You are on page 1of 4

Kanak-kanak yang berumur 6-14 tahun merupakan antara peringkat

pertengahan kanak-kanak dan awal remaja. Kadar pertumbuhan dan


perkembangan pada peringkat ini stabil dan tidak begitu pesat jika
dibandingkan dengan peringkat-peringkat sebelum ini .
Perkembangan yang lebih ketara dalam peringkat ini merupakan
perubahan fizikal seperti penambahan saiz,tinggi dan berat.
1) Pemakanan yang seimbang
- pemakanan kanak-kanak pada umur 6-14 tahun haruslah
dititkberatkan dan memberi perhatian kepada pemakanan mereka.
Guru hendaklah memastikan murid makan makanan yang seimbang
dan berkhiasat supaya badan mereka mendapat nutrien yang
diperlukan dan dapat berkembang dengan sempurna terutamanya
dari segi fizikal.
- Pada 7-12 tahun, pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu
akan digantikan, pemakanan calcium amat diperlukan. Ketinggian
juga akan bertambah dan saiz badan juga akan meningkat.
- 10-14 tahun : terutamanya kanak-kanak lelaki, memerlukan
karbohydrat yang cukup.memerlukan tenaga.
- makanan yang disediakan di kantin haruslah dipastikan berkhiasat
kepada murid. Guru haruslah memastikan dan memberi nasihat
kepada pembekal kantin supaya menyediakan makanan yang
berkhiasat seperti roti, mi, nasi dan sebagainya kepada pelajar.
-selain itu, guru haruslah memastikan makanan yang berkhiasat
dibekalkan kepada murid tahun 1 hingga tahun 6 melalui Rancangan
Makanan Tambahan ( RMT ). Tujuan kerajaan wujud Program RMT
ini adalah mahu menyediakan makanan yang seimbang dan berzat
kepada kanak-kanak supaya mereka dapat berkembang dengan baik.
Ini dapat membantu perkembangan fizikal mereka kanak-kanak.
Selain itu, dalam program Rancangan Makanan Tambahan , guru
haruslah memastikan kehadiran murid.
Jika mengadakan jamuan bersama guru dengan pelajar, guru boleh
menasihati murid-murid supaya membawa makanan yang berkhiasat
ke jamuan dan melarang mereka membawa makanan ringan.
- Dr.Norimah pernah berkata susu kaya dengan kalsium. Kanak-
kanak perlu minum susu kerana kalsium penting untuk pembentukan
tulang dan gigi. pada peringkat kanak- kanak iaitu 7-12 tahun,
pertumbuhan gigi kekal bermula dan gigi susu akan digantikan,
pemakanan calcium amat diperlukan. Ketinggian juga akan
bertambah dan saiz badan juga akan meningkat. Oleh itu, Skim Susu
Satu Malaysia diperkenalkan. Guru memainkan peranan yang
penting bahawa mereka haruslah memastikan susu yang diberi
kepada murid tidak melebihi tarikh luput.

Menyediakan ruang dan kemudahan sukan dalam keadaan
bagus dan sempurna.
- Dengan adanya ruang dan kemudahan sukan yang disediakan
oleh sekolah dengan baik dan sempurna, kanak-kanak boleh
berkembang dari segi motor halus dan motor kasar dengan bagus.
mereka boleh melakukan aktiviti seperti berlari, bermain bola dan
sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat membantu mengembangkan
perkembangan fizikal kanak-kanak.
- Keselamatan juga sangat penting. Hal ini demikian kerana
keselamatan yang tidak bagus juga akan membantut perkembangan
fizikal kanak-kanak. Dalam sesuatu situasi yang menyatakan bahawa
jika terdapat seorang guru yang tidak mementingkan keselamatan
murid dan menjalankan sesuatu aktiviti dalam persekitaran yang
bahaya, kanak-kanak berkemungkinan besar akan cedera.
Kecederaan tersebut mungkin akan membantut perkembangan fizikal
kanak-kanak.
- Oleh itu, guru haruslah memastikan keselamatan kanak-kanak
supaya mereka dapat berkembang dalam keadaan yang bagus dan
sempurna.
Kolaborasi antara ibu bapa dengan guru
- Interaksi antara ibu bapa dengan guru haruslah diwujudkan, hal
ini demikian kerana jika berlaku apa-apa masalah dalam
perkembangan fizikal seseorang kanak-kanak, ibu bapa atau guru
boleh mengambil tindakan awal supaya masalah tersebut tidak
berkembang menjadi besar.
- Contohnya, jika di sekolah, guru terjumpa kanak-kanak tersebut
menghadapi masalah motor halus dan motor kasar, guru boleh
berbincang dengan ibu bapa untuk mencari jalan penyelesaian
secepat mungkin.
- Dalam kata yang sama, pada tahun 10-14 tahun, sebilangan
remaja lelaki dan perempuan sudah mencapai kematangan, oleh itu,
jika guru di sekolah terjumpa masalah yang boleh menjejaskan
perkembangan fizikal remaja tersebut, ibu bapa boleh mengadakan
kolaborasi dengan ibu bapa dan mencari jalan penyelesaian.
- Pada waktu rehat, jika guru terjumpa kanak-kanak makan
makanan yang tidak berkhisat yang disediakan oleh ibu bapa atau
pihak lain, guru boleh berinteraksi dengan ibu bapa dan memberitahu
bahawa makanan yang disediakan untuk kanak-kanak pada
peringkat tertentu haruslah berkhiasat supaya kanak-kanak dapat
berkembang dengan baik dan sihat.
Mengadakan ceramah, pameran atau kempen
- pada umur 7-12 tahun, guru boleh mengadakan pameran yang
berkaitan seperti pameran kesihatan , pameran gaya hidup sihat dan
sebagainya. Dengan adanya ini, mereka akan sedar bahawa
kepentingan menjaga kesihatan supaya mereka dapat berkembang
dengan baik dari segi fizikal.
- Pada peringkat 12-15 tahun, berlaku perubahan fizikal seperti
ketinggian, saiz dan bentuk badan mula ke arah dewasa.
- Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan remaja perempuan
mula menunjukkan sifat kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh.
memberi ceramah kepada pelajar yang berumur 12-14.
- Guru boleh merancang dan melaksanakan aktiviti seperti ceramah,
kaunseling yang dapat membantu remaja menerima dirinya, rupa dan
bentuk badan.
- tujuan guru mengadakan ceramah pada umur 10-14 tahun adalah
disebabkan kerana guru haruslah menyampaikn mesej perubahan
yang berlaku tidak kira dari segi fizikal ataupun lain, dan selepas
ceramah yang diadakan tersebut diakhiri, mereka akan mengetahui
ilmu pengetahuan yang baru tentang perkembangan fizikal dan tidak
berasa malu terhadap perubahan yang berlaku terutamanya
perempuan.
- saya mahu berkongsi tentang pengalaman saya semasa masa saya
kecil, kira-kira berumur 12 tahun, Bukan niat saya mahu salahkan
mana-mana pihak, tetapi saya mahu menyampaikan mesej bahawa
guru memainkan peranan yang penting dalam perkembangan fizikal
kanak-kanak. Jika guru mengadakan ceramah, semua kanak-kanak
yang berumur 10-14 tahun akan tahu dan mereka akan mengambil
perkara tersebut sebagai perkara yang biasa dan segala-gala ejekan
atau cemuhan daripada kawan-kawan.

You might also like