You are on page 1of 6

PENDEKATAN PERKEMBANGAN

MORAL KOGNITIF
Rasional
Pendekatan perkembangan moral kognitif
berfokus kepada merangsang penaakulan moral
pelajar melalui beberapa peringkat.
struktur pendidikan moral melalui enam
peringkat yang dikemukakan oleh Lawrence
Kohlberg.
Dia merumuskan bahawa struktur pamikiran
moral seorang individu adalah berperingkat-
peringkat dan dalam susunan yang sama tanpa
mengira jantina dan kebudayaan.
Mengikut Kohlberg, penaakulan seorang kanak-
kanak akan menjadi lebih matang ketikausianya
bertambah disebabkan pengalaman berinteraksi
dengan orang lain dan semasa cuba
menyelesaikan masalah-masalah moral.
Contohnya apa yang dianggap bermoralbagi
seorang kanak-kanak yang berumur lapan tahun
berbeza daripada pendapat seseorang yang
berumur 18 tahun
Strategi pengajaran-pembelajaran
pendekatan:
1. kemukakan dilema yang sebenar
2. beberapa siri dilema alternatif untuk
digunakan jika dilema sebenar gagal untuk
menimbulkan kontroversi.
3. Menyediakan satu senarai soalan rangsangan
(probe questions).

ATAU

1. Persembahan dan pemahaman dilema moral.
2. Menyatakan pendapat dan justifikasinya.
3. Menilai sebab-sebab yang dikemukakan.
4. Menyimpul sebab-sebab yang diberikan
serta memberi sebab-sebab lain jika ada
Rumusan

Pendekatan ini memupuk kepekaan pelajar
terhadap nilai-nilai moral diri sendiri sertaorang
lain: menyelesaikan konflik yang bermoral
berdasarkan kepada sebab-sebab;menimbangkan
hak-hak, pendapat dan perasaan orang lain dan
mengaitkanpenaakulan, emosi serta tingkah laku
Pendekatan perkembangan kognitif relevan
digunakan kerana pelajar dapat membuat
keputusan yang berautonomi ke atas isu moral
berlandaskan kepada prinsip moral

You might also like