You are on page 1of 22

KEBERKESANAN PROGRAM INTERVENSI FIZIKAL TERHADAP

KECERGASAN FIZIKAL BERLANDASKAN KESIHATAN BAGI


PELAJAR TINGKATAN SATU DI DAERAH AIR KEROH, MELAKA
1


Disediakan oleh:

CHONG NYONG SOON
(PGN 110001)




Penyelia:
Dr. Shabeshan A/L Rengasamy

BAB 1
LATAR BELAKANG KAJIAN
Gejala tahap kecergasan fizikal di kalangan orang dewasa, remaja dan kanak-
kanak di serata dunia semakin membimbangkan
Ini dapat dibuktikan melalui laporan dan kajian oleh WHO, Kementerian Kesihatan
Malaysia dan juga dapatan kajian oleh pengkaji tempatan dan luar negara
Kecergasan fizikal dibahagi kepada 2 tunjang utama iaitu kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan kemahiran motor
(Falls, 1980)
Menurut Corbin dan Lindsey (1990) serta Aris Fazil (2005), untuk memperolehi
tahap kesihatan yang tinggi dan perlindungan daripada ancaman penyakit
hipokinetik, kecergasan fizikal yang berlandaskan kesihatan perlu diutamakan
Dalam erti kata lain, seseorang yang mempunyai tahap kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan yang tinggi, peluang untuk mendapat penyakit hipokinetik
seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan obesiti adalah rendah
(Katzmarzyk et al., 1999)
Menurut Wuest dan Butcher (1991), melalui aktiviti fizikal yang terancang,
sistematik dan pada kekerapan yang tinggi, seseorang individu boleh mencapai
tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan yang optimum


2

PERNYATAAN MASALAH
Secara tradisi pelajar sekolah merupakan golongan yang aktif dalam aktiviti fizikal
pada bila-bila masa (Kemper, 1990)
Faktor kebimbangan ibu bapa tentang keselamatan anak, rancangan TV yang
semakin sensasi, permainan internet dan komputer telah menyebabkan pelajar
sekolah lebih suka melakukan aktiviti berbentuk sedentari berbanding melakukan
aktiviti fizikal (Wee, 2008)
Akibatnya, tahap kecergasan fizikal terutama yang berlandaskan kesihatan di
kalangan pelajar sekolah masa kini semakin merosot (Anita, 2009; Department of
Health & Human Services di U.S., 1996; Jabatan PJ dan Sukan, KPM, 2006)
Tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan yang rendah mendedahkan
pelajar sekolah kepada ancaman penyakit hipokinetik (Shafinaz, 2009)
Menurut Singh (2005) dan Wee (2008), rata-rata ibu bapa bagi pelajar sekolah di
negara ini beranggapan bahawa mata pelajaran PJ di sekolah dapat mengatasi
masalah kekurangan penglibatan anak dalam aktiviti fizikal
Malangnya kajian lampau oleh pengkaji tempatan menunjukkan PJ di sekolah
gagal membentuk pelajar yang aktif dalam aktiviti fizikal (Anita, 2009;
Balakrishnan, 2003; Sinappan, 2006)
Dengan itu, satu program intervensi fizikal yang menfokuskan kepada
peningkatan tahap kecergasan fizikal yang berlandaskan kesihatan perlu
dirangka untuk mengatasi masalah ini.

3

Sejak dahulu lagi, banyak dapatan kajian oleh pengkaji tempatan atau luar
negara membuktikan bahawa program intervensi fizikal dapat meningkatkan
tahap kecergasan fizikal terutama yang berlandaskan kesihatan
Contoh-contoh kajian :







Berdasarkan kajian-kajian di atas, bagi mengisi kekosongan dan
penambahbaikan, maka kajian ini ingin melihat sejauh mana keberkesanan
Latihan Fartlek selama 5 minit yang diselit pada waktu PJ, 40 minit setiap
sesi, 2 sesi seminggu selama 10 minggu dalam meningkatkan tahap
kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan di kalangan pelajar lelaki dan
perempuan Tingkatan 1 di salah sebuah sekolah menengah campuran di
daerah Air Keroh, Melaka

4
Pengkaji Program Intervensi Sasaran
Murray et al. (1993) Jogging Pelajar sekolah berumur 14-17 tahun
Clarke (2008) Medicine ball Pelajar sekolah berumur 15-16 tahun
Anita (2009),
Arjunan (2006)
Palaniappan (2007)

