You are on page 1of 27

CATAN

NURUL NADWAH BINTI KHALID


IP KAMPUS IMU KHAS

Definisi catan

Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna
"pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen
pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti
kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis takrif
ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya.
Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding
penggunaan tulisan.Catan ialah proses menghasilkan seni
dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang
disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan
membolehkan seseorang menyedari serta dapat
merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta
susunan yang terdapat pada alam sekitar.

Proses melukis dengan menggunakan bahan
pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu
permukaan.
Komponen alat dan media yang digunakan
ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat
arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed,
turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis
dan sebagainya.
SEJARAH CATAN
Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani
Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti
keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan
fresco.
Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman
kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan
ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera.
Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam
persembahan catan yang mempersembahkan catan
yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi
abstrak.

MEDIA CATAN
a) Cat Air
Bahan warna dalam karya cat air ialah bahan pewarna
dalam bentuk tiub. Ia bersifat lut sinar dan lembut. Cat
air akan menjadi tebal sekiranya warna disapu berlapis-
lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang
digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai
digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan
bersaiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan
untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas
atau botol diperlukan untuk mengisi air bersih dan
untuk mencuci berus.

b) Cat Poster
Cat poster boleh didapati dalam tiub atau
botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan
bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah
air. Berus yang digunakan untuk berkarya
dengan menggunakan cat poster ialah jenis
lembut dan keras. Manakala kertas daripada
jenis cartridge yang tebal dan berpermukaan
licin digunakan. Air yang bersih diperlukan
untuk menghasilkan campuran warna.

c) Cat Tempera
Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat
dalam tiub yang sedia proses. Ia mengandungi
bahan pengilat seperti kuning telur atau gam
cecair. Untuk menghasilkan karya
menggunakan cat tempera, alat dan bahan
yang digunakan ialah berus jenis lembut atau
keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan.
Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu
mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan
diselang-selikan supaya kesan warna rata dan
licin.

d) Cat Minyak
Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup.
Bahantara untuk menggunakan cat minyak
ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh
digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy
atau minyak kacang. Berus yang digunakan
adalah jenis lembut dan keras, pisau palet,
kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan
kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik
impasto, glazing, cat tepat atau hardedge,
scumbling, pointelistik.


CATAN BARAT

Aliran-aliran seni catan di barat
Klasik Barroque
Romanticisme
Impressionisme
Post-Impressionisme
Ekspressionisme
Kubisme Surelisme
Seni Pop


Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman
kelahiran semula.
Figura sebagai pemusatan tumpuan karya.
Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi.
Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni.
Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan
bangsawan.

Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-
orang bangsawan dan golongan kaya.
Karya Leonardo Da Vinci
Aliran Romanticism
Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18.
Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan
yang berlaku pada zaman itu.
Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan.
Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti
figura
Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya
zaman klasik.
Penggunaan garisan luar yang terang.
Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan
gereja dan pemerintahan beraja.
Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam
kelam.
Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku
pada zaman itu.


Zaman ini dikenali sebagai zaman
renaissance tinggi.
Barroque membawa maksud mutiara yang
tidak sempurna tetapi indah.
Karya menumpukan kepada
komposisi,aksi,warna dan cahaya.
Latar belakang karya berwarna gelap
Karya tertumpu kepada objek
Karya Rembrandt van Rijn
Aliran Impressionism
Aliran muncul pada abad ke-19.
Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek
yang dilihat.
Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan
terus dipalit pada kanvas.
Warna bertindih-tindih.
Tidak melukid secara detail.
Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-
watak alam.
Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya
seperti pagi, petang ,malam.
Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.
Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.
Karya Pierre-Auguste Renoir

Aliran Post-Impressionisme
Realiti itu sentiasa baru dan tegas
bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.
bukan meniru kehidupan tetapi mencari
kesamaan di dalam kehidupan.
melukis imej-imej yang mempunyai struktur
dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi
yang berkait rapat.
melukis sebagai pernyataan dan simbol diri.
perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru
dan tidak mengikut orang lain.
warna terang dan gelap adalah pancaran dari
gerak hati spontan pelukis.
Karya
Aliran Kubisme
Menolak tradisi catan yang mementingkan objek
realiti.
Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah
penciptaan dan menolak peniruan.
Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam
2 dimensi.
Penggunaan bentuk-bentuk dan satah
geometri.
Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan
lutsinar.
Warna yang bertenaga

Aliran Ekpresionisme
Menolak ciri-ciri tradisi klasik
Seni adalah manifestasi perasaan dan
keresahan emosi pelukis.
Menolak peniruan alam dan menyingkir
subjek dan objek.
Penggunaan warna yang dramatik
Tidak ada imej yang jelas.
Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak
menggunakan berus.
Karya
Aliran Surelisme
Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis
tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda
pelukis.
Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund
Frued.
Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam
khayalan.
Menyeramkan, sunyi dan tidak logik.
Warna-warna gelap digunakan untuk
menimbulkan sekan misteri.
Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai
dan dicantum-cantum.
Karya Salvador Dali
Aliran Seni Pop
Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular
yang mempengaruhi kotaraya New York dan London.
Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan
populariti.
Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna.
Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New
Realist.
Warna yang terang pada permukaan yang berbidang
yanmg besar.
Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman
sains dan teknologi.

You might also like