You are on page 1of 3

Pengenalan ringkas Umar bin al-Khattab

Nama: Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza


Tarikh Lahir: 584 Masihi
Tempat lahir: Kota Makkah
Keturunan: Bani Ady, Quraisy
Usia ketika memeluk islam: 33 tahun
Tarikh menjadi khalifah: 23 Ogos 634 Masihi bersamaan 13 Hijrah
Tempoh memerintah: 10 tahun 6 bulan
Tarikh kewafatan: Tahun 23 Hijrah, dibunuh oleh Abu Lukluk (seorang hamba berbangsa
parsi) ketika berusia 63 tahun.
Gelaran: Al-Faruq (pemisah antara yang hak dengan yang batil)

Pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar Al-Khattab
Pentadbiran
Meluaskan wilayah pentadbiran
Baginda Berjaya menakluki sebuah kawasan yang luas meliputi wilayah-wilayah Iraq, Syiria,
dan Mesir sehinggakan beliau terpaksa menghadapi masalah pentadbiran wilayah yang
ditakluki dari politik, sosial, dan ekonomi. Pada zaman beliau, Baitulmuqaddis dan Damsyik
dapat dikuasai oleh tentera islam.
Pembentukan majlis Syura
Mengemaskini Majlis Syura yang merupakan satu badan yang amat penting dan menjadi asas
dalam pentadbiran negara islam.
Pembahagian pentadbiran wilayah
Beliau membahagikan wilayah-wilayah kepada beberapa bahagian untuk mengatasi masalah
pentadbiran wilayah yang bertambah luas.
Pembaharuan dalam undang-undang pentadbiran tanah
Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera islam dibahagi kepada 2 jenis:
(i)Tanah Dhimmah-tanah bertuan ditadbir oleh pemilik asal
(ii)Tanah Sawafi-tanah yangtidak bertuan dan ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah
yang dilantik daripada golongan ahli al-Ayyam, iaitu golongan peneroka.
Tanah-tanah ini tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan perpecahan.
Tentera atau umat Islam tidak dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara jajahan
melainkan melalui pembelian.
Pembaharuan dalam pentadbiran ketenteraan
Memberi gaji kepada para tentera. Tentera dibahagi kepada 2 kumpulan, iaitu tentera
tetap dan tentera simpanan. Beliau menubuhkan Diwan al-Jund(Diwan ketenteraan) yang
berfungsi untuk membanci dan merekodkan nama-nama anggota tentera dan membeli
pakaian-pakaian seragam serta membiayai pembelian senjata.
Pembaharuan bidang kehakiman
Memisahkan kuasa kehakiman daripada kuasa pentadbiran dalam negara.
Mengasaskan undang-undang Hisbah iaitu undang-undang yangn berkaitan dengan urusan di
pasar-pasar.

Sosial
Memperbaharui taraf golongan hamba
(a) Satu perubahan telah diadakan bagi menjaga kepentingan sosial, taraf, dan kedudukan
golongan hamba dalam masyarakat
(b) Hanya orang yang terlibat dalam menentang Islam sahaja akan dijadikan hamba.
(c) Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuan-tuannyadalam hal-hal tertentu.
Menggalakkan kegiatan keilmuan
(a) Langkah telah diambil untuk mengembangkan pelajaran al-Quran Guru-guru disediakan
dengan secukupnya dan dihantar ke merata rata tempat untuk tujuan ini dengan
tawaran gaji yang lumayan.
(b) Sekolah-sekolah telah ditubuhkan di masjid-masjid untuk mengajar pelajaran al-Quran
di wilayah-wilayah.
(c) Umat Islam juga diwajibkan menghafaz surah-surah tertentu dalam al-Quran dan
golongan yang menghafaz seluruh isi al-Quran diberi ganjaran.
Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan
(a) Memulakan sistem kalendar Islam dengan menggunakan tahun Hijrah yang digunakan
sehingga kini.
(b) Menubuhkan penjara di Tanah Arab dan wilayah-wilayah lain.
(c) Memperkenalkan hokum buang daerah kepada mereka ynag didapati terlibat dalam
minuman keras.
(d) Membangunkan kota-kota baru seperti Basrah, Kufah, Fustat, dan Mausil.
(e) Membina banyak masjid dan membina pejabat-pejabat Baitulmal
(f) Pasukan polis diperkenalkan yang digelar Andath.
(g) Membina jalan raya dan jambatan.
Ekonomi
Penubuhan Baitulmal
Mengemaskini Baitulmal sebagai sebuah institusi kewangan umat islam.
Memajukan sector ekonomi pertanian
-Penerokaan kawasan-kawasan baru untuk dijadikan tanah pertanian
-Membina terusan dan saliran air ke kawasan-kawasan pertanian.
-Sistem pungutan cukai juga diubah. Cukai akan dikenakan mengikut jenis tanaman dan
kesuburan tanah, cukai yang membebankan golongan petani juga dipertimbangkan semula
dan peraturan-peraturan yang tidak adil dan menyusahkan dihapuskan.
-Membina rumah persinggahan bagi para musafir yang terkandas dalam perjalanan
-Memperkenalkan mata wang sendiri bagi negar islam.

You might also like