You are on page 1of 9

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

Nama Pelajar : Parimala A/P Kumaran


Narermon Qetkeaw
Program : 8 PISMP Pengajian Sosial / P.Jasmani / B.Melayu
( Ambilan Januari 2011 )
Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Siputeh
Nama Projek/Aktiviti : Keceriaan Koridor Sekolah
Tempoh Pelaksanaan : 13 Julai hingga 7 Ogos 2014

Objektif:
1. Memenuhi kehendak IPG yang menghendaki guru praktikum
mengendalikan program-program di sekolah.
2. Mendedahkan diri murid-murid dengan tokoh-tokoh negara.
3. Melatih murid-murid untuk mempraktikkan amalan membaca dalam
kehidupan seharian.
4. Meningkatkan keceriaan kawasan sekolah.
5. Memberi peluang kepada guru pelatih menunjukkan usaha pemupukan
ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme
keguruan secara berterusan.
6. Memperkukuh hubungan kerjasama antara guru pelatih dengan pihak
sekolah sebagai persediaan di alam pekerjaan yang sebenar.





Strategi Pelaksanaan:
a. Perancangan
Projek keceriaan koridor sekolah dilaksanakan adalah untuk memastikan
koridor sekolah yang merupakan laluan utama murid-murid kelihatan ceria,
cantik dan menarik. Pelaksanaan projek ini dijalankan sepanjang tempoh empat
minggu guru pelatih menjalani internship di Sekolah Kebangsaan Siputeh.
Strategi pelaksanaannya adalah mengikut minggu, iaitu:


Bil. Tarikh/Minggu Aktiviti


1.


13-17 Julai 2014
(Minggu 1)
Perbincangan bersama Guru Besar, Sekolah
Kebangsaan Siputeh.
Perbincangan bersama Puan Norhaizi Binti Mat
selaku guru penasihat projek.


2.

20-24 Julai 2013
(Minggu 2)
Memastikan koridor sekolah yang akan dihias
dengan nama-nama Yang Dipertuan Agong
dan tokoh-tokoh kemerdekaan.



3.



27-31 Julai 2013
(Minggu 3)
Mengenalpasti bahan-bahan yang akan
digunakan.
(kertas warna, reben, kertas laminate)
Menyediakan kad nama yang akan digantung
pada tiang di sepanjang koridor sekolah yang
terpilih.
Membersihkan kawasan koridor sekolah.

4.
3-7 Ogos 2014
(Minggu 4)
Menggantung kad nama tokoh-tokoh pada
tiang di sepanjang koridor sekolah.

b. Sebelum pelaksanaan
Sebelum projek ini dilaksanakan, kami telah membuat pembahagian tugas
terlebih dahulu bagi memastikan segala perancangan dapat dijalankan dengan
lancar. Pembahagian tugas ini juga secara tidak langsung membolehkan setiap
guru pelatih mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Jadual di
bawah menunjukkan peranan dan tanggunggjawab setiap guru pelatih dalam
melaksanakan projek ini.
BIL. GURU PELATIH BIDANG TUGAS

1. Parimala a/p Kumaran Pengerusi projek
Memantau perjalanan projek
Membuat perancangan projek
Menghias koridor sekolah
Mengutip, menyimpan dan
membuat penyata kewangan
projek
2. Naremon Qetkeaw Setiausaha projek
Membuat kertas kerja projek
Jurugambar dan dokumentasi
projek
Menghias koridor sekolah






