You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP GAYA PENGAJARAN MOSSTON AND ASHWORTH

Pengenalan

Tiada definisi khusus mengenai Kaedah Pengajaran yang di terima pakai, akan tetapi
secara meluasnya ia dirujuk sebagai satu set kaedah pengajaran (Galton, 1980) atau
format pengajaran (Siedentop, 1991). Di dalam istilah Pendidikan Jasmani, definisinya
adalah sebagai kaedah am yang diwujudkan melalui strategi-strategi yang tertentu .

Selama lebih 30 tahun, penulis-penulis di United Kingdom telah mengenal pasti
beberapa cara atau kaedah mengajar dan menghubungkaitkannya dgn falsafah
pengajaran dan pembelajaran (Bennett, 1978). Bermula dari sini dan hasil penulisan
beberapa penulis lain khususnya dlm bidang Pendidikan Jasmani (Kane, 1974) terdapat
dua penemuan penting telah dibuat. Pertama, integrasi dalam cara pengajaran adalah
berkait rapat dengan penglibatan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran. Kedua,
walaupun diketahui umum setiap guru mempunyai kaedah dan cara tersendiri dalam
menyampaikan pengajarannya, tetapi ini tidak akan menghasilkan asas yang stabil atau
cekap pengajaran dan pembelajarannya. Pilihan cara atau kaedah pengajaran mestilah
berasaskan logik dan saintifik.

Sehingga kini, analisa lengkap berkenaan kaedah pengajaran dan tingkah laku telah
dihasilkan oleh Mosston (1966) dari Amerika Syarikat. Idea beliau berkenaan interaksi
antara pelajar dan guru telah dikembangkan semenjak hasil penulisan pertama beliau
dan telah memberi satu kerangka kerja dalam konteks pengajaran pendidikan jasmani
di seluruh dunia. Penulisan beliau begitu berpengaruh sehingga di katakan sebagai
teori yang paling terulung dan terkini dalam bidang pedagogi Pendidikan Jasmani
dalam sejarah (Nixon & Locke, 1973). Kenapa ia berjaya? Jawapannya terdapat
didalam kerangka kerja pengajaran yang beliau kenalkan sebagai Spektra Gaya
Pengajaran (Spectrum of Teaching Styles).

Gaya Pengajaran

Spektra mengenengahkan kerangka pilihan atau opsyen dalam hubungan guru dan
pelajar. (Mosston & Ashworth, 1986) dan ini berdasarkan kepada pemilihan penting
dalam mengambil keputusan. Beliau bahagikan ini kepada tiga kategori yang perlu
digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum pengajaran, semasa pengajaran
dan selepas pengajaran.

Sebelum pengajaran
keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran; persediaan dan pemilihan
topik, objektif, organisasi dan penyampaian.


Semasa pengajaran
keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan.
Selepas pengajaran
penilaian dan maklumbalas daripada pelajar.

Spektra menggabungkan 10 kaedah umum di mana guru dan pelajar masing-
masing memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengajaran dan
pembelajaran. Setiap tingkah laku yang disengajakan ialah hasil daripada keputusan
yang telah dibuat sebelumnya. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan
kepada dua aspek iaitu :
1. Berpusatkan Guru
2. Berpusatkan Pelajar
Gaya Pengajaran

Berpusatkan Guru Berpusatkan Pelajar
Arahan Pembelajaran kendiri
Latihan Daya usaha
Timbal balik Perlaksanaan individu
Semak kendiri Penghasilan mencapah
Inklusif Penemuan terbimbing


Gaya A: Arahan

Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari, BAGAIMANA ia dilakukan
serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti itu dijalankan.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru mengawal keseluruhan
kelas
Guru membuat semua
keputusan dalam P&P
Guru memberi arahan satu
persatu
Guru melakukan demonstrasi
Guru memberi komen / ulasan
tentang prestasi pelajar
Pelajar perlu beri perhatian
kepada arahan guru
Pelajar melakukan perlakuan
guru
Sesuai untuk aktiviti aras
tinggi dan
mengutamakan
keselamatan
Sesuai untuk masa P&P
yang terhad
Sesuai untuk
pembelajaran peringkat
awal
Tanggungjawab
berpusat kepada guru
Masa latihan pelajar
adalah terhad.
Fizikal- Kemahiran
Motor

Terjun Papan Anjal:
Melakukan aksi
pusingan
hadapan
menggunakan
papan anjal.



