You are on page 1of 15

Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi

Malaysia

MASALAH AKHLAK DI KALANGAN PELAJAR IPTS: SATU CABARAN

Oleh: Khairul Hamimah Mohd Jodi


Center For Language & General Studies (CFLGS)
UNITAR
hamimahm@unitar.edu.my

1.0 Pendahuluan

Peningkatan masalah sosial sama ada dilakukan oleh pelajar dan remaja telah
menjadi tajuk utama akhbar-akhbar tempatan, malah ada pihak-pihak yang tidak
berpuas hati dengan sesetengah tindakan yang dibuat oleh pihak berwajib dalam
membenteras masalah gejala sosial di kalangan remaja1. Bagi pelajar Institut
Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, mereka seharusnya sedar bahawa merekalah
pemangkin pembangunan masa depan negara. Sekiranya mereka sendiri turut terjebak
dalam masalah sosial, secara tidak langsung mereka akan menjatuhkan maruah diri
sendiri memandangkan mereka tergolong dalam golongan orang-orang yang
terpelajar.

Kertas kerja ini ialah hasil kajian yang dilakukan oleh penulis di ITTAR.
Tujuan kertas kerja ini dibentangkan ialah melihat sejauhmana permasalahan akhlak
pelajar hari ini dan bertujuan untuk memberi maklumat realiti sebenar bahawa pelajar
hari ini belum menghayati sepenuhnya kandungan silibus Pengajian Islam, bukan
hanya di peringkat IPT sahaja tetapi memberi gambaran kepada kita silibus Pengajian
Islam peringkat menengah dan rendah masih belum berjaya membentuk pelajar
menjadi individu yang memenuhi tuntutan Islam sendiri.

1.2 Sample kajian

1
Boleh lihat kes pelajar Universiti Teknologi Mara, Noorsyamsul Haffizie Hassan, 23 tahun yang
mendakwa telah dikasari oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana melakukan kesalahan
berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai. Kakak pelajar terbabit (Norhasyima) telah menghantar
surat bantahan di akhbar mengenai tindakan JAIS memperlakukan adiknya seperti binatang (Berita
Harian, 2.6.2003 hal 6). Kemudian pihak JAIS menjawab tuduhan Norhasyima. Kes ini berlanjutan
selama seminggu dan ada juga pembaca yang tidak bersetuju dengan tindakan pihak JAIS. Lihat Berita
Harian, “Pelajar Minta Jais Perjelas Maksud ‘Tindakan Liar’” , 6.6.2003, hal 6. Kes ini berakhir
apabila dua penguatkuasa JAIS ditukarkan ke bahagian lain.

1
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

Kajian ini dijalankan kepada semua pelajar ITTAR beragama Islam. Bilangan
responden seramai 311 orang. Penulis telah mengedarkan borang selidik kepada 400
orang responden, namun demikian hanya 311 pelajar sahaja yang dapat menjawabnya
memandangkan ada di antara pelajar yang hanya menghadiri satu sesi pembelajaran
seminggu. Ini menyebabkan penulis tidak dapat menemui pelajar terbabit.

a. Latar belakang responden

Penulis melihat latar belakang pelajar termasuklah jantina (lihat lampiran rajah
1), kawasan tempat tinggal (lihat lampiran rajah 2), Penempatan pelajar sekarang
(lihat lampiran rajah 3), Pendidikan pelajar sebelum memasuki ITTAR (lihat
lampiran rajah 4) ,tahap pendidikan ibu bapa (lihat lampiran rajah 5 dan 6) dan
kedudukan sosio ekonomi keluarga (lihat lampiran rajah 7 dan 8). Penulis mahu
melihat sejauhmana elemen tersebut mempengaruhi peribadi akhlak pelajar seharian.

1.3 Permasalahan Akhlak Pelajar

Permasalahan akhlak pelajar dibahagikan kepada empat bahagian iaitu 1.


penglibatan pelajar terhadap aktiviti seks, 2. penglibatan pelajar terhadap kegiatan
haram seperti lumba haram, dadah, perjudian 3. mengingkari perintah Allah s.w.t
seperti tidak menunaikan solat, minum arak dan 4. melanggar peraturan kolej seperti
ponteng kelas, meniru, vandalism dan sebagainya.

1.3.1 Penglibatan Pelajar Terhadap Aktiviti Seks.

Analisa rajah 9 (lampiran) menunjukkan 284 pelajar atau 91.3% tidak pernah
membuat hubungan seks berbanding dengan 27 orang pelajar atau 8.7%. Ada di
antara pelajar yang melakukan hubungan seksual bersama pasangan dan ada juga
yang melakukannya bersama GRO2 (pegawai perhubungan pelanggan wanita) .
Tujuan dia melanggani GRO itu untuk keseronokan sahaja. Hasil temubual pelajar
2
Sumber didapati dari borang kaji selidik. Dua pelajar mengaku pernah melanggani GRO. Responden
berumur 28 dan 20 tahun dan mereka pernah bekerja di Kelab Malam dan di Hotel.

