You are on page 1of 31

PENGURUSAN KELAB SUKAN DI SEKOLAH MENENGAH

1. Senarai Jawatankuasa yang perlu ada atau dipilih dalam menjalankan aktiviti kelab
sukan adalah seperti berikut :
1.1 Pengerusi / Kapten
1.2 Naib Pengerusi / Naib Kapten / Naib Presiden / Naib Pengurus
1.3 Setiausaha
1.4 Penolong Setiausaha
1.5 Bendahari
1.6 Ahli Jawatankuasa
1.6.1.1 Unit Teknik / Pertandingan
1.6.1.2 Unit Pemasaran
1.6.1.3 Unit Peralatan / Logistik
1.6.1.4 Unit Kebajikan
1.6.1.5 Unit Kecemasan
1.6.1.6 Unit Perhubungan / Media
1.6.1.7 Unit Disiplin
1.6.1.8 Unit Dokumentasi
1.6.1.9 Unit Latihan

2. Senarai Tugas dan Tanggungjawab

2.1 Pengerusi
2.1.1 Mengetuai jawatankuasa untuk merancang, membimbing, dan
menyelaras aktiviti kelab.
2.1.2 Mempengerusikan semua mesyuarat seperti mesyuarat perancangan /
program / aktiviti kelab.
2.1.3 Meneliti catatan minit mesyuarat dan mengambil tindakan susulan.
a) Memastikan segala perancangan aktiviti berjalan lancar.
b) Mewakili kelab dalam mesyuarat kokurikulum.
2.1.4 Bertanggungjawab menyelesaikan masalah yang timbul dengan adil dan
berkesan.
2.1.5 Menyatupadukan semua ahli jawatankuasa dan ahli-ahli dalam semua
aspek.
2.1.6 Mencadang, merancang, membantu dalam aktiviti atau projek
menambah kewangan kelab seperti mengumpul dan menjual barang
kitar semula.

2.2 Naib Pengerusi

2.2.1 Mengambil alih tugas pengerusi semasa ketiadaan pengerusi.
Contohnya, jika pengerusi tidak hadir ke mesyuarat.
2.2.2 Mencadang, merancang, membantu dalam aktiviti atau projek
menambah kewangan kelab seperti mengumpul dan menjual barang
kitar semula.


2.3 Setiausaha

2.3.1 Mengedarkan borang permohonan ahli dan mendaftar ahli.
2.3.2 Menyusun agenda mesyuarat.
2.3.3 Mengedarkan minit mesyuarat yang lepas sebelum bermulanya
mesyuarat.
2.3.4 Mengambil kedatangan ahli.
2.3.5 Mencatat minit mesyuarat
2.3.6 Membuat carta organisasi.
2.3.7 Menguruskan surat menyurat seperti surat panggilan mesyuarat.
2.3.8 Menyediakan laporan mingguan dan tahunan.
2.3.9 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dan
pengerusi.
2.3.10 Menyimpan dan menyusun semua surat yang berkaitan dengan kelab
dalam fail kelab.
2.3.11 Membantu pengerusi merancang, melaksana dan menyelia kegiatan
sukan.
2.3.12 Mencadang, merancang, membantu dalam aktiviti atau projek
menambah kewangan kelab, seperti mengumpul dan menjual barang
kitar semula.

2.4 Penolong Setiausaha

2.4.1 Menjalankan tugas setiausaha semasa setiausaha tidak menghadiri
mesyuarat.
2.4.2 Membantu tugas setiausaha.
2.4.3 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dan
pengerusi.
2.4.4 Mencadang, merancang, membantu dalam aktiviti atau projek menambah
kewangan kelab seperti mengumpul dan menjual barang kitar semula.

2.5 Bendahari

2.5.1 Mengumpul sumbangan kelab.
2.5.2 Merekod penerimaan dan perbelanjaan wang.
2.5.3 Menyediakan penyata kewangan bulanan.
2.5.4 Membentangkan laporan kewangan pada hujung tahun dalam mesyuarat
agung.
2.5.5 Menyimpan wang tunai di tangan tidak melebihi RM20.00. Serahkan
lebihan wang kepada Guru Penasihat.
2.5.6 Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dan
pengerusi.
2.5.7 Mencadang, merancang, membantu dalam aktiviti atau projek menambah
kewangan kelab seperti mengumpul dan menjual barang kitar semula.

2.6 Unit Teknik / Pertandingan

2.6.1 Mengelola dan menyelaras sesuatu program / pertandingan dalam kelab
seperti penyediaan borang pendaftaran, sistem pertandingan, undian
permainan dan sebagainya.

