You are on page 1of 33

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR

1.0 PERATURAN AM

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,
pertandingan ini akan dijalankan mengikut
UNDANGUNDANG/PERATURAN BOLA TAMPAR
RASMI FIVB.
Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan
adalah muktamad.
Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.
Jawatankuasa Teknikal berhak meminda dan
menambah mana-mana peraturan jika difikirkan
perlu.

2.0 TARIKH PERTANDINGAN

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN

4.0 PENDAFTARAN PESERTA
Bilangan penyertaan pemain bagi setiap pasukan adalah
12 orang termasuk jurulatih dan
pengurus pasukan.
Setiappemain perlu didaftar mengikut nombor jersi bagi
mengelakkan sebarang kekeliruan
semasa pendaftaran.
Pendaftaran Pemain hendaklah menggunakan borang
khas iaitu & Borang Daftar Pasukan Bola
Tampar yang disertakan semasa taklimat dan pengundian
diadakan dan Borang Daftar Pemain
Bola Tampar, diserahkan sebelum setiap perlawanan
dimulakan.
Semua kakitangan dan pelajar yang terlibat hendaklah
membawa Kad Pengenalan,dan ia
hendaklah diserahkan kepada jawatankuasa pengelola
pertandingan sekiranya perlu.
Setiap pasukan yang akan bermain hendaklah terdiri
daripada maksimum 2 kakitangan dan 4
pelajar.
Pihak jawatankuasa pengelola pertandingan berhak
membatalkan mana-mana pasukan yang
melanggar atau tidakmematuhi syarat-syarat di atas.

5.0 SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan akan dijalankan secaraLiga
Sepusingan.

6.0 MENARIK DIRI
Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari
sebarang perlawanan. Jika ianya berlaku,
pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari
keseluruhan pertandingan dan tidak
dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.

7.0 PEMBATALAN (WALK OVER)
Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga
puluh (30) minit sebelum perlawanan
bermula.
Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa
yang telah dijadualkan tanpa memberi
alasan yang munasabah adalah dianggap memberi
kemenangan tanpa bertanding kepada pihak
lawan.

8.0 FORMAT KIRAAN MATA
Perlawanan akan dijalankan dalam 5 set permainan
untuk setiap perlawanan di mana pasukan
yang memenangi 3 set terdahulu daripada 5 set dikira
memenangi perlawanan.
Bagi setiap perlawanan, kiraan mata penamat ialah 25
dengan kelebihan sekurang-kurangnya 2
mata. Di dalam kes 24-24 tie, permainan diteruskan
sehingga 2 mata dicapai sebagai contoh (26-
24/27-25).
Bagi setiap perlawanan yang berlarutan sehingga set ke
5, mata penamatnya adalah 15 mata
dengan kelebihan sekurang-kurangnya 2 mata.
Berikut adalah sistem pemberian mata :-
MENANG = 3 MATA
KALAH = 0 MATA
Sekiranya pada akhir perlawanan pusingan awal
terdapat (2) atau lebih pasukan yang
mempunyai mata yang sama, maka cara menentukan
kedudukan akan dibuat mengikut bilangan
set kemenangan tertinggi sepanjang kejohanan.

9.0 PAKAIAN
Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam
iaitu baju jersi dan seluar sukan.
Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set jersi yang
berlainan warna dan mempunyai nombor di
bahagian depan dan belakang yang sesuai untuk
pertandingan bola tampar.
Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak
dibenarkan menyertai pertandingan ini.

10.0 PERALATAN
Setiap pasukan perlu menyediakan 2 biji bola Mikasa
untuk pertandingan (Tournament Ball) Biru/Kuning

11.0 PENGADIL
Pengadil akan disediakan oleh pihak jawatankuasa
pertandingan
Setiap pasukan perlu menyediakan 2 orang penjaga
garisan di kalangan pemain

12.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN
Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan atau berlaku
masalah teknikal, maka pengadil akan
menunda dengan persetujuan Jawatankuasa Teknikal dan
Pertandingan
Pihak Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan akan
menetapkan semula perlawanan yang telah
tertangguh.
Kiraan mata dari perlawanan yang tertangguh akan
dibawa ke perlawanan sambungan.

13.0 PERKARA-PERKARA AM
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak
untuk mengambil sebarang keputusan jika
timbul kemusykilan dalam kejohanan ini seandainya
tidak dinyatakan dalam peraturan
pertandingan dan keputusan adalah muktamad.
Pihak jawatankuasa Pengelola Kejohanan berhak
meminda sebarang undang-undang kejohanan
jika perlu.
Setiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang
telah dijadualkan, tetapi jawatankuasa
pengelola kejohanan berhak meminda susulan atau
tarikh/masa jika perlu. Perubahan ini akan
diberitahu oleh pengurus pasukan masing-masing dengan
secepat mungkin.
Selain daripada pegawai-pegawai yang terlibat dan
jurukamera rasmi, tiada sesiapapun
dibenarkan masuk ke dalam gelanggang bila sesuatu
perlawanan dijalankan.
Ahli-ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan menduduki
atas bangku pemain pengganti yang
disediakan pada masa perlawanan adalah seperti berikut:
1. Pengurus Pasukan
2. Jurulatih
3. 4 orang pemain simpanan
Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu pasukan adalah
tanggungjawab Pengurus Pasukan masingmasing
dan diharap semua Pengurus Pasukan akan memberi
kerjasama kepada pihak pengelola
kejohanan supaya kejohanan dapat berjalan dengan
lancar dan berjaya.