Gaya B: Latihan

Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaran arahan
dimana semua keputusan adalah di bawah tanggungjawab guru. Dalam P&P guru
memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secara ansur maju dan
berperingkat.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru memberi penerangan
aktiviti atau melakukan
demonstrasi
Guru menetukan setiap apa
yang ingin diajar
Guru melakukan pemerhatian
terhadap pelajar semasa P&P
dan memberi maklumbalas,
tunjuk ajar dan soal jawab.
Pelajar melakukan latihan yang
telah ditetapkan oleh guru.
Sesuai untuk masa P&P
yang terhad
Sesuai untuk
pembelajaran peringkat
awal
Pelajar mempunyai lebih
masa untuk latihan.
Fizikal-Pembentukan
Kemahiran Motor:

Hoki:
Melakukan
kemahiran
menggelecek
menggunakan
skitel.

Gaya C: Timbal balik

Gaya pengajaran ini boleh menjadi satu kaedah yang afektif dalam perubahan terhadap
kaedah mengajar di dalam kelas. Perbezaan dalam kaedah ini adalah, setiap pelajar
melakukan latihan secara berpasangan.

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menentukan apa yang
akan dipelajari
Guru memberi penerangan
sebelum memulakan aktiviti
Guru melakukan demonstrasi
lanjut untuk menguji perlakuan
pelajar
Guru memerhati dan fokus
kepada pelajar melalui
pemerhatian
Aktiviti dilakukan secara
berpasangan oleh pelajar
Seorang pelajar menjadi
pemerhati dan seorang lagi akan
melakukan aktiviti.
Pelajar dinilai berdasarkan
kriteria perlakuan yang telah
disediakan
Guru bertanggungjawab
pada awal P&P
Aktiviti dilakukan secara
berpasangan
Pelajar menilai sendiri
perlakuan yang telah
dipelajari
Guru menyediakan
senarai semak dan
lampiran gambar kepada
pelajar
Fokus kepada
perhubungan sosial di
samping mempelajari
aktiviti.

Sosial- Kerjasama
Kognitif
Pemerhatian,
menganalisis

Bola sepak:
Melakukan
kemahiran
menanduk bola ke
arah gol secara
berpasangan.
Gaya D: Semak kendiri

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menentukan apa yang
akan dipelajari
Guru menentukan kriteria
pembelajaran
Guru memberi penerangan
sebelum memulakan P&P
Pelajar bertanggungjawab dalam
menilai perlakuan diri
Sesuai bagi perlakuan
yang mudah dikenalpasti
Pelajar bertanggung-
jawab di atas
pembelajaran
Menghadkan
perhubungan sosial di
antara guru dengan
pelajar
Sosial- Menilai
kemampuan kendiri.

Bola Baling:
Melakukan
kemahiran
menjaring
berdasarkan kad
bergambar.

Gaya E: Inklusif

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menentukan apa yang
akan dipelajari
Guru menentukan kriteria
pembelajaran
Guru memberi peluang kepada
pelajar untuk memilih tahap
pembelajaran mengikut
kemampuan diri
Pelajar memilih sendiri tahap
prestasi sebelum melakukan
aktiviti
Pelajar membuat keputusan
untuk melakukan aktiviti pada
tahap tinggi.
Memberi peluang
kepada pelajar untuk
merasai kejayaan
Semua pelajar berupaya
melakukan aktiviti
walaupun berbeza
kebolehan diri
Pelajar boleh membuat
keputusan sendiri.

Sosial-
Memaksimumkan
kemahiran kendiri

Lompat tinggi:
Melakukan aksi
lompatan pada
jarak ketinggian
yang berbeza-
beza.

