You are on page 1of 2

PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA

Office of the Director General of Education Malaysia


PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
Level 7 Block J Damansara Town Centre
50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900
Fax: 03-2535150

KP (BS) 8591/4/Jld.XVI (2)


9 Februari 2000

Semua Pengarah Pendididikan Negeri

Y.Bhg. Datuk/Dato'/Tuan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 2/2000:


Peruntukan Waktu Untuk Mata Pelajaran Sains
Dalam Kumpulan Teras Peringkat Menengah Atas

Mengikut Akta Pendidikan 1996 P.U. (A)531, peruntukan waktu untuk mata pelajaran Sains
dalam kumpulan teras adalah lima waktu seminggu.

2. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk
memaklumkan kepada semua pihak yang berkenaan supaya memperuntukkan lima waktu
seminggu bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dalam kumpulan
teras dengan serta merta.

3. Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling lkhtisas ini, perkara yang tersebut dalam
Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 8/1990, iaitu Jadual I mengenai Peruntukan Masa KBSM
Peringkat Sekolah Menengah Atas bagi mata pelajaran Sains sebanyak empat waktu
seminggu adalah dibatalkan.

4. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada pegawai-pegawai yang
berkenaan di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan semua
pengetua sekolah menengah di negeri Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan.

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

1
s.k. 1. Y.B. Tan Sri Dato' Musa Bin Mohamad
Menteri Pendidikan Malaysia

2. Y.B. Dato' Abdul Aziz Bin Shamsuddin


Timbalan Menteri Pendidikan

3. Y.B. Dato' Hon Choon Kim


Timbalan Menteri Pendidikan

4. Y.B. Dato' Mahadzir Bin Mohd Khir


Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan

5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

9. Ketua Nazir Sekolah

10. Semua Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri

11. Pegawai Perhubungan Awam

You might also like