You are on page 1of 5

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK

SEGA 2014

9.00 PG KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN
Mengumumkan.... ketibaan Yang Berbahagia En. Mohd Azraa bin Abd
Wahab, mewakili Dato Saharudin bin Moin.

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia diucapkan kepada Yang
Berbahagia En Mohd Azraa b. Abd Wahab, Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Sega, En Romly b. Husin, Yang berusaha tuan guru besar,
En Abd Wahab Johari, guru- guru penolong kanan, guru-guru, para ibu
bapa, serta murid-murid sekalian.

Selamat datang ke padang sekolah kebangsaan sega sempena dengan
kejohanan sukan tahunan sekolah kebangsaan sega 2014. Semoga
dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan memeriahkan lagi majlis
pada hari ini.

PERBARISAN LINTAS HORMAT HARI SUKAN

Hadirin dan hadirat sekalian, sekarang kita akan menyaksikan acara lintas
hormat kontinjen-kontinjen rumah sukan sekolah kebangsaan sega 2014.

Majlis berbesar hati mempersilakan Yang Berbahagia En Mohd Azraa
diiringi oleh Tuan Guru Besar dan para jemputan khas untuk menerima
tabik hormat.

Sebanyak 5 kontinjen yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan
sukan tahunan pada kali ini.

Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh adik
..................................................... selaku ketua kontinjen.

Diikuti oleh kontinjen prasekolah yang diketuai oleh adik
.............................................. Kontinjen prasekolah ini disertai oleh
seramai 30 orang murid prasekolah.

Kontinjen seterusnya ialah kontinjen Pendidikan khas yang diketuai oleh
adik ........................................ dengan anggotanya seramai 4 orang.

Sedang melintas segak di hadapan astaka sekarang ini ialah kontinjen
Rumah Mahsuri atau rumah merah dengan slogannya merah menyerlah
takkan kalah. Kontinjen rumah merah ini diketuai oleh adik
............................................... dengan anggotanya seramai 40 orang.

Gelombang biru terus maju. Itulah slogan rumah biru atau rumah Tun
Fatimah yang sedang melintasi di hadapan astaka ketika ini. Rumah biru
ini diketuai oleh ......................................... dengan anggotanya seramai 45
orang.

Kuning menyinar terus bersinar. Begitulah slogan rumah kuning atau
rumah Tun Teja yang diketuai oleh ........................................................
Kontinjen ini dianggotai oleh 43 orang ahli.

IKRAR KEJOHANAN
Hadirin dan hadirat sekalian, sekarang majlis mempersilakan Ketua
Kontinjen, adik ..................................................... untuk bacaan ikrar
kejohanan. Majlis mempersilakan.



NYANYIAN
Hadirin sekalian, sebentar lagi lagu Negaraku, lagu Negeri Pahang dan
lagu Sekolah akan diperdengarkan. Para hadirin diminta berdiri...

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang berbahagia En. Mohd
Azraa kerana telah menerima lintas hormat itu tadi.

UCAPAN YDP PIBG
Para hadirin yang dihormati. Majlis dengan ini berbesar hati menjemput
En. Romly bin Husin selaku Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Sega untuk memberikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang diberikan tadi.

UCAPAN GURU BESAR
Hadirin yang dihormati sekalian, tanpa membuang masa, seterusnya
majlis menjemput Yang Berusaha En Abd Wahab Johari, Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Sega untuk memberikan ucapan. Majlis dengan ini
mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar atas ucapan yang
diberikan.

UCAPAN PERASMIAN
Hadirin dan hadirat sekalian, seterusnya majlis dengan hormatnya
mempersilakan Yang Berbahagia En Mohd Azraa Abd Wahab mewakili
Dato Saharudin b Moin untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Sega 2014.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Mohd Azraa atas
perasmian itu tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI
Pihak majlis sangat berbesar hati dengan kehadiran En Mohd Azraa pada
hari ini. Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis dengan suka
citanya menjemput Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Sega bagi
mengiringi Tuan Guru Besar, En Abd Wahab Johari untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berbahagia En Mohd Azraa kerana telah
merasmikan majlis sebentar tadi. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih

PENYAMPAIAN HADIAH
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Sega untuk mengiringi Yang Berbahagia En Mohd Azraa
untuk menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang acara sukan.
Dipersilakan.

PERGERAKAN KELUAR PESERTA PERBARISAN
Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada semua hadirin yang telah menjayakan Kejohanan Sukan
Tahunan Sekolah Kebangsaan Sega pada tahun ini. Kami bagi pihak
majlis, memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang majlis ini
berlangsung.
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Di lain masa berjumpa lagi.
Sekian, terima kasih.

Seterusnya, perarakan keluar barisan kontinjen Kejohanan Sukan
Tahunan Sekolah Kebangsaan Sega 2014 yang akan dimulakan oleh
ketua kontinjen.

You might also like