You are on page 1of 37

BAB 8

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

8.1

PENGENALAN

Perlembagaan ialah suatu kumpulan undangundang yang tertinggi untuk menentukan


bagaimana pemerintahan sebuah negara itu
mesti dijalankan.
Perlembagaan sesebuah negara menerangkan
dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki
oleh pelbagai anggota negara itu.
Perlembagaan Persekutuan menentukan pelbagai
perkara
mengenai
kebebasan
asasi,
kewarganegaraan,
kerajaan
persekutuan,
kerajaan
negeri,
perundangan,
peruntukan
kewangan,
pilihan
raya,
kehakiman,
perkhidmatan awam dan lain-lain - yang
mencorakkan sistem pemerintahan di Malaysia.

Perlembagaan Malaysia diasaskan kepada


Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu yang
telah
digubal
dan
dikemukakan
oleh
Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid.
Suruhanjaya ini memulakan tugasnya dalam
bulan Jun 1956 dan telah menyiapkan laporan
perlembagaan menjelang bulan Februari 1957.
Laporan ini kemudiannya dibahaskan oleh parti
politik utama negara ini dan diluluskan oleh
Majlis Perundangan dalam bulan Jun tahun yang
sama.
Perlembagaan
Persekutuan
mula
dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957 apabila
Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan
Tanah Melayu dan mengandungi semua negerinegeri Melayu, Pulau Pinang, dan Melaka.

8.2 PERKEMBANGAN DAN PINDAAN


PERLEMBAGAAN
Setiap
perlembagaan
bertulis
mengalami
perubahan atau boleh dipinda dari semasa ke
semasa.Pindaan dibuat kerana sikap, fahaman dan
kehendak rakyat telah berubah dan keputusan
mahkamah.
Perlembagaan Persekutuan tanah Melayu telah
mengalami beberapa perubahan dan pindaan.
Namun, masih kekal dengan sifat dalam lingkungan
rangka perlembagaan asal yang telah diwujudkan
itu.
Contoh, apabila Persekutuan Tanah Melayu bertukar
menjadi Malaysia dan tragedi berdarah 13 Mei 1969,
berkaitan soal hak asasi serta kesetiaan kepada Raja
dan Perlembagaan.

Kebebasan asasi untuk bercakap, berhimpun dan


menubuhkan persatuan sewengang-wenangnya
tanpa kawalan mencetuskan perkara yang tidak
diingini. Di kalangan orang bukan Melayu misalnya,
telah
dengan
lantangnya
mempersoalkan
kedudukan raja-raja, hak keistimewaan orang
Melayu dan bahasa Kebangsaan. Akibat daripada
tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 itu,
Parlimen pada tahun 1967 telah meluluskan akta
meminda Perkara 10 Perlembagaan Malaysia
mengenai kebebasan bersuara, berhimpun dan
berpersatuan. Terdapat empat perkara yang
dilarang bagi perbincangan umum, iaitu perkaraperkara yang dianggap sensitif, seperti soal
kewarganegaraan, kedudukan orang Melayu dan
Bumiputera, Bahasa Kebangsaan, dan kedaulatan
Raja-Raja Melayu.

Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui empat


cara, iaitu
(i) Dengan mendapat sokongan majoriti biasa.
(ii) Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa
dalam bacaan
kedua dan ketiga dikedua-dua majlis
dewan.
(iii) Mendapat sokongan dua pertiga semasa bacaan
kedua dan
ketiga di kedua-dua majlis Parlimen
serta persetujuan Majlis
Raja-raja.
(iv) Dengan mendapat sokongan dua pertiga semasa
bacaan kedua dan ketiga di kedua-dua majlis Parlimen
serta
mendapat persetujuan Yang Dipertuan negeri
Sabah atau
Sarawak (iaitu bagi pindaan berkaitan
dengan negeri-negeri tersebut.) (lihat perbincangan
dalam Bab 7, federalisme di Malaysia, Shaikh Mohd
Noor Alam Bin S.M.,Hussain, KL: DBP,
1988).