Latihan Litar
Pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 2
Pelajar lelaki sahaja Tingkatan 2
Pelajar perempuan sahaja Tingkatan 4
Ramachandra (2009) Latihan Litar dan Latihan Fartlek Pelajar lelaki sahaja Tingkatan 2
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji keberkesanan pengajaran Pendidikan Jasmani 40 minit setiap
sesi, 2 sesi seminggu tanpa program intervensi selama 10 minggu dalam
meningkatkan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan di
kalangan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Satu

2. Mengkaji keberkesanan pengajaran Pendidikan Jasmani 40 minit setiap
sesi, 2 sesi seminggu yang diselit dengan program intervensi selama 10
minggu dalam meningkatkan tahap kecergasan fizikal berlandaskan
kesihatan di kalangan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Satu

3. Membanding perbezaan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan
tanpa program intervensi selama 10 minggu dan tahap kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan dengan program intervensi selama 10 minggu di
kalangan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Satu

5
SIGNIFIKASI KAJIAN
6
PELAJAR

GURU

PENTADBIR
SEKOLAH

PPD/JPN

KPM/PUSAT
PERKEMBANGAN
KURIKULUM

Dapat mengenal pasti
tahap kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan
sebelum kajian melalui
ujian pra

Mengenal pasti
keberkesanan
pelaksanaan PJ melalui
ujian pra

Dapat melakukan
penambahbaikan
terhadap mutu dan
kualiti aktiviti fizikal
dalam PJ di sekolah.

Mengenal pasti
keberkesanan
pelaksanaan PJ di
sekolah

Dapatan kajian ini boleh
dijadikan landasan penilaian
semula terhadap mata
pelajaran PJ

Mengambil langkah
membaiki tahap
kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan
berpandukan data ujian pra
dan pos

Membantu guru
merencana aktiviti fizikal
untuk pelajar dengan
lebih berkesan semasa
waktu PJ

Ketua Panitia PJ dapat
menilai keberkesanan
pelaksanaan PJ oleh
guru PJ.

Jika dapatan kajian
menunjukkan kesan
positif, maka program
intervensi ini boleh
dikembangkan ke
sekolah lain
Jika dapatan kajian
menunjukkan kesan positif,
maka program intervensi ini
boleh dikembangkan ke
universiti atau IPG seluruh
negara agar bakal guru PJ
dan Sains Sukan dapat
mempraktikannya apabila
bertugas di sekolah nanti

Mengambil langkah
membaiki mutu program
aktiviti fizikal
berlandaskan prinsip-
prinsip latihan semasa
waktu PJ

Dapatan kajian ini boleh
dijadikan panduan dan
rujukan pengkaji lain

SOALAN KAJIAN

1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan yang merangkumi lima komponen iaitu daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi tubuh
badan di antara min skor Ujian Pra dan Ujian Pos dalam kumpulan kawalan
(Lelaki dan Perempuan)?

2. Adakah terdapat perbezaan yang signfikan dalam tahap kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan yang merangkumi lima komponen iaitu daya tahan
kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, kelenturan dan komposisi tubuh
badan di antara min skor Ujian Pra dan Ujian Pos dalam kumpulan rawatan
(Lelaki dan Perempuan)?

3. Adakah terdapat perbezaan yang signfikan di anatara min skor Ujian Pos dalam
tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan yang merangkumi lima
komponen iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot,
kelenturan dan komposisi tubuh badan di antara kumpulan kawalan dan rawatan
bagi pelajar lelaki (L1 dan L2) dan juga di antara kumpulan kawalan dan rawatan
bagi pelajar perempuan (P1 dan P2)?


7


LIMITASI KAJIAN




Kajian ini hanya melibatkan pelajar Tingkatan 1 sahaja dari salah sebuah
sekolah menengah campuran di daerah Air Keroh, Melaka, oleh itu dapatan
kajian ini tidak boleh digeneralisasikan ke peringkat daerah, negeri atau
kebangsaan

Kaedah persampelan intact digunakan kerana persampelan rawak tidak
dapat dijalankan (Creswell, 2005)

Ketepatan data amat dipengaruhi oleh tahap kefahaman dan kesungguhan
responden serta guru-guru PJ yang terlibat

Kajian ini tidak mengambil kira ciri-ciri responden seperti status ekonomi,
tabiat pemakanan, sikap ibu bapa terhadap mata pelajaran PJ, pengalaman
dalam sukan yang diceburi, sosial budaya, motivasi, tahap kesihatan dan
kecergasan yang sedia ada serta faktor persekitaran dan cuaca