Gaya F: Pembelajaran Kendiri

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru sebagai pemerhati
kepada pelajar
Pelajar menetapkan apa yang
akan dipelajari
Pelajar menetapkan
pendekatan sendiri

Semua perkara
berkaitan dengan
pembelajaran
ditetapkan sendiri oleh
pelajar
Pelajar boleh membuat
keputusan sendiri.
Tiada bantuan guru
Kognitif-
Pemahaman

Hoki:
Melakukan
kemahiran
menolak
dalam
pelbagai
posisi badan.
Gaya G: Penghasilan Mencapah

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menetapkan tugasan
yang mempunyai pelbagai
jawapan
Guru mendorong pelajar untuk
menilai setiap jawapan dan
membuat perbandingan
Pelajar cuba mencari
perbandingan jawapan
Pelajar menilai jawapan untuk
menetapkan keberkesanannya.
Tugasan disediakan
oleh guru
Tugasan mempunyai
banyak cara
penyelesaian
Sesuai untuk aktiviti
pembangunan pasukan
Menggalakkan pelajar
berfikir secara kreatif
Memupuk sikap
kerjasama di antara
pelajar
Kognitif-
Kemahiran berfikir
Sosial-
Keyakinan

Gimnastik:
Melakukan
aksi guling dari
titik A ke titik B
tanpa
menggunakan
kaki.

Gaya H: Pembelajaran Individu
Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,untuk
memahami masalah dan berfikir secara logik dan sistematik. Pelajar menetapkan
sendiri tugasan dan menyelesaikan tugasan mengikut kebolehan individu.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru hanya membantu pelajar
sebagai penasihat
Guru memantau proses
pembelajaran
Pelajar merancang program atau
aktiviti pembelajaran
Pelajar menetapkan tugasan
serta penyelesaian

Tugasan dan masalah
ditetapkan oleh pelajar

Kognitif-
Merancang

Gimrama:
Merancang
satu rutin tarian
dalam
persembahan
menggunakan
belantan.


Gaya I: Penemuan terbimbing
Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah limitassi. Ia memberi pelajar banyak peluang
untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan
dengan tugas yang diberi oleh guru. Kelebihan gaya pengajaran ini ialah membenarkan
penglihatan yang lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran dan mengambil kira
perbezaan di kalangan pelajar serta mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya
sendiri.
OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru menetapkan tugasan dan
mempunyai pelbagai soalan
yang hanya menjurus pada satu
jawapan sahaja
Guru memberi ruang masa
kepada pelajar untuk berfikir dan
bertindak
Guru mengubah soalan jika
pelajar gagal mencari jawapan
Pelajar melakukan tugasan
berdasarkan soalan yang
diberkan guru.
Pelajar memberi jawapan.

Guru merancang P&P
dan guru menyediakan
tugasan.

Kognitif- pelbagai
konsep

Kajian:
Membuat
perbincangan
dengan guru
tentang kajian
yang
dijalankan.


Gaya J: Daya usaha

OBJEKTIF IMPLIKASI CONTOH
Guru memantau proses
pembelajaran
Pelajar merancang program
atau aktiviti pembelajaran
Pelajar berusaha sendiri untuk
menetapkan tugasan
Pelajar memilih gaya
pembelajaran kendiri
Tugasan ditetapkan
sendiri oleh pelajar
Gaya pembelajaran
ditetapkan oleh individu

Kognitif- Aplikasi
Sosial-
Bertanggungjawab

Mengajar:
Mengaplikasikan
kemahiran
mengajar PJ di
sekolah.



Kesimpulan

Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawab
dalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuan dan
kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagai kaedah
pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akan dapat mewujudkan
suasana kerja yang optima dan mengekalkan disiplin serta menetapkan satu tahap
pencapaian yang tinggi. Melalui kaedah ini juga, guru dapat memudahkan pemikiran
pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagai objektif pembelajaran dalam pendidikan
jasmani.



Rujukan


Wee Eng Hoe (2009). Siri Pendidikan Guru: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan. Karisman Publications Sdn Bhd. Shah Alam.


Mosston, M., & Ashworth, S. (1994). Teaching physical education (4th ed.). Columbus,
OH: Merrill Publishing Company.


Physical Education Resources: http://physicaleducationresources.com/
teachingstylesmosstonpe. aspx


Sports-media : http://www.sports-media.org/sportapolisnewsletter23newlook.htm


Snowbird : http://www.snowbird.com/imagelib/mtnschool/mspdf/ms_tstyles.pdf

You might also like