You are on page 1of 2

Ruj.

Kami: NBA4014/SKL700/6
Tarikh: 31 MAC 2014.

Pn Nor Fatin Aisha bt Sheffie,
Sekolah Kebangsaan Labu,
71900 Labu,
Negeri Sembilan.

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Labu,
71900 Labu,
Negeri Sembilan.

Tuan,

Perlantikan Sebagai Guru Penasihat Sekolah Kebangsaan Labu,Negeri Sembilan.

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuki perkara di atas berasaskan surat tuan
NBA4014/SKl700/2 bertarikh 31 Mac 2014


Permainan : Bola Baling


2. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas
kepercayaan dan keyakinan tuan melantik saya sebagai Guru Pemimpin/Penasihat Sekolah
Kebangsaan Labu mulai 31 Mac 2014.

3. Sehubungan itu, saya dengan sepenuh hati menerima perlantikan tersebut sebagai
sebahagian daripada tugas, kuasa dan tanggungjawab profesion saya, dan berikrar akan
menumpukan segala upaya dan segenap tenaga untuk menunai dan melaksanakannya.

4. Saya faham bahawa sekiranya saya lalai, alpa dan ingkar dalam melaksanakan tugas, kuasa
dan tanggungjawab yang diamanahkan ini, maka saya boleh dikenakan tindakan mengikut
Subseksyen 135(1) dan 135(2) Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan 4 dalam Bahagian II Peraturan-
Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sekian , terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

....
( NOR FATIN AISHA BT SHEFFIE)

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
2. Guru Penolong Kanan Kokurikulum





SEKOLAH KEBANGSAAN LABU
BATU 10,71900 LABU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS









Ruj.Tuan:NBA4014/SKL700/6
Tarikh: 31 Mac 2014.


Cik Nursheila bt Bacho,
Sekolah Kebangsaan Labu,
71900 LABU


Tuan,

PERLANTIKAN SEBAGAI GURU PENASIHAT DAN GURU PEMBIMBING

Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa dengan kuasa yang diberikan kepada saya oleh
Seksyen 130 Akta Pendidikan 1996 seperti termaktub dalam Peraturan (4) Warta kerajaan bertarikh
21 hb. Mei 1998 P.U.(A) 196, bahawa tuan telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Sukan dan
Guru Penasihat seperti berikut, berkuatkuasa mulai 31 Mac 2014 hingga 24 April 2014.


Permainan : Hoki


2. Bersama-sama ini disertakan senarai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh tuan.

3. Semoga dengan pelantikan ini tuan dapat menjalankan tanggungjawab untuk
meninggikan prestasi perkhidmatan pendidikan dan kokurikulum sekolah ini.

Sekian, terima kasih.


TERBILANG TRADISI KAMI

Saya yang menurut perintah,


.
(ISAHAK B MANAP)
Guru Besar Cemerlang,
Sk Labu








SEKOLAH KEBANGSAAN LABU
BATU 10,71900 LABU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

You might also like