8
BAB 2
KERANGKA TEORI
(Teori GAS oleh Hans Selye, 1956)
Menurut Teori GAS, reaksi fisiologi tubuh badan akan berlaku apabila individu
mengalami stres
Contoh-contoh stres iaitu kesihatan, kecederaan, putus cinta, kelaparan,
kesejukan, kebimbangan
Dalam kajian ini, stres yang akan diterima oleh responden adalah dalam bentuk
bebanan latihan fizikal melalui program intervensi fizikal dalam bentuk Latihan
Fartlek
Reaksi fisiologi terhadap stres melibatkan 3 fasa :
fasa alarm
fasa resistance (fasa adaptasi)
fasa exhaustion

PENGAPLIKASIAN TEORI GAS TERHADAP KAJIAN
Dalam konteks kajian ini, responden akan menerima stres dalam bentuk bebanan
latihan fizikal apabila melakukan program intervensi fizikal iaitu Latihan Fartlek
selama 5 minit tanpa henti. Program intervensi fizikal ini akan mengejutkan
sistem fisiologi tubuh badan untuk melakukan proses adaptasi terhadap bebanan
latihan fizikal (stres) yang diterima. Situasi ini dikatakan fasa alarm. Selepas 10
minggu, responden akan berasa lebih mudah melakukan program intervensi
fizikal. Ini bermakna proses mengadaptasikan bebanan latihan fizikal (stres) telah
berlaku dan sekaligus menunjukkan bahawa tahap kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan telah meningkat. Fenomena ini dikatakan sebagai fasa
resistance.







9
UJIAN PRA (sebelum program
intervensi)
Menentukan tahap kecergasan
fizikal berlandaskan kesihatan
sebelum program intervensi

TEORI GAS
(GENERAL
ADAPTATION
SYNDROME)
Oleh Hans Selye, 1956

Proses adaptasi dalam
sistem fisiologi tubuh
badan terhadap bebanan
latihan melibatkan tiga
fasa :
1. fasa alarm
2. fasa resistance
3. fasa exhaustion

UJIAN POS (selepas program
intervensi)
Menentukan tahap kecergasan
fizikal berlandaskan kesihatan
selepas program intervensi

Proses adaptasi berlaku dalam sistem
fisiologi tubuh badan terhadap bebanan
latihan yang dikenakan
Kerangka
Teoritikal Kajian
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI SELAMA 10 MINGGU
(40 minit per sesi, 2 kali seminggu)
Fasa 1 : Memanaskan Badan (8 minit)
(pengambilan kadar nadi)
Fasa 2 : Program Intervensi Fizikal (5 minit)

Minggu
1 - 5 6 - 10
Lari pantas 30 saat Lari pantas 30 saat
Jalan laju 45 saat Jalan laju 35 saat
Lari pantas 30 saat Lari pantas 30 saat
Jalan laju 45 saat Jalan laju 35 saat
Lari pantas 30 saat Lari pantas 30 saat
Jalan laju 45 saat Jalan laju 35 saat
Lari pantas 30 saat Lari pantas 30 saat
Jalan laju 45 saat Jalan laju 35 saat
Lari pantas 30 saat
(pengambilan kadar nadi)
Fasa 3 : Latih Tubi (10 minit)
Fasa 4 : Gerakerja Kumpulan (7 minit)
Fasa 5 : Permainan Kecil (7 minit)
Fasa 6 : Gerak Kendur (3 minit)



PERKARA-PERKARA YANG DIBINCANGKAN DALAM
TINJAUAN LITERATUR


Terbahagi kepada 4 bahagian :

Kajian Lepas Tentang Daya Tahan Kardiovascular

Kajian Lepas Tentang Daya Tahan Otot Dan Kekuatan Otot

Kajian Lepas Tentang Kelenturan

Kajian Lepas Tentang Komposisi Tubuh Badan









11

BAB 3
PEMBOLEH UBAH KAJIAN
Pemboleh ubah bersandar :
kelima-lima komponen kecergasan fizikal berlandaskan
kesihatan iaitu daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot,
kekuatan otot, kelenturan dan komposisi tubuh badan
Pemboleh ubah tak bersandar :
program intervensi fizikal dalam bentuk Latihan Fartlek


