You are on page 1of 7

ARKIB : 03/09/2008

Bantu pihak berkuasa tangani disiplin pelajar

PONTIAN Masyarakat diminta memainkan peranan masing-masing membantu pihak


berkuasa menangani masalah disiplin di kalangan pelajar.Pegawai Daerah Pontian,
Mislan Karmani berkata, semua pihak perlu bersedia mengemukakan pandangan dan
cadangan khususnya kepada pihak sekolah bagi mengatasi masalah disiplin seperti
ponteng sekolah serta salah laku.

''Kita hendaklah melihat masalah ini sebagai masalah bersama kerana mereka (pelajar)
merupakan golongan yang mudah terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya.

''Begitu juga dengan suasana di sekeliling yang kadangkala mampu merubah sikap dan
kelakuan pelajar sekiranya tiada bimbingan mahupun teguran atas kesalahan yang
dilakukan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup program Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) Sekolah-sekolah Daerah Pontian di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK) Datuk Penggawa Barat, di sini kelmarin.

Turut hadir Pegawai Pelajaran Daerah Pontian, Ab. Rahim Lamin; Timbalan Pengarah
Biro Latihan Pemadam Kebangsaan, Datuk Kaswuri Keman dan Pegawai Pelajaran
Daerah (Sektor Pembangunan Kemanusiaan), Abdul Hamid Abu Bakar.

Kira-kira 200 peserta menghadiri program tersebut yang bertujuan melibatkan ibu bapa,
penjaga dan masyarakat dalam proses penyelesaian masalah disiplin pelajar di dalam dan
luar sekolah.

Mislan berkata, pihaknya mengalu-alukan cadangan supaya ditubuhkan satu


jawatankuasa bertindak antara pihak PIBG dan pengurusan sekolah bagi menangani
masalah disiplin pelajar.

Beliau turut menasihati pelajar supaya memberi tumpuan sewajarnya terhadap pelajaran
dan bukannya kepada perkara-perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka.

ARKIB : 07/01/2009

banteras gejala tidak sihat berleluasa di kafe siber


Sekitar pertengahan Ogos 2008, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Perumahan,
Datuk Hamzah Zainuddin menyatakan bahawa kementerian berkenaan telah pun
menyediakan draf peraturan baru kafe siber dan sedia untuk dikuatkuasakan.

Sebelum ini, kementerian berkenaan telah mengeluarkan satu 'Garis Panduan Pengawalan
Perniagaan Pusat Siber dan Cyber Cafe' yang jelas bahawa aktiviti utama atau pun core
business di kafe siber hanya dihadkan kepada aktiviti penyebaran dan mendapatkan
maklumat melalui internet sahaja.

Lain-lain syarat yang dinyatakan dalam garis panduan tersebut adalah melarang pelajar
yang berpakaian seragam untuk memasuki kafe siber, masa operasi yang hanya dihadkan
sehingga 12.00 tengah malam serta keadaan premis perlulah terbuka dengan sistem
pencahayaan yang terang dan penggunaan cermin gelap adalah dilarang.

Malangnya, tiada penguatkuasaan dilakukan ke atas garis panduan ini dan kafe siber
disalah gunakan secara meluas. Keadaan ini kini sudah mencapai tahap kritikal dan
sebelum menjadi lebih parah CAP menggesa pihak berkuasa menjalankan operasi
pembanterasan kafe siber yang disalah guna dan menyalahi undang-undang secara besar-
besaran di seluruh negara.

Awal tahun lalu, CAP telah menjalankan satu tinjauan terhadap kafe siber-kafe siber dan
hasil yang mengejutkan ini telah di bawa kepada perhatian Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan dan Kementerian pelajaran.

Antaranya, pengakuan pelajar-pelajar sekolah berusia antara 13-15 ini bahawa tujuan
utama mereka mengunjungi kafe siber adalah ketagih untuk bermain permainan video
berunsur seks seperti Nasty Anime Game, Hentai dan The Sexy Empire yang kesemuanya
memperlihat wanita tanpa berpakaian.

Tinjauan CAP turut mendapati tiada satu pun kafe siber yang dikunjungi ini dijadikan
sebagai tempat untuk mendapat dan mengumpul maklumat seperti yang terkandung
dalam Garis Panduan keluaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pengusaha kafe siber ini pada amnya tidak disyaratkan untuk memasang perisian tapisan
seperti Cyberpatrol, Cybersitter, Surfwatch dan Net-Nanny bagi mengelak kanak-kanak
daripada mengakses halaman porno.

Pencabulan Seksyen 107(2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) terus dilakukan
apabila terdapat penjualan minuman keras dan rokok dibuat secara terbuka di kafe siber.
Pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah bukan sahaja merokok malah ada yang
meminum minuman keras.

Perbualan dengan beberapa pelajar sekolah ini juga mengejutkan pihak kami apabila
mereka mengaku ponteng sekolah dan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu
mereka akan mengunjungi kafe siber tersebut. Dianggarkan mereka menghabiskan antara
RM3-RM7 untuk sekali mengunjungi kafe siber (antara RM9-RM21 seminggu).
Pelajar-pelajar sekolah ini turut mengakui bahawa mereka meminta duit daripada ibu
bapa mereka dengan berbohong kononnya memerlukan duit untuk aktiviti kokurikulum
di sekolah dan ada juga yang sanggup mencuri semata-mata melepaskan gian bermain
permainan video.

