You are on page 1of 1

Bantah rotan pelajar perempuan

KUALA LUMPUR 30 Nov. Kementerian Pelajaran diminta tidak melaksanakan hukuman rotan
terhadap pelajar perempuan kerana ia bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Perkara 37
Konvensyen Mengenai Kanak-kanak.
Malah, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Profesor Datuk Dr. Khoo
Kay Kim juga meminta amalan merotan terhadap pelajar lelaki dikaji semula.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau berkata, langkah itu adalah untuk
memelihara dan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak seperti yang digariskan oleh Akta
Kanak-kanak 2001.
Selasa lalu, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Noh Omar memberitahu, cadangan Kementerian
Pelajaran untuk menguatkuasakan hukuman rotan tersebut pada tahun depan akan diserahkan
kepada Peguam Negara untuk diperhalusi supaya tidak bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001
sebelum dikemukakan kepada Kabinet.
Kata Kay Kim, kementerian terbabit perlu menggunakan pendekatan alternatif yang lebih bersifat
kemanusiaan dan tidak memberi kesan negatif dari aspek psikologi terhadap pelajar terbabit.

You might also like