You are on page 1of 17

HANIM BINTI MUDI

HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK


1



FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI/ TAHUN 2014

KOD KURSUS HBML3303

TAJUK KURSUS
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK


NO. MATRIKULASI : 760116125828001
NO. KAD PENGENALAN : 760116125828
NO. TELEFON : 0128017487
E-MAIL : dyan_comel@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE ( OUM)







HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
2


ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat
1. Pengenalan 3
2. Konsep Dan Perubahan Makna Dalam Bahasa Melayu. 4
3. Faktor-faktor Perubahan Makna. 6
4. Aplikasi Pembelajaran Makna Dalam Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah.
11
5. Penutup / Kesimpulan. 15
6. Bibliografi / Rujukan 16

















HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
3

1.0 PENGENALAN

Manusia berbicara dengan bahasa. Tanpa bahasa yang jelas dan bermakna,
komunikasi yang lengkap tidak akan berlaku. Jalinan bahasa yang terjadi antara setiap
penuturnya memerlukan persefahaman dalam mengungkapkan makna. Pada umumnya,
istilah semantik merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan
perubahan makna dalam bahasa. Kajian semantik telah mula memberi fokus kepada aspek
kajian tradisional iaitu perubahan makna sebelum tahun 1930. Namun selepas 1930, kajian
semantik lebih menekankan kepada permasalahan deskriptif dan struktur dalam
semantik(Ullman,1966).Gustaf Stern (1931) telah menghasilkan sebuah buku bertajuk
Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language.

1.2 Objektif kajian
Tugasan ini disediakan dengan tujuan untuk menerangkan konsep makna dan perubahan
makna dalam bahasa Melayu ,beberapa faktor yang menyebabkan perubahan makna dalam
perkataan dan plikasi pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat
sekolah rendah.

1.3 Kaedah Kajian
Dalam menyiapkan tugasan ini, penulis menggunakan kaedah kepustakaan.Sumber rujukan
utama adalah buku-buku yang berkaitan dengan tajuk kertas kerja. Di samping itu penulis
juga merujuk seperti majalah, jurnal dan bahan dari internet sebagai bahan rujukan tambahan
dalam menyiapkan tugasan ini.









HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
4

2.0 KONSEP MAKNA DALAM BAHASA MELAYU
Bahasa, menurut R. H. Robbins (1952) menegaskan bahawa kajian makna merupakan
salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth (1944) pula menegaskan bahawa
makna menjadi inti dalam kajian bahasa. Lazimnya, kata makna memberi erti maksud
atau erti. Walau bagaimanapun, kata makna boleh diberi bermacam-macam pengertian lagi.
Misalnya, Ogden dan Richard dalam buku The Meaning of Meaning (1956) pernah
memberikan 16 pengertian dan erti bagi makna; antaranya, makna adalah suatu yang
intrinsik, pokok, kemahuan, dan suatu peristiwa yang diharapkan.
Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang-
bidang ilmu yang lain iaitu dicipta pada akhir abad ke-19. Bloomfield mentakrifkan makna
sebagai suatu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur tersebut mengujarkannya
dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar. Seseorang itu boleh mentakrifkan
makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan
pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang ( Leonard Bloomfield, 1992).
Menurut Zabech, semantik dalam peristilahan moden digunakan dengan maksud
kajian tentang hubungan antara item-item bahasa seperti perkataan, penamaan (nama am dan
nama khas), ekspresi predikat. Kata semantik berasal daripada kata adjektif bahasa Yunani
semantickos yang membawa makna significant iaitu penting atau beerti ( Hashim Musa,
Ong Chin Guan, 1998). Selain itu, sema juga beerti tanda atau lambang. Dalam bidang
linguistik, semantik ialah bidang yang mengkaji makna atau erti dalam bahasa ( Nik Safiah
Karim, 2001). Semantik atau kajian makna adalah satu bidang yang luas, mencakupi
kebanyakan daripada struktur dan fungsi bahasa dan juga masalah dalam kajian psikologi,
falsafah dan antropologi.
Terdapat beberapa jenis makna dalam bahasa Melayu antaranya ialah, makna
konsepsual, makna konotatif, makna stilistik, makna afektif, makna refleksi, makna kolokatif,
dan makna tematik. Jenis-jenis makna ini dapat memberikan gambaran yang tertentu daripada
maksud tersurat dan tersirat.





HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
5

Jenis-jenis makna memaparkan bahawa makna terbahagi kepada beberapa jenis, iaitu:

A. Makna leksikal adalah Makna denotatif/ tersurat ialah makna yang tersurat/ makna
umum/ makna lesikal atau makna kamus. Makna deotatif ini juga merupakan makna
yang sesuai dengan rujukan atau pemerhatian alat indera atau makna yang nyata. Ia
menyatakan makna yang dimiliki atau ada pada leksem meski tanpa konteks apapun.
Contoh : Krauon : Sejenis alat lukisan yang menggunakan warna lilin..

B. Makna gramatikal adalah unsur makna yang baru ada kalau terjadi proses gramatikal
seperti afiksasi, reduplikasi, komposisi atau kalimatisasi.
Berazam : Melakukan tekad janji berbentuk pencapaian..

C. Makna kontekstual adalah makna sebuah leksem atau kata yang berada dalam satu
konteks.
Misalan kata gugur dalam berbagai konteks:
Duan pokok itu gugur kerana musim panas.
Enam orang anggota tentera telah gugur semasa mempertahankan negara.

D. Makna Referensial merujuk kepada makna yang mempunyai referen atau acuan dan
sebaliknya merujuk jua kepada makna yang tidak mempunyai rujukan.
i.. Makna mempunyai referensial; bola, beg, kereta.
ii. Makna Non Referensial : kata sendi iaitu lalu, kerana.

E. Makna Denotatif adalah makna asli, makna asal , makna sebenarnya yang dimiliki
leksem.
Contoh : langsing, tegap, helang.

F. Makna Konotatif adalah makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif yang
berhubungan dengan nilai rasa dari orang yang mengunakan makna tersebut.
Umpamanya keldai, rusa, kijang.



HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
6

G. Makna Konseptual adalah makna yang dimiliki sebuah leksem atau kata berkenaan
dengan adanya hubungan kata tersebut dengan konsep. Umpamanya pangsapuri,
landasan.

H. Makna Asosiatif adalah makna yang dimiliki sebuah leksem atau kata berkenaan
dengan adanya hubungan kata itu dengan sesuatu yang berada di luar bahasa.
Umpamanya saga, lesu, lelah.


3.0 FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU
Perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang selalu berlaku dalam
mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya, dan akibat terdedah
kepada pelbagai fenomena seperti pertembungan dengan bahasa-bahasa lain, serta faktor-
faktor social seperti tabu, kemasukan idea-idea baharu dan perkembangan ilmu baharu seperti
sains dan teknologi, maka bahasa sentiasa menampilkan perubahan makna.

Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya
termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, social, psikologi, pengaruh luar,
dankeperluan untuk kata baharu.

Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan yang
berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku akibat
daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora, metonimi, sinekdoksi, hiperbola,
litotes, pejorasi, dan ameliorasi.

Menurut Stren ( 1965: 163) perubahan makna bagi suatu kata ialah apabila sesuatu
kata digunakan untuk menyatakan sesuatu makna yang belum pernah dinyatakan lagi

HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
7

Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-mana ujaran atau tulisan. Tanpa
unsur ini, maka apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang
kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang
ditulis.Dalam suatu bahasa, perubahan makna merupakan salah satu fenomena bahasa yang
selalu berlaku dalam mana-mana bahasa didunia ini. Oleh sebab sifat dinamis dan evolusinya,
dan akibat terdedah kepada pelbagai fenomena seperti perubahan disebabkan oleh;
3.1 Faktor perkembangan bahasa itu sendiri
3.2 Faktor tanggapan penutur
3.3 Faktor peluasan maksud
3.4 Faktor pembatasan atau penyempitan maksud
3.5 Faktor tujuan simbolik dan stilistik