2
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

dengan pelajar yang ingin dikenali sebagai Nor3, dia mengaku mula mengadakan
hubungan kelamin bersama teman lelakinya4 pada awal tahun 2003 sehingga tahun
2004. Ketika itu dia beusia 19 tahun dan tinggal bersekedudukan bersama teman
lelakinya selama beberapa bulan. Dia juga mengaku ketika usianya mencecah 10
tahun dia telah menonton vcd lucah5. Temubual penulis dengan pelajar bernama
‘Fadzli’ menceritakan bagaimana teman serumahnya (pelajar ITTAR) melakukan
hubungan seks bersama teman wanitanya. Peristiwa itu berlaku ketika Fadzli kembali
dari kelas pengajian dan tanpa disedari oleh teman serumahnya yang sedang
bergelumang dengan maksiat di ruang tamu6.

Kesan mengadakan hubungan seks ini juga menyebabkan seorang pelajar


pernah menggugurkan kandungan sebanyak empat kali7 dan seorang pelajar juga
pernah melahirkan anak tidak sah taraf8.

Walaupun 284 orang pelajar tidak pernah melakukan hubungan seks, namun
115 atau 34.5% antara mereka (284 pelajar) pernah melihat sebarang sumber bahan
lucah (rajah 10 di lampiran). Hanya 169 pelajar (54.3%) sahaja yang benar-benar
bersih tidak melakukan hubungan seks dan tidak pernah melihat sebarang sumber
berbaur lucah. Mereka yang pernah melihat sumber berbaur lucah pula seramai 142
pelajar atau 45.7% daripada 311 pelajar. Jika dilihat dari sudut jantina, pelajar lelaki
3
Temubual dengan ‘Nor’ pada 15/9/03, jam 4.30-5.30pm bertempat di ITTARKL
4
Teman lelakinya merupakan pelajar kolej Cosmopoint Kuala Lumpur dan bekerja sambilan sebagai
pelayan Kelab Malam
5
Selain itu Nor juga pernah bekerja sambilan sebagai Pelayan (waiter) di salah sebuah Pub di Bangsar
selama 3 bulan. Dia juga mengaku pernah mencuba merasa air arak kerana keinginan yang kuat untuk
merasa bagaimana rasanya air arak itu. Dia juga mengaku sejak datang ke Kuala Lumpur perangainya
berubah kerana berjauhan dengan keluarga (tiada siapa yang larang) selain daripada terpengaruh
dengan rakan.
6
Temubual dengan Fadzli, pelajar program DTM pada 5/8/03 jam 3.30 – 5.30pm. Fadzli juga
memberitahu penulis bagaimana rakan serumahnya yang kesemuanya pelajar ITTAR telah bergilir-gilir
meniduri seorang bohsia di rumah sewanya. Akhirnya Fadzli keluar dari rumah sewanya dan mencari
rumah sewa baru kerana tidak tahan dengan perangai rakan-rakannya.
7
Temubual dengan ‘Khairul’, Bekas MPP ITTARKL. Pada 11/7/05 jam 3.00 – 4.00pm. Khairul
merupakan sahabat baik kepada teman lelaki pelajar wanita yang pernah menggugurkan kandungan.
Penulis meletakkan pelajar wanita itu sebagai ‘Jar’ sahaja. Penulis juga berjaya menemubal bekas
teman lelaki ‘Jar’ yang hanya ingin dikenali sebagai ‘Abdul’ pada 18/7/02 jam 3.45-5.30pm. Abdul
mengaku Jar pernah menggugurkan kandungan sebanyak empat kali tetapi dia menafikan anak yang
digugurkan itu hasil hubungan mereka berdua kerana hubungan mereka hanya bertahan selama lima
bulan sahaja. Abdul mendakwa pengguguran yang dilakukan oleh ‘Jar’ ialah hasil hubungan seks ‘Jar’
bersama lelaki lain sebelum Abdul.
8
Temubual dengan Cik Puti Maizan Mashudi pada 1/7/2003 jam 4.00-4.30pm di ITTARKL. Cik Puti
Maizan merupakan pensyarah Program Pengurusan dan dia yang mengendalikan kes pelajar ini, juga
temubual penulis dengan Pn. Julinda, Bekas Kauselor ITTAR, 17/7/03 jam 11.00-11.40am

3
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

(88 orang) lebih ramai melihat unsur berbanding pelajar wanita (54 orang).Sebarang
sumber lucah yang pernah dilihat oleh pelajar ialah daripada internet dengan
mengakses laman web porno, menonton vcd9 dan membaca majalah porno. Hasil
daripada melihat bahan lucah, maka didapati seorang pelajar lelaki mengaku
menjadi gay10 dan tiga pelajar wanita menjadi lesbian11.

Terdapat juga 3 pelajar wanita atau 0.9% pernah menjadi perempuan


simpanan kepada golongan tertentu dan 3 pelajar juga pernah menjadi GRO atau
pegawai perhubungan pelanggan, nama jawatan kebanyakan wanita yang bekerja di
kelab malam. Kesemuanya bertujuan untuk keseronokan, mengisi masa lapang dan
yang paling utama sekali ialah mencari wang untuk membiayai yuran pengajian dan
menambahkan duit saku sepanjang tempoh mereka berada di ITTAR memandangkan
pinjaman yang mereka terima masih belum mencukupi untuk menampung kehidupan
mereka di bandar besar. Perkara ini berterusan apabila orang dewasa pula mengambil
kesempatan terhadap keinginan remaja wanita untuk menikmati kebebasan dan
kemewahan dengan menjadikan mereka sebagai perempuan simpanan.

