You are on page 1of 25

7

BAHAGIAN
B

8

PENGENALAN

Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang
perubahan tingkah laku seseorang individu. Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan
yang berkehendakkan murid memberi satu set tindak balas atau respon. Ujian merupakan alat
pengukuran yang membenarkan kita mengukur pencapaian murid. Maka itu, ia bertujuan
untuk menguji pengetahuan, pemahaman dan keupayaan seseorang individu untuk
menyampaikan semula apa yang diketahuinya.

Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang inginkan individu
yang berkembang secara seimbang dan harmonis, maka saya telah mengubal sebuah soalan
berbentuk geografi yang menjurus kepada dunia Eropah. Hal ini kerana saya ingin melihat
sejuah mana pengetahuan yang dimiliki oleh Tahap 2 mengenai dunia luar.

Kanak-kanak sekarang berkembang lebih maju berbanding dengan kanak-kanak
zaman dahulu. Mereka dilengkapi dengan pelbagai saluran yang mendedahkan pelbagai
perkara yang tidak diajar di sekolah. Maka dengan itu, soalan ini digubal untuk menguji
sejauh mana mereka mampu menjawab persoalan mengenai dunia Eropah.

Melalui kajian yang dilaksanakan ini, saya dapat mengukur hasil pembelajaran murid-
murid mengenai geografi pada tahap asas iaitu tahap soalan yang mudah dan sesuai untuk
murid-murid sekolah rendah. Hal ini kerana murid-murid sekolah rendah hanya mempelajari
Geografi Malaysia sahaja dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

Kesimpulannya, mata pelajaran Gerografi ini penting untuk mendedahkan murid
mengenai dunia luar terutamanya ilmu yang berkisarkan alam sekeliling mereka. Kemahiran
dan keupayaan untuk mencari ikhtiar hidup penting sebagai persediaan untuk murid-murid
apabila berada di dunia yang sebenarnya.
9

PROSEDUR

Saya telah melayari internet untuk mencari tahu mengenai topik-topik yang sesuai
untuk peringkat murid-murid Tahap 2 sekolah rendah. Setelah mempunyai topik-topik yang
sesuai, maka saya telah menggubal soalan mengikut rangka tindakan ujian yang saya sediakan
untuk memudahkan pengubalan. Rangka tindakan ujian boleh dilihat seperti dalam jadual di
bawah.

Bil. Topik Bil. Soalan
1. Pengenalan kepada Eropah 2
2. Pengenalan kepada Geografi Eropah 3
3. Bentuk Muka Bumi Eropah 2
4. Iklim dan Cuaca di Eropah 1
5. Kegiatan Ekonomi di Eropah 1
6. Kaum dan Budaya Hidup Penduduk Eropah 3
Jumlah Soalan 12
Jadual 1 : Senarai topik-topik Geografi Eropah.

Pemilihan soalan berdasarkan topik-topik berikut adalah merangkumi mengenai
Geografi Eropah secara keseluruhannya dan tidak memfokuskan kepada beberapa negera
yang menjadi perhatian dunia sekarang. Ini kerana untuk membuka minda murid dan
memperolehi pengetahuan baru berdasarkan soalan tersebut. Murid-murid sekolah rendah
mempunyai rasa ingin tahu yang membuak-buak pada peringkat ini dan dapat memotivasikan
mereka menimba pengetahuan baru.
Saya telah memilih soalan berbentuk beraneka pilihan jawapan yang mana murid-
murid diminta untuk memilih satu sahaja jawapan daripada empat pilihan jawapan yang
diberikan. Soalan berbentuk ini dipilih untuk memudahkan murid untuk menjawab soalan
kerana jawapan bagi soalan tersebut telah sedia ada dalam pilihan. Berikut adalah jadual
untuk pengubalan soalan.

