You are on page 1of 3

Kertas Kerja Menceriakan Koridor Sekolah 2014

Kertas Kerja
Menceriakan Koridor Sekolah
SK Siputeh, Padang Sera, Kedah.
1.0 Pendahuluan
Bagi melaksanakan salah satu projek intership di sekolah ini, kami guru praktikum IPG
Kampus Perlis ingin menjalankan aktiviti menceriakan koridor Sekolah Kebangsaan Siputeh.
Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menggalakkan murid mrmbaca sepanjang
berjalan di koridor sekolah. Selain itu ia juga membantu untuk menceriakan kawasan sekolah.

2.0 Objektif
2.1 Memenuhi kehendak IPG yang menghendaki guru praktikum mengendalikan
program-program di sekolah.
2.2 Melatih murid-murid untuk mempraktikkan amalan membaca dalam kehidupan
seharian.
2.3 Meningkatkan keceriaan kawasan sekolah.

3.0 Matlamat
3.1 Menanam sifat minat membaca dalam kalangan murid sekolah seterusnya
meningkatkan lagi keceriaan dalam kawasan sekolah.

4.0 Sasaran
Semua warga Sekolah Kebangsaan Siputeh.



Kertas Kerja Menceriakan Koridor Sekolah 2014

5.0 Pelaksanaan
5.1 Tarikh : 13 Julai 7 Ogos 2014
5.2 Masa : Sepanjang 3 minggu
5.3. Tempat : Koridor utama
5.4 Aktiviti :
Pada 13 Julai 2014, guru praktikum akan memulakan aktiviti menghias koridor utama
sekolah dengan menggantungkan kata-kata hikmah di sepanjang koridor utama sekolah.

6.0 Kos
Perbelanjaan
Kertas laminate : RM 40
Kertas warna : RM 8
Gelung besi : RM 15
Dawai besi : RM 7
JUMLAH : RM 70










Kertas Kerja Menceriakan Koridor Sekolah 2014

7.0 Penutup
Kejayaan pelaksanaan aktiviti menceriakan koridor sekolah ini bergantung kepada
kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada seluruh warga SK Siputeh terutama guru dan
murid. Melalui program ini, diharapkan sifat minat membaca dapat disemai di dalam diri
warga sekolah.
Semoga usaha murni ini mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada
semua pihak untuk memastikan kejayaan program ini.





Disediakan oleh,

......................................
(NARERMON QETKEAW)
Disahkan oleh,

......................................
(HARISON BINTI MOHD SALLEH)
Guru Besar,
SK Siputeh, Padang Sera.
Disemak oleh,

.............................................
(NORHAIZI BT MAT)
Mentor Program Internship,
SK Siputeh, Padang Sera.
Disediakan oleh,

......................................
(PARIMALA A/P KUMARAN)

You might also like