2.7 Unit Pemasaran

2.7.1 Mencadang, merancang aktiviti atau projek untuk menambah dana
seperti menjual air minuman atau makanan.

2.8 Unit Peralatan / Logistik

2.8.1 Membantu Guru Penasihat mengeluarkan peralatan sukan yang
diperlukan dari stor sukan dan memulangkan semula.
2.8.2 Memastikan peralatan sukan dalam keadaan baik dan selamat
digunakan.
2.8.3 Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan kepada Guru
Penasihat.

2.9 Unit Kecemasan

2.9.1 Membantu Guru Penasihat memberi bantuan awal jika berlaku
kemalangan seperti kecederaan ringan semasa latihan.
2.9.2 Memastikan ada peti pertolongan cemas yang lengkap sewaktu aktiviti
dijalankan.
2.9.3 Melaporkan sebarang kemalangan kepada Guru Penasihat dan
pengerusi.

2.10 Unit Kebajikan

2.10.1 Menyediakan keperluan asas ahli seperti penyediaan minuman,
makanan dan sebagainya mengikut keperluan sesuatu aktiviti.

2.11 Unit Perhubungan / Media

2.11.1 Menghebahkan perancangan program kepada semua murid melalui
pengumuman dalam perhimpunan, poster, risalah, papan kenyataan
sekolah, sesawang sekolah atau saluran lain yang sesuai.
2.11.2 Merancang program khidmat masyarakat.

2.12 Unit Disiplin

2.12.1 Memastikan ahli memakai pakaian yang sesuai semasa menyertai
aktiviti.
2.12.2 Mengawal disiplin murid seperti mengumpul ahli, menjalankan aktiviti
mengikut giliran.

2.13 Unit Dokumentasi

2.13.1 Mengambil gambar semasa aktiviti atau program dijalankan.
2.13.2 Membuat dokumentasi bergambar.
2.13.3 Mengeluarkan buletin / risalah.


2.14 Unit Latihan

2.14.1 Membahagikan ahli mengikut kumpulan jika perlu.
2.14.2 Membantu Guru Penasihat dan pengerusi merancang aktiviti latihan
sepanjang tahun.
2.14.3 Menjalankan aktiviti latihan mengikut rancangan.
LAMPIRAN A
STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN KELAB SUKAN





























Pengerusi / Kapten
Naib Pengerusi / Naib Kapten
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa
Unit Teknik /
Pertandingan
Unit
Peralatan
Unit
Perhubungan / Media



Unit
Pemasaran

Unit
Kebajikan
Unit
Disiplin
Unit
Dokumentasi
Unit
Kecemasan

Unit
Latihan



LAMPIRAN B
CONTOH LAPORAN PERJUMPAAN / AKTIVITI NO. 3
1. Guru Penasihat yang hadir : i) En. Ahmad Jamil bin Salleh
ii) Pn. Soleha bt. Salihin
iii) En. Mohd. Aman bin Mohd. Amin
2. Tarikh : 03.03.2011 4. Hari : Khamis
3. Tempat : Dewan Tan Sri Lanang 5. Masa : 3.30 ptg
6. Kehadiran : 45 orang Bilangan ahli kelab : 63 orang
7. Aktiviti yang dijalankan :
a. Memanaskan badan
b. Regangan
c. Servis
d. Hantaran lambung
e. Backhand
8. Pencapaian aktiviti :
Murid menunjukkan minat dan menumpukan perhatian. Dengan keadaan ruang
gelanggang yang terhad, hanya 50% daripada murid yang dapat menjalankan aktiviti pada
suatu masa, manakala 50% lagi terpaksa menunggu giliran. Keadaan ini berlaku kerana dewan
dikongsi dengan kumpulan kokurikulum lain.

9. Komen guru penasihat : Kehadiran murid memuaskan dan mereka
melaksanakan aktiviti yang dirancang.
10. Tandatangan - i) Guru Penasihat : ( Ahmad bin Jamil )
ii) Setiausaha : ( Ali bin Jaan )
LAMPIRAN C
CONTOH LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN
Tarikh Perkara Penerimaan
(RM)
Perbelanjaan
(RM)
Baki (RM)
25.01.11 Penerimaan wang sumbangan
Ahli Kelab Badminton RM5.00
X 63 orang
315.00 315.00
16.02.11 Sumbangan daripada PIBG
untuk Lawatan Sambil Belajar
ke MSN
200.00 515.00
17.02.11 Minuman untuk ahli kelab
semasa aktiviti kelab
RM30.00 X 10 kali perjumpaan
300.00 215.00
20.02.11 Makanan tengah hari ahli
kelab semasa lawatan sambil
belajar ke MSN
RM5.00 X 43 orang
215.00 0.00
30.03.11 Hasil keuntungan jualan Hari
Usahawan
350.00 350.00
09.05.11 Yuran penyertaan
pertandingan antara kelas
RM10.00 X 30 pasukan
300.00 650.00
07.07.11 Bayaran kepada pembekal T-
shirt RM9.00 X 70 pasang
630.00 20.00
16.07.11 Hasil jualan T-shirt Kelab
Badminton
RM10.00 X 63 pasang
630.00 650.00
04.08.11 Hasil jualan projek kitar
semula
180.00 830.00
13.08.11 Perbelanjaan untuk
pertandingan antara kelas
a. Bayaran saguhati
pengadil dan penjaga
garisan.
b. Minuman
c. Alat tulis
d. Hadiah
e. Kain rentang






