You are on page 1of 1

Laporan lawatan ke Pusat Intelek Pelajar Orang Asli

Pada hari ahad yang lalu, penasihat kelab Bahasa Melayu telah mengadakan lawatan sambil belajar
di Pusat Intelek Pelajar Orang Asli yang bertempat di Kuala Rompin, Pahang. Seramai 80 orang
pelajar dan 3 orang guru turut serta dalam lawatan itu. Sebelum bertolak, kami diberi taklimat
ringkas oleh Cikgu Aizah. Kami diingatkan agar menjaga disiplin , tingkah laku serta mementingkan
keselamatan.

Kami memulakan perjalanan pada pukul 8:30 pagi. Dalam perjalanan, Cikgu Hamizan menceritakan
sedikit tentang latar belakang Pusat Intelek Pelajar Orang Asli yang bertempat di Kuala Rompin ,
Pahang itu. Antaranya adalah, Pusat Intelek Pelajar Orang Asli atau dikenali sebagai PIPOA
merupakan projek perintis Jabatan Kemanjuan Orang Asli. Cerita yang disampaikan oleh cikgu
Hamizan itu begitu menarik sekali.

Pada pukul 2:00 petang, kami telah pun selamat sampai di Pusat Intelek Pelajar Orang Asli yang
bertempat di Kuala Rompin, Pahang. Selepas itu, kami diberi taklimat tentang Pusat Intelek Pelajar
Orang Asli ini daripada guru yang mengajar di PIPOA ini. Antara taklimat yang disampaikan ialah,
Pusat Intelek Pelajar Orang Asli ini dibina di tapak seluas 3.07 hektar di Kuala Rompin, Pahang pada
tahun 2010 dan pentadbirannya beroperasi pada tahun 2011. Di samping itu, murid-murid
ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin Permai. Pengambilan murid yang pertama
pada tahun 2012 berjumlah 34 orang.

Selepas itu, kami diberi peluang untuk melawat sekitar Kawasan Pusat Intelek Pelajar Orang Asli ini
Bersama guru tersebut. Beliau juga memberitahu kami bahawa bilangan murid pada tahun 2013
seramai 61 orang sahaja namun pada tahun 2018 pula bilangannya meningkat sebanyak 96 orang
murid. Di sini, kami dapat melihat bangunannya begitu unik berbanding bangunan sekolah di
Kawasan bandar. Contohnya, kemudahan di sini adalah terhad termasuklah capaian internet di sini.

Setelah melihat kawasan sekitar Pusat Intelek Pelajar Orang Asli ini, kami diminta untuk berehat di
kantin yang terdapat di dalam sekolah ini. Seterusnya, Cikgu Azam, iaitu guru yang mengajar di
sekolah itu, menceritakan tentang mengapa PIPOA ini ditubuhkan. Antaranya, PIPOA ini ditubuhkan
untuk melahirkan insan yang cemerlang, mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan murid,
menyediakan kemudahan pembelajaran yang sempurna, meningkatkan tahap Pendidikan Orang Asli
yang mendapat Pendidikan yang sempurna dan menampung keperluan belajar yang lebih luas.

Pada pukul 5:30, kami bertolak pulang ke Pulau Pinang. Sesungguhnya, banyak pengetahuan dan
pengalaman yang kami timba Ketika menyertai lawatan ini. Saya berharap agar dapat menyertai
lawatan seperti ini pada masa akan datang.

Dilaporkan oleh,

Nurin Najihah

(NURIN NAJIHAH BINTI AHMADI)

Setiausaha,

Kelab Bahasa Melayu,

Maktab Rendah Sains Mara Transkrian.

You might also like