajar dengan sendiri walaupun semasa ketiadaan guru. Apabila murid mula
meneroka sumber ini, mereka akan lebih faham tentang sesuatu topik kerana murid
memperoleh pengalaman bermakna melalui sumber yang disediakan oleh itu. Oleh itu,
guru perlu menitikberatkan keberkesanan sumber yang digunakan supaya dapat menarik
minat murid seterusnya merangsang pemikiran mereka untuk bergerak lebih maju ke
hadapan. Murid juga dapat memahami dengan lebih mendalam dan secara realistik

HBMT 3203

tentang tajuk yang diajar apabila mereka didedahkan dengan penggunaan resos bagi
membantu meningkatkan pemahaman mereka.
Keberkesanan setiap sumber bukan terletak pada kecanggihan bahan atau alat
tersebut, namun yang lebih utamanya ialah kesesuaiannya berdasarkan penggunaan serta
penyerlahan konsep atau idea kandungan sesuatu mata pelajaran. Penggunaan bahan
sokongan seperti gambar, komputer atau internet atau sebarang bahan sokongan akan
memberikan kesan peneguhan.Contohnya dengan melayari internet banyak maklumat
yang akan diperolehi oleh murid, sekaligus internet akan mengurangkan gerak balas lisan
yang tidak perlu di kalangan para pelajar. Mereka akan memberikan tumpuan kepada
bahan-bahan atau maklumat yang sedang diterokai.
Selain itu, penggunaan sumber juga dapat mempelbagaikan aktiviti dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Melalui smber yang sesuai akan memberi peluang pelajar
berinteraksi dengan bahan tersebut atau dalam kumpulan pembelajaran. Justeru itu, hal
ini dapat mengurangkan kaedah chalk dan talk, yang kurang digemari oleh para pelajar.
Sumber yang digunakan juga dapat memberikan pengalaman yang menyeronokkan
kepada para pelajar berbanding kaedah konvesional yang lebih memfokuskan
penggunaan kaedah syarahan dan buku teks. Penggunaan bahan yang menarik akan
memberikan keseronokan kepada murid. Mereka akan rasa terhibur dan terangsang lebihlebih lagi sekiranya guru yang mengajar bijak memainkan peranan. Murid juga perlu
dilibatkan bersama dan secara tidak langsung pembelajaran secara interaktif dapat
dilaksanakan. Kepentingan resos bukan sekadar yang telah dinyatakan dia atas sahaja,
malah ia juga dapat membina pemikiran yang berterusan dan dapat memberi pengalaman
baru kepada murid

HBMT 3203

4.0 SUMBER PDP MATEMATIK


4.1

Langkah
Pembinaan Pakej
Sumber
Langkah 1

Guru

menyediakan kad beberapa

keping kad

gambar. Ia bertujuan bagi

mewakili

pembilang. Kad yang

disediakan

seelokknya berwarna bagi

menarik

minat murid.

Langkah 2

10

HBMT 3203

Cawan yang dilabelkan dengan nombor.


Bertindak sebagai nombor yang dibahagi.

Langkah 3

Congkak nombor
Langkah 4

11

HBMT 3203

Inilah hasilnya congkak nombor.

4.2 Cara Penggunaan Pakej Sumber

Gambar 1: Mengajar menggunakan Congkak Nombor

12

HBMT 3203

Gambar 2: Menunjukkan kad soalan untuk


menggunakan Congkak Nombor

Gambar 3: Memasukkan kad gambar ke dalam bekas yang besar

13

HBMT 3203

Gambar 4: Membahagikan sama rata


kad gambar ke dalam setiap cawan

Gambar 5: Membilang bilangan cawan yang digunakan melalui penolakan berulang

14

HBMT 3203

Gambar 6: Murid mengira soalan yang diberikan menggunakan kad gambar


berdasarkan model penolakan berulang

Dalam operasi bahagi, terdapat empat cara yang boleh digunakan. Antaranya ialah
penolakan

