You are on page 1of 4

ARKIB : 27/08/2012

Pelajar sasaran mangsa buli siber


Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
pendidikan@utusan.com.my
BERDASARKAN kajian Tingkah Laku Siber Belia Global yang dikeluarkan
Microsoft Corp. mendapati 33 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 17
tahun di negara ini terdedah kepada pelbagai aktiviti siber termasuk jenayah
buli dalam talian.
Malah, melalui kajian yang dijalankan bermula 11 Januari hingga 19 Februari
lalu di 25 buah negara termasuk Malaysia itu mendapati satu pertiga remaja
negara ini pernah menjadi mangsa buli siber.
Dianggarkan 24 peratus kanak-kanak dan remaja yang terlibat dalam
tinjauan kajian terbabit mengakui pernah melakukan sesuatu yang
dibimbangi oleh ibu bapa termasuk menjadi mangsa buli dalam talian.
Kajian tempatan mengemukakan hasil bahawa golongan ini berhasrat
berkongsi cerita dan mahu berinteraksi dengan ibu bapa mereka mengenai
isu buli dalam talian namun hanya 27 peratus daripada ibu bapa yang mahu
berbincang dengan anak-anak mereka berhubung aspek keselamatan
khususnya melindungi anak-anak ketika dalam talian.
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia, Dr. Abdul Kadir Abu Bakar berkata,
golongan terbabit yang terdiri daripada pelajar memerlukan ruang untuk
membincangkan isu-isu termasuk kes buli dalam talian kerana perlu merasa
selamat.
''Bagaimanapun, jika ruang seperti ini tidak ada, mereka perlu membuat
keputusan sendiri dan disebabkan kurang pengalaman dalam menangani isu
dengan cara yang tidak sesuai, secara tidak langsung memberi masalah
psikologi dan mental yang serius pada masa depan," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menyertai Rundingan Meja Bulat Masalah
Buli Dalam Talian anjuran Microsoft Corp. yang turut dihadiri Kumpulan
Tindakan Ibu Bapa bagi Pendidikan (Page), Datin Noor Azimah Abdul Rahim;
Pengarah Hal Ehwal Korporat, Malaysia dan Pasaran Baru, Microsoft Malaysia,
Jasmine Begum serta Pakar Psikiatri Hospital Selayang, Dr. Nurulwafa
Hussain.
Sehubungan itu, menurut Dr. Abdul Kadir, ibu bapa seharusnya memainkan
peranan lebih utama dan proaktif khususnya meningkatkan pemantauan
terhadap tingkah laku anak-anak mereka berkaitan sebarang aktiviti siber.
"Penggunaan Internet tanpa kawalan orang dewasa khususnya ibu bapa
meletakkan remaja pada risiko bahaya seperti dibuli dalam talian, pornografi
dan berpotensi mendedahkan maklumat peribadi kepada pemangsa seksual.
"Pengawasan ibu bapa merupakan faktor utama melindungi anak-anak
mereka terutama dalam mempengaruhi tingkah laku anak-anak berkaitan isu
buli dalam talian ini," katanya.
Sementara itu, Presiden Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata,
pihaknya bimbang mengenai kekurangan polisi formal yang berperanan
melindungi keselamatan golongan kanak-kanak dan belia memandangkan
mereka terlibat dengan jenayah siber pada usia yang muda.
Menurutnya, tinjauan tempatan menunjukkan hanya 18 peratus ibu bapa
mengajar anak-anak mereka mengenai adab sewaktu dalam talian dan 13
peratus daripada ibu bapa meminta anak-anak memaklumkan kepada
mereka sekiranya mereka menjadi mangsa buli dalam talian.
Pada perkembangan yang sama, Jasmine berkata, Microsoft turut mengambil
beberapa pendekatan bagi menangani isu berkaitan buli dalam talian
antaranya memperkenalkan kuiz interaktif pada laman web setiap sekolah
agar pendidikan awal mengenai jenayah buli dalam talian dapat
diperluaskan di kalangan pelajar.
"Buli siber atau buli dalam talian ini boleh dikatakan satu cabaran serta isu
serius yang dihadapi seluruh dunia, dan Malaysia tidak terkecuali daripada
menghadapi perkara tersebut.
"Bagi Microsoft, pendekatan kami adalah dari aspek keselamatan dalam
talian dan memupuk warganegara melalui usaha menyokong literasi digital
dan beretika.
"Pada masa yang sama, kita memberi kuasa kepada ibu bapa, penjaga dan
pendidik dengan alat serta sumber yang tepat untuk membantu mereka
bercakap dengan anak-anak tentang keselamatan dalam talian," jelasnya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120827/pe_01/Pelajar-sasaran-mangsa-


buli-siber#ixzz4gcw1VmsE
Utusan Melayu (M) Bhd
Taman Ria, Sungai Petani, Kedah, kelmarin.
ABD RAZAK OSMAN
21 April 2016 12:36 AM

SUNGAI PETANI 20 April - Dalam usaha menangani masalah tingkah laku


dalam kalangan pelajar, polis Kedah mengambil langkah mendekati dan
memantau pergerakan mereka di sekolah masing-masing.

Sehingga kini seramai 353,106 pelajar sekolah seluruh Kedah dipantau bagi
memastikan mereka tidak terjebak dengan masalah tingkah laku termasuk
buli, ugut, merokok, mencuri dan merosak harta benda.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu


Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Senior Asisten Komisioner Hashim Ali
berkata, sebanyak 76 sekolah di negeri ini sedang diberi perhatian.

Bagaimanapun, sekolah-sekolah daerah Kuala Muda dan Kulim diberi


perhatian lebih serius bagi membanteras kes berkenaan, walaupun kes
kongsi gelap melibatkan pelajar masih belum dilaporkan berlaku ketika ini.

Kadar kegiatan jenayah melibatkan pelajar sekolah pasti menurun secara


mendadak dengan adanya program seumpama ini, katanya semasa
merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Pencegahan dan Pemantauan Tingkah
Laku Pelajar 2016 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Ria di
sini, semalam.

Yang turut hadir Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan


Jabatan Pendidikan Kedah, Mohamed Rafed Ismail; Ketua Polis Daerah
Kuala Muda, Asisten Komisioner Md. Zukir Mat Isa dan Pengetua SMK Taman
Ria, Rokiah Mee.
Menurutnya, masalah tingkah laku dalam kalangan pelajar berlaku dipercayai
berpunca daripada pengaruh rakan sebaya.

Melalui kunjungan ke sekolah berkenaan, pelajar berupaya berhenti daripada


merokok, melawan guru dan lain-lain. Polis juga membuat tangkapan dan
siasatan sebaik sahaja menerima aduan tingkah laku buruk melibatkan
pelajar.

Kita minta semua pihak, termasuk ibu bapa segera memberi kerjasama bagi
membendung kegiatan tingkah laku pelajar daripada terus menular, katanya.

Hashim juga memberikan jaminan bahawa sekolah selamat dapat diwujudkan


dengan jayanya jika semua pihak bekerjasama.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kedah/polis-kedah-


pantau-353-106-pelajar-sekolah-1.278268#ixzz4gcwLWoo6
Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like