Tahap Hasil
Pembelajaran
Topik
1
Topik
2
Topik
3
Topik
4
Topik
5
Topik
6
Jumlah
Pengetahuan
Mengenal pasti
1 2 2 1 2 - 8 (66.67%)
Pemahaman
Mengklasifikasi
- - - - 3 1 4 (33.33%)
Jumlah Soalan 1 2 2 1 5 1 12
Jadual 2 : Jadual Spesifikasi Ujian.
10

Saya telah menjalankan ujian ini kepada 30 orang murid Tahun 5 dan 6 di sekolah
saya. Setiap murid yang dipilih terdiri daripada pelbagai kebolehan akademik. Saya telah
meminta bantuan daripada rakan sejawat saya untuk memilih murid-murid beliau berdasarkan
kebolehan akademik mereka. Hal ini kerana saya memerlukan murid-murid yang mempunyai
pelbagai kebolehan akademik untuk memastikan kajian saya tidak tertumpu kepada satu
kumpulan murid sahaja.
Ujian ini mengambil masa selama 30 minit untuk berlangsung. Arahan-arahan yang
diberi adalah serupa dengan arahan-arahan yang biasa digunakan ketika murid-murid
menghadapi ujian bulanan di sekolah saya.
Skema jawapan disediakan untuk menetapkan pilihan jawapan yang tepat dan
seterusnya menjadi pengukur untuk guru menilai dan mengira markah jawapan yang
diberikan oleh murid. Skema jawapan bagi soalan-soalan ujian ini mudah untuk dirujuk
memandangkan soalan-soalan yang digunakan berbentuk aneka pilihan.
Proses pemarkahan ujian merupakan satu proses yang penting dalam sesi pentaksiran
murid. Melalui markah yang diperolehi, guru dapat membuat analisis pencapaian murid untuk
melihat kemajuan prestasi mereka dan melihat sejauh mana pengetahuan serta pemahaman
mengenai topik tersebut. Markah yang diambil kira adalah berdasarkan bilangan jawapan
yang betul. Ujian ini menggunakan soalan berbentuk aneka pilihan maka pemarkahan yang
diambil kira berdasarkan ketepatan jawapan yang diberikan di mana hanya terdapat satu
jawapan yang betul dalam setiap soalan.

11

ANALISIS UJIAN

Seramai 30 orang murid yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6
dengan pelbagai kebolehan telah menjalani ujian ini. Seramai 8 orang murid pencapaian
tinggi, 13 orang murid pencapaian sederhana dan 12 orang murid pencapaian rendah telah
menjalani ujian aneka pilihan ini. Masa yang telah ditetapkan bagi ujian ini adalah selama 30
minit. Soalan-soalan yang digubal juga disertakan dengan skema jawapan bagi memudahkan
kerja-kerja penyemakan dilaksanakan.

Hasil dapatan daripada analisis markah ujian ini, saya telah membuat rumusan dalam
bentuk jadual bagi memudahkan rujukan untuk proses pengiraan dan analisis dilaksanakan.


Kumpulan Markah
Tinggi (a)
Kumpulan Markah
Rendah (b)
Jumlah Jawapan
Betul (a+ b)
Soalan #1 7 2 9
Soalan #2 3 1 4
Soalan #3 3 2 5
Soalan #4 12 1 13
Soalan #5 6 0 6
Soalan #6 7 1 8
Soalan #7 3 1 4
Soalan #8 1 9 10
Soalan #9 2 12 14
Soalan #10 9 4 13
Soalan #11 2 3 5
Soalan #12 7 4 11
Jadual 3 : Jadual Analisa Bilangan Murid dengan Jawapan yang Betul


INTREPRETASI INDEKS KESUKARAN







12

Tahap kesukaran setiap soalan dikategorikan mengikut kadar kesukaran yang berikut.