8.3 TUJUAN PERLEMBAGAAN


1. Menjamin Keutuhan dan Kedaulatan Negara
Dengan adanya perlembagaan negara, rakyat
dapat berpegang kepada satu undang-undang
yang diamalkan dan dihormati bersama untuk
memastikan kewujudan sebuah negara yang
berdaulat.
2. Sebagai Rujukan
Dengan
adanya
perlembagaan
sebagai
undang-undang tertinggi negara, pihak-pihak
yang bertentangan antara satu sama lain.

3. Mewujudkan Kestabilan Negara


Walaupun pada dasarnya perlembagaan boleh dipinda,
namun ia tidak boleh dilakukan dengan sewenangwenangnya. Ia mestilah berdasarkan perlembagaan juga.
Jika pindaan boleh dilakukan dengan mudah dan mengikut
kehendak pemimpin-pemimpin (penggubal), pemimpin itu
mungkin bertindak sesuka hatinya
dan mengabaikan
kemahuan rakyat.
4. Mengawal Perjalanan Kerajaan
Tindak-tanduk pemimpin mestilah berdasarkan kepada
perlembagaan yang telah dicatatkan, bukan bertindak
mengikut sesuka hati. Oleh itu, pihak pemerintah tidak
dapat melakukan sebarang perbuatan yang boleh
menyeleweng
daripada
perlembagaan.
Ini
bererti
perlembagaan dapat menjamin agar pihak pemerintah tidak
berlaku curang atau menyalah guna kuasa yang
diperuntukkan kepada mereka.

5. Mengekalkan Keamanan
Perubahan pucuk pimpinan yang
berlaku selepas proses pilihan raya tidak
akan menyebabkan sebarang kesan ke
atas
negara
mahupun
corak
pemerintahan.
Walaupun
terdapat
pertukaran
pemimpin,
tujuan
pemerintahan tidak akan terkeluar
daripada maksud berusaha memenuhi
kehendak dan aspirasi rakyat.

6.Perlembagaan
Menjamin
Keamanan
Sesebuah Negara
Dengan adanya perlembagaan, rakyat
mendapat jaminan undang-undang bahawa
tidak akan ada unsur-unsur diskriminasi di
kalangan mereka. Pembahagian kuasa
dinyatakan
secara
jelas
dalam
perlembagaan
antara
rakyat
dengan
pemerintah serta badan perundangan telah
memisahkan antara satu sama lain daripada
melakukan penindasan dan salah guna
kuasa.
Tidak
ada
pihak
mendapat
keistimewaan dari segi undang-undang,
sebaliknya semua orang harus menghormati
dan mematuhi perlembagaan negara.

8.4 JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN


Perlembagaan terdiri daripada beberapa jenis
1. Perlembagaan Panjang dan Pendek
Perlembagaan yang diamalkan oleh sesebuah negara
dengan negara lain tidak sama. Panjang atau pendek
sebuah perlembagaan itu bergantung kepada berapa
banyak perkara yang
terkandung di dalam
perlembagaan tersebut.
Contoh Perlembagaan India sangat panjang, manakala
Perlembagaan negara Amerika Syarikat adalah pendek
di mana terdapat hanya tujuh perkara sahaja.
Sementara di Malaysia pula perlembagaannya
sederhana panjang, mengandungi 183 perkara.
2

2. Perlembagaan Bertulis dan Tidak Bertulis


Perlembagaan bertulis adalah perlembagaan yang terdapat dalam
bentuk dokumen yang nyata, seperti Perlembagaan Malaysia.
Perlembagaan tidak bertulis merupakan peruntukan yang berselerak
dalam akta-akta yang lain tetapi tidak dikodkan. Perlembagaan jenis
ini terdapat di United Kingdom.
Dalam amalannya perlembagaan tidak bertulis menjadikan parlimen
mempunyai kuasa yang sangat tinggi sebagaimana yang wujud di
United Kingdom. Sementara di Malaysia
yang mengamalkan
perlembagaan bertulis, kedudukan parlimen tertakluk kepada
perlembagaan kerana dari segi statusnya perlembagaan adalah yang
tertinggi.
3. Perlembagaan Berparlimen dan Perlembagaan Berpresiden
Dalam sistem perlembagaan berparlimen ia mempunyai hubungan
antara institusi perundangan dan institusi pemerintahan yang begitu
rapat sekali. Dalam sistem perlembagaan berpresiden, pengasingan
kuasa agak jelas seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat dan
Filipina.

