You are on page 1of 54

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

TAJUK 1

KEMAHIRAN MEMBACA

SINOPSIS
Tajuk 1 dalam modul ini membantu anda memahami kemahiran
membaca

yang

merangkumi

definisi

dan

konsep

membaca,

kesediaan membaca, faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran


membaca,

masalah

dalam

membaca,

dan

kaedah-kaedah

menanganinya.
HASIL PEMBELAJARAN
1.

Menjelaskan beberapa definisi dan konsep membaca

2.

Menghuraikan definisi dan konsep kesediaan membaca

3.

Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi dan menghalang


kesediaan membaca

4.

Membincangkan aspek-aspek kemahiran kesediaan membaca

KERANGKA TAJUK-TAJUK

KEMAHIRAN MEMBACA

DEFINISI DAN KONSEP


MEMBACA

KESEDIAAN
MEMBACA

FAKTOR-FAKTOR
YANG
MEMPENGARUHI
KEMAHIRAN
MEMBACA
1.0

MASALAH DALAM
MEMBACA

KEMAHIRAN MEMBACA
1

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

1.1

Definisi dan Konsep Membaca

Definisi Membaca
Menurut Frank Smith (1971), dalam Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah
(2010), membaca adalah satu operasi psycholinousitic. Bacaan juga
merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran
bahasa dan memproses perkembangan yang diterima. Atan Long (1976)
mendefinisikan membaca sebagai proses kebalikan daripada proses
menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis
dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu.
Menurut Abu Basar (1981) pula, membaca didefinisikan sebagai
gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan, mengamati
serta memahamkan kandungannya. Menurut John Everatt dalam Mastuti
Isa (2008), membaca ialah pentafsiran perkataan dan pemahaman
bahasa.
Kesimpulannya, membaca merupakan proses memindahkan lambanglambang

bertulis

kepada

suara,

memahami

makna-makna

yang

terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan


pengalaman sedia ada murid.
Konsep Membaca
Menurut Kamarudin Hj. Husin (248: 1998), mengikut fahaman dahulu,
membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada suara.
Seseorang murid yang boleh menyuarakan tulisan dengan lancar adalah
dianggap pandai membaca walaupun isi bacaan itu tidak difahaminya.
Oleh itu, pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan cara membaca
kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran,
2

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana
murid itu membaca mengikut bahasanya sendiri. Mengikut fahaman
sekarang, membaca itu bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada
suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang
dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara,
walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang
disuarakan maka murid itu tidaklah boleh dikira pandai membaca.
Memahami isi bacaan adalah tujuan yang berjalan serentak dengan
kelancaran membaca.

1.2

Kesediaan Membaca
1.2.1 Definisi dan Konsep Kesediaan Membaca
Definisi Kesediaan Membaca
Situasi yang wujud dalam diri seseorang individu yang memungkinkannya
untuk belajar atau mungkin melibatkan ciri-ciri yang menghalang
pembelajarannya.
Konsep Kesediaan Membaca
Kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental,
emosi, dan fizikal. Mengikut Bruner (1966), kesediaan belajar merujuk
pada apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada
kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangan.
Piaget

(1966),

pembelajaran

mengaitkan

mengikut

kesediaan

belajar

perkembangan

kognitif

dengan

peringkat

kanak-kanak,

iaitu

peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat praoperasi (2-6 tahun),


peringkat operasi konkrit (7-12 tahun), dan peringkat operasi formal
(selepas 12 tahun).
3

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum


sesuatu peringkat bacaan dimulakan, sama ada pada peringkat
mendirikan asas, mengukuhkan asas mahupun peringkat-peringkat lain
yang lebih tinggi.
Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan
sebarang aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan
fizikal, emosi, dan mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas.

1.2.2 Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca


Kematangan

Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran.


Kematangan boleh merupakan kematangan fizikal, kematangan intelek,
kematangan sosial, dan kematangan emosi. Kesemua sifat ini memang
sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan merupakan faktor-faktor asas
yang mempengaruhi proses pembelajarannya.
Pengalaman

Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung pada


kematangan, tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang
disusun rapi dapat menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang
teratur dalam mata pelajaran tertentu.

Persekitaran

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman bermakna akan


dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai
contoh, kanak-kanak yang terdedah pada pelbagai jenis bahan bacaan
sejak lahir, sentiasa melihat orang di sekeliling membaca, dan ada pula
orang yang membacakan buku cerita untuknya akan lebih cepat bersedia
membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak
mendapat peluang yang sama.
Keadaan Fizikal

Keadaan fizikal merujuk pada keadaan mata, telinga, dan organ


pertuturan yang sempurna.
Emosi, Motivasi, dan Sahsiah

Keadaan

rumah

tangga

dan

cara

asuhan

akan

mempengaruhi

perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan


yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca
kanak-kanak.
Kecerdasan

Kecerdasan dan perkembangan kognitif sangat mempengaruhi kemahiran


membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai
kemahiran membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak
lain yang sebaya dengannya.

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Pengamatan

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat,


iaitu daya diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Semasa membaca,
kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyibunyi huruf.
Penguasaan Bahasa

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar


kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik
kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan,
kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi.

1.2.3 Faktor-faktor yang Menghalang Kesediaan Membaca


Kematangan Mental
Gangguan

kepada

mental

akan

mengakibatkan

masalah

kepada

kebolehan membaca kanak-kanak.

1.2.4 Aspek Kemahiran Kesediaan Membaca


Bagi kanak-kanak yang belum didedahkan pada aktiviti bacaan,
kesediaan membaca mereka merangkumi,
o Kebolehan fizikal
Keupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang akan
diajarkan.
o Kebolehan emosi
Minatnya terhadap bahan-bahan bacaan terutama buku cerita dan
akan mendengarnya.
6

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

o Kebolehan mental
Keupayaannya mengingat apa-apa yang akan diberitahu.

1.3

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Membaca


1.3.1 Kognitif
Kecerdasan

dan

perkembangan

kognitif

kanak-kanak

sangat

mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang


cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat
berbanding

dengan

kanak-kanak

lain

yang

sebaya

dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat,


iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran.
Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga
mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Oleh itu, kanak-kanak yang lebih mahir
dalam bahasa dapat mempengaruhi kemahiran membacanya.
Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar
kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik
kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan,
kehendak, dan sebagainya semasa berkomunikasi.

1.3.2 Persekitaran

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman


bermakna akan dapat merangsang otak dan menimbulkan minat
membaca serta meningkatkan kemahiran membaca mereka. Misalnya
mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa
yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya.
Keadaan

rumah

tangga

dan

cara

asuhan

akan

mempengaruhi

perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan


yang diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca
kanak-kanak.

Dengan

ini,

secara

tidak

langsung

mempengaruhi

kemahiran membaca kanak-kanak.


Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menguasai
kemahiran membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa,
kegiatan sosio budaya, pendapatan, kestabilan sosioekonomi, corak
interaksi, dan komunikasi ke atas pembelajaran.
Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua
merupakan role model dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka
membaca dalam kalangan kanak-kanak. Oleh itu, rumah yang diisi
dengan majalah, surat khabar dan buku mempunyai dorongan untuk
meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.
Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca
kanak-kanak. Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi
membaca boleh memberikan kesan psikologi kepada pelajar supaya
gemar membaca dan meningkatkan kemahiran membaca.
Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi
kemahiran membaca murid, termasuklah :
a.

Pemilihan bahan

b.

Jenis soalan yang ditanya


8

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

c.

Jenis maklum balas yang diberi

d.

Suasana pembelajaran

e.

Dorongan

f.

Pengukuhan yang digunakan.

Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini
memberikan respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak
balas. Dengan ini, mereka dapat menguasai kemahiran membaca.
1.3.3 Budaya
Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan kebudayaan yang dihasilkan
oleh kumpulan budaya itu seperti seni, bahasa, muzik, makanan, aktiviti
membaca, dan sebagainya.
Pihak

sekolah

yang

menitikberatkan

budaya

membaca

dapat

mempengaruhi kemahiran membaca murid-murid. Budaya ini diamalkan


oleh setiap guru dan murid agar peningkatan berlaku. Misalnya, setiap
hari pada waktu 10 minit sebelum kelas bermula, guru mengalakkan murid
membaca

bahan

bacaan

dan

semakin

lama

budaya

ini

boleh

ibu

bapa.

mempengaruhi kemahiran membaca murid.


1.3.4 Sosioekonomi
Sosioekonomi

lebih

ditujukan

kepada

tanggungjawab

Pendapatan ibu bapa berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak


termasuklah kemahiran membaca mereka.
Sememangnya, keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan
kemudahan yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca
anak mereka. Misalnya, memberi tuisyen, membeli buku rujukan, membeli
alat elektronik yang mengajar pembacaan, prasarana dan suasana yang

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

selesa

untuk

membaca,

dan

seumpamanya.

Semua

ini

dapat

meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.


1.4

Masalah dalam Membaca


1.4.1 Tidak Kenal Huruf
Masalah tidak kenal huruf merupakan punca utama kebanyakan kanakkanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini menyebabkan kanakkanak akan menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka
sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan
makna.
1.4.2 Meninggalkan Huruf
Huruf dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut
uah, kering disebut kerin, mengandungi disebut mengandung dan
sebagainya.

1.4.3 Meninggalkan Perkataan


Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa membaca, seperti;
Buku itu sangat tebal dibaca sebagai Buku itu tebal.
1.4.4 Tidak Memahami Apa yang dibaca
i)

Gagal memahami maksud perkataan dan frasa yang berkaitan


dengan waktu seperti selepas, sudah, sebelum, pagi, sekejap, dan
sebagainya.

10

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

ii) Tidak memahami maksud perkataan dalam pelbagai situasi, misalnya


dalam ayat Panjatlah lagi pokok itu yang bermaksud melarang
seseorang daripada memanjat pokok.
iii) Gagal memahami atau membuat urutan idea atau peristiwa yang
terdapat dalam bahan bacaan terutamanya apabila diminta
menceritakan semula petikan yang dibaca.
iv) Lambat memberi tindak balas terutamanya apabila tidak memahami
arahan yang dibaca.
v) Gagal menghubungkan sebab dan akibat dalam bahan bacaan yang
dibaca.
vi) Tidak dapat mengenal pasti perkara yang
(absurdities) dalam bahan yang dibaca.

tidak

munasabah

vii) Tidak dapat mentafsir atau menggunakan carta, graf, peta, rajah, dan
sebagainya dalam buku.

1.4.5 Teragak-agak
Teragak-agak (hesitation) - teragak-agak bermaksud berhenti sejenak
sebelum menyebut sesuatu perkataan ketika membaca disebabkan
kanak-kanak tidak pasti akan bacaannya.
1.4.6 Salah Sebutan
Salah sebutan terjadi akibat kanak-kanak tidak mengenal huruf atau tidak
tahu membunyikan sesuatu huruf sehingga sesuatu perkataan tidak
bermakna lagi dalam konteks ayat berkenaan.
Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan atau ayat
yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk mengatasinya.
Selain itu, guru juga perlu memerhati tingkah laku yang ditunjukkan
semasa murid membaca yang boleh menunjukkan murid itu bermasalah

11

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

dalam bacaan. Antara tingkah laku yang kerap ditunjukkan adalah yang
berikut:
a)

membatang suku kata terlebih dahulu sebelum dapat menyebut


seluruh perkataan,

b)

bacaan tersekat-sekat, iaitu perkataan demi perkataan dan tidak


lancar,

c)

membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda


bacaan,

e)

membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak,

f)

menunjuk perkataan dengan jari ketika membaca,

g)

tingkah laku yang tidak selesa seperti mengedip-ngedipkan mata,


mengerut dahi, menggeleng-geleng kepada, dan sebagainya,

h)

Suara

terlalu

perlahan

i)

kedudukan

j)

cuba mengelak daripada aktiviti membaca, dan

k)

tidak boleh membaca langsung.

mata

dan

terlalu

tidak

dekat

jelas

dengan

atau
bahan

blurring,
bacaan,

Guru mestilah peka dengan petunjuk-petunjuk tingkah laku yang


ditunjukkan

oleh

murid-muridnya

kerana

tingkah

laku

tersebut

menunjukkan murid berkenaan menghadapi masalah dalam bacaan.


1.4.7 Lemah Daya Ingatan
Ingatan pada otak kadang kala mendatangkan masalah seperti sel-sel
pada otak tidak dapat berhubung antara satu sama lain. Ini mungkin
disebabkan oleh kecederaan yang pernah dialami oleh pesakit sama ada
kemalangan ataupun kecederaan akibat terhantuk benda yang keras.
Simptom:
a.

Semakin lemah daya ingatan/ lupa

b.

Gagal mengenal pasti objek


12

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

c.

Masalah emosi seperti kemurungan dan depresi

d.

Rasa janggal di tempat yang biasa dilawati

e.

Hilang kemampuan jasmani

f.

Tidak mengendahkan kebersihan diri

g.

Tidak berminat dengan pelajaran/ pekerjaan

1.4.8 Menambah Perkataan


Murid-murid sering menambah perkataan semasa membaca seperti
bulan-bulan disebut bulang-bulang, ikan-ikan disebut ikang-ikang dan
seumpamanya.
1.4.9 Mengulang Perkataan/ Ulangan (repetition)
Mengulang-ulang perkataan atau suku kata semasa membaca dan
perbuatan mengulang ini bukan disebabkan oleh masalah gagap.
1.4.10 Mengeja Semasa Membaca
a.

Teragak-agak semasa membaca

b.

Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca

c.

Tidak berupaya membaca ayat yang panjang kerana was-was dan


kurang yakin salah atau betul.

d.

Kemajuan pembacaan yang lemah

Bincangkan kaedah yang sesuai untuk menangani masalah membaca


dalam kalangan murid-murid pemulihan. Berikan cadangan anda untuk
aktiviti pengayaan dan pengukuhan kepada murid-murid pemulihan
yang sudah boleh membaca.

13

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

1.5

Kaedah Membaca
1.5.1 Kaedah Bunyi/Fonik
Kaedah fonik adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh
guru.

Kaedah ini menekankan tentang hubungan bunyi-bunyi dengan

huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk bahasa


Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih
dahulu, kemudian diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya
membunyikan perkataan.
Dalam bidang fonetik,

huruf

tidak dieja tetapi

terus dibunyikan.

Contohnya huruf a disebut sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf


dan suku kata

yang lain. Sebagai contoh, ba +

ta terus disebut

sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ].


[ beh ] + [ a ] = [ ba ]
[ teh ] + [ a ] = [ ta ]
[ beh + a = ba] + [teh + a = ta ] = [ bata ]
Kanak-kanak seawal usia tiga tahun dapat mengecam dan membezakan
bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk. Oleh itu, dengan teknik yang betul anakanak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan
bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat.
Anak-anak dapat menyebut bunyi aa apabila melihat huruf a (nama
huruf ei) dan bunyi ii apabila melihat huruf e. Sehubungan itu, apabila
anak-anak melihat perkataan ani, dia akan menyebut bunyi aa nn ii
( bunyi ani) bukannya ei en ai (bunyi enai).

14

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi
kaedah asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi aa
tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Jadi buat aksi orang
terkena api sambil menjerit aaa... panasnya! Melalui asosiasi ini anak
dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan
berkekalan.
Guru tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus cukup sekadar
beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca
Bacalah Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan
bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan
siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan.
Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf
konsonan dengan huruf vokal a i dan u lebih kerap, wajarlah bunyibunyi a i u diperkenalkan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini
lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan
lain diperkenalkan satu persatu , contohnya b n m s dan k.
Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku,
ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang
diajarkan , contohnya b dan a i dan u untuk membaca ba bi dan bu.
Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ba menjadi ba ;
tidak juga menghafal suku kata ba; tetapi mereka membaca dengan
menggabung-gabungkan bunyi beh (bagi huruf b) dan aa (bagi huruf
a).