1.3.1.1 Faktor Terlibat Dengan Aktiviti Seks

Setelah penulis paparkan penglibatan mereka terhadap aktiviti-aktiviti yang


tidak sihat seperti di atas, pastinya kita akan tertanya mengapa mereka melakukan
aktiviti tersebut. Rajah 11 (lampiran) menunjukkan sebab mereka terjebak dengan
kegiatan seks. Sebagaimana kita ketahui jiwa remaja gemar suatu perkara yang baru

9
Tembual dengan Siti Junainah (program DTM), pada 10/7/03 jam 2.30pm di ITTARKL
10
Sumber dari borang selidik. Namun seorang pelajar lelaki program DPP telah mengaku demham
penulis pada 23/5/03 hari Jumaat jam 4.30pm bahawa dia memang terlibat dengan aktiviti ini sejak dari
bangku sekolah lagi. Dia hanya mahu dikenali sebagai ‘Zam’ sahaja. Zam mengatakan dia terlibat
dengan aktiviti ini kerana kehendak sendiri dan dia tidak sekali-kali menyalahkan kedua ibubapanya.
Menurut Zam ayahnya orang yang alim.
11
Sumber dari borang kaji selidik. Seorang pelajar perempuan program DTM juga turut mengaku
dengan penulis bahawa dia sebenarnya seorang lesbian pada17/9/2003 jam 11-12pm. Dia ingin
dikenali sebagai ‘Ikin’ mengetahui bahawa perbuatannya salah di sisi agama dan akan cuba menukar
penampilannya menjadi wanita sejati apabila dia berusia 20 tahun ke atas, jika dilihat dari latar
belakang keluarga, Ikin datang dari keluarga sederhana di mana kedua ibu bapanya bekerja sebagai
peniaga pasar malam dan temubual dengan Lasimah, Izan, Zulfa dan Izaidah (kesemuanya program
DTM. Penulis diminta oleh pelajar agar tidak meletakkan nama penuh mereka) pada 18/7/03 jam
11.30am di Perpustakaan ITTAR Kuala Lumpur. Mereka mengadu dua rakan serumahnya lesbian dan
seorang daripadanya sering membawa teman lelaki pulang ke rumah apabila ‘teman wanitanya’ balik
kampung.

4
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

dan mencabar12, 144 pelajar melakukan kegiatan ini kerana pilihan mereka sendiri .
Tiga faktor besar yang menyumbang mereka terjebak dalam kancah maksiat ini ialah
pengaruh rakan (16.6%), pengaruh media massa (15.7%) dan selalu menonton bahan
lucah (13.2%). Diikuti dengan paksaan pasangan sendiri (8.8%), ibu bapa tidak ambil
peduli (4.8%) ,undang-undang sedia ada tidak ketat iaitu mudah mendapat bekalan di
pasaran (4%), ibu bapa jahil agama (3.1%), tidak tahu perbuatan ini salah di sisi
agama (2.5%) dan tanda protes agama sendiri (1%) . Selain itu pergaulan yang terlalu
bebas dan tiada teguran oleh staff dan rakan-rakan di ITTAR juga menyumbang serba
sedikit kepada permasalahan ini.

1.3.2 Penglibatan Pelajar Terhadap Kegiatan Haram Seperti Lumba Haram,

Dadah Dan Perjudian.

Jadual 12 (lampiran) menunjukkan 27 orang pelajar atau 7.1% pelajar menjadi


orang tengah dalam kegiatan pengedaran dadah dan vcd lucah. Manakala 92.9%
pelajar atau 289 orang daripada 311 pelajar tidak pernah melakukannya. Pengedaran
ini bukan sahaja berlaku kepada pelajar lelaki tetapi turut melibatkan pelajar
perempuan.

Kes ini terbukti apabila pelajar bernama ‘Fazli’ menceritakan kepada penulis
di mana tempat rakan-rakan mereka mengedar dan mendapat bekalan dadah. Salah
satu kawasannya ialah sekitar Chow Kit, Kg.Baru dan Pasaraya di Sentul. Dia juga
memberitahu pelajar ITTAR bernama ‘Kiki’ (bukan nama sebenar) merupakan dalang
utama bagi kegiatan ini. Penglibatan mereka dalam gejala sosial ini bertujuan untuk
mencari duit poket. Rajah 13 (lampiran) menunjukkan bilangan pelajar yang pernah
mengambil benda yang mengkhayalkan seperti ganja, syabu dan sebagainya.

Sebanyak 28 pelajar atau 9% pernah menjadi ‘mat rempit’. 10 pelajar kadang-


kadang melakukannya dan hanya 9 atau 2.9% pelajar sahaja yang tidak serik

12
Che Noraini Hashim (2005), “Keruntuhan Akhlak dan Pembangunan Remaja Masakini: Cabaran
Pendidikan Islam di Malaysia”, Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 4), Bangi : Fakulti
Pendidikan, UKM, hal 19.

