You are on page 1of 2

Setiap warganegara Malaysia berhak untuk memohon dokumen perjalanan sebelum ke luar negara .

Dokumen ini dikenali sebagai pasport Malaysia.

Pada pasport ini tertera nama Malaysia . Dokumen ini penting bagi perjalanan yang sah
untuk seseorang ke luar negara . Pengguna perlu memperbaharu pasport setiap lima tahun sekali.

Bahagian dalam pasport ini mempunyai maklumat pemilik seperti nama , warganegara ,
tarikh lahir , nombor pasport dan nombor kad pengenalan . Selain itu , maklumat tentang jantina ,
tinggi , tarikh pasport dikeluarkan , tarikh tamat tempoh dan gambar turut dipamerkan.

Pasport Malaysia mempunyai pelbagai ciri keselamatan . Antaranya termasuklah


penggunaan cip , alur keselamatan berwarna dan cahaya ultraungu untuk mengesahkan
ketulenannya.

Pasport ini penting dibawa bersama – sama semasa melancong atau urusan kerja di luar
negara. Pasport ini merupakan identiti kita sebagai rakyat Malaysia .

Sila lengkapkan dialog yang diberikan .

Ibu bapa / Penjaga/ adik beradik / rakan : Apakah dokumen yang perlu dimohon sebelum ke luar
negara?

Murid : 1) _______________________________________________________________________ .

Murid : 2 )_______________________________________________________________________ ?

Ibu bapa /Penjaga/ Adik beradik / rakan : Pengguna perlu memperbaharu pasport setiap lima tahun
sekali.

Ibu bapa / Penjaga/ Adik Beradik / Rakan : Apakah maklumat yang ada dalam pasport?

Murid : 3) ___________________________________________________________________.
Murid : 4) _________________________________________________________ ?

Ibu bapa / Penjaga/ Adik beradik / rakan : Pasport Malaysia memiliki pelbagai ciri keselamatan
seperti penggunaan cip , alur keselamatan berwarna dan cahaya ultraungu untuk mengesahkan
ketulenannya.

Ibu bapa /Penjaga/ Adik Beradik / Rakan : Kenapa kita perlu membawa pasport ini semasa pergi ke
luar negara?

Murid : 5) _____________________________________________________________ .

Murid : 6) ________________________________________________________________?

Ibu bapa /Penjaga/ Adik beradik / Rakan : Kita belum boleh melancong ke luar negara kerana kita
masih dalam perintah kawalan pergerakan .

You might also like