You are on page 1of 2

PONTENG SEKOLAH

Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan
menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut
Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas
tanpa kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca
daripada keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan"
seperti sakit, kemalangan dan sebagainya. mengikut sekolah, tetapi biasanya
diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah.Ponteng juga merujuk tidak
datang ke sekolah tanpa alasan yang tertentu

Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak
menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas
dalam satu-satu hari.

Di sesetengah sekolah, pelajar yang ponteng akan hilang kelayakan untuk tamat
sekolah ataupun menerima jam kredit bagi kelas yang tidak dihadiri, sehinggalah
kekurangan tersebut diisi melalui tahanan kelas, denda ataupun kelas gantian dan
gantung sekolah.

PUNCA GEJALA PONTENG

1. Suasana persekitaran sekolah yang berubah akibat proses urbanisasi, seperti


pembinaan arked permainan video, kafe siber atau pusat membeli-belah
berhampiran sekolah.
2. Pengaruh media elektronik.
3. Kurangnya kasih sayang serta pemantauan daripada ibu bapa.
4. Pengaruh rakan sebaya.
5. Persekitaran sekolah yang kurang kondusif serta dibebani tekanan, umpamanya
guru yang terlalu garang.
CARA MENENGANI GEJALA PONTENG

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia amat memandang serius akan


gejala ponteng sekolah, memandangkan gejala ini seterusnya akan membawa
kepada permasalahan sosial yang lebih teruk seperti gejala maksiat dan samseng
remaja. Oleh itu, di beberapa tempat seperti di Lembah Klang, Polis Diraja Malaysia
menempatkan beberapa anggota polis bagi memantau kawasan tumpuan remaja
bagi mengesan pelajar ponteng, dan sekiranya pelajar yang didapati ponteng
tertangkap maka ibu bapa berkemungkinan akan dikenakan tindakan.

Untuk membolehkan penguatkuasaan larangan ponteng dapat dilaksanakan secara


menyeluruh, orang ramai diseru agar melaporkan kepada polis sekiranya
terserempak dengan pelajar yang ponteng sekolah.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga turut mengambil inisiatif bagi menangani
gejala ponteng dengan menyertakan syarat remaja berpakaian seragam sekolah
tidak boleh memasuki premis mereka sebagai salah satu syarat bagi mengeluarkan
lesen bagi kafe siber dan arked permainan video.

Di samping itu, pihak sekolah juga perlu menyediakan suasana persekolahan yang
kondusif serta tidak menekan pelajar untuk menarik minat pelajar agar terus
menghadiri kelas. Guru-guru juga disaran supaya bersikap ramah serta tidak terlalu
garang dengan pelajar.

Paling penting, ibu bapa seharusnya memainkan peranan bermula dari akar umbi
bagi mencegah anak-anak mereka daripada ponteng sekolah. Mereka seharusnya
memerhatikan gerak-geri anak mereka, dengan siapa anak mereka berkawan, kerap
menghubungi pihak sekolah serta memeriksa beg sekolah anak mereka sebagai bukti
sama ada anak-anak mereka menghadiri sekolah atau tidak. Ibu bapa juga tidak
seharusnya terlalu mempercayai anak-anak mereka kerana sikap terlalu
memanjakan anak sudah tentunya bakal memakan diri sendiri kelak.

You might also like