70.00

40.00
20.00
140.00
40.00






520.00
05.10.11 Jamuan akhir tahun
a. Makan & minum
RM8.00 X 60 orang
b. Cenderamata untuk
AJK tingkatan 5,
RM5.00 X 8 orang




480.00

40.00




0.00
Jumlah RM1975.00 RM1975.00
Tandatangan : 1) Guru Penasihat ( Ahmad bin Jamil )
2) Bendahari ( Anisah bin Juhaini )
LAMPIRAN D
CONTOH LAPORAN TAHUNAN

LAPORAN KELAB SUKAN TAHUN 2011

Nama Kelab : Kelab Badminton
Guru Penasihat : 1.............................................................................
2. ............................................................................
3. .............................................................................
Pengerusi : ..........................................................
Naib Pengerusi : ..............................................................
Setiausaha : ....................................................................
Penolong Setiausaha : ................................................................
Bendahari : ........................................................................
Ahli Jawatankuasa : 1.............................................................................
2. ............................................................................
3. .............................................................................
Keahlian :

M C I Lain-lain Jumlah
L P L P L P L P L P
Peralihan
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5
Jumlah


Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun :

Bil Tarikh Aktiviti Catatan
1 18.1.2011 Mesyuarat agung.
2 28.1.2011
Memperkenalkan permainan badminton
secara teori dan menjalankan latihan asas.

3 16.2.2011 Lawatan ke MSN.
Bermanfaat
kepada ahli-ahli
4 30.3.2011 Menjual makanan pada Hari Usahawan.
Menerima untung
RM350.00

Pencapaian / Kekuatan :

Aktiviti yang dirancang sepanjang tahun telah dapat dilaksanakan dengan berjaya. Semua ahli
memberi kerjasama yang baik. Pengerusi telah menunjukkan teladan yang baik dalam
mendorong AJK lain.

Masalah :

Ahli jawatankuasa masih tidak dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan yakin dan
memerlukan banyak bimbingan. Tiada jurulatih bertauliah yang boleh melatih ahli-ahli kelab.

Cadangan :

Pihak sekolah dapat membekalkan seorang jurulatih yang berkemahiran supaya ahli-ahli
mendapat lebih banyak manfaat.




Disediakan oleh : Disemak oleh :

......................................... ................................
(Setiausaha) (Guru Penasihat)









LAMPIRAN E
CONTOH MINIT MESYUARAT
MINIT MESYUARAT KELAB SUKAN BADMINTON KALI KEDUA TAHUN 2011

Tarikh : 20 Januari 2011
Masa : 2.00 petang
Hari : Khamis
Tempat : Kelas 3 Bestari
Kehadiran : 18 orang (Seperti Lampiran)
Tidak Hadir : 2 orang

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Saudara Halimi Halim, selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru
penasihat dan ahli-ahli kelab serta mengucapkan ribuan terima kasih.

2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Saudara Kamil bin Ahmad mencadangkan supaya minit mesyuarat ini disahkan.
2.2 Saudari Anisah Ali mencadangkan supaya pengesahan minit mesyuarat ini
disokong.
Tindakan : Makluman
3. Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh pertandingan antara kelas ditunda pada
suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian atas sebab-sebab tertentu.
Tindakan : Makluman

4. Tugasan Jawatankuasa

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pada 10 Februari 2011 akan diadakan
pertandingan antara ahli kelab badminton. Tujuannya adalah untuk mencari
bakat-bakat baru pemain untuk diketengahkan. Bakat-bakat ini akan diserapkan
ke dalam pasukan sekolah.
4.2 Saudari Rafidah Sudin sebagai Ketua Jawatankuasa Unit Perhubungan, perlu
membuat pengumuman di dalam perhimpunan dan menampal makluman
pertandingan di semua tempat yang sesuai.
Tindakan : Rafidah Sudin

5. Hal-hal Lain

5.1. Pengerusi mencadangkan agar aktiviti dilaksanakan dengan melibatkan semua
ahli kelab.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.00 petang.

