You are on page 1of 16

TUGASAN 1

ASAS PENGURUSAN DATA



NAMA : RIZAL BIN OSMAN
NO. MATRIK : D20102040998
KUMP. : UPSI09(A122PJJ)
NAMA PENSYARAH : EN . ZUHAIDI BIN MUKRIM
TARIKH SERAHAN : 17 MAC 2013








BIL TAJUK MUKA SURAT

1. Sejarah dan Kegunaan Statistik

1-3
2. Pengumpulan dan Pengurusan Data

4-5
3. Pewakilan Data

6-8
4. Sukatan Kecenderungan Memusat

9-11
5. Sukatan Serakan

12-13
6. Rujukan

14










1

Sejarah dan kegunaan statistik
Statistik ialah satu cabang dalam bidang sains matematik yang berkaitan dengan
pengumpulan data, persembahan, analisa dan penginteprestasian data tersebut. Dalam dunia
pendidikan, statistik ialah satu proses yang melibatkan pengumpulan dan penyusunan data
serta penganalisisan data tersebut. Manakala jika dirujuk pada kebanyakkan buku-buku teks
statistik, ianya ditakrifkan sebagai satu disiplin yang menguruskan kesemua aspek dalam
pengumpulan, pemprosesan, perwakilan dan pentafsiran data.
Statistik berasal daripada perkataan latin yang membawa maksud status dan statista
Wikipedia.com pula mentafsirkan bahawa perkataan statistik itu sendiri datangnya daripada
perkataan state yang memberi makna Negara atau pemerintah.Mengetahui sejarah mengenai
statistic adalah sangat penting untuk kita lebih menghargainya dan cuba memahami konsep
disebaliknya. Sebagai contoh, pada zaman dahulu manusia telah menggunakan konsep
statistik di dalam kehidupan seharian mereka seperti mengumpulkan maklumat diskriptif
daripada 158 negeri untuk dipersembahkan kepada Maharaja Iskandar Zulkarnain. Tokoh-tokoh
statistik seperti R.A Fisher (1890-19620, J.Newman (1895) dan ES Pearson (1895) memberi
sumbangan besar terhadap perkembangan statistic itu sendiri. Mengenali dan memahami tokoh
statistic dunia menjadikan saya lebih teruja untuk mempelajari bidang ini.
Terdapat beberapa kepentingan dalam mempelajari sejarah statistik dan kegunaannya.
Antaranya ialah dalam konteks sistem persekolahan, data yang paling penting ialah
pengumpulan markah murid-murid dalam pelbagai mata pelajaran. Pengumpulan markah
adalah menerusi set-set ujian yang dijalankan di dalam kelas semasa ujian bulanan mahupun
peperiksaan pertengahan dan hujung tahun. Data yang dikumpul oleh guru-guru ialah dalam
bentuk skor mentah dan berada dalam susunan rawak. Oleh itu data ini tidak boleh digunakan
oleh guru-guru untuk membuat tafsiran atau analisis terhadap prestasi murid-muridnya.
Seorang guru perlu mengorganisasi dan mempamerkan skor dalam bentuk yang teratur supaya
ia bermakna.
Justeru itu, markah-markah yang diperoleh oleh murid-murid dalam satu peperiksaan
haruslah disusun oleh guru-guru daripada markah yang paling rendah kepada markah paling
tinggi atau sebaliknya supaya guru tersebut dapat mengira kekerapan untuk skor mentah ini.
Guru-guru perlu menggunakan data stastikal supaya ia boleh dianalisa. Oleh hal yang
demikian, pengetahuan mengenai statistik amatlah penting bagi membolehkan guru untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