REKA BENTUK KAJIAN
Kuasi eksperimental dengan Ujian Pra dan Ujian Pos
Kaedah persampelan intact digunakan kerana pilihan responden secara
rawak tidak dapat dijalankan (Creswell, 2005)
4 buah kelas iaitu 2 kelas pelajar lelaki dan 2 kelas pelajar perempuan dipilih
secara rawak daripada populasi kelas PJ Tingkatan 1
Undian dilakukan untuk menentukan mana satu kelas sebagai kumpulan
kawalan lelaki (L1), kumpulan kawalan perempuan (P1), kumpulan rawatan
lelaki (L2) dan kumpulan rawatan perempuan (P2)
Hanya L2 dan P2 menerima program intervensi
Keempat-empat kumpulan menjalani Ujian Pra sebelum program
intervensi dan Ujian Pos selepas program intervensi melalui instrumen
kajian

12
Kumpulan Ujian Pra
(Untuk menentukan tahap kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan sebelum program intervensi)
Program
Intervensi
Ujian Pos
(Untuk menentukan tahap kecergasan fizikal
berlandaskan kesihatan selepas program intervensi)

Instrumen Kajian Komponen Instrumen Kajian Komponen
Ujian Larian Cooper 12 minit Daya Tahan Kardiovaskular Ujian Larian Cooper 12 minit Daya Tahan Kardiovaskular
Ujian Bangkit Tubi Daya Tahan Otot Ujian Bangkit Tubi Daya Tahan Otot
L1 Ujian Hand Grip Kekuatan Otot Tiada Ujian Hand Grip Kekuatan Otot
Ujian Jangkauan Melunjur Kelenturan Ujian Jangkauan Melunjur Kelenturan
Ujian Skin Fold Caliper Komposisi Tubuh Badan Ujian Skin Fold Caliper Komposisi Tubuh Badan
Ujian Larian Cooper 12 minit Daya Tahan Kardiovaskular Ujian Larian Cooper 12 minit Daya Tahan Kardiovaskular
Ujian Bangkit Tubi Daya Tahan Otot Ujian Bangkit Tubi Daya Tahan Otot
P1 Ujian Hand Grip Kekuatan Otot Tiada Ujian Hand Grip Kekuatan Otot
Ujian Jangkauan Melunjur Kelenturan Ujian Jangkauan Melunjur Kelenturan
Ujian Skin Fold Caliper Komposisi Tubuh Badan Ujian Skin Fold Caliper Komposisi Tubuh Badan
Ujian Larian Cooper 12 minit Daya Tahan Kardiovaskular Ujian Larian Cooper 12 minit Daya Tahan Kardiovaskular
Ujian Bangkit Tubi Daya Tahan Otot Ujian Bangkit Tubi Daya Tahan Otot
L2 Ujian Hand Grip Kekuatan Otot Ada Ujian Hand Grip Kekuatan Otot
Ujian Jangkauan Melunjur Kelenturan Ujian Jangkauan Melunjur Kelenturan
Ujian Skin Fold Caliper Komposisi Tubuh Badan Ujian Skin Fold Caliper Komposisi Tubuh Badan
Ujian Larian Cooper 12 minit Daya Tahan Kardiovaskular Ujian Larian Cooper 12 minit Daya Tahan Kardiovaskular
Ujian Bangkit Tubi Daya Tahan Otot Ujian Bangkit Tubi Daya Tahan Otot
P2 Ujian Hand Grip Kekuatan Otot Ada Ujian Hand Grip Kekuatan Otot
Ujian Jangkauan Melunjur Kelenturan Ujian Jangkauan Melunjur Kelenturan
Ujian Skin Fold Caliper Komposisi Tubuh Badan Ujian Skin Fold Caliper Komposisi Tubuh Badan
13
Reka Bentuk Kuasi Eksperimental Dengan Ujian Pra dan Ujian Pos
Petunjuk :
L1 Kumpulan kawalan lelaki
P1 Kumpulan kawalan perempuan
L2 Kumpulan rawatan lelaki
P2 Kumpulan rawatan perempuan


RESPONDEN KAJIAN
2 buah kelas pelajar lelaki dan 2 buah kelas pelajar perempuan daripada
populasi kelas PJ Tingkatan 1 yang dipilih secara rawak daripada salah
sebuah sekolah menengah campuran di daerah Air Keroh, Melaka

Saiz responden setiap kelas mengikut ketetapan sekolah


LOKASI KAJIAN
Salah sebuah sekolah menengah campuran di daerah Air Keroh, Melaka


INSTRUMEN KAJIAN
Mengguna pakai ujian-ujian yang disarankan oleh ACSM (2006)

Ujian-ujian ini amat sesuai digunakan untuk kajian melibatkan pelajar
sekolah di Malaysia kerana mempunyai tahap kebolehpercayaan antara
0.75-0.99 (Anita, 2009; Balakrishnan, 2006; Palaniappan, 2007;
Rengasamy, 2003, 2006)