Disediakan oleh :
Setiausaha
Kelab Sukan Badminton
LAMPIRAN F

CONTOH TATACARA PENGELOLAAN PERTANDINGAN

Sebelum Pertandingan

1. Mengadakan mesyuarat untuk membincangkan maklumat, membuat keputusan
berkaitan pertandingan seperti tarikh, masa, sasaran murid, perbelanjaan, sistem
pertandingan, dan hadiah.
2. Menyediakan borang pendaftaran dan borang markah.
3. Mengagih dan mengumpul semula borang pendaftaran.
4. Memaklumkan program kepada ahli-ahli.
5. Menguruskan penyediaan pengadil, hakim, penjaga garisan, peralatan seperti jam
randik, papan tulis, wisel, bola dan lain-lain mengikut kesesuaian.
6. Menyediakan tempat pertandingan, seperti membuat garisan padang / gelanggang,
kelengkapan lain seperti bola, meja, kerusi yang diperlukan.
7. Tentukan penyampai hadiah.

Semasa Pertandingan

1. Menyediakan air minuman semasa pertandingan.
2. Menguruskan majlis penyampaian hadiah.
3. Mengambil gambar untuk didokumentasikan.

Selepas Pertandingan

1. Menyerahkan keputusan pertandingan kepada setiausaha untuk difailkan selepas
pertandingan.
2. Menyediakan dokumentasi bergambar.












LAMPIRAN G
CONTOH TATACARA MENGURUSKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Sebelum Lawatan

1. Membincang dalam mesyuarat jawatankuasa tentang maklumat lawatan seperti tarikh,
tempat, tujuan lawatan, anggaran perbelanjaan, bilangan peserta dan lain-lain maklumat
yang berkaitan.
2. Menghebahkan maklumat lawatan ini kepada ahli-ahli kelab.
3. Membuat kertas kerja untuk mendapat kelulusan pengetua.
4. Mengumpul data maklumat ahli rombongan dan mengutip bayaran.
5. Memohon ke Unit Perhubungan dan Pendaftaran di jabatan pelajaran negeri dengan
menggunakan borang PS1, PS2, PS3 dan sertakan kertas kerja 6 minggu sebelum tarikh
lawatan.
6. Menguruskan tempat penginapan, insurans murid, pengangkutan dan berhubung dengan
pihak-pihak yang berkaitan untuk kelulusan lawatan.
7. Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa dan mengutip balik keratan jawapan.
8. Memberi taklimat lawatan kepada peserta. Mengedarkan senarai peralatan yang perlu
dibawa jika ada.

Semasa Lawatan

1. Menyerahkan maklumat lawatan ke balai polis di negeri yang dilalui dalam perjalanan
lawatan.
2. Mengambil gambar untuk tujuan dokumentasi.
3. Mengedarkan borang penilaian program kepada peserta.

Selepas Lawatan

1. Membuat laporan lawatan.
2. Mendokumentasikan semua surat-menyurat, laporan, gambar, kertas kerja dan lain-lain
dokumen yang berkaitan dengan lawatan.
3. Menyerahkan dokumentasi yang lengkap kepada guru penasihat / PK Kokurikulum.














LAMPIRAN H


SUSUNAN AGENDA MESYUARAT KELAB SUKAN



1. Ucapan alu-aluan Pengerusi

2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

3. Perkara berbangkit.

4. Laporan Ahli Jawatnkuasa.

5. Hal-hal lain.

6. Menetapkan tarikh mesyuarat yang akan datang.

7. Penangguhan mesyuarat.













LAMPIRAN J

CADANGAN FORMAT PENGAGIHAN KELAB SUKAN
MENGIKUT JUMLAH PELAJAR SEKOLAH


Langkah 1
Pembahagian jantina mengikut tahun / tingkatan.

Contoh :

Jumlah murid : 1000 orang
Pelajar lelaki : 450 orang
Pelajar perempuan : 550 orang

Langkah 2

Membezakan jenis sukan untuk lelaki, perempuan dan campuran.

Contoh :
Lelaki (L) Perempuan (P) Lelaki & Permpuan (L&P)
1. Bola Sepak
2. Sepak Takraw

1. Bola Jaring

1. Badminton
2. Ping Pong
3. Olahraga
4. Bola Tampar
5. Hoki
6. Bola Baling
7. Bola Keranjang

Langkah 3
Kaedah pengiraan untuk menentukan bilangan pelajar setiap kelab supaya seimbang.
i. Jumlah pelajar lelaki_____
Bilangan kelab ( L + L & P)

= __450 orang = 50 orang setiap kelab.
9

ii. Jumlah murid perempuan_______
Bilangan kelab (P + L & P)

= 550 orang = 68 atau 69 orang setiap kelab
8

LAMPIRAN K

CADANGAN FORMAT PENGAGIHAN KELAB SUKAN
MENGIKUT TAHUN / TINGKATAN

Langkah 1

Dapatkan jumlah murid mengikut jantina.

Contoh :

Jumlah murid tahun 4 : 200 orang
Lelaki : 80 orang
Perempuan : 120 orang

Langkah 2

Bezakan jenis sukan mengikut kategori.