2

Statistik juga penting dipelajari kerana dalam bidang pendidikan, statistik boleh
digunakan untuk menyampaikan maklumat, mengetahui hubungan antara dua pemboleh ubah,
menguji hipotesis dan untuk menguji perbezaan antara dua min atau lebih.Sebagai contoh,
analisis keputusan peperiksaan bagi 2 orang murid boleh dibuat bagi mengenalpasti kelemahan
terutama daripada kaedah pengajaran guru itu sendiri.
Markah yang rendah menunjukkan murid tidak memahami apa yang ingin disampaikan
oleh guru menerusi pengajaran dan pembelajaran manakala markah yang tinggi menunjukkan
murid memahami apa yang dipelajari. Hipotesis boleh dibuat semasa pengajaran dijalankan
bagi mengenalpasti kaedah pengajaran terbaik sesuatu topik. Berdasarkan data keputusan
ujian, hipotesis awal tadi boleh diuji dan dinilai semula untuk membina kesimpulan bagi
menyelesaikan masalah berbangkit.
Selain itu, statistik juga penting untuk membolehkan guru memahami kajian- kajian yang
ditulis dalam bentuk empirikal. Kajian empirikal ini bermaksud cara memberi dan mengumpul
maklumat mengenai dunia sosial yang sama, menggunakan teknik mengumpul data, mengutip,
menghimpun dan menimbun tambah data dalam keadaan yang lebih konkrit. Berdasarkan
kepada dapatan melalui kajian empirikal ini, data yang dikumpulan boleh dianalisis
menggunakan statistik untuk mendapatkan data yang lebih tepat.
Selain itu, antara kepentingan mempelajari ilmu statistik adalah kerana perkembangan
pengumpulan data berkaitan dengan operasi dalam perniagaan dan kerajaan adalah begitu
pesat sekali. Oleh itu, kita perlu tahu untuk menilai fakta-fakta yang berkaitan dengan angka ini
yang begitu kerap dipamerkan sama ada berkaitan dalam bidang politik, ekonomi atau kajian
sosial. Contohnya, berdasarkan statistic pilihanraya yang lepas, kita sebagai pengundi boleh
mengetahui parti yang manakah lebih menjadi pilihan rakyat berbanding parti yang kalah.
Sekiranya data mengenai pilihanraya itu tidak dikumpulkan, tentunya keputusan tidak dapat
diperolehi.
Antara lain kepentingan belajar statistik ini adalah untuk membolehkan kita membuat
keputusan dengan lebih tepat dan berkesan. Contohnya dalam bidang perniagaan, di mana
data akan dikumpul untuk meramalkan keuntungan dan jualan. Berdasarkan data, barangan
yang kurang mendapat sambutan pengguna perlu dinilai semula untuk mengetahui kelemahan
dan kekurangan yang terdapat pada barangan berkenaan manakala barangan yang mendapat
sambutan hangat daripada pengguna diperhalusi kualitinya dan fungsinya.

3

Dalam bidang kejuruteraan dan proses pembuatan pula, data akan dianalisis untuk
mengawasi mutu pengeluaran sesuatu produk menggunakan kaedah statistik. Satu syarikat
makanan ringan contohnya mengeluarkan beribu-ribu produk berasaskan makanan yang sama
setiap hari. Adalah mustahil untuk membuat menguji setiap satu produk yang dikeluarkan
kepada pengguna. Oleh yang demikian syarikat menggunakan statistik untuk menguji hanya
beberapa, yang dipanggil sampel untuk tujuan kualiti. Jika sampel yang diuji menepati standart
kualiti yang ditetapkan, maka syarikat berpendapat bahawa semua produk yang dikeluarkan
berdasarkan sampel yang diuji adalah berkualiti. Siri ujian demi ujian secara berulang-ulang
dilakukan dan statistic kualiti produk diperolehi berdasarkan data yang dikumpul.
Statistik juga penting dalam bidang pengukuran di mana ianya digunakan untuk mengira
indeks kebolehpercayaan, indeks kesahan atau indeks kesahan ramalan. Sebagai contoh
adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan pernyataan tentang pencapaian murid
dalam peperiksaan mempunyai darjah kesahan yang tinggi, guru perlu pula mematuhi prinsip
kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan ialah ukuran sejauh mana skor sesuatu ujian cepat dan
konsisten dalam memberi ukuran pencapaian calon yang diuji dalam pembelajarannya.