5
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

menyertai perlumbaan haram (rajah 14 di lampiran). Alasan mereka untuk


berseronok, bangga dan dapat menonjolkan diri di kalangan mat rempit yang lain dan
dapat menunjukkan kemahiran mereka di atas jalan raya. Menurut Abdullah13, lokasi
jalanraya yang menjadi medan pertarungan ialah Dataran Merdeka , Jalan Sungai
Besi, Pertama Kompleks dan Komplek Sg. Wang Plaza (Jalan Sultan Ismail).
Perlumbaan haram ini kadangkala melibatkan pertaruhan wang sebanyak RM15 ribu
(hasil collection semua ‘mat rempit’ dalam satu kawasan, bengkel motorsikal yang
menyokong kegiatan mereka, orang perseorangan dan kumpulan yang bertanding).
Pelumba yang kalah akan diminta membakar motornya manakala pemenang
menerima habuan wang dan tiga orang perempuan14. Apa yang penulis dapat
simpulkan di sini tujuan mereka menyertai perlumbaan haram ini tidak lain hanya
untuk mendapatkan sanjungan dan perhatian semata-mata tanpa memikirkan
padahnya kerana keseronokan mengatasi keburukan15.

Berdasarkan rajah 15 (lampiran) menunjukkan sebanyak 90 pelajar (28.9%) pernah


menunjungi pusat hiburan seperti disko dan pusat karaoke. Sebagaimana yang
diketahui bahawa pusat hiburan ini merupakan tempat bermulanya beberapa masalah
sosial kerana dari situlah bermulanya episod ‘berkenalan’ dengan arak, perzinaan16
atau mukadimahnya, pil kuda dan estacy. Dalam kes ini juga dua pelajar bekerja di
salah satu kelab malam di Bangsar17 kerana tidak cukup wang untuk membayar yuran
pengajian disebabkan mereka telah menggunakan duit yang diberikan oleh keluarga
untuk tujuan keseronokan, natijahnya mengambil jalan mudah untuk menggantikan
wang yang telah mereka gunakan dengan bekerja di kelab malam. Jika dilihat
mengikut jantina, pelajar lelaki lebih kerap menunjungi kelab malam berbanding
dengan pelajar perempuan iaitu 59 pelajar lelaki dan 31 pelajar perempuan18.

13
Temubual dengan Abdullah. Pelajar program DPP pada 18/7/05 jam 4.45 – 5.30 bertempat di
ITTARKL. Abdullah pernah terlibat dengan kegiatan ini, tetapi kini tidak lagi.
14
Ibid.
15
Maksud di sini ialah mereka tidak memikirkan akibat buruk yang akan berlaku pada diri mereka.
Pada mereka kepuasan melebihi segalanya walaupun nyawa mereka menjadi taruhan.
16
Zina di sini tidaklah bermaksud terus melakukan hubungan seksual walaupun tidak dapat dinafikan
terdapat juga kes pertama kali berkenalan di kelab malam sehinga membawa ke tempat tidur. Zina di
sini membawa maksud yang luas contohnya zina mata dan sebagainya.
17
Pengakuan pelajar bernama ‘Nurul’ dan ‘Nor’ pada 18/7/2003 di ITTARKL
18
Sumber borang soal selidik

6
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

Pelajar yang banyak mengunjungi kelab malam ini merupakan mereka yang
tinggal bersama bersama keluarga iaitu seramai 42 pelajar diikuti pelajar yang tinggal
di rumah sewa (35 orang) dan pelajar yang tinggal di asrama (13 orang). Hal ini jelas
menunjukkan tinggal bersama keluarga bukan merupakan halangan yang besar bagi
pelajar untuk mengunjungi tempat-tempat begini dan juga menunjukkan rapuhnya
institusi kekeluargaan di mana ibu bapa tidak mengambil perhatian terhadap aktiviti
yang dilakukan oleh anak-anak mereka. Rajah 16 (lampiran) menjelaskan dengan
terperinci.

Rajah 17 (lampiran) menunjukkan hasil kajian terhadap penglibatan pelajar


dengan aktiviti perjudian, kongsi gelap seperti mencuri dan peras ugut. 15.1% atau 47
pelajar pernah terlibat dengan aktiviti perjudian dan 6.7% atau 21 pelajar lagi pernah
menyertai aktiviti kongsi gelap. Hasil maklumat borang soal selidik juga
menunjukkan pelajar yang tinggal bersama keluarga banyak terlibat dengan aktiviti
ini. Analisis aktiviti perjudian menunjukkan 19 pelajar yang terlibat tinggal di rumah
sewa, 6 pelajar tinggal di asrama dan 22 pelajar tinggal bersama keluarga. Masalah
kongsi gelap pula menunjukkan 12 pelajar terlibat tinggal bersama keluarga, diikuti
dengan rumah sewa seramai 7 orang dan tinggal di asrama seramai 2 orang.