Contoh :

Lelaki (L) Perempuan (P) Lelaki & Permpuan (L&P)
1. Bola Sepak
2. Sepak Takraw

1. Bola Jaring

1. Badminton
2. Ping Pong
3. Olahraga
4. Bola Tampar
5. Hoki
6. Bola Baling


Langkah 3
Kaedah pengiraan
Bilangan Ahli Lelaki = Jumlah Lelaki = 80
Bilangan kelab (L + L & P) 8

= 10 orang

Bilangan Ahli Perempuan = ___Jumlah Perempuan = 120
Bilangan kelab (P + L & P) 7

= 17 atau 18 orang

LAMPIRAN L
CADANGAN FORMAT KERTAS KERJA AKTIVITI / PROGRAM KELAB SUKAN
KEJOHANAN FUTSAL ANTARA KELAS TAHUN 2011

1. Pendahuluan

Dasar 1Murid 1Sukan mengenengahkan murid yang kurang aktif dalam sukan agar dapat
mengembangkan potensi dan bakat murid ke arah kecemerlangan sukan.

2. Objektif Aktiviti / Program

2.1 Menerapkan nilai-nilai murni dan kepimpinan melalui kelab sukan.
2.2 Mewujudkan integrasi kaum melalui penyertaan dalam kelab sukan.

3. Tarikh Aktiviti / Program

20 April 2011

4. Tempat / Lokasi Aktiviti

Padang sekolah.

5. Sasaran / Peserta

Pasukan daripada tingkatan peralihan hingga tingkatan 5 .

6. Tentatif Aktiviti

( Rujuk Lampiran A )

7. Anggaran belanjawan

Bil. Perkara Jumlah (RM) Pembekal
1
2
3
Hadiah
Saguhati pengadil
Minuman

Jumlah besar
Sumber kewangan: Peruntukan kerajaan (sukan)

8. Penutup

Dengan adanya kejohanan ini bakat dan penglibatan pelajar akan terserlah dan
berkembang.

Disediakan oleh Setiausaha. Disemak oleh Guru Penasihat Disokong oleh PK


Ulasan dan Pengesahan Pengetua / Guru Besar

.



















LAMPIRAN M
CADANGAN FORMAT SENARAI SEMAK

Bil Perkara
Tindakan
Catatan
Ya Tidak
1. Menyediakan kertas kerja.
2. Mengenalpasti tarikh, tempat, masa.
3. Mesyuarat (agihan tugas jawatankuasa).
4.
Sumber kewangan(mengenal pasti dan
pengesahan sumber kewangan).

5. Peralatan.
6. Lain-lain












LAMPIRAN N

LATIHAN RANGSANGAN

1. Salah satu aktiviti/program kelab bola sepak ialah mengadakan kejohanan bola sepak
antara kelas. Selaku Pengerusi / Kapten kelab permainan, apakah langkah-langkah
yang perlu diambil dalam melaksanakan kejohanan ini.
2. Kelab anda memerlukan perbelanjaan yang banyak dalam menjalankan aktiviti yang
dirancang. Huraikan bagaimana kelab anda mengatasi masalah ini.

3. Apakah yang perlu anda lakukan sebelum sesuatu mesyuarat dijalankan.

4. Dalam kejohanan bola jaring antara kelas terdapat 10 pasukan akan mengambil
bahagian. Tentukan jumlah bilangan perlawanan sekiranya sistem permainan ini
berbentuk liga KUMPULAN.

5. Anda merupakan seorang pengerusi Kelab Bola Keranjang. Kelab ini mempunyai ahli
seramai 40 orang. Anda dikehendaki menganjurkan suatu lawatan sambil belajar.
Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjayakan program ini
6. Rancangkan aktiviti sepanjang tahun untuk kelab anda.
7. Bagaimana anda mengurus aktiviti berbentuk ceramah.
8. Selaku Ketua Unit Pertandingan Kelab Ping Pong, sediakan satu kertas kerja untuk
menganjurkan satu pertandingan ping pong antara rumah sukan di sekolah anda. Anda
dilantik sebagai bendahari kelab. Bagaimanakah cara anda mengutip yuran daripada
ahli.
9. Sebagai pengerusi kelab, terangkan cara-cara yang boleh anda gunakan untuk menarik
minat ahli kelab supaya menghadiri setiap perjumpaan kelab.
10. Anda telah dilantik sebagai pengerusi pertandingan bola sepak. Apakah sistem
pertandingan yang sesuai digunakan sekiranya terdapat 11 pasukan.
11. Anda dilantik sebagai bendahari kelab. Bagaimanakah cara anda mengutip yuran
daripada ahli.
12. Sebagai pengerusi kelab, terangkan cara-cara yang boleh anda gunakan untuk menarik
minat ahli kelab supaya menghadiri setiap perjumpaan kelab.