4

Pengumpulan dan pengurusan data
Pengumpulan dan pengurusan data adalah satu kaedah penting yang digunakan untuk
menguruskan data sekaligus meringkaskan maklumat atau data yang telah diperolehi agar
mudah untuk dikaji dan diterangkan dengan berkesan.
Terdapat beberapa kepentingan mempelajari topik pengumpulan dan pengurusan data.
Kepentingan pertama dilihat menerusi konsep pembolehubah itu sendiri. Sebelum data dapat
dikumpul, beberapa pembolehubah perlu diambilkira terlebih dahulu. Pembolehubah ialah ciri
yang memberi perbezaan kepada sesuatu benda kepada benda yang lain. Memahami konsep
pembolehubah ini akan sangat membantu di dalam pelaksanaan pengumpulan dan pengurusan
data. Konsep pembolehubah dibahagikan kepada 2 iaitu pembolehubah kuantitatif ataupun
yang boleh dikira.
Biasanya pembolehubah kuantitatif dinilaikan dengan nombor dan boleh dikira. Contoh
pembolehubah kuantitatif ialah seperti jumlah gaji individu, berat seseorang dan bilangan ahli
keluarga responden. Pembolehubah kuantitatif dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
pembolehubah diskret dan pembolehubah selanjar. Pembolehubah diskret merujuk kepada
pembolehubah yang mengambil nombor bulat sebagai medium data. contohnya seperti
bilangan murid sakit disekolah dan saiz kasut murid kelas 1 Bahagia. Manakala pembolehubah
selanjar merujuk kepada perolehan data berdasarkan nombor-nombor sahih atau jelas.
Biasanya diperolehi menerusi kaedah pengukuran dan menerusi pembolehubah ini, nombor
perpuluhan atau pecahan boleh digunakan. Contoh pembolehubah selanjar adalah seperti
ketinggian dan berat murid di dalam kelas.
Berbeza pula dengan pembolehubah kualitatif yang memberikan pemberatan kepada
data yang tidak berasaskan nombor. Berdasarkan daripada pembolehubah, data boleh
dikumpul dan diuruskan mengikut tatacara yang betul bagi memudahkan kajian dan
pemerhatian dijalankan.
Kepentingan ketiga pengumpulan dan pengurusan data di lihat menerusi penggunaan data
kuantitatif. Data kuantitatif merujuk kepada data yang diperolehi melalui pemerhatian ke atas
nilai-nilai pembolehubah kuantitatif yang mana ia terdiri dari angka-angka atau skor yang
mempunyai nilai berangka. Kepentingan penggunaan data kuantitatif dipelajari adalah untuk
membuat perbandingan ketinggian murid melayu dengan murid india.

5

Cara terbaik membuat perbandingan adalah menerusi pengumpulan data yang
dijalankan secara teratur dan sistematik. Analisis dapat dilakukan berdasarkan data yang
diperolehi untuk mengetahui perbandingan ketinggian murid melayu dan india serta faktor yang
membawa kepada perbezaan ketinggian ini seperti faktor pemakanan, aktiviti dan lain-lain.
Kepentingan keempat pengumpulan dan pengurusan data dilihat menerusi penguasaan
konsep data kualitatif. Data kualitatif adalah data yang diperolehi menerusi pemerhatian ke atas
nilai-nilai pembolehubah kualitatif yang terdiri daripada angka-angka atau skor yang tidak
mempunyai nilai kualiti. Data kualitatif perlu dipelajari untuk memudahkan guru membuat kajian
dan analisa berdasarkan data yang tidak bernombor. Sebagai contoh, satu kajian dijalankan
bagi mengkaji bilangan murid yang gagal di dalam subjek sains di dalam peperiksaan
pertengahan tahun. Berdasarkan data yang diperolehi, guru boleh membuat kesimpulan
seterusnya mengambil lagkah susulan terhadap murid berkenaan
Kepentingan ke lima ialah kepentingan mempelajarai data diskret. Data diskret ialah
satu kaedah pengumpulan data yang diperolehi secara pemerhatian terhadap sesuatu subjek
dan mengambil nilai tetap atau tepat sahaja. Data diskret digunapakai oleh jabatan perhutanan
untuk mengkaji bilangan anak harimau yang lahir disuatu kawasan dalam tempoh tertentu.
Berdasarkan daripada data yang diperolehi, satu bentuk tindakan boleh diambil sekiranya
bilangan anak harimau yang lahir semakin berkurangan dari tahun kesetahun. Faktor-faktor
yang membawa kepada pertambahan bilangan harimau di kawasan tersebut juga boleh dikesan
menerusi data yang diperolehi ini.