4. Perlembagaan Ketat (rigid) dan Perlembagaan Longgar


(flexible)
Ketat (rigid) atau longgar (flexible) sesuatu perlembagaan
dilihat kepada keadaan bagaimana perlembagaan itu boleh
dipinda. Perlembagaan itu dianggap sebagai ketat sekiranya
sukar dipinda kerana memerlukan majoriti sokongan yang
sangat tinggi. Sebaliknya perlembagaan itu dianggap longgar
sekiranya ia boleh dipinda dengan hanya memerlukan
majoriti kecil sahaja. (simple majoriti).
5. Perlembagaan Bersekutu dan Perlembagaan Tidak Bersekutu
Dalam perlembagaan bersekutu, kuasa pemerintahannya
dibuat dengan cara pengagihan kuasa. Perlembagaan dengan
jelasnya membahagikan kuasa pemerintahan antara kerajaan
pusat dan negeri. Umpamanya di Malaysia, kuasa itu
diperuntukkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri
dan Senarai Bersama. Lazimnya kuasa kepada persekutuan
lebih banyak berbanding dengan kuasa yang dimiliki oleh
negeri.

8.5 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN


Lazimnya semua perlembagaan mempunyai ciri-ciri yang
sama dari segi konsep dan dasar pelaksanaannya. Antara
lain ciri-ciri tersebut adalah seperti berikut:
1. Kekal
Kestabilan dalam melaksanakan perkara-perkara yang
menjadi kebiasaan umum ataupun tatacara yang lazim.
Ianya membolehkan rakyat mengetahui hak-hak mereka,
menggunakan hak-hak tersebut, dan membolehkan rakyat
mengambil bahagian dalam pembangunan negara.
2. Unsur-Unsur Tanggungjawab
Pemerintah adalah bertanggungjawab ke atas rakyat.
Segala permintaan adalah sebagai panduan kepada
tindakan-tindakan
kerajaan.
Rakyat
adalah
berhak
mengetahui segala perbelanjaan kerajaan dan berhak
menyatakan perasaan tidak puas hati mereka terhadap
kerajaan.

3. Pilihan Raya
Melalui pilihan raya rakyat boleh memilih wakil mereka dalam
dewan parlimen. Pemilihan ini menggambarkan kuasa sebenar
pemerintahan terletak di tangan rakyat.
4. Pembahagian Kuasa
Perlembagaan memperuntukkan kuasa secara jelas supaya
tidak timbul pertindihan dan tidak ada pihak yang boleh
menyalahgunakan kuasa. Kerajaan memainkan dua peranan
penting, iaitu sebagai pemerintah dan pembuat undangundang. Badan kehakiman pula menjadi badan yang
melaksanakan undang-undang yang digubal di parlimen.
5. Terbuka
Perkara-perkara yang tidak dianggap sulit mestilah diumumkan
agar rakyat tahu dan menilai apa yang berlaku di dalam
negara. Segala perbincangan yang dijalankan di parlimen akan
disebarkan kepada umum melalui media massa seperti
belanjawan tahunan negara dan pembuatan dasar baru.