PENGURUSAN KELAB SUKAN DI SEKOLAH RENDAH
1. Senarai Jawatankuasa Organisasi :

STRUKTUR ORGANISASI PENGURUSAN KELAB SUKAN





























Pengerusi / Kapten
Naib Pengerusi / Naib Kapten
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
Ahli Jawatankuasa
Unit Teknik /
Pertandingan
Unit
Peralatan
Unit
Perhubungan / Media



Unit
Pemasaran

Unit
Kebajikan
Unit
Disiplin
Unit
Dokumentasi
Unit
Kecemasan

Unit
Latihan


2. Senarai Tugas dan Tanggungjawab.





































1. PENGERUSI
i. Melaksanakan aktiviti yang telah dirancang.
ii. Mempengerusikan mesyuarat.
iii. Memastikan semua ahli bekerjasama sebagai satu pasukan.
v. Menjalankan aktiviti bersama-sama ahli untuk menambahkan
kewangan kelab, contohnya menjual barang kitar semula.




2. SETIAUSAHA
i. Mendaftarkan ahli kelab.
ii. Menyusun agenda mesyuarat.
iii. Mengeluarkan notis mesyuarat.
iv. Mengedarkan minit mesyuarat yang lepas.
v. Mengambil kedatangan ahli.
vi. Mencatat minit mesyuarat.
vii. Membuat carta organisasi.
viii. Menyediakan laporan mingguan dan tahunan.
ix. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dan Pengerusi.
x. Menjalankan aktiviti bersama-sama ahli untuk menambahkan kewangan
kelab,contohnya menjual barang kitar semula.



3. BENDAHARI
i. Mengumpul sumbangan kelab.
ii. Merekod penerimaan dan perbelanjaan wang.
iii. Menyerah kutipan sumbangan kepada Guru Penasihat.
iv. Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat dan pengerusi.
v. Menjalankan aktiviti bersama-sama ahli untuk menambahkan
kewangan kelab, contohnya menjual barang kitar semula.




























4. UNIT TEKNIK / PERTANDINGAN
Menjalankan sesuatu program / pertandingan dalam kelab seperti
penyediaan borang pendaftaran, undian pemainan dan sebagainya.

5. UNIT PEMASARAN
Merancang aktiviti atau projek untuk menambah kewangan seperti
menjual air minuman atau makanan.







7. UNIT KECEMASAN
i. Membantu Guru Penasihat memberi bantuan awal jika berlaku
kemalangan seperti kecederaan ringan semasa latihan.
ii. Memastikan ada peti pertolongan cemas yang lengkap sewaktu aktiviti
dijalankan.
iii. Melaporkan sebarang kemalangan kepada Guru Penasihat.



8. UNIT KEBAJIKAN
Menyediakan keperluan asas ahli seperti minuman, makanan
dan sebagainya mengikut keperluan sesuatu aktiviti.



6. UNIT PERALATAN
i. Membantu Guru Penasihat mengeluarkan peralatan sukan
yang diperlukan dari stor sukan dan memulangkan semula.
ii. Memastikan peralatan sukan dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
iii. Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan kepada Guru
Penasihat / guru sukan.




























9. UNIT PERHUBUNGAN / MEDIA
Menghebahkan perancangan program kepada semua pelajar melalui
pengumuman dalam perhimpunan dan papan kenyataan sekolah.




10. UNIT DISIPLIN
i. Memastikan ahli memakai pakaian yang sesuai mengikut aktiviti.
ii. Mengawal disiplin murid seperti mengumpul ahli, menjalankan aktiviti mengikut
giliran.





11. UNIT DOKUMENTASI
i. Mengambil gambar semasa aktiviti atau program dijalankan.
ii. Membuat dokumentasi bergambar.
iii. Mengeluarkan buletin / risalah.




12. UNIT LATIHAN
i. Membahagikan ahli mengikut kumpulan jika perlu.
ii. Membantu Guru Penasihat dan pengerusi merancang aktiviti latihan
sepanjang tahun.
iii. Menjalankan aktiviti latihan mengikut rancangan.








Lampiran A
CONTOH LAPORAN PERJUMPAAN / AKTIVITI NO. 3
1. Guru Penasihat yang hadir : i) En. Ahmad Jamil bin Salleh
ii) Pn. Soleha bt. Salihin
iii) En. Mohd. Aman bin Mohd. Amin
2. Tarikh : 03.03.2011 4. Hari : Khamis
3. Tempat : Dewan Tan Sri Lanang 5. Masa : 3.30 ptg
6. Kehadiran : 45 orang Bilangan ahli kelab : 63 orang
7. Aktiviti yang dijalankan :
a. Memanaskan badan
b. Regangan
c. Servis
d. Hantaran lambung
e. Backhand
8. Pencapaian aktiviti :
Murid menunjukkan minat dan menumpukan perhatian. Dengan keadaan ruang
gelanggang yang terhad, hanya 50% daripada murid yang dapat menjalankan aktiviti pada
sesuatu masa, manakala 50% lagi terpaksa menunggu giliran. Keadaan ini berlaku kerana
dewan dikongsi dengan kumpulan kokurikulum lain.