6

Perwakilan data
Data mentah yang diperoleh boleh digunakan secara terus ataupun dikumpulkan untuk
diwakilkan dalam bentuk yang dikehendaki. Hal ini dinamakan perwakilan data. Data yang
digunakan terus atau tidak perlu dikumpulkan biasanya adalah dalam kuantiti yang kecil atau
mempunyai julat yang kecil. Perwakilan data diperlukan apabila data yang dikumpul mempunyai
kuantiti atau julat yang besar. Perwakilan data boleh digambarkan dengan pelbagai cara seperti
graf dan carta seperti graf garis, carta palang, histogram, carta paid an ogif.
Berikut adalah contoh-contoh perwakilan data :

Piktograf Histogram

Carta palang polygon kekerapan


7


Graf garis Ogif

Menerusi tajuk perwakilan data, beberapa kepentingan mempelajarinya telah
dikenalpasti. Kepentingan pertama ialah menerusi mengenali peringkat-peringkat perwakilan
data. Apabila peringkat-peringkat perwakilan data diketahui, pengumpulan data dapat dilakukan
dengan betul dan tepat. Menerusi projek yang dijalankan langkah-langkah perwakilan data
dapat dilaksanakan mengikut ketetapan yang sepatutnya. Sebagai contoh, Satu aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dilakukan terhadap beberapa responden di dalam kelas.
Menerusi peringkat perwakilan data, data-data berkaitan kefahaman dan keberkesanan
penyampaian guru di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dikumpul. Apabila guru
mengajar, kefahaman murid boleh diuji menerusi konsep pengujian. Berdasarkan pengujian
yang dilakukan. Murid yang tidak memahami isi kandungan pelajaran dapat dikesan oleh guru.
Data-data dan maklumat dikumpul berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru.
Data-data yang diperolehi kemudiannya dianalisis dan keputusanya dinterpretasi bagi
mengatasi masalah yang berbangkit.
Kepentingan kedua mempelajari dan memahami konsep perwakilan data ialah
memvisualkan data menerusi pelbagai kaedah dan gambaran seperti jadual, graf dan carta.
Kepelbagaian kaedah bagi menggambarkan data bukan sahaja mampu menarik minat murid
terutamanya untuk lebih memahami data yang hendak disampaikan berbanding jika diberikan
data berbentuk nombor sahaja.

8

Contohnya, dengan menggunakan carta palang melintang, guru boleh menunjukkan
kepada pendatbir siapakah diantara murid kelas beliau yang paling banyak melakukan
kesalahan ponteng berbanding murid lain. Murid yang paling banyak melakukan kesalahan
ponteng boleh terus dikesan berbanding jika hendak meneliti buku kedatangan bagi setiap
bulan itu sendiri.
Selain itu, dengan menggunakan graf, carta dan jadual, data dapat dipersembahkan
dalam bentuk yang lebih mudah difahami terutama jika menggunakan perisian computer.
Contohnya apabila data mengenai suhu dikumpul, satu bentuk jadual perlu dibuat bagi
memudahkan pengumpulan data dilakukan. Berpandukan jadual, graf boleh dilakar bagi
memudahkan orang lain memahami keadaan suhu tempat yang dikaji dengan lebih mudah
berbanding meneliti data yang terdapat di dalam jadual asal.
Kepentingan perwakilan data seterusnya dilihat menerusi keupayaan memahami data-
data berangka. Kebiasaannya data yang diperolehi dalam bentuk mentah tidak selaras dan
tidak mempunyai kuantiti yang tunggal. Satu bentuk julat diperlukan bagi mengumpulkan
beberapa data di dalam satu kumpulan seterusnya memudahkan data berkenaan di susun dan
divisualisasikan dalam bentuk carta dan sebagainya. Menerusi perwakilan data, data berkenaan
dapat digambarkan semula untuk difahami oleh setiap individu yang melihatnya
Kepentingan kelima perwakilan data dilihat menerusi memahami kesesuaian setiap
carta, graf atau jadual tersebut digunakan. Tidak semua data yang diperolehi boleh disesuaikan
dengan satu jenis carta atau graf sahaja. Dengan memahami perwakilan data dan isi
kandungannya, seseorang boleh menyesuaikan data yang diperolehi dengan kaedah visualisasi
yang sesuai supaya lebih mudah difahami oleh orang ramai.








