You are on page 1of 31

Latar Belakang Bendera & Jata Negara Malaysia

BENDERA MALAYSIA JALUR GEMILANG


Bendera negara Malaysia mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang
sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur
putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah
negeri - Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Terengganu, Perlis,
Selangor, Melaka, Sarawak, Pulau Pinang Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas
jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua
itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Bintang
pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna
Kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha
Mulia Raja-Raja.






JATA NEGARA MALAYSIA

Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang
terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang
bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah
keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah,
Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian
sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini
adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama
besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna
Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri
Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian
di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah
kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunya Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau
yang di tunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu
digunakan dalam Lambang Malaysia,

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan
tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja
bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya
dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat
kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.
Latar Belakang Bendera Negeri Wilayah Persekutuan


BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Bendera ini mengandungi tiga jalur melintang yang sama lebar berwarna merah, putih
dan biru dengan bulan bintang pecah empat belas berwarna kuning terletak di tengah
bendera. Jalur-jalur merah, putih, biru dan bulan bintang berwarna kuning yang
melambangkan warna Bendera Malaysia membawa makna Pulau Labuan adalah
menjadi Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia. Bulan Bintang bermakna
Agama Islam sebagai agama rasmi dan bintang pecah empat belas menggambarkan
negeri-negeri dan Kerajaan Persekutuan bersatu dalam Persekutuan Malaysia.
Merah : Melambangkan keberanian bermakna Pulau Labuan adalah menjadi
Wilayah Persekutuan di dalam Persekutuan Malaysia.
Putih : Melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan dalam
mempertingkatkan katahanan rakyat yang beradab, berkebudayaan dan
berkeperibadian Malaysia.
Biru : Melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum, hidup bersatu, aman
makmur hormati serta berusaha untuk memajukan pembangunan ekonomi yang
berasaskan sains dan teknologi.
Kuning : Melambangkan kedaulatan Raja Berperlembagaan serta mendokong
dan menghormati lunas-lunas perlembagaan dan falsafah Rukun Negara.
Bulan Bintang : Bulan bintang berwarna kuning yang menjadi lambang
keIslaman dan Kedaulatan Raja Berperlembagaan yang terletak di tengah-
tengah dan mencakupi ketiga-tiga jalur (merah, putih, biru) menampakkan
kestabilan dan kekuatan di dalam menyatukan lambang-lambang keberanian,
kesucian dan perpaduan.


BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Bendera baru bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah berasaskan dua (2) warna
utama iaitu biru dan kuning.Warna biru melambangkan keharmonian dan perpaduan
rakyat Malaysia yang berbilang bangsa.Manakala warna kuning bendera adalah warna
Diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.Logo Persekutuan
melambangkan Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi tonggak pentadbiran negara
yang baru dengan kekuatan dan semangat yang utuh dalam mengharungi era
globalisasi dan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.














BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah. Warna
biru tua bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur ini tidak
dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia dan juga
Wilayah Persekutuan.14 jalur merah dan putih (melintang) menandakan keanggotaan
13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah
pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit dan bintang melambangkan Agama
Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri di
Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat
Kerajaan dan pentadbiran.
Warna biru tua di bahagian tengah melambangkan perpaduan wargakota
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berbilang kaum.
Warna merah melambangkan keberanian, kegagahan sebuah bandaraya dalam
menghadapi cabaran ke arah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang
dinamik dan berprogresif.
Warna kuning melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur.
Warna putih melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya
dalam taman bercahaya



Latar Belakang Bendera dan Lambang Negeri-Negeri Malaysia


BENDERA NEGERI SABAH
Bendera Negeri Sabah berbentuk empat persegi bujur pada kada 1 : 2. Petak utama
dalam bendera ini luasnya separuh bendera dan buka lebarnya 2/3 bendera. Petak ini
berwarna biru salji sebagai latar belakang kepada bentuk Gunung Kinabalu berwarna
nilakandi yang berada dalam kedudukan 1/4 dari sempadan atas dan sempadan bawah
petak utama. Bahagian lain dalam bendera ini terbahagi kepada tiga jalur warna
melintang yang mana jalur yang paling bawah memenuhi kaki bendera. Jalur paling
atas berwarna biru zirkon, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna
merah cili.Warna biru zirkon melambangkan keamanan dan ketenteraman, putih
melambangkan kemurnian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan
keberanian dan keyakinan. Warna biru salji melambangkan perpaduan dan
kemakmuran sementara warna nilakandi melambangkan kekuatan dan semangat
kerjasama.Lima jenis warna itu melambangkan lima buah Bahagian Pentadbiran
Negeri ini dan bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.


