You are on page 1of 1

Contohnya dalam kes pernah dilaporkan dalam akhbar Jun tahun lalu,

seorang pelajar perempuan tingkatan empat di sebuah sekolah di Johor


cuba membunuh diri selepas tidak tahan menjadi mangsa buli kenalan
Facebooknya yang mahu menyebarkan gambar lucah beliau di media
sosial.

Satu lagi kes berlaku ke atas seorang gadis di Crystal Lake, Florida,
Rebecca Sedwick, 12, yang mengambil keputusan membunuh diri selepas
dibuli dua rakannya sejak setahun lalu.

Di Malaysia, sebanyak 389 kes buli siber dilaporkan pengguna internet


melalui Pusat Bantuan Cyber999 sepanjang tahun lalu, meningkat 55.6
peratus berbanding 250 kes pada 2012.

Kajian dijalankan CyberSecurity Malaysia, Kementerian Pendidikan dan


DiGi Telecommunication Sdn Bhd pada 2013, membabitkan 9,651 pelajar
dari 459 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara mendapati 13
peratus daripada responden iaitu 1,255 pelajar mengaku sedang menjadi
mangsa buli siber manakala 26 peratus atau 2,509 mengaku pernah
menjadi mangsa buli siber.

Pakar psikologi dan kaunseling, Prof Dr Mohamed Fadzil Che Din,


menjelaskan situasi itu tidak pelik memandangkan remaja kini gemar
menjadikan gajet dan media sosial sebagai sumber rujukan.

Katanya, sumber rujukan ini tidak semestinya kandungan yang positif,


malah sebahagian besar menjadikan aplikasi untuk mengakses perkara
negatif dan tidak berfaedah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kanak-kanak dan remaja


adalah kumpulan majoriti pengguna Internet di negara ini iaitu kira-kira 14
peratus daripada 20.1 juta pengguna dan kebanyakan memiliki akaun
Facebook.

You might also like