You are on page 1of 22

Boneka

Boneka terus berkembang mengikut perkembangan zaman.


Setiap bangsa di dunai mempunyai pegangan dan
kepercayaan tersendiri terhadap boneka.
Secara amnya, boneka dicipta untuk tujuan keagamaan dan
hiburan.
Boneka yang digunakan di Mesir, Itali, Jepun, Cina dan India
berkait rapat dengan agama dan kepercayaan.
Di Jepun, boneka yang dikenali sebagai banraku digunakan
untuk tujuan berhibur.
Boneka ini dicipta bertujuan menghiburkan orang ramai.
Pelbagai watak dicipta dan dilakonkan mengikut olahan skrip.
Boneka ini dicipta daripada kayu yang boleh digerakkan
megikut dialog penceritanya.
Definisi boneka
Boneka merupakan salah satu daripada peralatan penting
yang terkandung dalam beberapa watak animasi yang
dimanipulasikan oleh seorang dalang yang mahir.
Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1998)
mendefinisikan boneka sebagai objek atau bahan yang
digerak serentak dengan skrip bebas yang disesuaikan
dengan bahan yang diceritakan.
Manakala Jamilah Ahmad (1999) mentakrifkan boneka
sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan
ciptaan yang berbentuk orang, haiwan, tumbuh-tumbuhan
dan sebagainya yang digeraklakonkan oleh pemainnya
dengan menggunakan dialog atau mitos mengikut sesuatu
watak atau cerita.
Dari segi binaan pula, boneka boleh dibahagikan kepada
tiga peringkat, iaitu mudah dan tingkas, sederhana dan
rumit.
Jenis-jenis boneka
Jamilah Ahmad (1999) menyenaraikan lapan
jenis boneka yang sesuai digunakan guru
semasa proses pengajaran.
Walau bagaimanapun, jenis boneka ini boleh
dibahagi berdasarkan cara menyedia dan
menggunakannya, iaitu:

Boneka daripada peralatan sebenar
Boneka jenis ini diperbuat menggunakan peralatan
sebenarnya seperti teko, cawan, sudu, gardu, senduk dan
sebagainya.
Biasanya perkakas ini tidak digunakan lagi kerana reka
bentuknya telah ketinggalan zaman, rosak yang kecil atau
warnanya pudar kerana dimakan hari.
Untuk keselamatan, elakkan dari menggunakan peralatan
yang rosak teruk seperti pecah yang tajam dan sebagainya.
Alat-alat yang hendak digunakan ini kemudiannya dihias
dengan sapuan cat minyak dan tali terpakai untuk
menggambarkan raut wajah yang dihendaki mengikut
watak yang sesuai.
Untuk menghasilkan reka bentuk yang mudah, guru boleh
melukis mata, hidung dan mulut menggunakan Marker Pen
High Performance agar tahan lama dan tidak mudah hilang.

Alat-alat yang hendak digunakan ini
kemudiannya dihias dengan sapuan cat
minyak dan tali terpakai untuk
menggambarkan raut wajah yang dihendaki
mengikut watak yang sesuai.
Boneka jenis ini mudah dikendalikan dan
sesuai digunakn untuk murid-murid yang
lemah dan terhad pergerakannya.

Boneka Sarung Tangan (Glove)
Bentuk ini biasanya terdiri daripada bahagian kepala
dan badan sahaja.
Dikawal sepenuhnya oleh tangan yang mendiami
bahagian dalam boneka berkenaan.
Diperbuat daripada karung kertas nipis atau sarung
kaki yang diubahsuai menjadi bahagian kepala sesuatu
watak tertentu.
Manik, bola pingpong, guli, kain baldu dan kertas keras
boleh digunakan untuk membina bahagian mata,
hidung dan mulut.
Manakala benang bulu dan kain baldu dijahit
menyerupai sepasang telinga,misai dan rambut.
Boneka jenis ini mudah dikendalikan dengan bahagian
jari-jari tangan berfungsi menggerakkan bukaan mulut
boneka seiring dengan gerak mulut penggunanya.

