You are on page 1of 1

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia saya ucapkan kepada guru matapelajaran

Bahasa Malaysia kita, Pn. Zulfalilah dan juga rakan - rakan sekalian. Pada hari ini , kami
sekumpulan ingin memberikan sedikit informasi tentang kes ponteng sekolah yang
telahpun berakar umbi di negara kita ini. Sebelum itu, kami ingin memberikan sedikit
penerangan tentang topik hari ini.
Ponteng sekolah adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua
kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau
tugas tanpa kebenaran. Dalam konteks ini, pelajar tersebut dikatakan ponteng sekolah
apabila dia gagal melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pelajar, iaitu belajar
di sekolah.
Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada
keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang boleh "dimaafkan" seperti sakit,
kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi
biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah.
Ponteng sekolah dikatogorikan sebagai salah satu isu gejala sosial
terutamanya melibatkan para pelajar, khususnya golongan pelajar
peringkat sekolah menengah. Tidak disangkal bahawa isu ini boleh
menjadi landasan lencongan untuk pelajar terlibat dengan gejala sosial
lebih serius yang berunsur jenayah. Senario remaja sekolah yang pada
mulanya hanya terbabit dengan isu gejala ponteng sekolah dan
kemudian didapati terlibat dengan kes-kes jenayah berat kerap
berlaku.
Pelajar merupakan pemimpin kepada negara pada masa akan
datang. Ini memperlihatkan betapa pentingnya pelajar kepada negara.
Sayangnya, remaja-remaja hari ini kebanyakannya ponteng sekolah
dan ini telah menjadi masalah yang serius di kalangan remaja masa
kini. Oleh itu, pelbagai insentif daripada semua pihak adalah perlu
untuk membendung masalah ini sebelum nasi menjadi bubur.

You might also like