berulang

(repeated

substraction),

pembalikan

pendaraban

(reversed

multiplication), pembahagian sama rata (share equally) dan pengumpulan sama rata
(group equally). Kaedah yang saya pilih bagi melaksanakan aktiviti pembahagian yang
melibatkan murid kategori lemah ialah kaedah penolakan berulang. Kaedah penolakan
berulang ialah menolak sesuatu bilangan daripada jumlah yang besar secara sekata dan
berulang sehingga habis. Hal ini bermakna operasi bahagi ialah bilangan operasi
penolakan dilakukan bagi menghabiskan sesuatu jumlah.
Saya telah merancang satu aktiviti pembelajaran menggunakan kaedah penolakan
berulang ini. Kaedah penolakan berulang ini saya aplikasikan dalam permainan Congkak
Nombor. Hal ini disebabkan konsep penolakan berulang ini sama dengan konsep
permainan congkak. Saya memilih kaedah ini untuk mengenal pasti sejauh manakah
kaedah penolakan berulang ini dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran operasi
bahagi bagi murid sekolah rendah. Hal ini juga disebabkan dalam kemahiran bagi tajuk
operasi bahagi, murid diajar terlebih dahulu dengan mengenal operasi bahagi melalui
proses pengagihan sesuatu benda mengikut bilangan yang ditentukan. Hal ini
menunjukkan kaedah penolakan berulang diaplikasikan dalam sukatan pelajaran
Matematik. Saya memilih cara ini supaya murid-murid dapat memahami konsep operasi
bahagi dan memberi pendedahan yang lebih luas tentang operasi bahagi ini melalui
kaedah penolakan berulang.
Sebelum saya memulakan sesi pengajaran dengan Congkak Nombor, saya terlebih
dahulu menguji kefahaman murid terhadap konsep operasi bahagi. Saya meminta murid
menunjukkan penyelesaian operasi bahagi 12 2. Ada di antara mereka mencongak
soalan yang saya berikan ini. Manakala ada juga yang mengira di atas kertas. Hal ini
15

HBMT 3203

menunjukkan bahawa mereka tidak mengetahui kaedah penolakan berulang ini dalam
operasi bahagi. Hal ini juga dapat membuktikan bahawa kaedah penolakan berulang tidak
popular dan jarang diajar di sekolah rendah pada masa kini. Sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P) saya, murid-murid dilihat tertarik dan berminat untuk belajar
kaedah ini. Mereka memberi tumpuan dan tindak balas yang baik semasa saya mengajar
menggunakan kaedah penolakan berulang ini. Malah, murid juga berjaya menguasai
kemahiran yang diajar dengan baik. Hal ini menunjukkan bahawa tiada sebab mengapa
model ini tidak boleh diajar di sekolah terutamanya kepada murid lemah. Jadi, apabila
mereka menggunakan Congkak Nombor ini, mereka dapat menguasai dan memahami
operasi bahagi dengan mudah berdasarkan kaedah penolakan berulang.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang saya bina dan gunakan untuk murid-murid
tahun 5 kelas terakhir ini ialah Congkak Nombor. Konsep permainan Congkak Nombor
ini sama dengan permainan tradisional congkak dan kaedah penolakan berulanh itu.
Dalam Congkak Nombor ini, terdapat 10 cawan yang digunakan dan dilabelkan dengan
nombor 1 hingga 10. Ia juga terdapat 1 bekas yang besar yang digunakan bagi meletak
jumlah nombor yang ingin dibahagikan. Cara untuk bermain dengan Congkak Nombor
ini ialah apabila murid mendapat soalan seperti 14 2, murid perlu mengambil 14 keping
kad gambar dan diletakkan di bekas yang besar itu. Lalu, murid perlu mengambil 2
keping kad gambar dan dimasukkan ke dalam setiap cawan yang dilabelkan 1 hingga 10
sehingga habis kad gambar yang di dalam bekas yang besar itu. Apabila kad gambar
habis digunakan di dalam bekas yang besar itu, murid perlu membilang jumlah cawan
yang digunakan dan diletakkan dengan kad gambar tersebut. Jadi, jawapannya ialah 7
cawan yang digunakan dan setiap cawan itu terdapat 2 keping kad gambar. Hal ini
menunjukkan bahawa kaedah penolakan berulang dapat diterapkan di dalam permainan
Congkak Nombor ini.

16

HBMT 3203

5.0 LAPORAN REFLEKTIF


Menurut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ), bahan bantu
mengajar (BBM) menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep dan boleh
membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan kata murid. Ia juga dapat
menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal, boleh memberi pengalaman baru dan
menjadikan pembelajaran lebih mendalam serta beragam. Penggunaan bahan bantu
mengajar yang sesuai dapat melahirkan pemikiran yang kreatif serta kritis dalam
kalangan murid kerana bahan bantu mengajar dapat menerangkan sesuatu konsep dengan
lebih berkesan. Ia mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian dapat
menambahkan lagi bacaan murid-murid. Seterusnya, murid akan mempunyai masa yang
banyak untuk berbincang dan memikirkan serta membayangkan sesuatu perkara tentang
pembelajaran pada masa tersebut. Hal ini akan menjadikan pembelajaran pada masa
tersebut lebih aktif dan murid dapat berfikir dengan lebih kreatif.
Namun begitu, saya tidak boleh mengatakan bahawa pembelajaran dengan kaedah
penolakan berulang ini akan dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran operasi
bahagi dalam kalangan murid yang tidak menguasai konsep bahagi di sekolah. Hal ini
disebabkan murid yang lemah akan keliru dengan konsep penolakan berulang ini. Mereka
akan mudah keliru sekiranya guru gagal membuat perkaitan yang jelas antara konsep
bahagi dan konsep tolak. Oleh itu, guru perlu betul-betul menerangkan konsep bahagi dan
17