8.6 CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYSIA


Terdapat beberapa ciri perlembagaan, iaitu
(i) Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan yang
bertulis yang dikanunkan dalam sebuah buku.
Hal/keadaan ini berlainan daripada perlembagaan United
Kingdom yang mengamalkan perlembagaan tidak
bertulis.
(ii)
Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 Perkara
dan 13 Jadual. Perkara adalah untuk mentakrifkan hak
dan kewajipan pemerintah atau warga negara secara
kasar. Manakala Jadual pula berfungsi menerangkan
secara terperinci mengenai sesuatu perkara itu.
(iii)Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan beraja
berasaskan demokrasi berparlimen di mana Perkara 32
menjelaskan mengenai Kepala Utama Negara bagi
Persekutuan.

(iv)Perlembagaan Malaysia bersifat ketat dan sukar


dipinda. Pindaan yang hendak dibuat tidak sama
dengan pindaan akta-akta lain yang diluluskan oleh
Parlimen. Perkara 159 memperuntukkan bahawa
beberapa peruntukan yang hendak dipinda hendaklah
dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu dan lain-lain
hendaklah mendapat sokongan majoriti dua pertiga ahli
Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
(v)
Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang
utama dan tertinggi. Ia memperuntukkan bahawa
Perlembagaan adalah undang-undang yang berlawanan
dengannya hendaklah terbatal dengan sendirinya.
(vi)Dalam
perlembagaan
Malaysia
terdapat
idea
pengasingan kuasa sebagaimana doktrin itu diamalkan
di England. Pembahagian itu dapat dibahagikan kepada
tiga bahagian yang berlainan dalam sistem
pemerintahan negara, iaitu kuasa menggubal undangundang, pemerintah dan kuasa kehakiman.

(vii)Selain menentukan tanggungjawab Persekutuan


dan mengatur perhubungan antara Persekutuan dan
Negeri, perlembagaan Malaysia juga menentukan
kuasa-kuasa
perundangan
dan
kuasa-kuasa
pemerintahan antara kerajaan pusat dan negeri
melalui tiga senarai yang dipanggil Senarai
Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
(viii)Perlembagaan turut memperuntukkan kebebasan
asasi. Bahagian-bahagian dalam perlembagaan
Malaysia mengenai kebebasan asasi individu adalah
bahagian yang mustahak dalam perlembagaan
Malaysia bertujuan menjamin hak asasi seseorang
warganegara yang sah dari segi undang-undang.
Peruntukan
ini
merupakan
salah
satu
ciri
perlembagaan bertulis iaitu menjelaskan dengan
nyata
mengenai
jaminan
perlindungan
yang
diberikan kepada setiap warganegara dan orangorang lain dalam negara itu.

8.7 KANDUNGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Bahagian 1 - Negeri-negeri, Ugama dan Undang-undang


bagi Persekutuan
Bahagian 2 - Kebebasan Asasi
Bahagian 3 - Kewarganegaraan
Bab 1 - Perolehan Kewarganegaraan
Bab 2 - Penamatan Kewarganegaraan
Bab 3 - Tambahan
Bahagian 4 - Persekutuan
Bab 1 - Kepala Utama Negara
Bab 2 - Majlis raja-raja
Bab 3 - Pemerintah
Bab 4 - Badan Perundangan Persekutuan
Bab 5 - Acara Perundangan
Bab 6 - Keupayaan terhadap harta, kontrak dan
guaman

Bahagian 5 - Perhubungan Antara Persekutuan Dengan


Negerinegeri
Bab 1 - Pembahagian kuasa-kuasa perundangan
Bab 2 - Pembahagian kuasa-kuasa pemerintahan
Bab 3 - Pembahagian beban kewangan
Bab 4 - Tanah
Bab 5 - Pembangunan negara
Bab 6 - Tinjauan Persekutuan, nasihat Persekutuan
kepada
negeri dan pemeriksaan Persekutuan
mengenai
kegiatan-kegiatan Negeri
Bab 7 - Masjlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
Bab 8 - Pemakaian bagi Negeri-negeri Sabah dan
Sarawak
Bahagian 7
Bab 1 - Am
Bab 2
- Pemakaian bagi Negeri-negeri Sabah dan
Sarawak

Bahagian 8 - Pilihan raya


Bahagian 9 - Penghakiman
Bahagian 10 - Perkhidmatan Awam
Bahagian
11 Kuasa-kuasa
Khas
Menentang
Perbuatan Subversif, dan
Kuasakuasa Darurat
Bahagian 12 - Am dan Pelbagai
Bahagian 12A- Perlindungan Tambahan Bagi
Negeri-negeri Sabah dan Sarawak
Bahagian 13 - Peruntukan Sementara dan
Peralihan
Bahagian 14 - Perkecualian Bagi Kedaulatan
Rajaraja, dan sebagainya.