= Mudah
369 = Sederhana
<0.29 = Sukar

No. Soalan


Indeks Kesukaran
1 9
9
3
3
Sederhana
2 4

3
3
Sukar
3 5

3
6
Sukar
4 13
3
3
3
Sederhana
5 6
6
3

Sukar
6 8

3
6
Sukar
7 4

3
3
Sukar
8 10

3
33
Sederhana
9 14

3
6
Sederhana
10 13
3
3
3
Sederhana
11 5

3
6
Sukar
12 11

3
36
Sederhana
Jadual 4 : Data Indeks Kesukaran Ujian.

Berdasarkan Jadual 4 tentang Intrepretasi Kesukaran Ujian ini, saya mendapati bahawa
soalan-soalan yang digubal berada pada aras sukar dan sederhana sukar. Kekerapan kesukaran
yang ditonjolkan melalui ujian ini menunjukkan bahawa topik Grografi Eropah ini merupakan
satu cabaran besar bagi mereka untuk belajar.

13

INTREPRETASI INDEKS DISKRIMINASI

Selain menggunakan Jadual 3 untuk mendapatkan keputusan Indeks Diskriminasi
ujian ini, saya juga telah menggunakan formula yang telah saya rujuk dalam nota sebagai
panduan kepada saya untuk membuat pengiraan. Setiap soalan akan dikategorikan mengikut
julat Indeks Diskriminasi yang telah ditetapkan.

= Bilangan murid dalam kumpulan Markah Tinggi dengan jawapan yang betul

= Bilangan murid dalam kumpulan Markah Rendah dengan jawapan yang betul
= Bilangan murid yang cuba menjawab soalan




Julat Indeks Diskriminasi
= high discrimination
39 = moderate discrimination
9 = low discrimination
= no discrimination

No. Soalan



Indeks Diskriminasi
1

33
moderate
discrimination
2 3

3
no discrimination
3 3


no discrimination
4

3
high discrimination
5 6 6
6


high discrimination
6 6
6


high discrimination
14

7 3

3
no discrimination
8


high discrimination
9

6
high discrimination
10 9

33
moderate
discrimination
11 3


no discrimination
12 3
3


moderate
discrimination
Jadual 4 : Data Indeks Diskriminasi Ujian.

Berikut merupakan jumlah bilangan soalan hasil daripada Intrepretasi Indeks Diskriminasi
mengikut kategori yang telah ditetapkan:

High discrimination (Diskriminasi tinggi) = 5
Moderate discrimination (Diskriminasi sederhana) = 3
Low discrimination (Diskriminasi rendah) = 1
No discrimination (Tiada diskriminasi) = 3











15

GRAF PERATUSAN MARKAH UJIAN


Markah (x)
Bilangan Murid (y) Jumlah (x y)
10 1 10
20 1 20
30 6 90
40 13 520
50 5 250
60 2 120
70 1 70
80 1 80
Jumlah Keseluruhan 1,160
Jadual 5 : Jumlah Keseluruhan Markah

MIN
Kiraan min dibuat menggunakan formula yang berikut.





0
2
4
6
8
10
12
14
10 20 30 40 50 60 70 80
Analisis Markah Ujian Geografi
Bil. Murid
Markah
16


Min =

36

MEDIAN

Median bagi graf analisis markah di atas ialah 45.
Median =

= 45


SISIHAN LAZIM

Markah
()
Bil.
Murid
(Y)

)
2
[(

)
2
] Y
10 1 -28.67 821.97 821.97 (1) = 821.97
20 1 -18.67 348.57 348.57 (1) = 348.57
30 6 -8.67 75.17 75.17 (6) = 451.02
40 13 1.33 1.77 1.77 (10) = 17.70
50 5 11.33 128.37 128.37 (5) = 641.85
60 2 21.33 454.97 454.97 (2) = 909.94
70 1 31.33 981.57 981.57 (1) = 981.57
80 1 41.33 1,708.17 1,708.17 (1) = 1,708.17
Min


38.67

)
2
= 5,880.79 Jumlah
Murid, N
30

Sisihan Piawaian =


17

KESIMPULAN

Pada akhir kajian ini, kesimpulan yang dapat saya nyatakan bagi kajian ini ialah
kanak-kanak Tahun 5 dan Tahun 6 masih kurang pendedahan terhadap geografi dunia
khususnya geografi Eropah. Data-data yang diperolehi daripada Indeks Kesukaran Ujian,
Indeks Diskriminasi dan juga Sisihan Piawaian menunjukkan bahawa prestasi murid-murid
tentang geografi dunia masih berada pada tahap yang rendah.