1.5.2 Kaedah Abjad


Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai
kaedah nama-nama huruf yang digunakan di dalam tulisan Melayu, iaitu
huruf a hingga z. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling biasa
15

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Muridmurid diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan
bermula dari a hingga z. Kemudian kanak-kanak diajar mengenali hurufhuruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au, oi.
Selepas itu, huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan
seterusnya perkataan.
Contoh: Memperkenalkan huruf a - z
1.

Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u

2.

Menggabungkan huruf konsonan dan vokal - ba, be, bi, bo, bu

3.

Membentuk perkataan daripada suku kata - ba + ju

4.

Membina rangkai kata baju biru

5.

Membina ayat mudah Ini baju biru Abu

baju

Kekuatan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan


bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
Kaedah

ini

juga

membolehkan

kanak-kanak

perkataan baharu yang belum dipelajarinya.

mengeja

perkataan-

Selain itu, kaedah ini

memberi asas yang kukuh dalam kemahiran membaca.


Teknik pengajaran boleh juga dimulakan dengan guru menunjukkan kad
abjad kepada murid dan guru menyebut terlebih dahulu abjad-abjad
tersebut untuk memperkenalkannya kepada murid. Kemudian, sekali lagi
guru menunjukkan kad-kad abjad tersebut dan meminta murid untuk
mengenal pasti dan menyebut abjad-abjad yang ditunjukkan dengan
bantuan guru.
Guru membetulkan setiap kesilapan sebutan murid sewaktu kad-kad
abjad ditunjukkan. Proses ini diulang sehingga murid mampu mengenal
pasti dan menulis abjad-abjad yang telah diajar. Seterusnya, guru
melekatkan kad-kad abjad tersebut di papan hitam. Guru akan memilih
murid secara rawak dan meminta murid tersebut mengambil kad pada
16

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

papan tulis berdasarkan apa yang disebut oleh guru. Selepas itu, murid
diminta membuat latihan bertulis dalam buku masing-masing. Guru akan
menyebut abjad manakala murid perlu mendengar dengan teliti dan
menulisnya dalam buku.

1.5.3 Kaedah Seluruh/Pandang dan Sebut


Kaedah seluruh kata sangat popular dalam mengajar bacaan dalam
Bahasa Inggeris, namun guru boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar
membaca dalam bahasa Melayu. Kaedah ini juga disebut sebagai Kaedah
Pandang dan Sebut.
Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataanperkataan yang biasa diguna seharian yang

membentuk kebanyakan

pertuturan kita seperti saya, minum, kopi, sepak, bola emak, bapa, adik,
abang, kawan, dan sebagainya.
Guru

akan

menyebutnya

memperkenalkan
berulang-ulang.

beberapa

perkataan

Kebiasaannya

dahulu

perkataan

dan

tersebut

disertakan gambar dan murid belajar secara pandang (visual) dan


mengecam perkataan. Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja
sama sekali.
Sekiranya murid tidak dapat

menyebut perkataan tertentu, guru

digalakkan menggunakan fonik atau bunyi huruf, iaitu menghubungkan


satu huruf dengan satu bunyi untuk membantu murid menyebut perkataan
tersebut. Misalnya bagi perkataan rumah, guru boleh membantu murid
dengan menyebut bunyi huruf r, iaitu [ r ] dan kalau perlu membunyikan
suku kata [ ru ].

17

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Dasar kaedah ini ialah menggunakan perkataan dari mulanya tanpa


mengenalkan dan menghafalkan huruf-huruf abjad terlebih dahulu.
Perkataan-perkataan yang diperkenalkan itu disertakan dengan gambar.
Kaedah ini mementingkan bunyi perkataan atau rangkai kata berdasarkan
pengalaman melalui gambar dan bunyi ayat atau cerita berdasarkan
gambar.
Kanak-kanak dilatih melakukan dua kemahiran dalam satu masa, iaitu
menyebut keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap
rangsangan berbentuk gambar. Guru kerap kali menunjukkan seluruh
perkataan seiring dengan gambar-gambar yang dilambangkannya.
Contohnya, perkataan bunga ditulis di tepi atau di bawah gambar bunga.
Kadang-kadang ini boleh digunakan sebagai kad-kad imbasan.
1.5.4 Kaedah Suku Kata
Kaedah suku kata ini tidak memerlukan murid-murid untuk mengeja atau
membatangkan

ejaan.

Murid-murid

hanya

perlu

mengecam

dan

menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu
menyebut terus.
Contohnya;
ba bi bu be bo

(untuk 2 huruf)

ban bin bun ben bon

(untuk 3 huruf)

bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)


1.5.5 Kaedah Pelbagai Deria/VAKT
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah VAKT yang bermaksud;
V - visual (penglihatan)
A audio (pendengaran)
18

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

K - kinestetik ( pergerakan )
T - taktil ( sentuhan)
Kaedah ini berpegang pada prinsip rangsangan dalam pembelajaran
dan berdiri atas premis bahawa rangsangan ke atas beberapa deria
yang

sensitif

akan

mengukuhkan

pembelajaran.

Langkah-langkah

pengajaran adalah seperti yang berikut:

Kaedah ini menggunakan surihan (tracing) untuk mengajar


bacaan.

Guru menulis huruf cetak yang besar di atas kertas 4 x 10.

Murid membuat surihan huruf dengan jari di atas kertas itu.

Untuk mendapatkan kesan sentuhan semasa membuat surihan, huruf


dibuat daripada kertas pasir, menggunakan talam berpasir/lumpur,
mewarna dengan jari, huruf timbul yang besar dan seumpamanya. Untuk
belajar huruf melalui kaedah VAKT, murid hendaklah ;
i.

lihat huruf (V)

ii.

dengar guru sebut huruf (A)

iii.

menyebut huruf (A)

iv.

dengar huruf yang disebut (A)

v.

rasa pergerakan otot semasa membuat surihan huruf


(K)

vi.

rasa permukaan huruf dengan hujung jari (T)

vii.

lihat pergerakan tangan semasa tracing (V)

viii.

dengar sendiri huruf yang disebut semasa membuat


surihan (A)

19

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Kaedah VAKT dijadikan asas kepada model-model pengajaran bacaan


yang lebih perinci oleh tokoh-tokoh seperti Fernald, Gillingham, dan tokoh
yang lain.
1.5.5.1 Kaedah Fernald
Kaedah ini diperkenalkan oleh Fernald G.M. dan Helen, B.K.(1943,
1988) untuk membantu kanak-kanak yang mengalami masalah
bacaan yang teruk. Kaedah ini merupakan gabungan pendekatan
pengalaman bahasa dan pembelajaran berasaskan pendekatan
pelbagai deria (VAKT). Pendekatan ini dibentuk untuk pengajaran
secara individu.
Terdapat empat peringkat pengajaran dalam kaedah Fernald, iaitu:
i.

Menyurih (tracing) dan menulis berdasarkan ingatan satu


perkataan yang diberi,

ii.

Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang diberi,

iii.

Menulis berdasarkan ingatan perkataan yang dijumpai


dalam petikan, dan

iv.

Belajar melalui perkataan asas (sight words) yang terdapat


dalam teks.

Peringkat pengajaran dalam kaedeah Fernald adalah seperti yang


berikut:
Peringkat 1:
-

Guru menulis perkataan bersaiz besar menggunakan krayon


di atas kertas.

Pelajar menyurih huruf-huruf dengan jari (T K) sambil


menyebut dan mendengar sebutan perkataan itu (A).
20

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Pelajar juga memandang perkataan itu semasa membuat


surihan (V) .