Boneka Penuh
Boneka jenis ini lengkap dengan anggota tubuh
badannya, iaitu daripada bahagian kepala hingga ke
bahagian kaki atau ekornya.
Mempunyai bentuk tiga dimensi yang boleh
digantung menggunakan benang atau dilekatkan di
atas tapak yang sederhana saiznya.
Boneka jenis ini diperbuat daripada jahitan kain yang
dimasukkan kapas atau kekabu supaya menyerupai
bentuk haiwan sebenar.
Murid-murid boleh merasa menggunakan tangan
bentuk boneka haiwan tersebut kerana binaannya
hampir-hampir menyerupai hidupan sebenar.
Mata diperbuat daripada butang baju atau mata
tiruan yang ada dijual di kedai-kedai terpilih.
Boneka kosong di tangan
Boneka jenis ini memerlukan tirai yang
berperanan melindungi bahagian muka dan
kepala penggunanya.
Jika tirai tiada, guru boleh menggunakan
peralatan alternatif lain seperti kotak, pingan
polisterin dan sebagainya.
Situasi ini mengingkatkan keyakinan guru untuk
bersuara berdasarkan jalan cerita ynag telah
dirancang.
Untuk memudahkan proses mengendalikan alat
secara berkesan, sebuah kerusi diperbuat sebagai
tempat duduk guru di bahagaian belakang tabir,
tirai atau kotak yang menjadi pelindung tadi.
Boneka jenis ini sesuai untuk haiwan yang
mempunyai kepala dan ekor ynag panjang.
Contohnya boneka naga, ular sawa, buaya dan
sebagainya.
Boleh diperbuat daripada kertas suger paper,
brown paper atau sarung kaki wanita.