14
15



KAJIAN RINTIS

Sebuah kelas PJ Tingkatan 1 dipilih secara rawak daripada salah sebuah
sekolah menengah campuran berhampiran dengan daerah Air Keroh,
Melaka

Mengikut prosedur kajian sebenar

Tujuan kajian rintis :
untuk mendapatkan gambaran kajian sebenar
untuk mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin timbul sepanjang
tempoh kajian
untuk menguji tahap kebolehpercayaan instrumen kajian melalui kaedah
test retest






PROGRAM INTERVENSI
Berbentuk Latihan Fartlek yang diasaskan oleh jurulatih maraton Sweden
bernama Gosta Holmer (1937)
Selama 5 minit yang diselitkan dalam waktu PJ
16
Minggu Pertama - Minggu Kelima Minggu Keenam - Minggu Kesepuluh
Aktiviti Masa (saat) Aktiviti Masa (saat)
Berlari Pantas 30 Berlari Pantas 30
Berjalan Laju 45 Berjalan Laju 35
Berlari Pantas 30 Berlari Pantas 30
Berjalan Laju 45 Berjalan Laju 35
Berlari Pantas 30 Berlari Pantas 30
Berjalan Laju 45 Berjalan Laju 35
Berlari Pantas 30 Berlari Pantas 30
Berjalan Laju 45 Berjalan Laju 35
Berlari Pantas 30
Jumlah Masa 5 Minit Jumlah Masa 4 minit 50 saat
17

PROSEDUR KAJIAN
Sebelum kajian :
Memperolehi kebenaran bertulis daripada BPPP, JPM, PPD, pengetua
sekolah, ibu bapa dan responden kajian
Pilihan rawak 4 buah kelas iaitu 2 kelas lelaki dan 2 kelas perempuan daripada
populasi kelas PJ Tingkatan 1
Undian bagi penentuan kumpulan L1, P1, L2 dan P2
Taklimat dan demonstrasi terperinci kepada semua responden dan guru PJ
yang terlibat
Ujian Pra oleh semua kumpulan (L1, P1, L2, P2) untuk menentukan tahap
kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan sebelum program intervensi

Semasa kajian :
L1, P1, L2 dan P2 akan mengikuti P & P PJ berdasarkan modul yang sama
selama 10 minggu
L2 dan P2 sahaja akan menjalani program intervensi fizikal dalam bentuk
Latihan Fartlek selama 5 minit yang diselitkan ke dalam waktu PJ






Selepas kajian :
Ujian Pos akan dilakukan oleh semua kumpulan (L1, P1, L2, P2)
untuk menentukan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan
selepas program intervensi
Skor Ujian Pra dan Ujian Pos dikumpulkan dan dianalisis untuk
melihat sejauh mana keberkesanan program intervensi dalam
meningkatkan tahap kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan

18
Prosedur Kajian
19
Salah Sebuah Sekolah Menengah Campuran di
Daerah Air Keroh, Melaka

Pemilihan 4 Buah Kelas Secara Rawak
(2 kelas lelaki, 2 kelas perempuan)

Penentuan Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan Secara Rawak
Kumpulan Kawalan Lelaki (L1)
Kumpulan Kawalan Perempuan (P1)


Kumpulan Rawatan Lelaki (L2)
Kumpulan Rawatan Perempuan (P2)


Ujian Pra (sebelum program intervensi)
Ujian Larian Cooper 12 minit Ujian Bangkit Tubi
Ujian Hand Grip Ujian Jangkauan Melunjur Ujian Skin Fold Caliper
Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan
Jasmani Tanpa Program Intervensi
Selama 10 Minggu
(L1 dan P1)
Pengajaran Dan Pembelajaran
Pendidikan Jasmani Dengan Program
Intervensi Selama 10 Minggu
(L2 dan P2)

Ujian Pos (selepas program intervensi)
Ujian Larian Cooper 12 minit Ujian Bangkit Tubi
Ujian Hand Grip Ujian Jangkauan Melunjur Ujian Skin Fold Caliper
Analisis Data
Sebelum
kajian
Semasa
kajian
Selepas
kajian
Populasi Kelas PJ Tingkatan Satu



ANALISIS DATA

Data akan di rekod, disusun dan dianalisis dengan program
SPSS versi 16.0


Persoalan 1 : Kaedah Statistik Inferensi (Paired T-Test)

Persoalan 2 : Kaedah Statistik Inferensi (Paired T-Test)

Persoalan 3 : Kaedah Analisis Kovarians (ANCOVA)






20


RUJUKAN
21


22

You might also like