Proses ini diulang sehingga pelajar boleh menulis perkataan


tanpa melihat contoh.

Pelajar menulis cerita berdasarkan perkataan yang telah


dipelajari.

Peringkat 2:
-

Pelajar tidak perlu menyurih setiap perkataan, tetapi hanya


melihat perkataan yang guru tulis, menyebut, dan menulis
perkataan tersebut.

Pelajar meneruskan menulis cerita dan menyimpan fail


perkataan.

Peringkat 3:
-

Pelajar belajar perkataan baharu dengan melihat, menyebut,


dan

menulisnya

terus

daripada

perkataan-perkataan

bercetak (teks).
-

Guru tidak perlu menulis perkataan kerana pada tahap ini


pelajar sudah boleh membaca daripada buku.

Peringkat 4:
-

Pelajar

dapat

mengecam

perkataan-perkataan

baharu

berdasarkan persamaannya dengan perkataan-perkataan


yang tercetak atau bahagian-bahagian

perkataan yang

sudah dipelajari.
-

Pelajar sudah boleh menggunakan kemahiran bacaan untuk


mengembangkan minat membaca.

21

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Kesimpulannya,

kaedah

Fernald

menggunakan

pengalaman

bahasa murid dan kaedah VAKT.


Kaedah Fernald mempunyai prinsip tertentu yang perlu dipatuhi,
iaitu:
i.

kejayaan hendaklah ditekankan supaya motivasi pelajar


dapat ditingkatkan atau dikekalkan,

ii.

keempat-empat peringkat perlu dikuasai mengikut urutan,


dan

iii.

hanya diguna untuk pelajar yang menghadapi masalah


bacaan

yang

teruk

sahaja

seperti

disleksia,

murid

pemulihan, dan murid PKBP.


1.5.5.2 Kaedah Gillingham
Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun
1970-an dan difokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanakkanak yang

menghadapi masalah bacaan yang sangat teruk.

Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah


pengajaran hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan
lima sesi pengajaran seminggu untuk selama

dua tahun

(minimum).
Kaedah Gillingham menumpukan penstrukturan pengajaran yang
tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan
teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi
yang bersamaan dengannnya.

22

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang


terdiri daripada enam kesatuan deria yang sangat penting pada
peringkat permulaan mengajar huruf-huruf. Enam kesatuan asas
itu adalah:
i.

V-A (Visual-Auditory), iaitu perkataan yang ditulis dan hurufhuruf dihubungkan dengan bunyinya. Murid tidak perlu
menyebut bunyi-bunyi itu.

ii.

A-V (Auditory-Visual), iaitu bunyi-bunyi huruf dan perkataan


digabungkan dengan imej visual. Tugasan ini seakan-akan
aktiviti mengeja.

iii.

A-K (Auditory-Kinesthetic), iaitu bunyi-bunyi huruf dan


perkataan digabungkan dengan pergerakan otot semasa
menyebut dan menulis.

iv.

K-A (Kinesthetic-Auditory), iaitu tangan murid dibantu untuk


menyurih atau menulis bentuk huruf sambil menyebut nama
atau bunyi huruf tersebut.

v.

V-K (Visual-Kinesthetic), iaitu huruf cetak dan perkataan


dikaitkan

dengan pergerakan otot semasa bertutur dan

menulis.
vi.

K-V (Kinesthetic-Visual), iaitu pergerakan otot semasa


bertutur atau menulis dikaitkan dengan bentuk visual hurufhuruf.

Langkah-langkah pengajaran;
Langkah 1:
23

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf


kepada murid.

Guru menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan


guru.

Apabila sudah mahir, guru menyebut bunyi huruf dan murid


mengikutnya .

Soalan guru , Apakah bunyi huruf ini?

Langkah 2:
-

Tanpa menggunakan kad latih tubi, guru membunyikan


mengikut huruf.

Soalan guru, Berikan nama huruf yang bunyinya [ ] .


Guru menggunakan strategi ejaan lisan

Langkah 3:
-

Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya.

Murid menyurih ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan


membunyikan huruf itu.

Guru mula memperkenalkan tulisan sambung.

Setelah murid mahir 10 huruf (konsonan dan vokal), mereka


mengadun huruf- huruf menjadi perkataan.

Sebagai rumusan, semua guru adalah bertanggungjawab untuk


mengesan kelemahan bacaan murid-muridnya, mengenal pasti
punca masalah, dan berusaha membantu mereka membina
kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat
dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.

24

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

1.5.6 Kaedah Pembelajaran Masteri


Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan
pembelajaran

yang

memastikan

semua

murid

menguasai

hasil

pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum


berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan
peruntukan

masa

yang

mencukupi

dan

proses

pengajaran

dan

pembelajaran yang berkualiti.


Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran untuk Pembelajaran Masteri:
1.

Tiada satu kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang


terbaik untuk pembelajaran masteri kerana murid berbeza dalam
kebolehannya dan mereka juga mempunyai gaya pembelajaran
yang berlainan.

2.

Kaedah

atau

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

dicadangkan untuk pembelajaran masteri ialah kaedah atau aktiviti


yang berpusatkan kepada murid, menarik, dan menyeronokkan.
3.

Oleh itu, guru harus merancang dan menggunakan pelbagai


kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
dengan mengambil kira kebolehan dan gaya pembelajaran murid
anda.

4.

Yang

berikut

ialah

kaedah

atau

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran yang berpusatkan kepada guru, iaitu guru yang


melakukannya:

Syarahan
Penerangan
Penjelasan
Huraian
Demonstrasi
Bercerita
Pembacaan

Memberi nota
25

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

5.

Kaedah

atau

aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

berpusatkan murid, iaitu murid yang melakukannya ialah:

Soal jawab
Latih tubi
Bercerita
Membuat latihan
Penerangan, penjelasan, huraian
Perbincangan
Inkuiri penemuan

6.

Bacaan
Sumbang saran
Demostrasi oleh murid
Kerja amali
Eksperimen
Projek
Kuiz
Penyelesaian masalah
Reka cipta
Pembelajaran koperatif atau kerja kumpulan
Main peranan
Lakonan
Simulasi
Membuat nota sendiri
Lawatan
Pengajaran berprogram
Pembelajaran berbantukan computer
PAK (Pembelajaran Akses Kendiri)
Guru harus ingat bahawa setiap kaedah atau aktiviti itu mempunyai
kelebihan dan kekurangan.

1.5.7 Kaedah Lain yang Sesuai


1.5.7.1 Kaedah Gabungan BunyiKata
Kaedah ini diperkenalkan oleh Profesor Isahak Haron. Kaedah ini
memerlukan guru mengajar murid langkah demi langkah, bermula
26

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan


bentuk huruf. Selepas itu, membina suku kata dan seterusnya
perkataan.

Latih

tubi

mengeja

adalah

perlu

berdasarkan

pendekatan pelbagai deria (multisensori).


Contoh;
i.

Guru menunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar


di sebelah belakang. Murid menyebut nama huruf tersebut.

ii.

Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.

iii.

Murid mengulangi menyebut perkataan dan bunyi huruf.

iv.

Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama


huruf.

v.

Murid mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis


huruf

sambil

menyebutnya

(terjemahkan

bunyi

didengar kepada tulisan) dan seterusnya murid

yang

menulis

huruf-huruf.
vi.

Murid

membaca

apa

yang

telah

ditulisnya,

iaitu

membunyikan huruf.
(terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang boleh
didengar).
vii.

Murid menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat


merasakan huruf itu.

Setelah murid biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru
boleh teruskan dengan latih tubi yang berikut;
i. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf
dengan kuat (proses bacaan).