HBMT 3203

tolak kepada murid jika ingin mengajar kaedah penolakan berulang ini. Di samping itu,
pengiraan operasi bahagi dalam Congkak Nombor juga tidak sesuai digunakan bagi
operasi yang berjumlah banyak. Hal ini disebabkan pengiraan akan menjadi terlalu
panjang dan menyulitkan. Sebagai contohnya, 100 2, 244 4 dan sebagainya. Congkak
Nombor ini hanya sesuai digunakan bagi operasi bahagi yang terdiri daripada nombornombor kecil sahaja, seperti 10 2, 20 4, 30 5 dan sebagainya.
Pengajaran konsep operasi bahagi dengan kaedah penolakan berulang bukanlah tidak
penting mahupun di abaikan dalam pengajaran dan pembelajaran, malahan ianya perlu
dikuasai oleh setiap murid terutama yang lemah. Saya berpendapat bahawa guru perlu
menekankan pembelajaran konsep operasi bahagi berbanding penyelesaian pengiraan.
Semua konsep dalam operasi bahagi perlu dipastikan dan dikuasai oleh murid di sekolah
rendah. Namun, saya beranggapan kaedah penolakan berulang tidak boleh dijadikan
perkara tunjang atau kemahiran utama dalam pengajaran bahagi. Dalam pengajaran
operasi bahagi, saya juga berpendapat guru perlu lebih menfokuskan kepada penguasaan
konsep group equally dan sharing equally terlebih dahulu. Selepas murid sudah
berjaya menguasai konsep-konsep tersebut barulah guru mengajar konsep bahagi secara
penolakan berulang dan pembalikan pendaraban (reversed multiplication). Oleh itu,
secara amnya, saya merasakan penggunaan kaedah penolakan berulang ini mampu
meningkatkan keberkesanan pembelajaran operasi bahagi.
PENUTUP
Pembelajaran Matematik awal yang diperoleh melalui pengalaman langsung dan
bermakna dalam suasana menggembirakan akan dapat memupuk minat murid lemah
untuk mempelajari Matematik. Asas perkembangan Matematik bermula daripada
pengalaman berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan
kualiti seperti warna, saiz dan bentuk sebelum peringkat bergambar (pictorial) dan
simbolik. Menguasai kemahiran asas Matematik merupakan satu aspek yang sangat
penting bagi seseorang murid yang lemah. Hal ini kerana Matematik merupakan
sebahagian daripada kehidupan. Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang
memerlukan kemahiran Matematik untuk menyelesaikannya. Contohnya, menentukan
masa dan waktu untuk melakukan sesuatu, menentukan bilangan barang yang ingin
18

HBMT 3203

diguna, urusan jual beli di kedai dan kantin, tambang bas dan sebagainya. Oleh itu adalah
sangat penting seseorang individu itu didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas ini
agar mereka boleh menjalani kehiduan dengan lebih terancang dan selesa.
Oleh itu, setiap guru

Matematik amat memerlukan pengetahuan dan kemahiran

dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran kepada muridnya. Guru juga perlu arif dalam
strategi pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk murid membina konsep dan
menguasai kemahiran di samping menghayatinya dalam kehidupan seharian.

RUJUKAN
Hiang, P.S.(1999). Pedagogi Sains 4 PENGURUSAN MAKMAL DAN SUMBER SAINS.
Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Khairi, M.(2008). PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN. Retrieved
April

16,

2011,

from

Pengurusan

Pengajaran

dan

Pembelajaran:

http://www.freewebs.com/ptkkhusus2.htm
Mohd Razi bin Ismail (2002). Amalan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan
Guru Guru Kemahiran Hidup Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.
Satu Kajian Kes DiKalangan Pelajar Tahun 4 Kursus SPH Sesi 2001/2002,
UTM : Tesis Sarjana Muda.
Rosqistina binti Ishak (2006). Faktor Yang Mempengaruhi Penggunaan Bahan Bantu
Mengajar Di Kalangan Guru Guru Lukisan Kejuruteraan Di Sekolah
Menengah Teknik Di Kelantan.UTM: Tesis Sarjana Muda.
Salleh,M.R.(2011, Mac 13). Sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pengajian
Sosial, Retrieved April 16,2011, from KUMPULAN PGSR BAHASA
MELAYU

IPGM

KKB:

http://www.kumpulansiswazahguru.blogspot.com2011/03/sumber-pengajarandan-pembelajaran.html
19

HBMT 3203

http://bibliografi.moe.edu.my/sumberpendidikan/index.php/educational-resource-centrespusat-sumber-pendidikan/132-sumber-pendidikan.html

20

You might also like