9

Sukatan Kecenderungan Memusat
Sukatan kecenderungan memusat adalah salah satu cara memerihalkan data
secara statistik deskriptif. Ia digunakan untuk membuat kesimpulan secara deskriptif
bagaimana bentuk kepusatan taburan data yang diperoleh daripada penyelidikan.
Sukatan kecenderungan memusat menunjukkan keadaan purata dan kepusatan
sesuatu taburan data.
Sukatan kecenderungan memusat merujuk kepada nilai purata sesuatu set skor.
Ia bermaksud suatu sukatan yang nilainya mencerminkan atau menerangkan sesuatu
kumpulan data. Satu sukatan yang dapat menerangkan atau memerihalkan tentang
keseluruhan set data. Ini kerana sukatan tersebut mempunyai nilai yang membahagikan
sekumpulan data kepada 2 bahagian iaitu sebahagiannya lebih besar dan
sebahagiannya lebih kecil. Terdapat 3 jenis sukatan kecenderungan memusat iaitu min,
median dan mod.
Min bermaksud purata keseluruhan set data. Contohnya purata markah yang
diperolehi oleh pelajar dalam suatu ujian. Antara kegunaan min bagi seorang guru ialah
min dapat menggambarkan prestasi keseluruhan untuk tujuan perbandingan prestasi
antara pelajar atau kumpulan dalam ujian yang sama. Selain itu, min juga berguna
untuk mengira sisihan piawai dan skor sisihan.
Min digunakan secara meluas kerana ia mengambil kira semua skor dalam
taburan dan ia sangat jitu. Bagi seorang guru min digunakan untuk mengira nilai purata
skor yang diperoleh oleh seorang murid dalam ujian yang dijalankan. Sebagai contoh
lain, seorang guru Sains ingin menyatakan prestasi peperiksaan akhir tahun bagi 4
kelas yang diajarnya. Jika hanya melihat skor ketiga-tiga kelas, beliau tidak dapat
menghuraikan prestasi murid beliau.. Guru tersebut perlu tahu cara untuk meringkaskan
data agar prestasi kelas tersebut dapat dinyatakan dengan jelas dan mudah difahami.
Guru tersebut boleh menggunakan kaedah dengan cara mengira skor min bagi kelas-
kelas tersebut. Cara untuk mengira skor min ialah menjumlahkan semua markah murid
dan membahagikannya dengan bilangan murid bagi setiap kelas. Skor min juga boleh

10

digunakan untuk membuat perbandingan antara skor murid dengan skor min. dengan
ini prestasi murid tersebut dapat diketahui.
Selain daripada min, mod juga merupakan salah satu jenis ukuran
kecenderungan memusat. Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan paling tinggi
dalam satu taburan data. Satu taburan data mungkin mempunyai satu atau lebih mod
atau tiada mod langsung. Sebagai contoh dalam bidang perusahaan baju T,
pengetahuan tentang mod akan membantu pengusaha dalam menentukan saiz baju
paling paling dikehendaki dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.
Median ialah skor tengah dalam satu taburan data yang disusun secara menaik
atau menurun. Jika set taburan data tersebut adalah ganjil, maka mediannya ialah skor
yang berada ditengah-tengah taburan yang tersusun itu, manakala jika taburan data
tersebut adalah genap, maka median boleh dikira dengan membahagikan suatu skor
yang tersusun kepada dua bahagian yang sama. Median berguna jika terdapat skor
yang ekstrim ( melampau) dalam sesuatu taburan data. Contohnya, terdapat 3 skor
dalam sesuatu ujian, iaitu 20, 20 dan 80. Walaupun min taburan ini ialah 40, tetapi ini
tidak menggambarkan sukatan kecenderungan memusat. Dalam kes ini, nilai median
20 adalah lebih berguna sebagai ukuran kecenderungan memusat.
Selain yang disebut diatas, terdapat beberapa lagi kepentingan mempelajari
ukuran kecederungan memusat. Antaranya untuk memberi gambaran terhadap
persekumpulan data. Sebagai seorang guru, ilmu mengenai ukuran kecenderungan
memusat ini amat berguna dalam menilai prestasi murid dalam ujian atau peperiksaan
yang dijalankan. Apabila presatasi murid dapat dinilai dan dirumuskan, dapatlah
diketahui keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
sekaligus dapat membuat penambahbaikkan terhadap kaedah yang digunakan.
Selain itu, ukuran kecenderungan memusat juga penting dipelajari untuk
membuat perbandingan antara dua kumpulan data. Apabila data diperolehi, sukatan
kecenderungan memusat boleh digunapakai untuk membuat perbandingan terhadap
kedua-dua data tersebut.Sebagai contohperbandingan dapat dilakukan oleh guru
rumah sukan bagi menentukan rumah sukan yang mana telah memenangi kejohanan

11

sukan tahunan sekolah. Berdasarkan data yang diperolehi, perbandingan boleh dibuat
bagi menentukan rumah manakah yang mendapat markah tertinggi di dalam kejohanan
tersebut.





