LATIHAN PERMAINAN BOLA TAMPAR
LATIHAN MELAKUKAN SERVIS

Servis bola lantun
Pegang bola dengan tangan kiri pada ketinggian paras
dada. Lepaskan bola supaya jatuh ke gelanggang. Pukul
bola secara servis bawah apabila bola melantun melepasi
ketinggian pinggang. Tetapkan sasaran bola secara
berperingkat-peringkat. Mulakan memukul bola sehingga
zon serangan. Kemudian cuba membuat servis bola
lantun sehingga terkena jaring. Akhir sekali pukul bola
melepasi jaring.



Servis atas bahu tanpa bola
Cuba gayakan servis atas tangan tanpa bola berulang-
ulang kali. Suruh rakan melihat perlakuan anda. Ketika
melakukan aktiviti ini tekankan pemindahan berat badan,
bengkokkan badan dan hayunkan tangan.




Servis ke dinding
Tandakan pada dinding garisan melintang yang
mempunyai ketinggian dua meter, dua meter setengah
dan tiga meter. Berdiri sejauh lima meter dari dinding.
Lakukan servis secara pukulan atas bahu ke dinding.
Arahkan sasaran secara berperingkat-peringkat. Ulangi
pukulan sebanyak lima kali pada setiap sasaran.




LATIHAN PUKULAN SANGGA

Menyangga sendirian
Lambung bola dan terus sangga. Ulang beberapa kali
sehingga yakin boleh melakukan aktiviti menyangga.
Seterusnya lambung bola tinggi dan cuba sangga semasa
bola turun. Uji sejauh mana anda boleh mengelakkan
bola jatuh ke tanah.



Lakukan aktiviti menyangga bola ke dinding berulang-
ulang. Pastikan selepas sahaja memukul bola, tetapkan
kedudukan badan untuk melakukan sanggaan yang baik.

Menyangga berpasangan
Lakukan aktiviti menyangga dengan rakan. Bola
disangga ke dinding. Untuk memudahkan aktiviti ini,
biar bola melantun terlebih dahulu sebelum disangga
bergilir-gilir. Seterusnya lakukan sanggaan berpasangan
ke dinding tanpa jatuhkan bola ke tanah.



LATIHAN MENGUMPAN BOLA

Mengumpan bola bersendirian
Lambung bola dan cuba menangkapnya pada ketinggian
separas dengan dahi. Pastikan jari-jari tangan terbuka
ketika menangkap bola. Lambung bola kemudian
lakukan pukulan mengumpan. Tangkap bola sekiranya
paras bola tidak memungkinkan pukulan mengumpan
dibuat. Ulang aktiviti ini beberapa kali.



Lakukan aktiviti mengumpan dan menyangga pada
dinding.



Mengumpan bola berpasangan
Lakukan aktiviti mengumpan bola dengan rakan. Cuba
lakukan umpanan sebanyak yang boleh. Kawal bola agar
tidak jatuh ke tanah. Anda boleh menyangga jika tidak
sempat membuat umpanan.



Lakukan aktiviti mengumpan dengan rakan pada dinding.
Selang-selikan aktiviti ini dengan aktiviti menyangga.



Uji ketepatan umpanan anda. Letakkan lima gelung rotan
sebaris. Suruh rakan berdiri pada gelung rotan yang
pertama. Anda berdiri sejauh 2 atau 3 meter dari barisan
gelung rotan. Buat umpanan ke arah rakan anda. Rakan
anda hanya menangkap bola pada paras atas kepala.
Selepas hantaran dilakukan, rakan anda berpindah ke
gelung rotan kedua. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang
sehingga ke gelung kelima.



LATIHAN MEREJAM BOLA

Merejam bola bersendirian
Gayakan pukulan rejam berulang-ulang tanpa
menggunakan bola. Tumpukan latihan ini kepada
lonjakan kaki, bengkokkan badan dan hayunkan tangan.
Anda juga boleh menggantungkan bola tampar pada
ketinggian jaring. Lakukan lonjakan dan pukulan rejam
pada bola itu berulang-ulang.

Merejam bola berpasangan
Seorang rakan berdiri di atas kerusi dan memegang bola
dengan tangan terhulur. Apabila rakan memberi arahan
'lompat' ambil dua atau tiga langkah dan terus melonjak
dengan kedua-dua belah kaki. Pukul bola yang berada di
tangan rakan. Ulang aktiviti ini beberapa kali. Seterusnya,
minta rakan membuat umpanan secara melambung bola
atau pukulan umpanan. Anda pula bertindak sebagai
perejam bola pada setiap bola yang di umpan. Sebaik-
baiknya lakukan aktiviti ini dengan jaring yang sedia
terpasang. Ketinggian jaring boleh direndahkan untuk
membina keyakinan untuk merejam bola.