27

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

ii. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid


menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses
mengeja).
Hubungan antara nama, bunyi, dan bentuk huruf hendaklah diajar
terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf
adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan.
Kemudian diajar huruf dan bunyi vokal pula.
1.5.7.2 Kaedah Eklektik
Kaedah ini adalah kaedah campuran, iaitu campuran kaedahkaedah mengikut kesesuaian murid, situasi bilik darjah, dan bahanbahan bacaan yang digunakan. Ada yang menggunakan penujuan
sintetik, analitik, dan sintetik-analitik.
Terdapat pelbagai lagi jenis Kaedah Eklektik ini. Bagi bahasa
Melayu, kesan yang didapati apabila seseorang menyebutkan
Kaedah Eklektik ini, ialah seolah-olah mereka memikirkan kaedah
ini adalah yang paling sesuai untuk mengajar membaca bagi
kanak-kanak Melayu kita.
Kemudian, jika diperhatikan betul-betul cara kaedah ini diterapkan,
agak banyak yang mengajar kurang sistematik. Oleh itu, kerap kali
kaedah ini menjadi kaedah cacamarba, kerana asas gabungan itu
kurang diperhatikan.
Apa yang harus difikirkan dan diciptakan ialah kaedah mengajar
eklektik tetapi sistematik, yang mengambil perhatian keistimewaan
sifat-sifat ejaan bahasa Melayu, struktur suku katanya, dan
tatabahasanya pada suatu pihak, dan keadaan pembelajaran
28

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

murid-murid Melayu pada pihak yang lain. Maksudnya, kita harus


mencipta Kaedah Eklektik yang sesuai untuk mengajar membaca
bahasa

Melayu

sebagai

bahasa

pertama

dan

seharusnya

sistematik.
1.5.7.3 Kaedah Pandang dan Sebut
Kaedah ini mengunakan pendekatan yang memperkenalkan
seluruh perkataan kepada murid-murid. Pemeringkatannya adalah
seperti yang berikut:
Diperkenalkan perkataan yang disertakan dengan gambarnya
sekali.
Contoh:
atau
buk
u

buku

Mula-mula, murid ditunjukkan gambar kemudian beralih kepada


perkataan. Biasanya murid-murid menunjuk perkataan buku
dengan jarinya dari b-u-k-u sambil berkata buku.
Murid-murid diperkenalkan dengan dua perkataan yang mudahmudah.
Contoh:

Ini buku.
Buku Abu.
Buku
merah.

29

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Murid-murid

dilatih

membaca

ayat-ayat

pendek

dengan

menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh


mereka. Di samping itu, dimasukkan perkataan baharu.
Contoh:
Ini buku.
Ini buku Abu.
Buku ini merah.
Buku Abu merah.
Abu ada buku
merah. mmmerah.

2.0

KEMAHIRAN KEFAHAMAN

2.1

Definisi Kefahaman
Lamberg & Lamb (1980) mendefinisikan kefahaman sebagai
kebolehan menterjemah idea daripada satu bentuk ke satu bentuk
yang lain, menginterpretasi idea, kesan, dan akibat.
Seseorang yang boleh membaca perlu memahami isi-isi bacaan yang
sesuai dengan kematangannya untuk faedah diri sendiri atau untuk orang
lain sama ada untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan atau hiburan.
30

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Kefahaman tentang isi-isi bacaan itu akan lebih bermakna sekiranya


dapat dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman yang sedia ada bagi
memudahkan seseorang membuat telahan, taakulan, dan kesimpulan.
Kefahaman dalam konteks ini dapat diberi pengertian sebagai kebolehan
membuat penghuraian atau menginterpretasi idea dan makna

kepada

bahan yang dibaca.


Kefahaman melibatkan bahasa, pengalaman, dan proses kognitif. Proses
kognitif adalah asas utama dalam bacaan dan kefahaman. Jika seseorang
kanak-kanak itu menterjemahkan lambang-lambang kepada bunyi-bunyi
bahasa dengan intonasi yang betul tetapi masih gagal untuk memahami
idea, mengaitkan sesuatu fakta, dan membuat telahan atau kesimpulan
maka kanak-kanak tersebut jelas mempunyai masalah dalam pemikiran
khususnya kefahaman dalam bacaan.
Proses kognitif dalam konteks kefahaman melibatkan perkara-perkara
yang berikut:

2.2

i.

keupayaan membuat perkaitan,

ii.

mengetahui perkaitan atau perhubungan,

iii.

pemindahan pembelajaran,

iv.

membuat telahan atau inferensss serta

v.

menilai dan menghayati

Tahap Kefahaman
Kefahaman adalah matlamat terakhir dalam membaca. Oleh sebab
membaca merupakan proses penguasaan bahasa dan bahasa pula

31

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

sebagai alat komunikasi maka bacaan itu tidak akan lengkap tanpa
kefahaman.
Sejauh mana kefahaman seseorang murid terhadap apa yang dibaca
akan dapat diketahui atau dikesan melalui ujian-ujian seperti menjawab
soalan aneka pilihan, mengisi tempat kosong, betul-salah, suaikan, dan
sebagainya. Kefahaman seseorang murid akan terserlah berdasarkan
hasil keputusan ujian tersebut.
Proses kefahaman dalam bacaan terbahagi kepada beberapa tahap
seperti yang berikut:
2.2.1 Memahami Maksud Perkataan dan Ayat
Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman
literal. Seperti mana yang telah dibincangkan, bacaan dan kefahaman
melibatkan proses kognitif. Proses kognitif yang paling rendah ialah
mengingat kembali. Kemahiran ini dapat dikuasai melalui latihan.
Bagi kanak-kanak pemulihan yang sebahagian besarnya mempunyai
daya ingatan yang lemah, latihan ingatan pendengaran dan ingatan
penglihatan mestilah diberi penekanan.
Bahan bacaan yang disediakan untuk memahami maksud perkataan dan
ayat hendaklah bermula dengan jumlah bilangan perkataan yang kecil
pada satu-satu masa. Soalan-soalan yang diajukan juga haruslah
disediakan dalam bentuk objektif manakala jawapan kepada soalansoalan itu boleh didapati terus daripada teks bacaan berkenaan.
Contoh teks bacaan:

32

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Ini buku.
Ini buku Abu.
Buku Abu biru.
Contoh soalan jenis mengisi tempat kosong:
i.

Ini ______________.

ii.

Ini buku __________.

iii.

Buku Abu _________.

iv.

Ini ______ Abu.

v.

Buku _______ biru.

2.2.2 Membuat Urutan Idea


Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman
inferens. Tahap ini memerlukan murid menginterpretasi, membuat
perkaitan atau perhubungan, menaakul, dan membuat telahan.
Keupayaan seseorang murid berfikir serta melakukan operasi kognitif
tersebut akan mempengaruhi keupayaannya membuat urutan idea dari
bahan yang dibaca.
Kanak-kanak pemulihan memang sering menghadapi masalah untuk
berfikir secara abstrak. Oleh itu, guru pemulihan perlu membiasakan
murid-murid dengan latihan-latihan kefahaman inferens ini secara lisan
sebelum kefahaman inferens secara bacaan dilaksanakan.
33

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Untuk membantu perkembangan kefahaman ini, guru perlu menyediakan


soalan-soalan yang berstruktur serta petunjuk-petunjuk lisan ke arah
menampakkan kepada murid-murid isi-isi berkaitan agar mereka dapat
menginterpretasi maklumat yang dibaca.

34

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Contoh teks bacaan:

Ini Abu.
Abu ada adik.
Abu ada kakak.
Ali adik Abu.
Ani kakak Abu.
Siti adik Ali.
Contoh soalan jenis mengisi tempat kosong:
i. Adik beradik Abu ada _______ orang.
ii. _______ kakak Ali.
iii. Ani ada ______ orang adik.
2.2.3 Hubungan Sebab dan Akibat
Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman
kritis. Tahap kefahaman yang agak tinggi ini memerlukan murid membuat

35

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

hubungan sebab dan akibat serta mampu membuat kritikan berasaskan


pemikiran bercapah.
Kefahaman pada peringkat ini juga perlu dilatih dan diperkembangkan
secara lisan dahulu. Murid-murid memerlukan bantuan dalam menentukan
perkara-perkara yang mereka baca sama ada benar atau tidak. Muridmurid juga perlu dibantu supaya mereka dapat membuat penaakulan dan
meramal

kemungkinan

serta

membuat

penghakiman

berasaskan

hubungan sebab dan akibat.