LAMBANG NEGERI SABAH
Lambang Negeri Sabah terdiri dari dua bahagian iaitu atas yang berupa dua lengan
berwarna kuning sedang menjulang Bendera Negeri yang terletak di atas satu susunan
lima warna Negeri iaitu biru zirkon, merah cili, putih, biru salji dan nilakandi. Di
bawahnya iaitu tubuh utama lambang ini yang berbentuk sebuah perisai. Bahagian
atas perisai ini tersusun tiga warna Negeri iaitu biru zirkon, putih dan merah cili
dalam bentuk V. Bahagian bawah perisai ini terdapat bentuk Gunung Kinabalu
berwarna nilakandi yang berlatarbelakangkan warna biru salji. Perisai itu dipangku
oleh sehelai skrol berwarna merah yang tertulis dengan cogankata negeri Sabah
"Sabah Maju Jaya" berwarna putih.Dua lengan yang menjulang Bendera Negeri itu
melambangkan perpaduan dan kerjasama di kalangan masyarakat berbagai kaum di
negeri ini ke arah kemajuan dan kejayaan.Lima warna yang tersusun itu bermakna
lima buah Bahagian Pentadbiran Negeri Sabah. Warna biru zirkon melambangkan
keamanan dan ketenteraman, warna putih melambangkan kemurnian dan keadilan.
Merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan. Biru Salji melambangkan
perpaduan dan kemakmuran sementara nilakandi melambangkan kekuatan dan
semangat kerjasama.Bentuk Gunung Kinabalu melambangkan Negeri Sabah.


BENDERA NEGERI SARAWAK
Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam
daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan
dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.Warna
kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan
serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.Warna hitam melambangkan
kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang
merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.Bintang yang berwarna kuning
bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di mana rakyatnya tinggal di
dalam harmonis.Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat
perjuangan kita untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.



LAMBANG NEGERI SARAWAK

Lambang negeri menjunjungkan kemegahan "Bumi Kenyalang: terbang tinggi dengan
aspirasi dan pencapaian dalam semua lapangan daya usaha, berpandukan ideologi
"politik pembangunan". Lencana negeri ini juga boleh membezakan keunggulan
Sarawak daripada negeri-negeri lain di dunia.










BENDERA NEGERI TERENGGANU
Latar belakang berwarna putih maksudnya D.Y.M.M. Sultan. Ia melingkungi tanah
hitamyang bermakna rakyat - oleh itu bermakna Sultan adalah memberi perlindungan
kepada seluruh rakyat baginda. Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama
negeri.








LAMBANG NEGERI TERENGGANU
Bulan bintang menunjukkan negeri Islam. Mahkota menandakan pemerintahan Di Raja.
Pedang, Keris Panjang dan Cokmar pula merupakan Alat Kebesaran Negeri. Manakala
di sebelah kanannya ialah Quran melambangkan Undang-undang. Buku Undang-undang
di sebelah kiri pula melambangkan keadilan. Wali/Selampai melambangkan Alat-alat
Istiadat Kebesaran.






BENDERA NEGERI SELANGOR
Empat bahagian yangberwarna kuning dan merah itu maksudnya daging dan darah
iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini. Bulan
bintang pula ialah sebagai Agama Islam, iaitu agama rasmi negeri dan kesucian Agama
Islam ditunjukkan dengan warna putih.






LAMBANG NEGERI SELANGOR
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri. Tombak merah di tengah-
tengah ialah Sambu-warna. Di sebelah kanan ialah Keris Pendek dan di Kiri pula Keris
Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri. Tulisan Jawi yang berbunyi
"Dipelihara Allah" ialah cogan negeri. Di bawah cogan pula ialah tali bengkong yang
dipakai sebagai iakt pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.



BENDERA PULAU PINANG
Warna biru muda maksudnya warna laut yang indah di sekeliling pulau itu. Warna
putih maksudnya negeri Pulau Pinang yang aman damai. Warna kuning tanda
kemakmuran. Pohon pinang ialh pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.








LAMBANG NEGERI PULAU PINANG
Pohon pinang ialah tanda asal nama pulau itu. Petak yang berwarna kuning
mengandungi gambar Jambatan Besar Pulau Pinang yang mempunyai dua (2) tiang dan
empat (4) kabel yang menegakkan tiang tersebut. Dua (2) tiang ini melambangkan
Serampang Dua Mata di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat. Empat (4) kabel pula menggambarkan empat (4) jenis
keturunan di negeri ini iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain.Jalur-jalur biru dan
putih yang menjadi simbol lautan berjumlah lima (5) tiap-tiap satu warna yang
memberi makna simbol lima prinsip Rukunegara dan lima daerah pentadbiran yang
terdapat di Pulau Pinang.

BENDERA NEGERI PERLIS
Warna kuning maksudnya D.Y.M.M. Raja. Warna biru maksudnya rakyat. Bendera itu
maknanya kerjasama yang erat di antara Raja dengan Rakyat baginda.











LAMBANG NEGERI PERLIS

Lengkaran padi itu maksudnya pekerjaan utama dan hasil utama negeri iaitu padi.
Perisai tanda kebanggaan negeri itu kerana kekayaan hasil padinya.













BENDERA NEGERI SEMBILAN
Tanah kuning itu maksudnya D.Y.M.M. Raja. Bahagian tiga segi yang berwarna merah
bermakna rakyat. Sementara bahagian tiga segi yang berwarna hitam maksudnya
Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian negeri ini.








