You are on page 1of 2

Dasar Pendidikan

Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan
masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga
dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-
negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan dalam kalangan
masyarakat majmuk selama 54 tahun kebelakangan ini. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak
harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang
berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama
dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli
suka mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama.
Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani
aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Sudah
terang lagi bersuluh, Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia.
Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
Pada tahun 1970 Bahasa Malaysia telah menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi.
Seperti kata pepatah Satu Bahasa Satu Bangsa,satu bahasa yang digunakan oleh semua
dapat mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat yang berbagai bangsa dan kaum.Selain
itu,sekolah-sekolah Cina dan Tamil diwajibkan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai
bahasa persuratan.Mata pelajaran Bahasa Melayu jugadiwajibkan kepada semua sekolah.Ini
secara tidak langsung dapat menyatupadukanrakyat Malaysia.
Contoh-contoh aktiviti yang menggalakkanperpaduan di Malaysia:
Pendidikan,sekolah wawasan, sekolah kluster, sekolah sukan, kesenian, seni suara,seni tari,
kelab tarian, kelab rehlah, pertandingan tarian- contoh KAGUM IPG,seni ukir, khat.
Perumahan
Rakyat Malaysia sering meraikan sambutan hari perayaan bersama-sama. Sebagai
contoh,semua kaum bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilftri dengan cara berkunjung ke
majlis rumah terbuka yang diadakan. Selain itu,masyarakat yang berbilang bangsa perlu
semasa perayaan yang disambut oleh kaum yang lain.Mereka juga akan lebih memahami
serta menghormati adat dan budaya suatu kaum. Keadaan ini membolehkan masyarakat
hidup dalam suasana yang lebih harmoni.
Selain itu,aktiviti bergotong- royong akan mewujudkan semangat kerjasama antara
kaum.Sebagai contoh,masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan tempat
tinggal.Hasilnya,kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang
bersih.Selain itu,bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat meringankan bebanan yang
dipikul oleh setiap anggota masyarakat,bak peribahasa berat sama dipikul,ringan sama
dijinjing. Terbukti bahawa aktiviti bergotong-royong dapat memupuk semangat muhibah
dan kemesraan antara kaum. Pepatah ada mengatakan bahawa,muafakat membawa
berkat,disamping menangani masalah secara bersama.
Sukan
Semangat kesukanan juga mampu memupuk perpaduan antara kaum. Misalnya,penglibatan
murid-murid yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam suatu aktiviti sukan dapat
mewujudkan kemesraan antara satu sama lain. Semangat berpasukan juga dapat dipupuk
dalam jiwa peserta tanpa mengambil kira perbezaan kaum
penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia/MSSM* mengadakan temasya Sukan
Malaysia/SUKMA setiap dua tahun sekali pada peringkat awal.kemudian,SUKMA mula
diadakan setiap tahun untuk rapatkan hubungan antara negeri* aktiviti sukan dapat
memupuk perpaduan dalam kalangan pemain/penonton/penggiat sukan

You might also like