You are on page 1of 2

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH (EK01003)

1.O PENGENALAN
Unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Ulu Kukut, Kota
Belud telah
ditubuhkan pada tahun 2010. Walaupun sekolah ini sudah lama bertapak
iaitu pada tahun 2000, namun oleh kerana kekurangan guru serta murid
maka ianya hanya dapat ditubuhkan selepas sekolah ini menerima lebih
ramai murid disertai dengan kehadiran guru-guru baharu.
Objektif

penubuhan

Unit

Beruniform

Pengakap

adalah

untuk

melahirkan generasi yang positif sahsiah serta berdisipin tinggi. Bukan itu
sahaja, dengan berpengakap murid-murid dapat belajar untuk berdikari
tanpa bergantung harap pada ahli keluarga terutamanya ibu bapa
mereka. Oleh yang demikian, seramai 25 orang murid sahaja menyertai
Unit Pengakap di sekolah ini memandangkan sekolah ini berstatus Sekolah
Kurang Murid (SKM).
Murid-murid yang menyertai unit beruniform ini adalah dari
kalangan murid Tahun 3 sehingga Tahun 6 sahaja.

Guru yang

bertanggungjawab menubuhkan unit Pengakap di sekolah ini adalah Encik


Kumin Madaya yang juga merupakan Guru Penolong Kanan 1. Beliau
adalah salah seorang guru yang telah lama mengajar di sekolah ini.
Kemudian

guru-guru

penasihat

Pengakapdi

sekolah

ini

semakin

bertambah sehingga akhirnya semua guru terlibat di dalam unit ini.


Alasan bagi melibatkan keseluruhan guru di dalam unit berunifrm ini
adalah jumlah guru yang sesuai dengan bilangan ahli Pengakap sekolah
ini.
Masa perjumpaan Unit Beruniform Pengakap ini ialah bermula 2.00
hingga 4.00 petang, iaitu pada setiap hari Rabu. Ia dijalankan sebanyak 2
kali dalam sebulan, untuk 12 kali dalam setahun. Menurut Ketua Penasihat
Pengakap sekolah ini iaitu Encik Kumin Madaya, perjumpaan kali pertama
telah diadakan seawal bulan Februari dan telah berakhir pada awal bulan
September.

LAPORAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN KOKURIKULUM SEKOLAH (EK01003)

2.0 LATAR BELAKANG PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH


Unit Beruniform Pengakap Sekolah Kebangsaan Ulu Kukut, Kota
Belud telah menganjurkan satu perkhemahan Pengakap untuk semua ahli
Pengakap

Kanak-kanak

SK

Ulu

Kukut.

Untuk

rekod,

ini

adalah

perkhemahan kali kedua yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah bagi
meningkatkan

tahap

kemahiran

kanak-kanak

dalam

berpengakap.

Perkhemahan Pengakap kali pertama telah diadakan pada tahun 2013.


Perkhemahan ini telah diadakan pada 30 Oktober hingga 02
November 2014, bersamaan dengan hari Jumaat sehingga hari Ahad.
Tapak perkhemahan adalah di padang sekolah, manakala untuk aktivitiaktiviti berpengakap dijalankan di dalam kelas Tahun 1, Tahun 6 dan tapak
perhimpunan. Terdapat
Seramai 32 orang murid telah menyertai perkhemahan ini iaitu 22
lelaki dan 10 perempuan. Mereka terdiri daripada linkungan usia 10
hingga 12 tahun. Kesemua murid yang menyertai perkhemahan ini adalah
dari kalangan murid-murid SK Ulu Kukut sendiri. Pihak penganjur telah
menjemput 8 orang Pemimpin Pengakap termasuk seorang Pesuruhjaya
Pengakap Daerah Tempasuk untuk mengendalikan dan menjalankan
kesemua aktiviti perkhemahan ini. Kesemua Pemimpin Pengakap ini
adalah pemimpin yang berpengalaman dengan aktiviti perkhemahan
Pengakap ini.

LAPORAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

You might also like