Oleh sebab keupayaan proses kognitif yang terhad, murid-murid
pemulihan mungkin menghadapi kesukaran untuk melakukan proses
kognitif ini. Namun, guru-guru pemulihan masih boleh membantu mereka
untuk maju dengan membiasakan mereka dengan soalan-soalan
berdasarkan siri-siri cerita yang mereka baca.
2.2.4 Membuat Tafsiran/Andaian
Tahap kefahaman ini merupakan sebahagian daripada tahap kefahaman
kreatif. Tahap kefahaman kreatif merupakan tahap kefahaman tertinggi.
Terdapat pakar-pakar pengajaran bacaan menyatukan tahap kefahaman
ini dengan tahap kefahaman kritis. Jika dilihat dan dikaji dengan teliti
tahap ini merupakan hasil daripada pencapaian murid-murid dalam tahaptahap sebelumnya.
Seseorang yang telah sampai ke tahap kefahaman kreatif ini sudah
mampu menghayati bahan-bahan yang dibacanya. Mereka juga membuat
hubungan sebab dan akibat, membuat kritikan berasaskan pemikiran
bercapah, dan membuat andaian serta tafsiran sehingga mampu
membina situasi baharu berasaskan andaian dan tafsiran tersebut.
36

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Kefahaman pada peringkat ini juga akan menjadikan seseorang itu


bertindak balas terhadap bahan yang dibacanya dengan menunjukkan
emosinya seperti gembira, sedih, marah, pilu, menangis, terharu, dan
sebagainya.
Kefahaman pada peringkat ini juga akan menjadikan seseorang itu kreatif
sehingga mereka berjaya menghasilkan bentuk-bentuk penulisan yang
boleh dinikmati oleh orang lain pula.
Kesimpulannya, seseorang yang telah mencapai tahap kefahaman kreatif
ini seharusnya telah dapat;
i.

bertindak balas dengan menunjukkan emosinya.

ii.

menggunakan butir-butir yang diperoleh dari pembacaannya untuk


menghasilkan daya kreatifnya.

3.0

PENTAKSIRAN

DAN

PENILAIAN

DALAM

KEMAHIRAN

LISAN,

MEMBACA, DAN KEFAHAMAN


3.1

Kepentingan Mentaksir dan Menilai Kemahiran Lisan, Membaca dan


Kefahaman.
Pentaksiran bermaksud memperoleh maklumat dengan cara yang objektif
dan bersistem.
Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan
sebagai pengujian. Contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya
mengisi maklumat peribadi dalam suatu borang. Antara perkara yang

37

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

mungkin ditanya ialah hobi murid dan sebabnya mereka berminat dengan
hobi itu. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan sebagai pentaksiran
.
Pentaksiran

biasanya

melibatkan

pengukuran.

Pengukuran

tidak

semestinya melibatkan maklumat yang diperoleh dalam bentuk nombor.


Walau

bagaimanapun,

dalam

bilik

darjah,

pengukuran

melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang


Penggunaan

nombor

dalam

pengukuran

dirujuk

biasanya
diperoleh.

dalam

definisi

pengukuran oleh Stevens (1951). Mengikut Stevens, pengukuran ialah


pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu
dengan

menggunakan

satu

skala

yang

ditetapkan.

Ringkasnya,

pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili


maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah.
Selepas sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran sama ada lisan,
bacaan atau kefahaman sudah tentu guru ingin mengetahui keberkesanan
pengajarannya dan menilai sama ada murid-murid telah atau belum
menguasai kemahiran-kemahiran yang telah diajar.
Penilaian membantu guru mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri
sendiri dan muridnya. Ujian dan penilaian membantu guru untuk
memperbaik pengajarannya, memilih strategi-strategi baharu yang sesuai
untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran demi mengatasi
kelemahan-kelemahan murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran
yang diajar.
3.2

Jenis Penilaian
Dua jenis penilaian yang sering digunakan oleh guru ialah penilaian
formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk
mengesan perkembangan atau kemajuan murid dalam pembelajaran.
38

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Penilaian formatif dijalankan secara berterusan dalam setiap pengajaran


oleh guru dan direkodkan supaya kelemahan dan kekuatan murid dalam
sesuatu unit atau kemahiran dapat dilihat dengan jelas dan dapat dibaiki.
Kategori dan Jenis Pentaksiran.

Istilah
Ujian Standard

Maksud

Ujian yang telah disiap bina

Ujian mempunyai skor yang perlu dicapai oleh pelajar dan guru

atau Formal
untuk perbandingan prestasi
Ujian

Tidak

Formal

Ujian Kumpulan

Dijalankan pada bila-bila masa mengikut keperluan

Dijalankan secara individu atau kumpulan.

Lisan atau kumpulan.

Tidak melibatkan kemahiran atau unit tertentu

Dibina oleh guru

Tidak mempunyai arahan atau prosedur

Dijalankan dalam kumpulan semasa pengajaran dan


pembelajaran

Ujian Individu

Ujian

Boleh dalam bentuk formal atau tidak formal

Tiada arahan tertentu

Dijalankan secara individu dalam pengajaran dan pembelajaran

Tiada arahan tertentu

Soalan dibina oleh guru

UPSR, PMR, SPM,STPM

Ujian yang dijalankan berdasarkan kandungan kurikulum yang

Berdasarkan
Kurikulum

digunakan di sekolah
Ujian Formatif

Untuk mengesan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid


setelah sesuatu kemahiran diajar.

Ujian Sumatif

Ujian ini dijalankan dengan kerap

Ujian yang merumuskan pencapaian murid setelah satu unit

39

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

pengajaran dijalankan

Ujian Saringan

Satu gred diberikan sebagai tanda tahap pencapaian murid

Ujian yang dijalankan untuk mengenal pasti murid-murid yang


berisiko menghadapi masalah pembelajaran.

Ditadbirkan kepada semua murid termasuk murid normal (jika


perlu).

Ujian Diagnostik

Dijalankan untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci


masalah dalam pembelajaran yang dihadapi oleh murid

Selepas ujian diagnostik dijalankan, jenis, dan ciri masalah


yang dihadapi pelajar dapat diketahui.

Ujian Speed

Ujian Power

Ujian yang perlu dihabiskan dalam masa yang agak terhad.

Contohnya : ejaan, tulisan, bacaan

Tidak formal

Kekuatan murid menguasai sesuatu kemahiran.

Kekuatan ingatan tentang sesuatu topik yang telah dipelajari.

Ujian yang menggunakan masa yang agak lama untuk


dihabiskan.

3.3

Biasanya item agak sukar sedikit.

Contohnya, menulis karangan, laporan

Instrumen Pentaksiran dan Penilaian


Seorang guru pemulihan khas perlu membiasakan diri dengan cara
mengumpul maklumat untuk membuat keputusan-keputusan berkaitan
proses pengajaran dan pembelajaran dan mengetahui masalah yang
dihadapi oleh murid pemulihan.
Maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan-keputusan dalam
pelaksanaan program pemulihan boleh didapati daripada pelbagai
sumber.

40

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Sumber tersebut termasuklah :


1.

2.

3.

3.4

Rekod dan laporan berkaitan.


o

Latar belakang keluarga

Rekod kesihatan

Prestasi akademik terdahulu

Minat murid
Sampel kerja
o

Analisis ralat

Kualiti kerja

Pengujian
o

Ujian rujukan norma

Ujian rujukan criteria

Intervensi tidak formal

Kuiz

Probe menyiasat

Analisis tugasan

4.

Pentaksiran portfolio

5.