9. Komen guru penasihat : Kehadiran murid memuaskan dan mereka
melaksanakan aktiviti yang dirancang.
10. Tandatangan - i) Guru Penasihat : ( Ahmad bin Jamil )
ii) Setiausaha : ( Ali bin Jaan )
Lampiran B
CONTOH LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN
Tarikh Perkara
Penerimaan
(RM)
Perbelanjaan
(RM)
Baki (RM)
25.01.11 Penerimaan wang sumbangan Ahli
Kelab Badminton
RM5.00 X 63 orang
315.00 315.00
16.02.11 Sumbangan daripada PIBG untuk
Lawatan Sambil Belajar ke MSN
200.00 515.00
17.02.11 Minuman untuk ahli kelab semasa
aktiviti kelab
RM30.00 X 10 kali perjumpaan
300.00 215.00
20.02.11 Makan tengah hari ahli kelab semasa
lawatan sambil belajar ke MSN
RM5.00 X 43 orang
215.00 0.00
30.03.11 Hasil keuntungan jualan Hari
Usahawan
350.00 350.00
09.05.11 Yuran penyertaan pertandingan
antara kelas RM10.00 X 30 pasukan
300.00 650.00
07.07.11 Bayaran kepada pembekal T-shirt
RM9.00 X 70 pasang
630.00 20.00
16.07.11 Hasil jualan T-shirt Kelab Badminton
RM10.00 X 63 pasang
630.00 650.00
04.08.11 Hasil jualan projek kitar semula 180.00 830.00
13.08.11 Perbelanjaan untuk pertandingan
antara kelas
a. Bayaran saguhati pengadil dan
penjaga garisan.
b. Minuman
c. Alat tulis
d. Hadiah
e. Kain rentang






70.00

40.00
20.00
140.00
40.00






520.00
05.10.11 Jamuan akhir tahun
a. Makan & minum RM8.00 X 60
orang
b.Cenderamata untuk AJK tahun 6,
RM5.00 X 8 orang



480.00


40.00




0.00
Jumlah RM1975.00 RM1975.00

Tandatangan : 1) Guru Penasihat (Ahmad bin Jamil )
2) Bendahari ( Anisah bin Juhaini )


LAMPIRAN C
CONTOH LAPORAN TAHUNAN

LAPORAN KELAB SUKAN TAHUN 2011

Nama Kelab : Kelab Badminton
Guru Penasihat : 1.............................................................................
2. ............................................................................
3. .............................................................................
Pengerusi : ..........................................................
Naib Pengerusi : ..............................................................
Setiausaha : ....................................................................
Penolong Setiausaha : ................................................................
Bendahari : ........................................................................
Ahli Jawatankuasa : 1.............................................................................
2. ............................................................................
3. .............................................................................
Keahlian :

M C I Lain-lain Jumlah
L P L P L P L P L P
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
Jumlah


Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun :

Bil Tarikh Aktiviti Catatan
1 18.1.2011 Mesyuarat agung.
2 28.1.2011
Memperkenalkan permainan badminton
secara teori dan menjalankan latihan asas.

3 16.2.2011 Lawatan ke MSN.
Bermanfaat
kepada ahli-ahli
4 30.3.2011 Menjual makanan pada Hari Usahawan.
Menerima untung
RM350.00

Pencapaian / Kekuatan :

Aktiviti yang dirancang sepanjang tahun telah dapat dilaksanakan dengan berjaya. Semua ahli
memberi kerjasama yang baik. Pengerusi telah menunjukkan teladan yang baik dalam
mendorong AJK lain.

Masalah :

Ahli jawatankuasa masih tidak dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan yakin dan
memerlukan banyak bimbingan. Tiada jurulatih bertauliah yang boleh melatih ahli-ahli kelab.

Cadangan :

Pihak sekolah dapat membekalkan seorang jurulatih yang berkemahiran supaya ahli-ahli
mendapat lebih banyak manfaat.




Disediakan oleh : Disemak oleh :

......................................... ................................
(Setiausaha) (Guru Penasihat)









LAMPIRAN D
CONTOH MINIT MESYUARAT
MINIT MESYUARAT KELAB SUKAN BADMINTON KALI KEDUA TAHUN 2011

Tarikh : 20 Januari 2011
Masa : 2.00 petang
Hari : Khamis
Tempat : Kelas 3 Bestari
Kehadiran : 18 orang (Seperti Lampiran)
Tidak Hadir : 2 orang

1. Ucapan Pengerusi

1.2 Saudara Halimi Halim, selaku pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru-guru
penasihat dan ahli-ahli kelab serta mengucapkan ribuan terima kasih.

