You are on page 1of 1

PEJABAT PELAJARAN DAERAH PONTIAN,

WISMA PENDIDIKAN,
1927 P, JALAN ALSAGOFF,
82000 PONTIAN.
JOHOR

Telefon : 076894000
Fax
: 07-

Ruj. Kami :
Tarikh
: 15
OKTOBER 2015
Pengarah,
Pejabat Rela Daerah Pontian,
Lot JKR, 1553, Bangunan IPD Lama,
82000 Pontian,
Johor, Malaysia
Tuan/Puan
SURAT MEMOHON PASUKAN RELA MENGAWAL LALULINTAS
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Untuk makluman Tuan, Guru Muda 1 Malaysia daerah Pontian akan mengadakan
Program Kecemerlangan SPM Zon Benut Tahun 2015 seperti ketetapan berikut.
Tarikh
Tempat
Masa

: 19 Oktober 2015 (Isnin)


: Dewan Homestay Citra Sri Pinang, Benut, Pontian
: 8.00 pagi hingga 1.00 petang

3.
Sehubungan dengan itu, pihak kami memerlukan bantuan daripada pihak Rela
untuk bahagian keselamatan iaitu mengawal lalulintas dan pergerakan pelajar masa
hari kejadian. Kawalan pihak Rela perlulah bertumpu semasa awal pagi ketika
peserta-peserta hadir dan semasa waktu pulang. Kami memerlukan sekurangkurangnya 4 orang Rela untuk bertugas.
4.
Makan dan minum akan disediakan oleh pihak penganjur. Sebarang pertanyaan
sila hubungi Encik Mohamad Nazim Bin Ismail di talian 012-7375115.
Kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului
dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
_______________________

You might also like