Boneka jari
Boneka jenis ini dikendalikan dengan menggunakan
jari-jari tangan penggunanya.
Biasanya boneka seperti ini kecil saiznya dan
bahagian yang boleh digerakkan hanya terhad
kepada bahagian kepala dan tangannya sahaja.
Mudah dikendalikan, iaitu menggunakan beberapa
jari untuk menggerakkannya.
Boneka jari biasanya terhad pergerakannya.
Mempunyai reka bentuk silinder berongga untuk
menutup jari.
Bentuk boneka ini mempunyai penggunaan terhad,
dan digunakan di dalam kelas prasekolah atau tadika-
tadika untuk aktiviti bercerita dengan kanak-kanak.
Boneka wayang kulit
Boneka ini boleh diperbuat daripada kulit, plastik, lut
sinar dan kertas tebal.
Biasanya boneka ini nipis dan berbentuk dua dimensi.
Reka bentuk wayang kulit dicipta berdasarkan watak-
watak tertentu yang berasaskan cerita dalam sastera
lama.
Tok dalang bertindak sebagai pencerita di belakang
pentas sambil menggerakkan watak-watak mengikut
jalan ceritanya.
Sebuah pentas yang dibina daripada sehelai kain putih
dan lampu suruh atau mentol lampu diperlukan
semasa persembahan wayang kulit ini.
Boneka tongkat
Boneka ini berbentuk lengkap dan mempunyai
pemegang seperti kayu, rotan, buluh dan
sebagainya di bahagian bawah boneka tersebut.
Boneka ini menggunakan konsep wayang kulit,
tetapi berbentuk tiga dimensi.
Contoh boneka haiwan yang sesuai
menggunakan kaedah ini ialah rama-rama,
kelawar, beberapa jenis burung yang mempunyai
sayap yang panjang dan sebagainya.
Boneka tali
Boneka jenis ini digeraklakonkan dengan menggunakan
tali atau benang.
Berbentuk gantung dan dikawal oleh sejumlah tali yang
diikat pada kayu yang dikawal oleh sejumlah tali yang
diikat pada kayu yang dikawal sepenuhnya oleh
penggunanya.
Kayu kawalan boleh terdiri daripada sebatang kayu
melintang atau tegak.
Asas operasinya memerlukan tangsn untuk mengawal
kayu-kayu dan tali berkenaan.
Bentuk boneka jenis ini memerlukan sedikit kemahiran
untuk mengawal pergerakan tali kerana agak kompleks
dan sukar untuk dikendalikan.
Topeng muka
Topeng muka diperbuat menggunakan teknik
tampalan kertas surat khabar lama pada belon
yang kemudiannya dipotong kepada dua
bahagian.
Kerja-keja menampal kertas putih menggunakan
gam dilakukan dengan cermat supaya cebisan
kertas surat khabar lama tidak tanggal.
Pelbagai corak, warna dan bentuk topeng boleh
dihasilkan berdasarkan tujuan penggunaannya.
Penggunaan manik, benang bulu dan bola pong
sebagai sebahagian aksesori tambahan akan
menghasilkan bentuk topeng muka yang lebih
menarik.
5.7.3 Melaksanakan simulasi boneka
Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang
diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar
yang memerlukan murid-murid berinteraksi sesama
sendiri berdasarkan peranan masing-masing.
Justeru, penggunaan pentas boneka yang sesuai
akan memberikan kesan yang mendalam kepada
murid-murid yang terlibat.
Keberkesanan sesuatu persembahan boneka berkait
rapat dengan reka bentuk pentas.
Pelbagai reka bentuk pentas boleh digunakan guru
dalam sebuah persembahan.
Kesesuaian gambar latar dan warna yang terang di
kiri dan kanan pentas dapat menarik minat murid-
murid untuk terus menonton persembahan boneka
berkenaan hingga ke akhir cerita.
Walau bagaimanapun, reka bentuk pentas adalah
mengikut fungsi, tujuan dan sasaran persembahan
berkenaan.
Penggunaan muzik dan kesan bunyi membantu
mewujudkan suasana persembahan yang berkesan.
Terdapat lapan jenis pentas boneka yang sesuai
untuk pengajaran pembelajaran di dalam bilik
darjah (Jamilah Ahmad, 1999), iaitu:
Pentas kerusi
Susun beberapa buah kerusi untuk dijadikan asas
pentas.
Gunakan dua atau empat batang penyapu untuk
dijadikan tiang utama.
Rentang sehelai kain hitam sebagai tirai.
Pemain boneka boleh duduk atau berdiri di
belakang kain tirai berkenaan semasa
menggeraklakonkan boneka berkenaan.
Pentas rentang
Pentas jenis ini amat mudah dikendalikan.
Guru hanya perlu merentang sehelai tirai hitma
yang diikat pada dinding ke dinding.
Dawai boleh digunakan untuk meregangkan tirai
berkenaan dan mengikatnya ke bahagian tepi
dinding setelah selesai digunakan.
Untuk memudahkan pengurusan, guru juga boleh
membina secara tetap pentas rentang yang
disesuaikan dengan situasi dan boleh dilipat untuk
memudahkan penggunaannya.
Pentas tingkap
Lazimnya pentas jenis ini dikategorikan
sebagai pentas sementara.
Tingkap terbuka (tanpa cermin) boleh
digunakan sebagai pentas.
Dalam keadaan bilik darjah yang terkawal,
guru perlu duduk di luar dan murid-murid
menonton di dalam bilik darjah.
Pentas pintu
Seperti tingkap, pintu juga boleh digunakan
sebagai pentas.
Kain, papan dan kertas tebal boleh direntang
untuk menutupi bahagian bawah pintu.
Guru berada di luar dan murid-murid berada
di dalam bilik darjah.
Pentas jenis juga boleh dikategorikan sebagai
pentas sementara.
Pentas meja
Susun beberapa buah meja dan tutup dengan
kain di bahagian hadapan.
Guru duduk di belakang meja semasa bermain
boneka berkenaan.
Penggunaan lukisan pemandangan bersaiz
besar akan memberikan kesan penghayatan
yang lebih dalam kalangan murid yang
menonton.

Pentas berlipat
Pentas ini boleh dibuat dengan menggunakan
rangka kayu sebagai bingkainya yang
kemudiannya ditutup menggunakan kain hitam.
Mudah disimpan kerana di kedua-dua belah
dindingnya boleh dilipat stelah selesai
meggunakannya.
Selain kayu, guru juga boleh menggunakan bahan
terbuang seperti kotak besar yang telah dilukis
flora dan fauna dengan menggunakan cat minyak.

You might also like