2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu

2.1 Saudara Kamil bin Ahmad mencadangkan supaya minit mesyuarat ini disahkan.
2.2 Saudari Anisah Ali mencadangkan supaya pengesahan minit mesyuarat ini
disokong.
Tindakan : Makluman
3. Perkara Berbangkit

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa tarikh pertandingan antara kelas ditunda pada
suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian atas sebab-sebab tertentu.
Tindakan : Makluman

4. Tugasan Jawatankuasa

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pada 10 Februari 2011 akan diadakan
pertandingan antara ahli kelab badminton. Tujuannya adalah untuk mencari
bakat-bakat baru pemain untuk diketengahkan. Bakat-bakat ini akan diserapkan
ke dalam pasukan sekolah.
4.2 Saudari Rafidah Sudin sebagai Ketua Jawatankuasa Unit Perhubungan, perlu
membuat pengumuman di dalam perhimpunan dan menampal makluman
pertandingan di semua tempat yang sesuai.
Tindakan : Rafidah Sudin

5. Hal-hal Lain

5.1. Pengerusi mencadangkan agar aktiviti dilaksanakan dengan melibatkan semua
ahli kelab.
Tindakan : Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada 3.00 petang.

Disediakan oleh :
Setiausaha
Kelab Sukan Badminton
LAMPIRAN E

CONTOH TATACARA PENGELOLAAN PERTANDINGAN

Sebelum Pertandingan

1. Mengadakan mesyuarat untuk membincangkan maklumat, membuat keputusan
berkaitan pertandingan seperti tarikh, masa, sasaran murid, perbelanjaan, sistem
pertandingan, dan hadiah.
2. Menyediakan borang pendaftaran dan borang markah.
3. Mengagih dan mengumpul semula borang pendaftaran.
4. Memaklumkan program kepada ahli-ahli.
5. Menguruskan penyediaan pengadil, hakim, penjaga garisan, peralatan seperti jam
randik, papan tulis, wisel, bola dan lain-lain mengikut kesesuaian.
6. Menyediakan tempat pertandingan, seperti membuat garisan padang / gelanggang,
kelengkapan lain seperti bola, meja, kerusi yang diperlukan.
7. Tentukan penyampai hadiah.

Semasa Pertandingan

1. Menyediakan air minuman semasa pertandingan.
2. Menguruskan majlis penyampaian hadiah.
3. Mengambil gambar untuk didokumentasikan.

Selepas Pertandingan

1. Menyerahkan keputusan pertandingan kepada setiausaha untuk difailkan selepas
pertandingan.
2. Menyediakan dokumentasi bergambar.












LAMPIRAN F
CONTOH TATACARA MENGURUSKAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Sebelum Lawatan

1. Membincang dalam mesyuarat jawatankuasa tentang maklumat lawatan seperti tarikh,
tempat, tujuan lawatan, anggaran perbelanjaan, bilangan peserta dan lain-lain maklumat
yang berkaitan.
2. Menghebahkan maklumat lawatan ini kepada ahli-ahli kelab.
3. Membuat kertas kerja untuk mendapat kelulusan pengetua.
4. Mengumpul data maklumat ahli rombongan dan mengutip bayaran.
5. Memohon ke Unit Perhubungan dan Pendaftaran di jabatan pelajaran negeri dengan
menggunakan borang PS1, PS2, PS3 dan sertakan kertas kerja 6 minggu sebelum
tarikh lawatan.
6. Menguruskan tempat penginapan, insurans murid, pengangkutan dan berhubung
dengan pihak-pihak yang berkaitan untuk kelulusan lawatan.
7. Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa dan mengutip balik keratan jawapan.
8. Memberi taklimat lawatan kepada peserta. Mengedarkan senarai peralatan yang perlu
dibawa jika ada.

Semasa Lawatan

1. Menyerahkan maklumat lawatan ke balai polis di negeri yang dilalui dalam perjalanan
lawatan.
2. Mengambil gambar untuk tujuan dokumentasi.
3. Mengedarkan borang penilaian program kepada peserta.

Selepas Lawatan

1. Membuat laporan lawatan.
2. Mendokumentasikan semua surat-menyurat, laporan, gambar, kertas kerja dan lain-lain
dokumen yang berkaitan dengan lawatan.
3. Menyerahkan dokumentasi yang lengkap kepada guru penasihat / PK Kokurikulum.














LAMPIRAN G


SUSUNAN AGENDA MESYUARAT KELAB SUKAN



1. Ucapan alu-aluan Pengerusi

2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.

3. Perkara berbangkit.

4. Laporan Ahli Jawatnkuasa.

5. Hal-hal lain.

6. Menetapkan tarikh mesyuarat yang akan datang.

7. Penangguhan mesyuarat.

You might also like