12

Sukatan Serakan.
Sukatan serakan adalah satu sukatan yang boleh menyediakan maklumat tentang
variasi antara nilai-nilai dalam set-set data. Dengan kata lain, sukatan serakan digunakan untuk
mengetahui tentang sebaran sesuatu set data. Sukatan serakan menghuraikan amaun
sebaran antara nilai-nilai set data yang diperhatikan. Set data yang tersebar luas akan
mempunyai nilai serakan yang lebih besar berbanding dengan set data yang terkumpul
rapat. Terdapat 3 jenis sukatan serakan iaitu julat, sisihan piawai dan varian.
Kepentingan memahami sukatan serakan adalah dengan memahami apa itu julat. Julat
ialah perbezaan antara nilai terbesar dengan nilai terkecil sesuatu data. Contohnya di dalam
satu set data yang mengandungi lebih daripada 20 nombor, julat dapat diketahui dengan
menolak nombor terbesar dengan nombor terkecil di dalam set tersebut. Walaubagaimanapun,
julat tidak sesuai digunakan bagi set data yang mempunyai nilai nombor yang terlalu jauh
berbeza atau ekstrim. Dengan mengetahui cara mendapatkan julat, murid mampu
menyelesaikan masalah matematik berkaitan statistik.
Kepentingan ketiga memahami sukatan serakan adalah untuk memudahkan lagi
pemahaman tentang analisis data yang diperolehi. Menggunakan sisihan piawai, nilai-nilai
dalam sesuatu set data itu terkumpul sekitar nilai min set data berkenaan dapat diketahui.
Pengetahuan ini sangat berguna terutama apabila data yang diperolehi perlu dianalisis terlebih
dahulu.
Selain itu, sukatan serakan juga memberi penerangan mengenai sukatan serakan
berdasarkan kuartil. Kuartil-kuartil adalah sejenis sukatan kedudukan yang membahagikan satu
set data yang telah disusun mengikut tertib samaada menaik atau menurunkepada empat
bahagian yang sama. Kuartil-kuartil ini adalah kuaril pertama, kuartil bawah, kuartil kedua dan
kuartil ketiga. Apabila satu set nombor telah diperolehi dan disusun, kuartil boleh digunakan
untuk membahagikan set nombor tersebut kepada 4 bahagian sekaligus julat boleh di perolehi.
Dengan memperolehi nilai kuartil ini, langkah susulan boleh diambil berkaitan data yang telah
diperolehi berkenaan.
Kepentingan kelima mempelajari sukatan serakan ialah ianya digunakan untuk
mengukur kepadatan atau serakan data. Sebagai contoh, sukatan varians mengukur
kepadatan data relatif kepada min taburan. Varians biasanya digunakan untuk melihat
bentuk taburan data. Bertambah besar nilai varians bermaksud kedudukan data pada

13

paksi data Iebih terserak daripada min. Semakin kecil nilai varians, ia membawa
bermaksud kedudukan data Iebih padat. Kesimpulannya, memahami sukatan serakan
sangat membantu guru untuk memahami data-data yang diperolehi sekaligus mampu
bertindakalas berdasaran data tersebut. Penambahbaikkan dapat dilakukan sebelum
terlambat.


















14

Rujukan
1. Ee Ah Meng (2000) Pedagogi III Pengujia dan Penilaian, Pemulihan, Pengayaan
dan Pendidikan Inklusif (Semester IV), Penerbitan Fajar Bakti Snd Bhd, Selangor

2. http://albahanjiey.blogspot.com/2011/11/statistik-pendidikan.html

3. http://pajilblog.blogspot.com/2008/11/kpeb-2122.html

4. http://statistikcba103.blogspot.com/2010/01/bab-1-pengenalan-terhadap-
statistik.html

5. http://www.cikgudahlia.com/2011/09/pemboleh-ubah-variables-bersandar-
tidak.html

6. Mohd Faizal Nizam Lee Abdullah, Mazlini Adnan, Marzita Puteh, Sazelli Ab. Ghani.
(2013). Modul PPG UPSI KRM 3033 Asas Pengurusan Data, Universiti Pendidikan
Sultan Idris, Tanjong Malim.

7. Ragbir Kaur Joginder Singh (2011), Panduan Imlu Pendidikan Komprehensif untuk
KPLI (sekolah Rendah), Kumpulan Budiman Snd Bhd, Kuala Lumpur

You might also like