Misalnya, salah satu kafe siber yang dikunjungi terdapat 40 buah komputer dan
kesemuanya sedang digunakan. Daripada 40 pelanggan dalam kafe siber tersebut hanya
seorang dewasa manakala yang lain ialah pelajar sekolah lengkap berpakaian seragam
sekolah.

Tinjauan juga mendapati kafe siber ini bercermin gelap dan tidak mematuhi langkah
keselamatan seperti penyediaan alatan pencegahan kebakaran api serta pintu keluar
kecemasan sekiranya berlaku kebakaran.

Sehubungan dengan itu, pemilik kafe siber yang di dapati melanggar undang-undang dan
garis panduan perlu ditarik balik lesen perniagaan mereka dan perlu ditutup dengan
segera.

CAP menggesa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengkaji semula
kewujudan kafe siber di taman perumahan dan kawasan kampung serta mengambil
tindakan sewajarnya jika ia didapati mencetuskan pelbagai masalah sosial lain.

S.M. MOHAMED IDRIS

Presiden

Persatuan Pengguna Pulau Pinang

ARKIB : 05/01/2009

Daripada tidur dalam kelas lebih baik lepak

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Daripada tidur dalam kelas kerana mata pelajaran yang tidak
digemari lebih baik lepak di kafe siber sambil bermain permainan video.

Begitulah pengakuan seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah persendirian yang
dikenali sebagai Eason.

Eason mengakui dia pernah ponteng sekolah selama sebulan kerana bosan dengan
sesetengah mata pelajaran yang diajar.

"Daripada tidur di kelas, lebih baik saya menghabiskan masa di luar sekolah dengan
bermain permainan video atau snuker di kawasan berhampiran sekolah," katanya.
Selain itu katanya, ibu bapa pula terlalu sibuk untuk mengawasinya dan mereka tidak
pernah memukulnya.

Ditanya bila dia mula ponteng sekolah, Eason berkata, dia mengikuti pelawaan rakan
senior semasa di tingkatan satu untuk ponteng sekolah.

Selepas itu katanya, dia terbawa-bawa dengan tabiat ponteng sekolah dan mula mengajak
rakan-rakan untuk turut berbuat demikian.

Eason menambah, guru disiplin yang jarang bertindak tegas mendorongnya untuk terus
ponteng dari sekolah.

Seorang lagi pelajar yang dikenali sebagai Tan berkata, dia kini memegang 'rekod
ponteng kelas' paling lama untuk tahun 2007 dengan tidak hadir ke sekolah tanpa
kebenaran lebih daripada 50 hari.

Dia mendakwa, ibu bapanya hanya menyedari perkara tersebut apabila dimaklumkan
guru.

''Nasib baik, ibu bapanya cuma menegur dan pihak sekolah tidak membuat langkah
susulan selepas itu,'' katanya sambil jari-jemari sibuk menekan punat alat permainan
komputer.

Dalam pada itu, pelajar di sekolah sama yang dikenali sebagai Mohd. Noor yang tinggal
bersama pakciknya di sini berkata, tiada perbezaan sama ada dia bersekolah atau ponteng.

Jelasnya, tidak ada guru yang mengendalikan kelas yang dihadirinya.

"Setakat ini, guru tidak pernah menghubungi ibu bapa saya. Jadi, saya terlepas begitu
sahaja," katanya.

ARKIB : 05/01/2009

Kafe siber tumpuan pelajar


ponteng

WALAUPUN kerajaan memberi


penekanan untuk membudayakan
komunikasi teknologi maklumat, namun
Sebahagian daripada remaja yang sedang melayari internet disalah sebuah
siber cafe di Cheras, Kuala Lumpur.
kewujudan pusat-pusat kafe siber sering dipandang serong kerana sering disalahgunakan
untuk tujuan yang negatif.

Sebab itu, apabila disebut kafe siber, ia tidak dilihat sebagai tempat untuk mengakses
Internet bagi mendapatkan maklumat berfaedah, tetapi akan dikaitkan dengan perjudian
dan permainan video yang hanya membazir masa.

Malah terdapat pengusaha yang menyalahgunakan lesen untuk tujuan mengaut


keuntungan cara mudah walaupun ia melanggar undang-undang.

Bagi para pelajar yang nakal pula, kafe siber yang menawarkan permainan video sering
menjadi tempat persembunyian ini.

Bagi menyelami masalah yang telah berakar umbi itu, wartawan Utusan Malaysia Au
Yeong How dan jurugambar meninjau secara dekat gejala ini sebelum cuti persekolahan
lalu.

Apa pun hanya segelintir kafe siber yang beroperasi secara haram. Namun yang segelintir
inilah menjadi punca kepada keruntuhan moral di kalangan generasi muda yang
memerlukan tindakan berterusan dan tegas daripada pihak berkuasa.