Pemerhatian

6.

Senarai semak

7.

Skala pengkadaran

8.

Temu bual

Pelaksanaan Penilaian
Rekod dan Laporan

Seseorang murid pemulihan telah menjalani pelbagai jenis pentaksiran


semasa dia berada dalam kelas KBSR. Laporan-laporan mengenai
41

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

maklumat murid dan persepsi pembelajaran boleh digunakan oleh


guru

pemulihan

khas

untuk

mendapat

satu

gambaran

yang

menyeluruh berkaitan murid tersebut.


Sampel Kerja

Salah satu sumber maklumat sedia ada berkaitan sampel-sampel kerja


yang dihasilkan murid dalam mata pelajaran yang dipelajarinya.

Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru perlu mambuat


analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan
murid dalam mata pelajaran yang dipelajari.

Ujian

Guru boleh mendapat tahu tahap kebolehan murid dengan mentadbir


ujian-ujian kepada murid.

Pengujian boleh ditadbirkan dengan pelbagai cara mengikut tujuan


guru :
Ujian Rujukan Kriteria :
-

tujuan ujian ini adalah untuk mengumpul sama ada kemahiran


yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid.

Ujian Rujukan Norma :


-

Ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian


dengan pencapaian murid-murid lain yang telah mengambil ujian
yang sama.

Kuiz :

42

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Ujian yang dijalankan sebaik sahaja untuk mengetahui sama ada


murid tersebut memahami apa yang diajar.

Probe/Penyelidikan:

Kalau seseorang guru ingin tahu sama ada seseorang murid boleh
menjalankan sesuatu tugasan dalam keadaan yang lain, dia boleh
memberi tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit
pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang berlainan, guru
sebenarnya telah menjalankan probe atau penyelidikan.

Pemerhatian :

Merupakan satu kaedah yang selalu dijalankan oleh para profesional


untuk mengumpul maklumat khususnya berkaitan tingkah laku
seseorang murid.

Pemerhatian yang dibuat perlu direkodkan dan terdapat beberapa cara


untuk merekodkan hasil pemerhatian.

Temu Bual :

Guru boleh mendapat maklumat berkaitan murid dengan menemu bual


ibu bapa, guru-guru yang lain, atau rakan sebaya murid.

Ujian Rujukan Kriteria

URK merupakan satu ujian yang direka oleh guru pemulihan untuk
menilai setakat mana kemahiran yang telah diajar kepada murid dalam
satu tempoh tertentu.

Biasanya kemahiran yang diuji biasanya hanya tertumpu pada satu


aspek sahaja

43

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Ujian hanya akan dijalankan selepas satu-satu kemahiran diajar


kepada murid dalam masa yang tertentu.

Tujuannya adalah untuk menilai sama ada murid telah menguasai


kemahiran tersebut.

Untuk menentukan penguasaan, guru biasanya akan menetapkan


kriteria pencapaian, iaitu jawapan yang diberikan tepat mengatasi
tahap peratus (%) yang ditentukan oleh guru. Contoh, 70 peratus
hingga 80 peratus.
Contoh : Menguji kebolehan membaca KVKV

Selepas membaca perkataan KVKV selama 3 minggu guru menguji


sama ada murid telah menguasai kemahiran yang telah diajar dalam
tempoh berkenaan.

Guru akan menyediakan sepuluh perkataan KVKV yang pernah diajar


untuk menguji murid.

Dalam borang catatan, guru menulis apabila didedahkan kepada 10


patah perkataan KVKV yang pernah diajar, murid dapat membaca
dengan tepat tujuh daripada 10 perkataan yang ditunjukkan

Guru mula menguji dengan memberi murid 10 perkataan KVKV dan


murid membaca perkataan.

Kalau murid berjaya membaca tujuh perkataan atau lebih dengan


tepat, guru akan jadikan sebagai bukti bahawa kemahiran telah
dikuasai.

Maka guru bolehlah mengajar kemahiran yang baharu.

44

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Analisis Tugasan

Murid pemulihan apabila diberi sesuatu tugasan, mereka tidak dapat


menyiapkan dengan sempurna. Ini disebabkan sebarang tugasan yang
dilakukan sebenarnya terdiri daripada satu siri kemahiran kecil yang
perlu dilakukan dengan jayanya. Sebelum menguasai tugasan yang
diberikan.

Murid pemulihan mungkin hanya boleh melakukan sebahagian


daripada kemahiran kecil tersebut.

Untuk mengajar murid menjalankan tugasan dengan jayanya,


kemahiran kecil yang masih tidak dapat dilakukan oleh murid perlu
diajar, guru perlu mengenal pasti apakah kemahiran kecil yang
terdapat dalam satu kemahiran dan kemudian membantu murid
menjalankan tugasan tersebut.

Analisis Ralat

Kesilapan yang dibuat oleh murid boleh dijadikan sebagai petunjuk


tentang kemahiran yang masih belum dikuasainya.

Murid akan kerap melakukan kesilapan bagi sesuatu kemahiran yang


masih belum dikuasainya.

Oleh sebab itu, guru harus mengkaji ralat yang terdapat dalam kerja
latihan murid untuk mengenal pasti kemahiran yang harus diajar.

3.5

Tindakan susulan

45

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Hasil penilaian/ujian-ujian yang telah dilaksanakan hendaklah dianalisis


oleh guru. Analisis tersebut akan menjadi penentu sama ada murid-murid
menghadapi masalah yang perlu dibantu dengan segera atau menjadi
panduan kepada guru untuk mengubah suai tindakannya agar sesuatu
yang dilaksanakan memberi kesan positif kepada perkembangan muridmurid.

Bina alatan ujian yang sesuai mengikut aras kognitif murid untuk
mentaksir dan menilai kebolehan membaca dalam kalangan muridmurid pemulihan.

4.0

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB)


4.1

Kepentingan Bahan

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 )


kepentingan BBB bolehlah dirumuskan seperti yang berikut:
a)

BBB menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

b)

Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

c)

Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

d)

Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti


sendiri dalam kalangan pelajar

e)

Dapat membina pemikiran yang berterusan, seperti melalui filem


bergerak.

46

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

f)

Boleh membantu pemahaman dan perkembangan perbendaharaan


kata pelajar.

g)

Boleh memberi pengalaman baharu dan menjadikan pembelajaran


lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242) merumuskan kepentingan BBB seperti


yang berikut:
a)

Memberi rangsangan dan minat murid-muird.

b)

Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan


corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak
diperlukan daripada murid-murid.

c)

Membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan


pembelajaran mereka lebih kekal.

d)

Menyediakan pengalaman baharu yang tidak diperoleh dengan


mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid
lebih mendalam dan beragam.

e)

Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepat perkembangan


perbendaharaan kata.

f)

Ini mendorong murid-murid untuk menyiasat dan dengan demikian


dapat menambahkan lagi bacaan murid-murid.

Sebagai rumusannya, BBB adalah sangat penting kerana dapat:

47

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

a)

Menjimatkan masa

b)

Dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti murid-murid

c)

Menyeronokkan murid-murid.

4.2

Jenis-jenis Bahan

Terdapat beberapa jenis sumber atau alat bantu pengajaran dan


pembelajaran yang boleh digunakan untuk membantu guru dalam proses
pembelajaran. Dalam tugasan ini jenis-jenis sumber pengajaran dan
pembelajaran yang terlibat ialah bahan bercetak, bahan teknologi
maklumat, dan bahan maujud. Semua jenis bahan ini mempunyai ciri-ciri
yang berbeza tetapi akan mencapai hasil yang sama, iaitu untuk
memastikan murid-murid memahami isi-isi pelajaran serta mencapai
objektif pembelajaran.
Menerusi penggunaan bahan-bahan ini, murid-murid akan lebih tertarik
untuk melihat serta mendengar apa yang hendak disampaikan oleh guru
dan secara tidak langsung murid dapat memberikan tumpuan dengan
sepenuhnya kepada guru. Dengan cara ini juga, objektif yang hendak
dicapai akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan dan hasilnya akan
lebih memuaskan serta memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak,
iaitu murid-murid dan guru itu sendiri.
4.2.1 Bahan Maujud
Sumber pengajaran dan pembelajaran bahan maujud adalah merupakan
bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang.
Bahan maujud ini juga adalah nyata yang ada dalam lingkungan alam,
48

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

baik digunakan dalam keadaan hidup ataupun yang sudah diawetkan.