Rajah 18 (lampiran) menjelaskan 42 pelajar atau 13.5% pernah terfikir untuk


menamatkan riwayat diri sendiri. Sebagaimana kita ketahui, agama Islam melarang
umatnya membunuh diri namun menggalakkan umatnya sentiasa mengingati mati.
Seramai 269 pelajar atau 86.5% tidak terfikir untuk melakukan jenayah berat di sisi
agama ini. 42 pelajar ini mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah yang
ditanggungnya dan berasa kecewa dengan qadak dan qadar yang telah berlaku ke atas
mereka. Mereka tidak jadikan halangan dan cabaran yang ditempuhi sebagai ujian
daripada Allah. Terbukti di sini mereka mempunyai tahap pemikiran yang cetek dan
iman yang rapuh. Mengikut analisis penulis, bilangan pelajar perempuan mendahuli
pelajar lelaki iaitu 28 orang untuk pelajar wanita dan 14 orang untuk pelajar lelaki19.
Berkemungkinan pelajar wanita lebih beremosi daripada pelajar lelaki dan soal selidik
juga menunjukkan pelajar yang tinggal bersama keluarga mendahului mereka yang

19
Sumber borang soal selidik.

7
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

terfikir untuk membunuh diri iaitu 22 orang pelajar, diikuti dengan menyewa (11
orang) dan tinggal di asrama sebanyak 9 orang pelajar.

1.3.2.1 Faktor Terlibat Dengan Kegiatan Haram

Jadual 19 (lampiran) menjelaskan serba sedikit punca mereka melakukan


perkara yang menyalahi agama ini. Kesimpulannya rakan merupakan punca utama
mengapa pelajar ini terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah ini.
Walaubagaimanapun tidak dinafikan faktor lain yang turut membantu pemangkinan
masalah ini. Sabda Nabi Muhammad bermaksud: ‘Seseorang berada dalam tuntutan
temannya, maka hendaklah salah seorang dari kamu melihat siapa yang menjadi
temannya20’.

1.3.3 Penglibatan Pelajar Terhadap Masalah Agama

Seterusnya, penulis melihat aktiviti pelajar terhadap masalah agama seperti


tidak menunaikan solat, minum arak, memandang rendah pada hukuman Islam, dan
tidak berpuasa.

Rajah 20 menunjukkan sebanyak 287 daripada 311 pelajar atau yang mewakili
92.3% tidak pernah merasai air arak atau yang memabukkan berbanding dengan 24
pelajar yang pernah meneguk air arak. Pelajar yang mengambil air arak ini merupakan
manusia yang rapuh imannya dan tidak memperdulikan arahan al-Quran dan hadis
Nabi Muhammad yang mengatakan arak itu haram.

‫كل مسكر مخر و كل مسكر حرام‬


Maksudnya: Daripada Ibnu Umar R.A bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w
bersabda: setiap yang memabukkan itu adalah khamar (minuman keras) dan setiap
yang memabukkan itu adalah haram21.

20
Musnad Ahmad, Kitab Baqi Musnad al-Mukathirin, Bab Baqi Musnad al-Sabiq, hadith no. 8065.
hadith ini membawa pengertian rakan mempunyai pengaruh yang besar terhadap seseorang.
21
Sahih Muslim, Kitab al-a’syribah, Bab bayan a’n kullu muskirin khamrun wa a’n kullu khamrun
haramun, no. hadith 3733.

8
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

Rajah 21 (lampiran) menjelaskan bahawa terdapat juga segelintir penganut


muslim yang memandang rendah terhadap agama yang mereka anuti. Di mana
silapnya mereka ini? Adakah mereka merasa terkongkong dengan segala larangan
yang telah digariskan oleh yang Maha Esa atau kelemahan ibu bapa mendidik mereka
dengan sempurna untuk menjadikan mereka anak yang soleh? Penulis menemui data
seramai 43 pelajar atau 13.8% memandang rendah hukum agama sendiri dan 5
daripadanya selalu memperlekehkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh
Maha Pencipta. Walaupun jumlahnya kecil, namun ini tidak boleh dipandang rendah
kerana mereka boleh mempengaruhi pelajar yang lain dan kemungkinan jumlah yang
kecil ini akan meningkat. Analisis dari sudut jantina pula, pelajar lelaki lebih ramai
memandang rendah hukum agama berbanding dengan pelajar wanita iaitu 24 (lelaki)
dan 19 (wanita)

Rajah 22 (lampiran) memaparkan peratusan pelajar yang sengaja


meninggalkan puasa di bulan Ramadhan dan tidak pernah menggantikannya. 111
pelajar atau 35.7% pernah meninggalkan puasa. Hanya 181 pelajar atau 58.2% sahaja
yang menjalani ibadah puasa ini dengan baik. Antara alasan mereka tidak menunaikan
rukun Islam yang ketiga ini ialah gastric. Apabila penulis memberitahu puasa yang
tidak digantikan wajib dibayar fidyah, kesemua pelajar tidak tahu apa itu fidyah dan
mengapa mesti dibayar.

Penulis telah ditemui oleh seorang pelajar yang menceritakan dia sudah 10
tahun tidak menggantikan puasa dan berasa kesal dengan perbuatannya. Dia juga
menceritakan bahawa ibu bapanya tidak pernah menyuruhnya menunaikan solat dan
tidak pernah ambil tahu apa yang dia lakukan semenjak kecil sehinggalah dia dewasa.
Namun dia berusaha untuk menggantikan puasanya dan cuba membayar fidyah
mengikut kemampuan.