8.8
UNSUR-UNSUR
PERLEMBAGAAN

TRADISI

DALAM

Pembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui


satu proses sejarah yang panjang.
Merupakan adunan unsur-unsur yang terdapat
dalam sistem pemerintahan Melayu lama dan juga
penjajah Inggeris.
Kesan peninggalan Inggeris di Tanah Melayu,
antaranya ialah perlembagaan. Beberapa unsur
pemerintahan Inggeris yang pernah diamalkan telah
diserap masuk ke dalam perlembagaan seperti
jentera Kerajaan, Parlimen, dan kewarganegaraan
unsur moden
Institusi raja, bahasa Melayu, hak istimewa, dan
agama Islam dikekalkan - unsur-unsur tradisi iaitu
amalan pra-British.

Empat unsur lama yang pernah diamalkan dalam sistem pemerintahan


Kerajaan Melayu lama yang dikekalkan di dalam perlembagaan negara;
1. Pemerintahan Beraja
Raja atau Sultan menjadi simbol kesetiaan orang Melayu. Pemerintahan
dan pentadbiran pada waktu itu berpusat kepada raja dan istana.
Kerajaan itu dari perkataan raja bagai pusat atau fokus segala sumber
rujukan dan kuasa yang membolehkan mereka memerintah secara
mutlak.
Kedudukan Raja-raja Melayu dikekalkan apabila Inggeris campur tangan
dalam hal ehwal negeri Melayu dan penasihat Inggeris akan dilantik
untuk menasihati sultan dalam segala hal ehwal perkara yang berkaitan
dengan adat istiadat Melayu dan agama Islam (lihat Maxwell & Gibson,
1924).
Mereka menggunakan kedudukan raja Melayu sebagai simbol perpaduan
dan tempat orang Melayu menumpahkan taat setia mereka sebagai
daya tarikan supaya orang Melayu tidak menentang Inggeris. Sebarang
usaha menentang Inggeris boleh ditafsirkan sebagai menderhaka
kepada sultan.

Malayan Union ditentang kerana beberapa


perkara yang menyentuh kedudukan orang
Melayu dan kedaulatan kuasa raja Melayu,
sebaliknya menguntungkan orang bukan
Melayu.
Sultan sekarang kehilangan kuasa apabila
Tanah Melayu ditadbir oleh Sir Edward Gent
sebagai Gabenor pertama yang berpusat di
Kuala Lumpur.
Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus
soli atau mengikut tempat lahir telah
menghapuskan hak turun temurun orang
Melayu sebagai penduduk asal negara ini.

Kerakyatan telah memberi orang bukan Melayu


mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu.
Persamaan ini telah menambahkan kebimbangan
orang Melayu terhadap bukan Melayu apabila
mereka menguasai ekonomi perdagangan Tanah
Melayu dalam sektor getah dan bijih timah.
Bantahan segenap lapisan orang Melayu telah
berjaya menggagalkan Malayan Union dan
menggantikannya dengan Persekutuan Tanah
Melayu 1948.
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
mengekalkan kedudukan raja dan menggantikan
jawatan gabenor kepada Pesuruhjaya Tinggi
Inggeris ke Tanah Melayu.

Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1957


telah menetapkan Raja Perlembagaan. Yang
Dipertuan Agong (YDA) sebagai Ketua Utama
negara memerintah atas nasihat Perdana
Menteri dan kabinet.
Di peringkat negeri, Sultan dan Yam Tuan Besar
Negeri Sembilan memerintah dengan nasihat
Menteri Besar dan majlis mesyuarat negeri.
YDA dan raja-raja Melayu kekal kebal dari segi
undang-undang dan sebarang perubahan yang
hendak dibuat terhadap kedudukan YDA dan
Raja-raja
Melayu
mestilah
mendapat
persetujuan Majlis Raja-Raja.

2. Agama Islam
Dalam perlembagaan Malaysia, orang Melayu
didefinisikan sebagai orang beragama Islam dan
mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu
serta bertutur dalam bahasa Melayu.
Orang Melayu telah mengenali dan mengamalkan
Islam sejak lebih 500 tahun yang lalu. Antara
faktor penting agama Islam cepat diterima oleh
orang Melayu kerana sultan pada waktu itu
beragama Islam. Orang Melayu yang terkenal
sebagai taat dan pantang derhaka kepada Sultan
begitu mudah menerima Islam sebagai agama
baru mereka, lebih-lebih lagi kedudukan sultan
sebagai ketua agama.

Kedudukan Sultan sebagai ketua agama telah dikukuhkan


lagi apabila Inggeris campur tangan di negeri-negeri
melayu pada tahun 1870-an. Bermula dengan Perjanjian
Pangkor 1874, kuasa Raja-Raja Melayu telah dihadkan
dalam adat istiadat dan agama Islam sahaja. Selain
daripada itu, Sultan hendaklah menerima nasihat daripada
seorang penasihat Inggeris.
Setelah merdeka, Islam telah dijadikan agama persekutuan
dan kerajaan. Sebagai agama rasmi negara, kerajaan
mempunyai kuasa untuk memperuntukkan sebahagian
daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan
berkaitan dengan agama Islam, seperti perbelanjaan
mengurus, membina masjid, dan sekolah agama.
Bagaimanapun, sesuai dengan negara demokrasi, agama
lain bebas untuk diamalkan tetapi dilarang untuk
menyebarkannya kepada penganut agama Islam.

3. Bahasa Melayu
Penggunaan bahasa Melayu pada masa dahulu adalah
penting kerana penduduk yang tinggal di Tanah Melayu
pada waktu itu tidak majmuk dari segi bahasa dan
budaya yang diamalkan seperti sekarang.
Tanah Melayu
dihuni oleh sebahagian besar
penduduknya orang Melayu. Di samping sebagai
bahasa utama di kalangan penduduknya bahasa Melayu
juga menjadi Lingua Franca (perantaraan) kepada
pedagang yang datang berniaga di Melaka semasa
zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Semasa Inggeris menjajah Tanah Melayu, Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi. Segala minit mesyuarat telah
ditulis dalam tulisan jawi.

1946, bahasa Melayu dan Inggeris boleh


digunakan dalam mesyuarat tetapi tulisan
(minit mesyuarat) mestilah ditulis dalam
bahasa Inggeris.
1948, Persekutuan Tanah Melayu yang
menggantikan Malayan Union masih
mengekalkan bahasa Melayu dan Inggeris
sebagai bahasa rasmi.
Kepentingan
bahasa
Melayu
sebagai
bahasa perpaduan wujud kembali apabila
menyedari masalah perpaduan yang wujud
di Tanah Melayu.

1956, bahasa Melayu telah disyorkan oleh


penyata Razak supaya diterima pakai
dalam sistem pendidikan negara.
1957, kepentingan bahasa Melayu sebagai
bahasa perpaduan dan sebagai tolak ansur
antara
kaum
semasa
mencapai
kemerdekaan telah menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
1961 - Akta Pelajaran mewajibkan bahasa
Melayu sebagai pengantar di sekolahsekolah