3.1 Perubahan Kerana Perkembangan Bahasa itu Sendiri.
Makna kata berubah kerana perkembangan bahasa itu sendiri. Terdapat perkataan-
perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna dibandingkan dengan makna asal
perkataan tersebut. Misalnya perkataan belayar pada suatu ketika dahulu digunakan untuk
perahu yang ada layar sahaja, tetapi kini telah berubah makna kerana kapal sekarang tidak
belayar tetapi menggunakan kuasa tenaga.
Demikian juga perkataan tangan,pada asalnya durujuk kepada salah satu anggota
badan. Tetapi, makan itu telah berubah mancakupi makna menguruskan, mengendalikan,
dalam ayat seperti Kita perlu berhati-hati ketika menangani kes ini.Ada kalanya makna
negatif berubah menjadi makna positif disebabkan penggunaan dalam bahasa.Sebagai contoh,
kita sering menemukan ayat atau ujaran Gejala penukaran kod amat berleluasa di kalangan
pengguna bahasa melayu.Dalam contoh ini, perkataan gejala bukan dinyatakan sebagai
suatu unsur negatif, tetapi sebagai suatu kejadian.Perubahan seperti ini banyak berlaku dalam
bahasa kerana sebab-sebab perubahan bahasa itu sendiri.
Selain itu, disebabkan kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah
mengalami perubahan makna.Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada asalnya ia
hanya digunakan untuk merujuk kepada kebun bunga, tetapi maknanya telah berubah
menjadi kawasan perumahan , kawasan perindustrian, dan kawasan alam semula jadi
HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
8

seperti Taman Negara Bako. Demikian juga dengan perkataan datuk, kini bukan sahaja
digunakan untuk merujuk kepada bapa kepada ayah seseorang malah sebagai gelaran
kehormat oleh raja-raja bagi orang-orang tertentu kerana jasa mereka.
Perkataan sahaya berasal dari bahasa Sanskrit dan membawa maksud abdi dan
sahaya itu dalam aspek penggunaan bahasa Melayu merujuk kepada hamba dengan cara
yang halus. Tetapi kini, saya (daripada sahaya) digunakan sebagai kata ganti diri
pertama. Demikianlan perubahan berlaku kerana proses perkembangan bahasa itu sendiri
dimana pengguna bahasa mengubah makna bahasa itu mengikut peredaran masa dan keadaan
semasa.

3.2 Perubahan Kerana tanggapan penutur
Selain daripada perubahan disebabkan oleh perkembangan bahasa itu sendiri
tanggapan penutur juga memainkan peranan atau penyebab kepada perubahan maksud
sesuatu perkataan itu.Umpamanya perkataan abang, yang asalnya ialah panggilan kepada
saudara lelai yang lebih tua, tetapi sekarang ianya digunakan juga untuk memanggil orang
lelaki yang lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak.Disamping itu ada juga sesetengah
orang menggunakan perkataan abang sebagai panggilan untuk suaminya.

Perkataan saudara pula pada asalnya dimaksudkan kepada saudara kandung
tetapi makna perkataan saudara telah berubah kepada semua orang yang mempunyai
pertalian darah atau kekeluargaan. Disamping itu ada juga pengguna atau penutur bahasa
melayu cenderung menggunakan perkataan saudara dengan tanggapan yang lebih luas
misalnya saudara sesame Islam. Disini nyata, bahawa hubungan itu bukan lagi merupakan
hubungan kerana pertalian darah tetapi juga pertalian agama. Daripada dua contoh di atas,
tanggapan penutur terhadap sesauatu perkataan juga merupakan faktor kepada perubahan
makna perkataan itu sendiri.



HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
9

3.3 Perubahan Kerana Perluasan Maksud
Perluasan maksud berlaku apabila sesuatu perkataan yang mempunyai satu makna
memiliki makna-makna yang lain. Perkataan saudara, misalnya pada mulanya bermaksud
orang yang sama ayah dan ibu.Kemudian maknanya diperluaskan meliputi orang yang ada
hubungan kekeluargaan. Akhir sekali perkataan ini menjadi sebagai bentuk panggilan sebagai
kata ganti nama diri orang kedua, terutamanya kepada orang laki-laki.Selain itu, disebabkan
kemajuan sains dan teknologi banyak perkataan yang telah mengalami perubahan makna.
Sebagai contoh, perkataan taman, dimana pada asalnya ia hanya digunakan untuk merujuk
kepada kebun bunga, tetapi maknanya sekarang telah diperluaskan untuk mencakupi
makna tambahan seperti kawasan perumahan , kawasan perindustrian, dan kawasan
alam semula jadi seperti Taman Hidupan Liar.

3.4 Perubahan kerana pembatasan atau penyempitan maksud
Makna sesuatu perkataan boleh juga dibataskan untuk tujuan-tujuan tertentu. Sebagai
contoh perkataan sarjana, pada mulanya perkataan ini digunakan untuk merujuk orang yang
pandai atau bijak, seorang cendekiawan. Pada masa kini, perkataan ini lazimnya telah
disempitkan atau dibataskan untuk merujuk kepada orang yang telah lulus ijazah pertama,
seperti Sarjana Muda Sastera dan Sarjana Muda Ekonomi atau selepas ijazah pertama,
seperti Sarjana Sastera dan Sarjana Ekonomi.

Perkataan pendeta asalnya membawa makna orang yang berilmu,seperti Pendeta
Zaba, seorang tokoh bahasa. Maksud perkataan ini, mengikut Abdul Chaer (1995) telah di
sempitkan untuk mencakupi makna guru agama Kristian. Selain itu dalam bahasa Melayu,
perkataan daging telah disempitkan makna untuk merujukkan kepada daging lembu sahaja,
tetapi bagi daging lain pula, disebut daging kambing, daging ayam atau daging arnab,
sedangkan makna perkataan itu dalam kamus ialah isi pada manusia atau binatang antara
kulit dan tulang ( Kamus Dewan, 1994).

HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
10

Timbulnya kepentingan membataskan maksud bagi sesuatu perkataan ini pada
umumnya adal untuk menentukan istilah supaya penggunaannya khusus untuk bidang-bidang
tertentu.Contohnya perkataan sendi yang asalnya bermaksud tempat ruas tulang
berhubung.Dalam ilmu bahasa perkataan sendi dijukan khusus kepada kata-kata yang
berfungsi menghubungkan di antara perkataan dengan perkataan atau antara ayat dengan
ayat.

3.5 Perubahan kerana tujuan simbolik dan stilistik
Perubahan makna kerana tujuan simbolik dan stilistik ini biasa kita lihat dalam hasil
karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi.Contohnya perkataan kumbang dan
bunga selalu dikaitkan maknanya dengan makna yang tertentu seperti kumbang = lelaki
dan bunga = perampuan, bukan lagi ditujukan kepada nama sejenis kumbang dan nama
sejenis tumbuhan. Selain daripada itu warna juga dijadikan sebagai simbolik untuk
menerangkan sesuatu maksud contahnya, merah dimaksudkan dengan keberanian ,
hitam dipadankan dengan kesedihan dan putih adalah kesucian.Selain daripada itu
unsur-unsur personafikasi juga menunjukkan perubahan makna yang seperti ini. Sebagai
contoh daun melambai dan dada langit ianya tidak membawa maksud yang daun boleh
melakukan perbuatan melambai sebagaimana perlakuan manusia dan langit mempunyai
dada. Daun melambai dan dada langit sebenarnya hanyalah kiasan atau perumpamaan
kepada daun yang bergerak akibat tiupan angina dan keluasan dan lapangnya langit
apabila dipandang dari bumi.Contoh -contoh seperti ini menunjukkan keindahan bahasa dan
merupakan satu gaya penulisannya dapat menggambarkan sesauatu dengan indah dan
menarik ( Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1984: 290-4).






HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
11

4.0 APLIKASI PENGAJARAN MAKNA DALAM BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH
Pengajaran tatabahasa termasuk ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Tujuan
pengajaran tatabahasa itu adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar.
a. mengesan kelainan makna kata yang imbuhannya berbeza-beza.
b. menggunakan dengan tepat dan berkesan perkataan berimbuhan dalam kemahiran
mendengar,bertutur,membaca dan menulis.
c. menggunakan golongan kata dalam pelbagai situasi.
d. membina ayat-ayat dan perenggan dalam pelbagai situasi dengan tepat,jelas dan
indah.

Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksi.Namun begitu,aspek-
aspek sebutan, intonasi dan semantik perlu juga ditekankan dalam kecekapan berbahasa.
Sehubungan dengan itu,dalam merancang pengajaran dan pembelajaran tatabahasa guru perlu
menekankan prinsip-prinsip berikut;
a. menitikberatkan makna dan penggunaan dalam konteks.
b. daripada yang mudah kepada yang sukar.
c. tidak menghafaz rumus tatabahasa.
d. bertitiktolak daripada bahan rangsangan.

Untuk menjadikan kaedah yang digunakan berkesan guru perlu memilih dan
menggunakan teknik-teknik yang bersesuaian agar isi pelajaran yang disampaikan difahami
oleh murid tanpa halangan. Setiap kaedah yang dibincangkan memerlukan guru
melaksanakan langkah-langkah yang tertentu bagi menyampaikan pengajarannya. Ciri-ciri
khusus yang ada pada sesuatu prosedur pengajaran seperti langkah-langkah pengajaran yang
dilaksanakan, cara penyampaian bahan dan bahan bantu mengajar digelar teknik pengajaran.

Walau pun setiap pendekatan dan kaedah mempunyai teknik pengajaran yang tertentu
tetapi dalam sesuatu pengajaran bahasa, guru sering menggabungkan beberapa teknik
pengajaran bagi menghasilkan satu strategi pengajaran bahasa yang berkesan. Antara teknik-
teknik pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran tatabahasa ialah teknik
simulasi, sumbangsaran, soal jawab, latih tubi, kuiz dan teknik permainan bahasa.
HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
12


Maka dalam tugasan ini saya telah memilih kaedah eklektik dalam proses pengajaran
imbuhan me-, mem-, dan men-, di bilik darjah.

Langkah-Langkah Pengajaran
Langkah 1:
Guru menerangkan fungsi imbuhan me-, mem-, dan men- melalui perkataan-perkataan yang
terdiri daripada kata dasar yang mengandungi kata kerja sebagaimana yang telah dihuraikan
pada bahagian yang terdahulu. Namun begitu, dalam sesi pengajaran guru mestilah
menggunakan senarai ayat-ayat yang diberi atau ditulis di papan hitam sebagai asas titik-
tolak. Ini kerana, senarai tersebut amat penting dijadikan bahan panduan yang penting semasa
guru mengajar.
Selepas selesai guru menerangkan fungsi imbuhan me-, mem-, dan men- melalui perkataan-
perkataan terbitanya dalam ayat-ayat yang telah disenaraikan itu, para pelajar seharusnya
boleh mengetahui dan memahami fungsi imbuhan me-, mem-, dan men- dalam menerbitkan
kata yang baru setelah mengalami proses pengimbuhan pada golongan kata dasar iaitu kata
kerja.

Disinilah kaedah eklektik diaplikasikan sepenuhnya. Guru boleh memilih untuk
menggunakan atau memberi contoh-contoh yang bersesuaian kepada pelajar terlebih dahulu
agar mudah bagi para pelajar nampak dengan jelas hala tuju pengajaran dan pembelajaran.
Kemudian, guru boleh menerangkan tentang rumus tatabahasa berpandukan pendekatan
struktural untuk mengelakkan berlakunya kesilapan semasa mengajarkan imbuhan me-, mem-
, dan men-.