LATIHAN MENGHADANG BOLA

Menghadang sendirian
Lakukan lonjakkan menegak dan sentuh jaring bola
keranjang dengan kedua-dua belah tangan. Tolak sedikit
jaring ke hadapan. Lakukan aktiviti ini berulang-ulang.

Menghadang berpasangan
Berdiri berhadapan rakan dengan jaring berada di
tengah-tengah. Lakukan lonjakkan menegak serentak
dengan rakan. Cuba tepuk tangan rakan dengan kedua-
dua belah tangan. Lakukan berulang-ulang di sepanjang
jaring.





Dalam aktiviti yang berikut, seorang rakan merejam bola
dan anda cuba menghadang bola yang direjam itu.





KEMAHIRAN BOLA TAMPAR

PUKULAN SERVIS

Servis ialah pukulan yang dilakukan selepas mendapat
mata atau berjaya mematikan servis di gelanggang lawan.
Terdapat pelbagai cara pukulan servis. Sebagai
permulaan untuk bermain bola tampar, servis bawah
bahu dan servis atas bahu biasa digunakan.

Servis bawah bahu

Pukulan servis bawah bahu merupakan servis yang tepat
dan mudah dipelajari. Gaya servis ini juga mengelakkan
daripada faul servis.




Servis atas bahu

Servis atas bahu yang baik boleh menyebabkan pihak
lawan tertekan dan sukar untuk memainkan bola.
Perlakuan servis atas bahu menyerupai servis dalam
permainan tenis.


PUKULAN MENYANGGA

Pukulan menyangga digunakan apabila bola berada di
bawah paras mata. Kebanyakan pemain belakang
gelanggang menggunakan kemahiran ini sewaktu
menerima bola servis atau bola rejaman. Pukulan
menyangga dilakukan supaya dapat memainkan bola
dengan tangan. Bahagian tangan yang sesuai untuk
menyangga ialah antara tangan hingga kesiku. Lutut
perlu dibengkokkan untuk mendapatkan kuasa hayunan
menyangga dengan baik.




PUKULAN MENGUMPAN

Biasanya pukulan mengumpan dilakukan pada sentuhan
bola yang kedua. Kemahiran ini bertujuan untuk
memberi peluang rakan sepasukan membuat rejaman.
Umpanan dibuat apabila kedudukan bola melepasi paras
kepala. Ketepatan masa amat diperlukan semasa
melakukan pukulan umpanan. Ini memberi peluang
kepada sendi-sendi menyerap dan mengekalkan kelajuan
bola.





PUKULAN REJAM

Rejaman ialah memukul bola dengan pantas ke dalam
gelanggang lawan. Tujuan rejaman ialah untuk
mematikan servis di dalam gelanggag lawan. Cara ini
dianggap satu cara menyerang pihak lawan. kemahiran
merejam memerlukan lonjakan melebihi paras jaring.
Semasa di udara pula, badan perlulah dibengkokkan dan
memukul bola.





MENGHADANG

Seperti kemahiran merejam, kemahiran menghadang
juga agak sukar dikuasai. Sungguhpun begitu, kemahiran
ini juga penting untuk menghadang rejaman. Halangan
dilakukan oleh dua orang pemain hadapan dari pasukan
yang bertahan. Kedua-dua pemain akan melonjak dan
cuba menghalang bola yang direjam dengan kedua-dua
belah tangan.



RELI
Bola yang dimulai dengan pukulan servis kadang-kala
sukar dimatikan kerana kedua-dua pasukan sukar
dimatikan kerana kedua-dua pasukan saling berbalas-
balas pukulan. Keadaan ini dinamai reli. Reli berlaku jika
kedua-dua pasukan sama handal. Permainan akan
bertambah menarik jika berlaku banyak permainan reli.



KEPERLUAN DAN ALATAN
Bola tampar biasanya dimainkan di gelanggang tertutup
seperti gimnasium. Walaubagaimanapun bola tampar
dapat juga dimainkan di gelanggang terbuka, misalnya
gelanggang bersimen.



Jaring dipasang betul-betul di atas garisan tengah. Dalam
pertandingan peringkat bawah 12 tahun, ketinggian
jaring ialah 2.10 meter bagi ketegori lelaki dan
perempuan.



Saiz bola tampar sama dengan saiz bola sepak tetapi
lebih ringan jika dibandingkan dengan bola sepak. Bola
tampar mesti berwarna putih dan diperbuat daripada kulit
yang lembut atau campuran plastik dan getah.



Ketika pertandingan setiap pemain dari pasukan yang
sama mestilah memakai jersi yang sama warna. jersi
dipakai perlulah bernombor di bahagian depan dan
belakang. Para pemain juga digalakkan memakai alat
pelindung lutut. Alat ini boleh menghindarkan pemain
daripada kecederaan ketika bermain. Pilihlah kasut yang
sesuai dengan jenis permukaan gelanggang.

You might also like