You are on page 1of 2

Apakah persamaan fungsi paya bakau dengan sekolah?

Paya bakau merupakan ekosistem yang biasanya terdapat di antara kawasan pasang surut dan biasanya kawasan paya bakau ini merupakan kawasan yang berlumpur. Kawasan hutan paya bakau telah dikenal pasti sebagai kawasan yang paling produktif dari segi penghasilan dan pembiakan sumber-sumber laut. Habitat yang banyak tinggal di kawasan paya bakau adalah seperti ikan, ketam, udang dan banyak lagi spesis yang lain kerana kawasan paya terdapat banyak makanan dan sesuai dijadikan sebagai tempat pembiakan spesis tersebut. Sama seperti hutan paya bakau, sekolah merupakan institusi sosial yang paling produktif dari segi penghasilan dan pembentukan anak-anak murid berkualiti yang mampu memimpin negara ke arah yang lebih maju dan cemerlang. Sekolah telah menjadi tumpuan kepada anak-anak yang cukup umur untuk menerima pendidikan. Dalam sekolah, anak-anak akan diterima tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan juga kepercayaan agama. Ini sepertilah hutan paya bakau yang sanggup menerima pelbagai habitat yang mampu hidup di dalam ekosistemnya. Selain itu, hidupan yang membesar di hutan paya bakau ini adalah seperti anak murid yang berjaya dididik daripada pihak sekolah. Hutan paya bakau juga mempunyai ekosistem seimbang yang terdiri daripada pelbagai flora dan fauna. Empat jenis tumbuhan utama di paya bakau adalah Pokok Api-api (avicennia), Pokok Bakau (rhizohora), Pokok Perepat (Sonneratia) dan Pokok Berus/ Tumu (Bruguiera). Penghuni hutan bakau yang paling biasa ditemui ialah ketam rebab, ketam lumpur, udang kara, ular bakau, lotong kelabu, dan memerang licin. Banyak species ikan, krustasia dan udang menakluki kawasan bakau ketika air pasang untuk mencari makanan. Kesemua habitat paya bakau ini adalah saling bergantung dan saling berhubung antara satu sama lain. Sekiranya ahlinya rosak, maka sistemnya juga rosak. Sebagai contohnya, hidupan air seperti ketam rebab dan udang kara memerlukan Pokok bakau sebagai tempat tadahan, sekiranya kehilangan kawasan tadahan ini, hidupan tersebut akan kehilangan tempat tinggal yang selamat dan berkemungkinan akan mati. Bagi sekolah, sekolah merupakan sebuah organisasi yang terdiri daripada ahli-ahlinya. Ahli-ahli yang ditunjuk di sini adalah guru besar atau pengetua, guru,

staf, murid dan sebagainya. Ahli-ahli ini adalah saling berhubung. Pengetua adalah sebagai pemimpin yang bertanggungjawab mentadbir dan mengurus struktur sekolah; guru sebagai pendidik, penyebar ilmu, pembimbing dan pendorong; staf menolong menyediakan kertas kerja dan pelbagai borang dan murid pula berperanan sebagai pihak yang menerima pendidikan. Hubungan dari pengetua sehingga murid adalah saling berkait bagi menjayakan mengusahakan sesebuah sekolah. Sekiranya tiada murid yang sanggup menerima pendidikan, maka tidak mungkin pihak-pihak lain dapat melaksanakan tugasan masing-masing. Oleh sebab itu, tidak boleh kurang mana-mana pihak dalam organisasi sekolah ini. Dalam hutan paya bakau, bukannya semua tumbuh-tumbuhan adalah berfaedah. Contohnya seperti Pokok Pial yang boleh membunuh pokok bakau yang tumbuh, tetapi tumbuhan ini berguna juga sebenarnya. Apabila digigit oleh binatang yang berbisa, daun pokok pial boleh digunakan untuk menghentikan darah daripada mengalir berterusan dan dapat juga menghisap bisa. Watak Pokok Pial ini adalah seperti watak pelajar jahat yang sentiasa menyusahkan guru-guru di sekolah. Walaupun begitu, sekiranya dididik dengan baik, murid sebegini sebenarnya berguna juga. Ini adalah kerana golongan murid inilah yang sentiasa lebih aktif dan lebih berani mencuba baru. Sikap ini amat memerlukan dalam usaha meneroka dan mencipta barangan baharu yang mampu meningkatkan mutu kehidupan negara. Kesimpulannya, fungsi hutan paya bakau adalah sama seperti sesebuah sekolah. Kedua-duanya mempunyai organisasi dan ahlinya. Ahlinya adalah saling berhubung dan bergantung. Hutan paya bakau mengizinkan pokok-pokok lain hidup dengannya, keadaan ini adalah sama dengan sekolah yang menerima murid yang terdiri daripada pelbagai bangsa duduk bersama di dalam kelas utuk menerima ilmu pengetahuan.

You might also like