LAMBANG NEGERI SEMBILAN
Sembilan tangkai padi di dalam perisai itu maksudnya sembilan buah negeri dalam
Gabungan Negeri Sembilan yang lama. Warna merah dalam perisai menunjukkan
hubungan-hubungan pada masa yang lalu dengan British. Warna hitam maksudnya
Datuk-datuk Undang. Warna kuning maknanya Yang Di Pertuan Besar. Bintang Pecah
Sembilan itu adalah juga menunjukkan sembilan buah negeri dalam gabungan lama.
Pedang dan sarungannya di atas perisai itu tanda keadilan. Di tengah-tengah antara
pedang dan sarung ialah "Changgai Putri" tanda Kebesaran Yang Di Pertuan Besar.


BENDERA NEGERI MELAKA
Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan
dan menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara
anak bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri
dan Malaysia.







LAMBANG NEGERI MELAKA

Warna merah, putih, kuning dan biru maknanya Melaka sebuah negeri dalam Malaysia.
Lima bilah keris maksudnya lima orang pahlawan termasyhur di Melaka pada zaman
dahulu. Anak bulan dan bintang pecah lima tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
Pokok Melaka ialah pohon dari mana negeri itu mendapat namanya. Dua ekor
pelandok yang memegang perisai ialah untuk memperingati riwayat tua iaitu
pelandoklah yang telah menyebabkan Raja Melaka yang pertama mengambil
keputusan untuk menetap dalam negeri ini dan membukanya.









BENDERA NEGERI KELANTAN

Latar belakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk, rakyat Raja.
Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.











LAMBANG NEGERI KELANTAN
Mahkota itu tanda Kedaulatan Sultan. Dua tombak dan dua keris maksudnya kekuatan
orang-orang Melayu Kelantan. Anak bulan dan bintang adalah tanda Islam. Dua pucuk
meriam maknanya bahawa negeri ini adalah sentiasa sedia untuk mempertahankan
dirinya. Dua ekor kijang mengingatkan kembali kepada sejarah tua negeri ini tatkala
Che' Wan Kembang (atau Che' Siti) Permaisuri Kelantan (kira-kira pada akhir kurun
yang ke 14) yang kerana terlalu kasih kepada kijang kesayangannya, telah
memerintahkan wang emas dicap dengan gambar binatang itu.
"BERSERAH KEPADA TUHAN KERAJAAN KELANTAN" ialah cogankata negeri ini.



BENDERA NEGERI PAHANG
Bendera negeri Pahang Darul Makmur mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan
hitam di bawah. Kedua-duanya sama lebar.Hitam adalah warna kebesaran Bendahara
melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintahan di negeri Pahang
adalah seorang yang bertaraf Bendahara.Putih adalah melambangkan Raja. Tambahan
warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah negeri
yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja. Ini juga membawa erti
bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat
istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada Raja
sebagai negeri beraja dan berdaulat.



LAMBANG NEGERI PAHANG

Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk
penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa
dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri
Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari
emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu
gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi
satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah
lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga
dijadikan azimat yang berguna.



BENDERA NEGERI PERAK

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning
dan hitam. Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.Warna putih melambangkan kebesaran
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.Warna kuning
melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul
Ridzuan.Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Amat Mulia Raja Di Hilir
Perak Darul Ridzuan.







LAMBANG NEGERI PERAK

Lambang Negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi Jata Ke Bawah Duli Yang Maha
Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jata ini dilingkungi dengan bulan sabit
yang mengandungi bunga padi.Jata melambangkan Kedaulatan Raja Pemerintah.Bulan
Sabit menandakan Agama Islam sebagai agama rasmi.Bunga padi menggambarkan
sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.








BENDERA NEGERI KEDAH

Bendera negeri memaparkan bulan sabit berwarna hijau di bawah perisai kuning
dan dilingkungi oleh jambangan padi berwarna kuning di atas latar belakang
merah. Merah adalah warna tradisional negeri dan juga melambangkan
kemewahan, sementara bulan sabit adalah simbol agama Islam. Perisai
melambangkan Sultan negeri sebagai pelindung dan penjaga rakyatnya









LAMBANG NEGERI KEDAH

Lengkaran itu maksudnya padi, tanaman utama negeri ini. Anak bulan tanda Agama
Islam. Perisai pula tanda kekuasaan.













BENDERA NEGERI JOHOR

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.














LAMBANG NEGERI JOHOR
Mahkota tanda D.Y.M.M. Raja Empat Bintang di sudut Perisai Putih itu menandakan
Empat Buah Jajahan besar asal negeri itu, iaitu Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan
Endau; sementara Bintang dan Anak Bulan di tengah pula, tanda Agama Islam. Dua
ekor Harimau yang memegang perisai itu mengingatkan kepada binatang-binatang
buas yang pada suatu masa dahulu merayau-rayau di negeri ini. Lukisan yang
berbunga-bunga di sebelah bawah perisai maksudnya Gambir dan Lada Hitam, dua
jenis hasil utama yang asal bagi negeri ini.
"KEPADA ALLAH BERSERAH" ialah cogan negeri itu.

You might also like