1.3.3.1 Faktor Terlibat Dengan Masalah Agama

Pengaruh rakan menjadi penyebab utama mereka mengingkari perintah Tuhan


(rajah 23 di lampiran) iaitu seramai 135 pelajar (26.4%). Ini diikuti dengan kehendak
sendiri (133 pelajar atau 26%) yang ingin mencuba perkara baru seperti mahu

9
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

mencuba atau merasa air arak. Seterusnya ibu bapa tidak ambil kisah apa yang anak-
anak lakukan setiap hari (54 pelajar atau 10.5%) dan ibu bapa sendiri kurang
berpengetahuan ilmu agama (10%). Pengaruh media massa juga menyebabkan
masalah ini berlaku. Seterusnya, 33 pelajar (6.4%) tidak tahu perkara-perkara seperti
arak, membunuh diri, kongsi gelap merupakan satu kesalahan di sisi agama, dan yang
terakhir ialah 19 pelajar (3.7%) tidak menyukai dengan agama yang dianuti
menyebabkan mereka melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam sebagai
tanda bantahan atau mencabar Tuhan itu sendiri.

1.4 Permasalahan Pelajar Di Kolej

Rajah di bawah merupakan penemuan penulis terhadap permasalahan akhlak


di ITTAR Kulala Lumpur sahaja. Penulis mengambil sample melanggar peraturan
kolej seperti ponteng kelas, meniru, vandalism dan sebagainya.

Rajah 24 (lampiran) menunjukkan 38 pelajar daripada 311 orang (12.2%)


tidak pernah ponteng kelas dan kebanyakan mereka daripada semester satu kerana
masih baru dan takut untuk melakukan kesalahan. 87.7 % pelajar (273 orang) pernah
ponteng kuliah. Temubual penulis dengan seorang pensyarah ITTAR mengatakan
masalah ponteng kelas ini merupakan perkara biasa yang mesti dihadapi pada setiap
semester dan semua tenaga pengajar ITTAR akan berhadapan dengan masalah ini.
Pengalaman penulis sendiri sebagai salah seorang tenaga pengajar ITTAR mengakui
tidak pernah ada satu semester yang mana kehadiran pelajar akan mencukupi seratus
peratus. Pelajar yang kerap hilang ini akan muncul pada minggu-minggu terakhir
sebelum peperiksaan akhir semester dijalankan dan ada juga yang tidak pernah
muncul langsung dan muncul pada tarikh peperiksaan sedang berlangsung. Antara
alasan pelajar ponteng kelas ialah bangun lewat dan tidak menyiapkan tugasan yang
diberikan.

10
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

Tembual penulis dengan En. Abu Hassan Abd.Rahman22 mengatakan


vandalisme merupakan masalah yang paling serius. Ini diakui oleh penulis sendiri
apabila membuat tinjauan di kelas, tandas dan dalam lif memang banyak lukisan-
lukisan yang tidak diundang. Ada juga lukisan dan tulisan yang berbaur seks, gambar
kartun, luahan perasaan dan sebagainya. Jika dilihat rajah 25 (lampiran), 50 pelajar
(16%) pernah menconteng harta benda ITTAR. Manakala 261 pelajar (83.9%) tidak
pernah melakukan aktiviti vandalisme ini. Tujuan mereka melakukan vandalisme
sebagai ‘suka-suka’ dan sudah menjadi habit pelajar lebih-lebih lagi apabila suasana
pembelajaran dalam kelas agak membosankan dan juga apabila pelajar tidak dapat
menjawab soalan peperiksaan, maka meja tulis akan menjadi mangsa melepaskan
luahan perasaan.

Seperti juga kebanyakan IPTA, ITTAR juga mempunyai peraturan berpakaian


bagi pelajarnya. Pelajar tidak dibenarkan memakai selipar, memakai aksesori besi,
cincin, gelang untuk pelajar lelaki. Pelajar wanita tidak dibenarkan berpakaian
menjolok mata dan pelajar juga tidak dibenarkan memakai baju T-shirt yang tidak
mempunyai kolar. Berdasarkan rajah 26 (lampiran), 78 pelajar atau 25.1% pernah
melanggar peraturan berpakaian, 27 pelajar (8.7%) kadang-kadang sahaja melanggar
peraturan, 16 pelajar (5.1%) selalu melanggar peraturan berpakaian ini. Hanya 190
pelajar (61.1%) sahaja yang mengkuti peraturan yang telah digariskan oleh pihak
ITTAR dan kebanyakan mereka ialah pelajar perempuan23. Antara faktor pelajar tidak
berpakaian mengikut peraturan ialah tidak selesa berpakaian formal dan akan digelar
sebagai pelajar skema 24.