Soalan-soalan yang digubal mempunyai kategori-kategori kesukaran terdiri daripada
tahap yang mudah, tahap sederhana dan juga tahap sukar. Bagi memenuhi kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangasaan yang menekankan perkembangan individu yang holistik dan
seimbang maka soalan-soalan yang digubal juga merangkumi soalan-soalan bersifat
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KeBAT) yang memerlukan murid-murid mengenal pasti dan
menyatakan perkaitan antara maklumat yang telah diberikan dalam soalan.

Walau bagaimanapun, sungguhpun soalan-soalan yang digubal kebanyakannya adalah
soalan-soalan mudah namun bagi murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang terlibat dengan
kajian ini sukar untuk memberikan jawapan yang tepat. Terdapat pelbagai faktor yang boleh
kita lihat tentang perkara ini. Antara faktor-faktor yang boleh menjadi punca kepada
permasalahan ini ialah kurangnya pembacaan dalam kalangan murid serta kurangnya
penerokaan dan pendedahan murid-murid terhadap dunia luar khususnya bagi mata pelajaran
geografi.

Indeks diskriminasi soalan menunjukkan keberkesanan soalan dalam menguji
pengetahuan dan pemahaman murid-murid secara umum tanpa mengambil kira aspek murid
daripada kumpulan markah tinggi mahupun kumpulan markah rendah. Sebahagian besar
daripada bilangan murid mampu memberikan jawapan yang tepat bagi soalan-soalan ujian ini.
Perkara ini menunjukkan bahawa dengan ilmu yang ada dalam dada mereka, murid-murid
tersebut masih mampu memahami pembelajaran tentang geografi Eropah.
18

Hasil data daripada proses pengiraan sisihan lazim yang dilaksanakan menunjukkan
bahawa nilai sisihan lazim bagi kajian ini adalah lebih rendah, iaitu separuh daripada nilai min
bagi markah yang diperolehi oleh murid-murid yang terlibat. Sisihan lazim memberikan
gambaran yang lebih jelas tentang prestasi murid-murid yang terlibat dalam kajian ini. Kita
dapat lihat bahawa murid-murid Tahun 5 dan Tahun 6 yang mewakili murid-murid Tahap 2 di
sekolah ini memerlukan pendedahan tentang geografi dunia khususnya geografi Eropah.
Kesimpulannya, sistem pendidikan di Malaysia perlu menitikberatkan mata pelajaran
sampingan seperti geografi, seni, muzik dan sebagainya. Hal ini kerana tanpa usaha yang jitu
untuk meningkatkan perkembangan individu yang seimbang dan menyeluruh maka sukarlah
untuk negara mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai seorang guru saya
percaya bahawa kanak-kanak perlu didedahkan kepada lebih banyak perkara agar mereka
dapat membina kemahiran yang sangat berguna untuk ikhtiar hidup pada masa akan datang.