Contoh bahan maujud bukan sahaja tergolong dalam sumber pengajaran
dan pembelajaran sahaja malah kota atau bangunan yang kekal serta
alam persekitaran juga boleh dikatakan sebagai bahan maujud. Manakala
dari segi sumber pengajaran dan pembelajaran pula bahan-bahan yang
mungkin terlibat ialah alat komputer, OHP, alat tulis, dan perkakas sains.
Bahan maujud terbahagi kepada 3 jenis, iaitu realia asli, realia awet, dan
spesimen. Realia asli terbahagi kepada dua, iaitu bahan yang hidup dan
bahan bukan hidup. Bahan yang pertama ialah bahan hidup yang sebenar
dalam dunia realiti dan masih hidup. Contohnya cacing tanah. Manakala
bahan bukan hidup pula ialah seperti jentera ataupun bangunan. Realia
awet pula mestilah berasal daripada benda hidup yang kemudiannya
diawet dan disimpan di dalam bendalir kimia. Jenis bahan maujud yang
ketiga ialah spesimen.
Spesimen ialah sampel atau contoh hidupan yang dapat mewakili
kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri
yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Kebiasaannya
spesimen selalu didapati dalam bentuk bahan awetan. Contoh bahan
hidup

yang

boleh

dijadikan

spesimen

ialah

daun-daun. Aplikasi

penggunaan bahan maujud boleh menggunakan situasi, gambaran atau


kenyataan sebenar. Murid akan didedahkan dengan pengalaman sebenar
di mana melibatkan pengalaman sedia ada mereka dan juga merangsang
penggunaan deria penglihatan, pendengaran, rasa, sentuhan dan baubauan murid-murid.
4.2.2 Pelbagai Media
Bahan cetak

49

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Bahan bercetak boleh didefinisikan sebagai bahan yang mempunyai


tulisan dan wujud secara fizikal. Bahan ini boleh disentuh dan boleh
dibaca secara terus. Ciri penting pada bahan bercetak ialah ianya
mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil daripada tulisan
tangan mana-mana individu.
Bahan bercetak meliputi buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, surat khabar,
kad katalog, kamus, buku teks, dan sebagainya yang dihasilkan secara
bercetak. Bahan bercetak seperti ini banyak disimpan di pusat sumber
atau di perpustakaan ataupun di arkib. Semuanya dihasilkan oleh penulispenulis atau pereka-pereka yang mahir dan terkenal dalam bidang
masing-masing.
Sumber pengajaran dan pembelajaran ini telah digunakan secara meluas
oleh guru-guru di sekolah sejak beberapa lama kerana kelebihan yang
terdapat pada bahan ini. Bahan ini murah dan senang didapati di manamana. Selain itu, bahan ini kekal dan mudah dirujuk pada bila-bila masa.
Kelebihannya yang lain ialah mudah alih dan mudah diakses yang
menyebabkan menjadi sumber pengajaran dan pembelajaran yang
terkenal dan selalu digunakan.
Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan yang ada pada bahan
bercetak ini. Kebiasaaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk
buku yang tebal contohnya buku teks. Jadi sukar untuk dibawa kerana
berat juga sukar disunting dan akan menjadi masalah apabila berlakunya
peredaran zaman. Isi kandungan buku tersebut menjadi ketinggalan dan
tidak terkini. Ini kerana buku-buku selalunya perlu disunting terlebih
dahulu kemudian dicetak seterusnya diedar dan mengambil masa yang
agak lama untuk mengikut peredaran zaman.

4.2.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi


50

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Bahan

teknologi

maklumat

merupakan

sumber

pengajaran

dan

pembelajaran yang semestinya mendapat perhatian daripada muridmurid. Teknologi Maklumat (Information Technology) ataupun IT adalah
teknologi dunia yang terkini dan dapat memberi banyak manfaat jika
digunakan secara betul. Penggunaan sumber ini perlulah dikendalikan
oleh guru yang berkemahiran kerana pengguanaan IT secara terancang
dan

bersesuaian

dapat

meningkatkan

kecekapan

proses

dan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran itu.


Bagi guru yang menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran ini,
mereka boleh menggunakan portal pendidikan, internet dan intranet,
rangkaian LAN dan akhir sekali ialah multimedia. Komputer adalah alat
atau bahan utama yang perlu digunakan oleh guru untuk menyampaikan
isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini,
guru-guru sudah mempunyai kemudahan kerana terdapat perisianperisian yang percuma disediakan oleh kerajaan. Kandungan perisian
tersebut bertepatan dengan sukatan pelajaran yang sedia ada. Banyak
kelebihan bahan ini jika digunakan dengan betul. Oleh itu, guru perlu
selalu memantau pergerakan murid-murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran sedang berlangsung.
Kelebihan bahan ini ialah murid-murid mudah faham kerana mereka akan
tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini. Selain itu, murid-murid
mudah untuk mengulang kaji apa yang telah dipelajari dan guru juga
mudah untuk membuat suntingan sekiranya guru mendapati terdapat
perubahan yang perlu dibuat. Secara keseluruhannya, penggunaan bahan
teknologi

maklumat

ini

adalah

banyak

kelebihannya

berbanding

kelemahan yang ada dan dengan bimbingan daripada guru. Walau


bagaimanapun tidak dinafikan kelemahan yang mungkin timbul tetapi

51

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

dapat diatasi dengan mudah sekiranya pengisian yang menarik daripada


guru dihasilkan.

4.3

Ciri-ciri Bahan
4.3.1 Kesesuaian
a.
b.

Sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak


Saiz bahan bantu belajar yang direka adalah sesuai digunakan di

c.
d.
e.

dalam bilik darjah untuk kelihatan semua murid.


Sesuai dengan isi pelajaran murid-murid
Harus membawa manfaat kepada guru dan murid-murid.
Sesuai dari segi tajuk, bahasa, kandungan dan pengalaman muridmurid.

f.

sesuai dengan keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah, seperti


sama ada elektrik, plug, dapat digelapkan, dan sebagainya.

52

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

g.

selamat digunakan oleh murid-murid supaya tidak mendatangkan


sebarang kemalangan yang tidak diingini.

4.3.2 Pelbagai Kegunaan


a.

Ini dapat menjimatkan tenaga, kos, masa atau sebagainya dalam


pengajaran dan pembelajaran.

b.

Contoh: Guru dapat menyimpan semua bahan pengajaran dalam


komputer dan ini menjimatkan tenaga dan kos yang diperlukan
untuk menyediakan BBB.

c.

Boleh digunakan dalam beberapa subjek. Contohnya, Bahasa

d.

Melayu dengan Matematik.


Boleh digunakan oleh murid-murid pada bila-bila masa bagi
mengkukuhkan ilmu mereka.

4.3.3 Mudah Alih


a.

Senang dibawa, difahami, dan dimudah alih oleh guru mahupun


murid-murid. Ini memberi peluang kepada murid belajar dengan

b.
c.

lebih berkesan.
Menyenangkan guru untuk menyimpan.
Senang digunakan semasa di dalam bilik darjah.

53

PKP3107 KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1

Sediakan satu contoh Rancangan Pembelajaran Harian untuk


mengajar membaca bagi murid-murid pemulihan. Bina Bahan Bantu
Belajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang
dirancangkan. Senaraikan kekuatan dan kelemahan Bahan Bantu
Belajar yang telah digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

54

You might also like