Rajah 27 (lampiran) memperlihatkan 110 pelajar ITTAR atau 35.3% pernah


meniru dalam sebarang ujian seperti kuiz, latihan, peperiksaan pertengahan semester
termasuk peperiksaan akhir semester. Hanya 201 pelajar atau 64.6% tidak pernah
melakukan perbuatan tersebut. Perkara ini diakui oleh Pn.Julinda Tajul Arifin, bekas
Kaunselor ITTAR bahawa pada setiap semester pasti sekurang-kurangnya dua orang
pelajar akan dipanggil dan dibicarakan kerana meniru / membawa nota ketika

22
Temubual diadakan pada 1/7/2003 jam 9.00am bertempat di ITTARKL
23
Sumber borang soal selidik
24
Abdullah, opcit . skema bermaksud budak baik dan lurus bendul

11
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

peperiksaan akhir sedang berlangsung. Pelajar meniru disebabkan tidak bersedia25,


terdesak atau tidak boleh membawa subjek itu dengan baik maka mereka mengambil
jalan mudah dengan meniru untuk mendapat score dalam kuiz, latihan dan assignment
yang diberikan.

Kesimpulannya ponteng kelas dan meniru merupakan peraturan yang sering


dilakukan oleh pelajar ITTAR.

1.3.4.1 Faktor Pelajar Melanggar Peraturan Kolej

Rajah 28 (lampiran) menunjukkan pengaruh rakan dan kehendak sendiri


masih lagi mendahului carta yang masing-masing diwakili 36.9% dan 33.1%. Ini
diikuti dengan undang-undang ITTAR sendiri tidak ketat.

Kesalahan lain yang dilakukan oleh pelajar ialah tidur ketika kelas sedang
berlangsung, bersembang dan tidak ambil perhatian ketika pensyarah sedang
mengajar, berpakaian seksi, memakai subang26, membuat bising, berpakaian tidak
kemas, masuk lewat, tidak menghantar latihan dan assignment, mengeluarkan
perkataan yang kotor dan lucah, berdua-duaan dalam keadaan yang mencurigakan dan
lain-lain lagi .

1.4 Analisis Permasalahan Akhlak Dari Sudut Latar Belakang Keluarga Dan
Sekolah Terdahulu

Penulis membahagikan kepada tiga bahagian, pertama dilihat dari segi


pendidikan kedua ibu bapa diikuti dengan pendapatan kedua ibu bapa dan penulis
mengambil kira latar belakang sekolah pelajar sebelum menyambung pengajian ke
ITTAR. Penulis juga akan cuba melihat faktor lain yang mempengaruhi pelajar
dengan menganalisis secara ringkas bahan bacaan yang digemari oleh pelajar.

25
Maksudnya ialah ketika diadakan ujian tergempar tanpa dimaklumkan kepada pelajar terlebih
dahulu.
26
Temubual dengan Abdullah pelajar ITTAR, semasa belajar di semester 3 dia memakai subang dan
rantai kini dia tidak memakainya.

12
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

Pendidikan Ibu Bapa

Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan aktiviti seksual seperti menonton


bahan lucah, melakukan hubungan seks dan adengan ringan bersama pasangan datang
daripada keluarga berpendidikan tinggi iaitu Universiti. Untuk masalah seksual yang
lain seperti pernah menjadi perempuan simpanan pula datang daripada keluarga
berpendidikan sederhana iaitu peringkat menengah tinggi (SPM dan STPM).
Kesimpulan di sini pendidikan yang tinggi bukan satu jaminan dapat mendidik
anak-anak dengan baik, sekiranya perihal pendidikan agama dan tingkah laku anak-
anak tidak dititik beratkan.

Bagi masalah pelajar melanggar peraturan kolej ITTAR, kegiatan sosial


(lumba haram,berjudi, pergi ke kelab malam) dan masalah pelajar untuk hal ehwal
keagamaan ( minum arak, terfikir untuk membunuh diri dan lain-lain) pula
kebanyakannya datang daripada keluarga berpendidikan sederhana. Namun terdapat
juga mereka yang datang daripada keluarga berpendidikan tinggi dan berpendidikan
rendah (tidak bersekolah dan tamat darjah enam) cuma tidak seramai mereka yang
datang dari pendidikan sederhana tinggi.

Pendapatan Keluarga

Penulis membuat kesimpulan secara keseluruhan pelajar yang terlibat dengan


peraturan ITTAR (ponteng kelas, vandalisme,) pelajar terlibat dengan hubungan
seksual, pelajar yang terlibat dengan masalah sosial dan masalah agama, kesemuanya
datang daripada keluarga berpendapatan RM1000 sehingga RM2,500. Hanya untuk
masalah aktiviti seksual seperti mengadakan hubungan seksual dan adengan ringan
dengan pasangan sahaja datang daripada keluarga yang berpendapatan RM4000 ke
atas.

Latar Belakang Sekolah Terdahulu

13
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

Bagi latar belakang pendidikan sekolah pelajar, ada pelajar yang datang dari
sekolah agama, politeknik, MRSM dan sekolah menengah biasa. Keseluruhannya
kesemua pelajar pernah terlibat dengan permasalahan sosial ini walaupun dari sekolah
agama. Kebaikan sekolah agama ini hanyalah mereka tidak pernah mencuba air arak.
Bagi masalah lain seperti terlibat aktiviti seksual, ponteng solat, puasa, menonton
bahan lucah dan lain-lain pernah diikuti pelajar sekolah agama namun bilangan
mereka tidak sebanyak mereka yang datang dari sekolah menengah biasa, MRSM dan
politeknik. Kesimpulannya latar belakang sekolah juga bukan merupakan satu
jaminan kepada pelajar untuk tidak terlibat dengan masalah sosial.

