You are on page 1of 1

Peraturan-peraturan keselamatan dan langkah berjaga-jaga di dalam

makmal
I. Anda cuma boleh masuk ke dalam makmal sains hanya dengan kebenaran
guru sahaja.
II. Anda tidak boleh membawa masuk makanan dan minuman ke dalam makmal
sains.
III. Anda tidak dibenarkan untuk masuk ke bilik persediaan dan stor.
IV. Anda tidak boleh membawa alat radas atau bahan kimia keluar dari makmal.
V. Anda cuma boleh menggunakan alat radas dan bahan kimia hanya dengan
kebenaran guru sahaja.
VI. Semua alat radas dan bahan-bahan kimia yang digunakan mestilah mengikut
seperti apa yang diarahkan oleh guru anda sahaja.
VII. Bahan-bahan mestilah dikendalikan dengan betul.
VIII. Anda tidak boleh merasa apa-apa bahan kimia kecuali guru anda meminta
untuk berbuat demikian.
IX. Anda mesti sentiasa memeriksa label pada botol untuk memastikan bahawa
anda menggunakan bahan kimia yang betul.
X. Jika berlaku keadaan bahan kimia secara tidak sengaja termasuk kedalam
mulut anda hendaklah meludah keluar bahan tersebut dan basuh mulut
anda dengan air bersih berulang kali.
XI. Jika bahan kimia terkena pada kulit atau pakaian anda basuh dengan
menggunakan air.
XII. Anda hendaklah melaporkan semua kemalangan dan kecederaan !contoh"
seperti luka atau terbakar# kepada guru anda dengan segera.
XIII. Anda tidak boleh bermain atau bergurau di dalam makmal.
XIV. Anda tidak boleh bermain dengan alat radas dan bahan kimia.

You might also like