19


LAMPIRAN 1:
Ujian
Geografi
Eropah

20

GEOGRAFI
JUN
30 minit
__________________________________________________

GEOGRAFI
TAHUN 5 & 6
Tiga puluh minit (30 minit)


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas soalan ini mengandungi 12 soalan aneka pilihan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D.
Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada
kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan anda. Jika anda hendak menukar sesuatu
jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan hitamkan
pilihan anda yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak, termasuk muka hadapan






[Lihat sebelah


21


1. Benua Eropah adalah benua yang ___________ terkecil di dunia selepas benua
Oceania/Australia dengan keluasan 10,534,600 km
2
.
A. ke-2
B. ke-5
C. ke-3
D. ke-4


2. Negara seperti Portugal, Perancis, Jerman, Itali, Switzerland, Austria terletak di;
A. Utara Eropah
B. Selatan Eropah
C. Barat Eropah
D. Timur Eropah


3. Berikut ialah kota-kota utama yang terdapat di negara-negara Eropah. Pandanan manakah
yang SALAH

Ibu Kota Negara
A Berlin Jerman
B London Rusia
C Madrid Sepanyol
D Paris Perancis




22

4. Berikut adalah beberapa keadaan iklim di Eropah, KECUALI
A. Di bahagian pantai barat dipengaruhi iklim laut dari Samudra Atlantik, arus
hangat yang mengalir dari Samudra Atlantik menyebabkan kawasan pantai di
daerah tersebut tidak membeku.
B. Di bahagian Selatan dipengaruhi iklim Laut Mediteranian dan angin dari kawasan
gurun yang panas, sehingga keadaan cuacanya menjadi lebih panas.
C. Di bahagian Utara dipengaruhi iklim kutub yang dinggin.
D. Di bahagian tengah terjadi peralihan iklim sejuk yang kering ke iklim maritim
yang lebih basah

Berketinggian 3, 000 meter dari aras laut. Ia gunung tertinggi di
Greece. Masyarakat Greek memikirkan yang Tuhan tinggal di
gunung tersebut. Mereka percaya yang Zeus Bapa segala Tuhan,
duduk di atas puncak yang paling tinggi

5. Pernyataan di atas merujuk kepada?
A. Gunung Olympus
B. Pergunungan Alps
C. Pergunungan Carpathian
D. Pergunungan Caucasus


23


Rajah 1
6. Gambar rajah 1 di atas ialah salah satu masyarakat di Utara Eropah. Pernyataan manakah
yang benar tentang Masyarakat Sami (The Lapps atau Laplanders) ini.
A. Tinggal di kawasan bandar Norway. Rata-ratanya tidak lagi mengamalkan
kehidupan berpindah rendah dan kehidupan tradisional mereka.
B. Hanya terdapat di negara Finland. Kehidupan tradisional mereka ini masih
mengamalkan kegiatan seperti memburu, memugut hasil hutan dan berdagang.
C. Tinggal di kawasan pedalaman Negara Norway, Sweden, Finland dan di
sebahagian negara Rusia. Sebahagian daripada mereka masih hidup nomad dan
mengamalkan kehidupan tradisional.
D. Seawal abad ke-20, masyarakat ini mengalami perubahan yang dramatik dari segi
politik, ekonomi dan budaya.

7. Manakah antara berikut pandanan yang BENAR tentang mesin dan penciptanya dalam
indusri tekstil di Eropah sekitar abad ke-17.

I Flying Shuttle John Kay
II Spinning Jenny James Hargreaves
III Water Frame Sir Richard Arkwright
IV Mule Samuel Cropton


24

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan IV
D. I, II, III dan IV


Mengalir menganjur daripada Jerman, kemudian melalui Ausria
dan Selatan Eropah, dan berakhir di Lautan Hitam. Panjang sungai
ini ialah 2, 860 kilometer

8. Pernyataan di atas merujuk kepada salah satu sungai di benua Eropah, yang dimaksudkan
ialah?
A. Sungai Vistula
B. Sungai Rhine
C. Sungai Danube
D. Sungai Lena


9. Kedua-dua negara berikut terkenal dengan sumber ekonomi dan sistem perindustriannya
tersendiri. Manakah antara berikut yang TIDAK TEPAT

