You are on page 1of 2

JENIS-JENIS DOKUMEN PENGENALAN DIRI & DOKUMEN PERJALANAN

YANG DIGUNA PAKAI DI NEGARA KITA


Sijil Kelahiran
dan Kad
Pengenalan
-Sijil Kelahiran akan dikeluarkan kepada semua
penduduk yang dilahirkan di Negara ini.
- Kini, Bayi yang dilahirkan terus memiliki dokumen
pengenalan yang dikenali sebagai MyKid ( warna Pink )
- Mulai tahun 2012, Jabatan Pendaftaran Negara telah
mengeluarkan Mykad Baharu yang diperbuat daripada
polycarbonate untuk mengelakkan cepat rosak dan
Pemalsuan Mykad.
- Warganegara perlu menukar Mykad mereka apabila
berusia 18 tahun atau bertukar alamat kediaman atau
menetap di tempat baharu selepas 60 hari.
- JPN mengeluarkan 4 warna Kad Pengenalan iaitu
Warna Biru untuk warganegara sahaja
Warna Merah untuk pemastautin tetap
Warna Hijau untuk penduduk sementara yang
bekerja di sini
Warna Coklat untuk banduan dalam penjara

-Anggota Polis dan Anggota Tentera yang masih
bertugas tidak memiliki Mykad sebaliknya memiliki
dokumen pengenalan Polis dan Tentera.
Dokumen
Perjalanan

-Jabatan Imigresen mengeluarkan 8 jenis dokumen
perjalanan.
- Pasport Malaysia ( Untuk warganegara bagi tujua
perjalanan ke luar Negara kecuali Israel )
- Pasport Terhad Malaysia ( untuk warganegara
perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Singapura
sahaja)
- Visa ( diperlukan untuk memasuki negara lain atau
Malaysia untuk tempoh yang lama )
- Dokumen Perjalanan Terhad ( untuk warganegara
bagi tujuan keluar masuk dari Malaysia ke Singapura
sahaja )
- Dokumen Perjalanan Berkumpulan ( untuk
warganegara bagi tujuan perjalanan dalam kumpulan
iaitu antara 5-20 orang di Negara ASEAN sahaja )
- Pas Sempadan ( permit untuk warganegara yang
mendiami Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak
memasuki Selatan Thailand dgn had jarak 25 KM
daripada sempadan )
- Sijil Pengenalan Terhad ( untuk orang yang tidak
mempunyai Negara tetapi pemastautin tetap di
Malaysia untuk berulang alik dari Semenanjung
Malaysia ke Singapura sahaja )
- Sijil Pengenalan Antarabangsa ( untuk orang yang
tidak mempunyai Negara tetapi pemastautin tetap di
Malaysia untuk perjalanan ke mana-mana negara di
dunia

You might also like