KUALA LUMPUR 4 Jan. - Kafe Siber sama ada yang berlesen ataupun yang beroperasi
secara haram sering menjadi tumpuan pelajar untuk ponteng sekolah.

Namun kegiatan para pelajar terbabit biasanya sukar dikesan kerana mereka akan
menyalin dahulu pakaian seragam sebelum meneruskan dengan aktiviti yang tidak
berfaedah.

Sehubungan itu penulis telah menyamar sebagai pelajar sekolah bagi melihat secara lebih
dekat gejala yang sering dikaitkan dengan krisis sosial dan moral di negara ini.

Pada hari pertama, penulis dengan berpakaian seragam pelajar sekolah menengah
berpeleseran di sekitar Plaza Low Yat, Sungei Wang Plaza dan Berjaya Times Square
untuk mencari tempat tumpuan pelajar ponteng.

Walaupun ada arked video dan kafe siber di situ, tetapi tidak ada pelajar ponteng dan
daripada maklumat jika ada pun mereka sukar dikesan kerana sudah bertukar pakaian.

Pada hari kedua, hasil cadangan rakan setugas, penulis melepak di sebuah restoran di
Setapak, Kuala Lumpur tempat tumpuan pelajar ponteng.

Penulis membuat pengawasan bermula pukul 6.50 pagi. Pada pukul 7 pagi muncul tiga
pelajar dengan pakaian tidak terurus, bersarapan di satu sudut terpencil restoran tersebut.

Naluri penulis merasakan mereka mahu ponteng sekolah kerana masih melepak walaupun
waktu persekolahan sudah bermula.
Penulis kemudian menghampiri mereka dan bertanya tentang kafe siber yang
menawarkan permainan komputer dengan kadar yang murah.

Mereka menunjukkan sebuah premis di seberang jalan dan tinjauan saya mendapati ada
dua kafe siber di situ.

Setelah mendapati tiada pelajar ponteng di situ, penulis kembali kepada kumpulan tiga
pelajar tadi. Setelah berjaya menyakin mereka bahawa penulis juga ponteng sekolah
penulis 'diterima' untuk bersama mereka yang dikenali sebagai Eason, Mohd. Khairul
dan Chan (bukan nama sebenar).

Mereka merupakan para pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah persendirian.

Mereka bersarapan pagi bersama-sama dengan hidangan nasi goreng, nasi lemak dan roti
bakar serta kopi.

Sambil berbual selama hampir sejam setengah dengan mereka, penulis mendapati mereka
kerap berbahasa kesat, merokok dan bersembang kosong bagi menghabiskan masa.

Pemerhatian penulis juga mendapati Eason membelanja rakan-rakannya makan dan


rokok dengan wang kertas RM50.

Terkejut seketika apabila mengetahui kos sarapan pagi itu hampir mencecah RM16. Itu
belum termasuk duit rokok jenama terkenal.

Pada pukul 8.30 pagi, kami bergerak ke kafe siber yang terletak bersebelahan kedai itu.
Keadaan dalaman kedai itu gelap. Ia dikawal oleh tiga pemuda yang lagaknya seperti
samseng.

Ia adalah satu dewan besar yang menghimpunkan ratusan komputer. Kesemuanya


dikunci dengan mesej Sila buat bayaran di kaunter terlebih dahulu.

Ketika itu, terdapat lebih kurang lima hingga enam pelajar lain yang ponteng sedang
bermain permainan komputer.

Kami duduk di sebaris meja di penghujung dewan. Belum sempat saya membayar apa-
apa, Eason telah terlebih dahulu membuat pembayaran untuk kami semua.

Dia membayar semuanya sebanyak RM16 untuk permainan tanpa henti selama dua jam.
Kadar bayarannya ialah RM2 sejam.

Walaupun dua jam permainan video adalah masa yang singkat untuk mereka, namun ia
adalah masa yang paling sukar untuk penulis melaluinya.

Setelah tempoh dua jam tamat kami kembali ke restoran tadi untuk makan.
Sejam kemudian, seorang rakan mereka datang. Dia yang bernama Daniel, ialah pelajar
sesi petang di sekolah yang sama.

Sebagai membalas budi Eason membelanja saya bermain permainan komputer, saya pula
membayar kos makan minum mereka berjumlah RM26 kesemuanya.

Pada waktu tengah hari (pukul 12 tengah hari), kami kembali ke kafe siber yang sama. Ini
kerana, Eason memberitahu, mereka masih ada satu jam lagi sebelum sekolah bersurai
dan mereka akan pulang ke rumah selepas itu.

Ketika itu lebih ramai pelajar di dalamnya yang membuat bising selain bunyi bising
daripada permainan video.

Penulis bersama 'rakan' baru itu beredar dan kemudiannya berpisah setelah tempoh masa
permainan tamat.

Namun dalam kafe siber itu masih penuh dengan para pelajar termasuk sebahagian
besarnya berpakaian seragam sekolah.

Mereka berbuat demikian tanpa rasa takut seolah-olah tidak ada penguatkuasaan.

You might also like