Norway Jerman
A Minyak Dan Gas Arang Batu
B Perikanan Minyak Dan Gas
C Pembalakan/Sumber Kayu Sumber Pengeluaran Gula
D Perlombongan (Tembaga) Pembuatan Kereta


25

10. Berikut ialah negara-negara di Eropah yang terkenal dengan pembuatan dan eksport
kereta, terutamanya kereta mewah seperti Ferrari, BMW, Porsche dan Aston Martin,
KECUALI;
A. New Zealand
B. Jerman
C. Itali
D. United Kingdom

11. Kesemua pernyataan berikut adalah BENAR tentang aktiviti perdagangan di Itali pada
zaman Renaissance, KECUALI
A. Dari segi geografi, kedudukan Itali adalah yang strategik, kerana dikelilingi oleh
Laut Mediterranean
B. Kedudukan yang strategik ini membolehkan Itali menjadi persimpangan utama
dan pusat perdagangan.
C. Sistem perdagangan tempatan tidak dapat berkembang dengan meluas kerana
tidak dapat bersaing dengan perdagangan anatarabangsa yang semakin meluas.
D. Bandar pelabuhan yang paling terkenal di Itali ialah Venice dan Genoa.

12. Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR tentang sebab kegiatan perdagangan
di Eropah pada Zaman Gelap tidak berkembang pesat?
I. Perdagangan diganggu orang Viking dan Magyar.
II. Tumpuan ekonomi hanya kepada kegiatan pertanian.
III. Terdapat campur tangan perdagang di timur jauh.
IV. Penggunaan mata wang sangat terhad
A. I sahaja
B. I dan II
C. I, II dan III
D. I, II dan IV
26


LAMPIRAN 2:
Skema Jawapan

27

SKEMA JAWAPAN UJIAN GEOGRAFI EROPAH TAHAP DUA

Nombor Soalan Skema Jawapan
1 A
2 D
3 B
4 A
5 A
6 A
7 D
8 B
9 D
10 A
11 A
12 D



28


LAMPIRAN 3:
Jadual
Analisa Ujian

29

JADUAL ANALISA SOALAN UJIAN GEOGRAFI TAHUN 5
Soalan 1 A B C D
Kumpulan
Markah Tinggi
7 0 11 1
Kumpulan
Markah Rendah
2 4 3 2

Soalan 2 A B C D
Kumpulan
Markah Tinggi
6 2 9 3
Kumpulan
Markah Rendah
1 5 3 1

Soalan 3 A B C D
Kumpulan
Markah Tinggi
0 3 4 13
Kumpulan
Markah Rendah
1 2 3 4

Soalan 4 A B C D
Kumpulan
Markah Tinggi
12 3 6 2
Kumpulan
Markah Rendah
1 2 1 3

Soalan 5 A B C D
Kumpulan
Markah Tinggi
6 3 1 2
Kumpulan
Markah Rendah
0 8 5 5

30

Soalan 6 A B C D
Kumpulan
Markah Tinggi
7 2 1 3
Kumpulan
Markah Rendah
1 8 2 6

Soalan 7 A B C D
Kumpulan
Markah Tinggi
9 1 2 3
Kumpulan
Markah Rendah
7 0 7 1

Soalan 8 A B C D
Kumpulan
Markah Tinggi
2 1 2 7
Kumpulan
Markah Rendah
3 9 5 2

Soalan 9 A B C D
Kumpulan
Markah Tinggi
5 3 1 2
Kumpulan
Markah Rendah
0 3 4 12

Soalan 10 A B C D
Kumpulan
Markah Tinggi
9 1 5 1
Kumpulan
Markah Rendah
4 2 2 6

31

Soalan 11 A B C D
Kumpulan
Markah Tinggi
2 4 9 1
Kumpulan
Markah Rendah
3 2 14 5

Soalan 12 A B C D
Kumpulan
Markah Tinggi
7 1 3 7
Kumpulan
Markah Rendah
4 4 0 4

You might also like