4. Kedudukan Hak Istimewa Orang Melayu


Hak istimewa bukan perkara asing bagi orang Melayu. Tidak
timbul soal diskriminasi, persaingan dan konflik antara kaum
pada waktu itu. Apabila Inggeris membawa masuk pekerja
dalam sektor getah dan bijih timah dengan jumlah yang ramai
sebagai tenaga kerja, maka soal yang tidak pernah
dipersoalkan selama ini telah timbul.
Orang Melayu merasa terancam dan dianak tirikan apabila
melihat jumlah pendatang semakin ramai. Tambahan pula
dengan kejayaan mereka menguasai ekonomi negara telah
memaksa kerajaan memikirkan supaya orang Melayu tidak
terlalu ketinggalan jauh dari kaum pendatang.
Hak istimewa orang Melayu telah diperkenalkan dalam
perlembagaan supaya pembelaan dan Bantuan dapat diberikan
kepada orang Melayu sebagai penduduk peribumi. YDA telah
diberi kuasa untuk pelihara kedudukan hak istimewa orang
Melayu di Semenanjung.

Sabah dan Sarawak bila menyertai


Malaysia pada tahun 1963. Antara perkara
yang terkandung dalam hak
istimewa
orang Melayu ialah kuota kemasukan
dalam sektor awam dan kuota kemasukan
ke institusi pengajian tinggi, biasiswa,
kemudahan mendapat lesen dan permit
perniagaan. Bagaimanapun YDA tidak
boleh mengganggu atau menarik balik
apa-apa keistimewaan kaum lain untuk
diberi kepada peribumi.

8.9
PERANAN
PERLEMBAGAAN

UNSUR

TRADISI

DALAM

Unsur-unsur tradisi yang terdapat di dalam


perlembagaan negara unik kerana ia menggabung
unsur lama dan baru.
Unsur-unsur tradisi ini boleh menjadikan orang
Melayu setanding dengan kaum lain. Orang melayu
yang ketinggalan dalam semua bidang jika
dibanding dengan kaum bukan Melayu.
Peruntukan yang terkandung dalam hak istimewa
orang Melayu membolehkan kerajaan membantu
orang Melayu supaya mereka tidak ketinggalan
terlalu jauh atau terpinggir di negara sendiri.

Hak istimewa ini juga dapat mengimbangi kedudukan


mereka yang hilang semasa penjajahan Inggeris.
Orang Melayu dipinggirkan dari sektor ekonomi
perdagangan yang menguntungkan. Sebaliknya orang
bukan Melayu telah dibawa masuk sebagai tenaga
kerja dalam sector tersebut.
Dasar penjajah Inggeris ini seolah-olah menafikan hak
orang Melayu dan memberikan dasar ekonomi baru
kepada pendatang asing dalam tempoh yang lama.
Konsep Raja Berperlembagaan yang diamalkan
sekarang bertujuan mengekalkan ketuanan Melayu
sesuai sebagai penduduk peribumi negara ini. Orang
Melayu yang menduduki negara ini sejak sekian lama
memang telah sebati dengan sistem pemerintahan
beraja.

Raja bagi orang Melayu adalah lambang


tempat menumpahkan taat setia yang tidak
berbelah bagi. Raja boleh berfungsi sebagai
unsur penyatuan kepada orang Melayu dan
penduduk Malaysia yang berbagai kaum
supaya bersatu-padu dengan memberikan
taat setia yang tidak berbelah bagi.
Semua unsur tradisi yang terdapat di dalam
perlembagaan Malaysia telah dipersetujui
bersama oleh komponen parti Perikatan
semasa
merangka
perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957.

UMNO telah melonggarkan syarat kerakyatan


yang diberikan kepada kaum buka Melayu,
sebagai ganti kepada persetujuan M.C.A dan
M.I.C untuk mengekalkan unsur tradisi di dalam
perlembagaan. Persetujuan dan tolak ansur ini
dikenali sebagai pakatan murni atau quid pro quo.
Untuk memelihara keharmonian kaum di negara
ini, orang ramai dilarang mengungkit atau
memperkatakan perkara yang telah dipersetujui
melalui Akta Hasutan 1948 yang dipinda. Pindaan
itu melarang menggolongkan perkara yang telah
dipersetujui semasa mencapai kemerdekaan
sebagai perkara sensitif

You might also like