You are on page 1of 2

EKSPRESI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK

TZ40103


1



ARTIKEL REVIU
Tajuk J urnal: Developing Creative Writing Skills In Early Childhood: A
Case Study From Pakistan

Tujuan Kajian
Kajian dijalankan di sebuah sekolah di Pakistan di mana ia bertujuan
untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menghasilkan sebuah
penulisan secara kreatif melalui idea-idea dan pemikiran kreatif. Penulisan
kanak-kanak ini hanya didedahkan kepada cara menyalin cerita dari papan
hitam atau buku teks. Malah, sekolah berkenaan mendakwa kanak-kanak
menulis hanya mengenai topik-topik yang dipilih oleh guru-guru. Guru pula
bertindak sebagai pencetus idea dan memberikan kata kunci kepada kanak-
kanak untuk menulis dan menghasilkan karya mereka. Menurut De Bono
(Curtis, 1998), kanak-kanak boleh menjadi seorang pencetus idea cemerlang
memandangkan mereka selalu menggunakan pemikiran mereka dan ini
membantu mereka membangunkan lagi keupayaan tahap pemikiran jika
mereka diberi peluang untuk menghasilkan sebuah penulisan mereka sendiri.

Metodologi Kajian
Kajian kes ini menggunakan kaedah kualitatif untuk melihat bagaimana
guru mengajar kanak-kanak ini menulis secara kreatif dalam kelas ECD (Early
Childhood Development). Data dikumpul di dalam bilik darjah melalui
pemerhatian dan temubual. Data juga diperoleh daripada analisis dokumen
yang merangkumi rancangan pengajaran mingguan dan harian, serta hasil
penulisan murid yang berlaku di dalam situasi bilik darjah yang sebenar.
Terdapat dua kumpulan yang terlibat dengan kajian kes ini. Kumpulan
pertama adalah guru yang berpengalaman mengajar selama 3 hingga 5 tahun
dan empat orang murid yang berrumur 7 hingga 8 tahun. Kumpulan kedua
ialah terdiri daripada Guru Besar sekolah, koordinator bahasa dan murid-
murid yang berada di bilik darjah yang terlibat dengan kajian ini.

Kesignifikan Dapatan
Terdapat 5 hasil dapatan yang dapat dilihat dalam kajian ini. Pertama
ialah Persepsi Guru terhadap Penulisan Secara Kreatif. Guru tidak akan
TZ40103
EKSPRESI DAN KREATIVITI KANAK-KANAK

2



dapat mengesan murid sebagai pemikir kreatif kerana guru banyak bertindak
sebagai pencetus idea kepada penulisan murid. Pemikiran kreatif kanak-
kanak hanya muncul apabila mereka disediakan dengan jalan cerita dan
beberapa idea oleh guru. Kedua ialah Pemahaman Guru Dalam Proses
Penulisan. Guru menganggap proses penulisan sebagai langkah-langkah
untuk menyampaikan pelajaran dan sukar baginya untuk menjalankan proses
penulisan..Ketiga ialah Latihan Penulisan Kreatif. Bagi guru, kriteria untuk
menyemak penulisan kreatif adalah dengan memeriksa ejaan, tatabahasa
dan tulisan yang kemas. Amalan penilaian yang sedia ada akan mendorong
kekaburan dalam naluri kreatif kanak-kanak. Keempat ialah Kesan
Bilingualisme di mana guru banyak menggunakan bahasa pengantar utama
iaitu Bahasa Urdu semasa memberi arahan kepada murid. Kelima ialah
Pengalaman Murid Dalam Penulisan Kreatif. Jawapan kanak-kanak
menunjukkan bahawa walaupun mereka memenuhi jangkaan guru, hasrat
mereka untuk menyatakan pandangan mereka masih angan angan. Mereka
fasih menyatakan pandangan mereka , perasaan dan pengalaman melakukan
penulisan kreatif dalam kelas itu.

Kesimpulan Kajian
Guru perlu membangunkan pemahaman yang berkongsi tentang
penulisan kreatif. Malah, guru perlu kurangkan penekanan terhadap
kekemasan dan tanda baca penulisan. Bilingualisme dan kaedah terjemahan
tidak patut dikelirukan kerana jika kanak-kanak memikirkan kaedah bahasa,
mereka akan terus membuat banyak kesilapan tatabahasa. Guru harus
menyokong usaha kanak-kanak untuk mempelajari bahasa kedua dengan
membenarkan dan memudahkan mereka untuk meluahkan idea mereka
dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, apa yang diperlukan di sini adalah
perubahan dalam peranan guru iaitu dari pengawal untuk fasilitator, yang
menyediakan jalan untuk kanak-kanak, apabila mereka mengalami kesukaran
secara bertulis. Guru perlu menyediakan kanak-kanak ruang untuk membina
potensi mereka dan mengamalkan penulisan kreatif dengan selesa. Dengan
cara ini, kanak-kanak dapat melakukan kemahiran menulis secara kreatif
tanpa bimbingan guru pada masa akan datang.

You might also like