Faktor Lain Yang Mempengaruhi.

Setelah melihat latar belakang keluarga, penulis cuba memaparkan bahan


bacaan dan rancangan yang diminati oleh pelajar. Sejauhmana bacaan dan tontonan
mereka (rajah 29 dan 30 di lampiran) mempunyai hubungkait dengan permasalahan
salah laku.

1.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, latar belakang keluarga seperti pendapatan, taraf pendidikan


ibu bapa memainkan pemangkin kepada keruntuhan gejala sosial ini. Selain itu
pengaruh rakan, kehendak jiwa pelajar sendiri yang ingin mencuba perkara yang baru
turut mengundang berlakunya kegiatan yang tidak sihat. Tiga faktor di atas menjadi
penyumbang besar kepada masalah salah laku pelajar. Namun, tidak dapat dinafikan
kecenderungan pelajar terhadap bahan bacaan dan tontonan rancangan yang tidak
bersifat ilmiah dan akademik menyukarkan lagi keadaan mereka yang sentiasa
berhadapan dengan krisis identiti.

Paparan dan statistik yang diberikan hanya mewakili sebahagian kecil individu
sahaja dan tidak merangkumi semua pelajar IPTS. Namun, ini hanyalah sebahagian
sample yang boleh dijadikan rujukan pihak yang berkuasa untuk memperbaiki
keadaan sebelum bertambah parah lagi. Sekiranya tiada tindakan dilakukan,
pembangunan modal insan seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri tidak akan

14
Kertas kerja ini dibentangkan pada seminar pengajian umum 2006, Universiti Teknologi
Malaysia

tercapai. Penulis berpendapat pembelajaran berbentuk teori dan dan praktikal perlu
diperkasakan untuk setiap subjek pengajian umum ini bagi menaiktarafkan mata
pelajaran ini yang hanya dikenali sebagai subjek syarat mendapatkan sijil sahaja.
Pelajar seharusnya berupaya mengaplikasikan subjek pengajian umum ini dalam
kehidupan seharian mereka. Penulis juga berharap sample ini sebagai cabaran kepada
bidang-bidang lain untuk membentuk satu kerangka dasar atau pelan bagi
membendung masalah akhlak daripada berterusan.
BIBLIOGRAFI

Che Noraini Hashim (1996), ‘Alternatif Pandangan Islam Bagi Menangani Gejala Keruntuhan Akhlak
di Kalangan Remaja Kini’, (Seminar Pembangunan Akhlak dan dari Perspektif Islam, pada 21
Sept. 1996 bertempat di Dewan Utama, Kompleks Haji Kelana Jaya Selangor, anjuran PUM) .

Che Noraini Hashim (2005), ‘Keruntuhan Akhlak dan Pembangunan Remaja Masakini: Cabaran
Pendidikan Islam di Malaysia’, Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 4), Bangi : Fakulti
Pendidikan, UKM.

Mohd Nuri Al-Amin Endut & Mohammed Halib, ‘Silibus Pengajian Islam Di IPTS : Kajian Dari
Persepsi Pengajar’, Prosiding Wacana Pendidikan Islam (siri 4), Bangi : Fakulti Pendidikan, UKM.

Muhammad Pisol Mat Isa & Fakhruldin Hashim, ‘Pendidikan Islam Dalam Arus Moden : Kajian
Cadangan Pendekatan Pengajian Akidah Kepada Pelajar Kejuruteraan’, Prosiding Wacana
Pendidikan Islam (siri 4), Bangi : Fakulti Pendidikan, UKM

________, ‘Akhlak Pengaruh Besar Tentukan Masa Depan Negara’, Berita Harian, 15 April 2005

________, ‘Masalah Sosial Remaja: Dimana Silapnya?’, Majalah Mingguan Famili, Ogos 2002

__________, ‘Moral Runtuh Akibat Kecewa Dan Dendam’, MASSA, 15 – 21 Mac 2003

__________, ‘ Pelajar minta Jais perjelas maksud ‘tindakan liar’’, Berita Harian, 6 Jun 2003

Temubual dengan ‘Abdul’, 18/7/02, bertempat di ITTAR Kuala Lumpur

Temubual dengan En Abu Hasan Abdul Rahman, Bekas Pengurus Hal Ehwal Pelajar dan
Perkhidmatan ITTAR, 1/7/2003 bertempat di Institut Teknologi Tun Abdul Razak Kuala Lumpur

Temubual dengan Pn. Julinda Tajul Ariffin, bekas Kaunselor ITTAR yang berkhidmat dari tahun 1995
– 2003, 17/7/2003, bertempat di ITTAR Kuala Lumpur

Temubual dengan ‘Nor’(Pelajar ITTAR program DTM) ,15/9/03, bertempat di ITTAR Kuala Lumpur

Temubual dengan Cik Puti Maizan Mashudi, 1/7/2003, bertempat di ITTAR Kuala Lumpur. Cik Puti
Maizan merupakan pensyarah Program PengurusAN

Temubual dengan Fadzli (Pelajar ITTAR program DTM), 5/8/03, bertempat di ITTAR Kuala Lumpur

15

You might also like