Langkah 2:
Sebaik sahaja guru selesai menerangkan fungsi perkataan-perkataan terbitannya dalam tiap-
tiap satu ayat yang diberi itu, guru sebaik-baiknya menerangkan pula makna tatabahasa yang
dibawa oleh imbuhan me-, mem-, dan men- terhadap kata kerja dasar yang diimbuhkan
dengannya itu. Contohnya dapat kita perhatikan dengan teliti di bawah:

HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
13

IMBUHAN KATA KERJA
(KATA
DASAR)
KATA
TERBITAN
MAKNA CONTOH AYAT
Me- putih memutih Menjadi putih Rambutnya
sudahmemutih.
Mem- panjang memanjang Menjadi
panjang
Perbualannya
makin memanjang
Men- kecut mengecut Menjadi kecut Belon
makinmengecut sedikit
demi sedikit



Jadual: kehadiran imbuhan kepada kata dasar.

Langkah 3:
Bagi menguji kefahaman sama ada para pelajar telah memahami penggunaan perkataan-
perkataan terbitan imbuhan me-, mem-, men-, dengan makna yang dibawa oleh perkataan-
perkataan itu, maka latihan-latihan tertentu haruslah diberi sejurus selesainya proses
pengajaran imbuhan tersebut dilakukan. Guru haruslah bijak menentukan waktu yang sesuai
dalam memberikan latihan kepada para pelajar sama ada diberi pada akhir pembelajaran
ataupun dalam pelajaran berikutnya. Oleh itu, sebagai seorang guru pengurusan masa adalah
sangat penting dalam mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai
teknik yang guru-guru boleh gunakan semasa pengajaran imbuhan meng-, menge-, dan
meny- berdasarkan pendekatan struktural. Antaranya:

a) Teknik Simulasi
Guru boleh menggunakan teknik simulasi dengan menggunakan pendekatan struktural untuk
mengajarkan imbuhan me-, mem-, men- kepada murid-murid. Teknik ini diklasifikasikan
sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Pada
kebiasaannya, teknik ini memerlukan murid-murid berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan
yang diberikan.
HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
14


Dalam konteks ini, guru akan membahagikan murid-murid pada beberapa kumpulan
kecil. Seterusnya, guru akan memberikan satu petikan pendek. Kemudian guru akan
memastikan murid-murid mengenal pasti dan mencari perkataan yang menggunakan imbuhan
me-, mem-, men-. Guru akan meminta murid-murid membina ayat berdasarkan perkataan
tersebut selepas murid-murid dapat mengenal pasti perkataan-perkataan tersebut. Melalui
teknik ini, murid-murid dapat berbincang dan membina ayat mengikut perkataan yang telah
dikenal pasti tadi. Setelah itu, guru akan mengarahkan wakil dari setiap kumpulan untuk
membentangkan hasil perbincangan mereka.

b) Teknik Latih Tubi
Teknik latih tubi juga boleh diguna pakai dalam pengajaran tatabahasa. Teknik ini sering
digunakan dalam kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektrik,
fonetik dan audio-lingual. Latih tubi merupakan proses latihan struktur bahasa yang bertujuan
untuk membentuk kelaziman yang betul bagi menggunakan struktur-struktur bahasa yang
dianggap menjadi masalah kepada murid-murid. Teknik ini juga boleh digunakan untuk
mencapai suatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat
fakta-fakta penting. Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses mendengar,
melihat dan memikirkan maksud-maksud perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
menggunakan perkataan tersebut.

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada lima aspek kebolehan menggunakan
bahasa iaitu pertama ialah sebutan. Guru meminta murid-murid menyebut patah-patah
perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam
sesuatu situasi. Aspek yang kedua ialah tatabahasa. Penggunaan bahasa yang tepat sangat
dititikberatkan mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. Aspek yang ketiga
ialah perbendaharaan kata. Guru berharap murid-murid dapat memperluas perbendaharaan
kata dengan menggunakan imbuhan me-, mem-, men- yang sesuai mengikut konteks dalam
situasi tertentu. Keempat ialah kefasihan. Guru dikehendaki meminta murid-murid
menggunakan perkataan dengan cara spontan tanpa memikirkan maksud perkataan tersebut.
Aspek yang kelima ialah kefahaman.


HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
15

d) Teknik Permainan Bahasa
Di samping itu, teknik permainan bahasa juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran
tatabahasa. Teknik ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif kerana aktiviti ini
dianggap amat penting dalam membentuk kecekapan berinteraksi ataupun kecekapan
berkomunikasi seseorang murid. Menerusi teknik ini, murid-murid dapat mempelajari bahasa
selari dengan proses pembelajaran bahasa secara semulajadi. Walau bagaimanapun, untuk
memastikan kejayaan teknik ini murid-murid perlu kreatif dalam penggunaan bahasa kerana
mereka perlu menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan apabila bercakap atau menulis
supaya maksud yang hendak disampaikan boleh difahami. Penglibatan dalam permainan
tersebut akan memberi peluang kepada murid-murid untuk memperoleh latihan intensif,
pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik.

5.0 Kesimpulan
Semantik adalah istilah teknikal yang merujuk kepada kajian makna. Perkataan
semantik adalah sebahagian dari struktur makna suatu bicara atau sistem dan penyelidikan
makna dan erti dalam suatu bahasa pada umumnya.Semantik adalah satu bidang kajian
linguistik yang mengkaji makna.

Mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu jdapat membantu seseorang memilih
perkataan yang tepat dalam ayat atau ujaran, disamping memahami pelbagai kemungkinan
makna bagi sesuatu perkataan.Makna perkataan bukan sebagai unit konsep yang tersendiri
tetapi sebagai himpunan yang terdiri daripada komponen makna dan komponen itu sendirinya
merupakan inti makna.

Kajian hubungan perkataan dengan makna memperkayakan perbendaharaan kata
bahasa Melayu. Penggunaan kata yang pelbagai makna dapat mengindahkan bahasa di
samping menyatukan kepelnagaian kaum di negara ini. Menurut Abdullah Hassan(1981)
kata-kata mengandungi makna dan bagaimana kata-kata itu behubungan sebenarnya
bergantung pada bagaimana pengguna sesuatu bahasa tersebut menyusun segala
pengalamannya dalam ungkapan yang berbentuk kata-kata. Dengan mengetahui makna
perkataan, komunikasi yang terjalin akan dapat membantu menambah keberkesanan bahasa
dan kegramatisan kata atau ayat yang digunakan.
( 3091 patah perkataan )
HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
16

Bibliografi

Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Rain Shaari. (2009). Semantik dan pragmatik
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur :Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Dr. Adenan Ayob dan Dr Nathesan Sellapan. ( 2014 ). HBML 3303 Psikolinguistik dan
Semantik.Selangor Darul Ehsan. Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Firth, J, R. (1957). Papers in linguistics 1934-1951. London : Oxford University Press.
Kamus Inggeris- Melayu Edisi Ringkas. (1995). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Rain Shaari dan Abdullah Yusof. (2008). Penyelidikan Bahasa dan Linguistik. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

Ogden dan Richards. (1956). The Meaning of Meanings. London : Routledge and Kegan Paul Ltd.

S. Nathesan. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Ulu Klang : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Stern, G. (1965). Meaning and Change of Meaning : With Special References to the English
Languange. Bloomington : Indiana University Press.

Swettenhem, F. (1881). Vocabulary of English and Malay. Singapore : Kelly and Walsh ltd.

Ullman, S. (1957). The Prinsiples of Semantics. Oxford : Basil Blackwell.

HANIM BINTI MUDI
HBML3303 PSIKOLINGUSTIK DAN SEMANTIK
17

Majalah
S.Nathesan. (2001). Semantik dalam Bahasa Melayu: Satu Pandangan Komprehensif. dalam Dewan
Bahasa, 1(9), 21-28
Internet
Semantik, http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/semantik/semantik.htm

You might also like