Refleksi:
Kekuatan Projek/Aktiviti
Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan
mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga
sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi
meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang
dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.
Usaha untuk mewujudkan suatu iklim yang sihat amat penting dalam
membina sekolah yang berkesan. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981)
mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana
keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan
pembelajaran yang lancar. Sebuah sekolah boleh mengalami iklim positif dan
negatif (Smith, 1995). Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya
dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik,
hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja
yang produktif. Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnya mempunyai
keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur,
malah sering menghadapi konflik dan masalah disiplin (Mok Soon Sang, 2003).
Pelaksanaan projek ini memakan masa selama empat minggu, iaitu
bermula pada 07 Julai hingga 5 Ogos 2014. Sepanjang perlaksanaan projek ini,
kami telah berbincang dengan guru penyelaras projek ini, iaitu Puan Norhaizi
Binti Mat berkaitan kerja-kerja penambahbaikan yang perlu kami jalankan. Puan
Norhaizi merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi kerana beliau
bermurah hati berkongsi maklumat serta tenaga bagi memastikan projek kami
berjalan dengan lancar. Pada masa yang sama, pihak pengurusan sekolah dan
guru-guru Sekolah Kebangsaan Siputeh juga sentiasa memberi sokongan dan
bantuan kepada kami apabila kami menghadapi kekangan-kekangan yang tidak
dapat kami selesaikan. Ini merupakan salah satu kekuatan kami apabila

mempunyai warga sekolah yang sudi membimbing serta menyalurkan
sumbangan tenaga untuk memudahkan lagi proses pelaksanaan projek ini.
Melalui projek keceriaan koridor sekolah, kami telah mendapati murid-
murid yang melalui kawasan koridor dapat mempraktikkan sifat membaca
dimana mereka akan membaca nama-nama tokoh yang digantung sepanjang
koridor tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung telah dapat meningkatkan
ilmu pengetahuan dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Siputeh.
Pada masa yang sama, untuk memastikan projek ini berjaya dilaksanakan
mengikut masa dan objektif yang ditetapkan, kami perlulah merancang dan
melaksana tugas secara sistematik dan teratur. Setiap guru pelatih mempunyai
peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan projek ini berjalan
dengan lancar. Ternyata, kami mempunyai sifat kerjasama dan tanggungjawab
yang tinggi sepanjang melaksanakan projek ini. Dengan adanya pembahagian
tugas yang sistematik dan adil secara tidak langsung membolehkan setiap
tugasan berjaya dilaksanakan.
Kekuatan Projek/Aktiviti
Kelemahan sepanjang pelaksanaan projek ini juga ialah dari aspek masa.
Tempoh masa untuk menyiapkan projek ini ialah sepanjang kami melaksanakan
internship. Walaupun tempoh masa ini agak panjang, namun terdapat beberapa
aspek yang masih belum sempurna. Seperti yang kita sedia maklum, internship
merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan tugas sebenar guru
permulaan. Setiap guru pelatih dikehendaki merancang dan melaksanakan tiga
projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar
bilik darjah. Oleh itu, dalam tempoh sebulan internship, setiap guru pelatih perlu
menyiapkan tiga projek di mana setiap projek tersebut memerlukan komitmen,
perhatian serta tenaga yang sepenuhnya. Justeru, kami tidak berjaya
melaksanakan beberapa perkara dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Tambahan pula, semasa internship ini juga kami perlu mengumpul data untuk

kajian tindakan secara tidak langsung turut membataskan perhatian kami
terhadap projek ini.
Cadangan Penambahbaikan
Berdasarkan kelemahan-kelemahan sepanjang sebulan menjalankan
projek ini, beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan bagi
memastikan projek-projek yang akan datang tidak mengalami masalah yang
sama. Antara cadangan penambahbaikan tersebut ialah dari aspek kesuntukan
masa, guru pelatih haruslah membuat senarai semak tentang tugas-tugas yang
perlu dilakukan dalam tempoh masa tertentu bagi memastikan setiap tugas
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dengan adanya senarai semak ini, guru
pelatih dapat mengenalpasti antara tugas yang telah dilaksanakan dengan tugas
yang belum dilaksanakan. Dengan itu, setiap tugasan yang perlu dilakukan dapat
dilaksanakan dengan sistematik dan dapat disiapkan mengikut tempoh masa
yang telah dirancang.












Kesimpulan
Pelaksanaan projek ini meninggalkan kesan yang positif kepada kami
semua. Bermula dari langkah pertama iaitu memilih tempat yang sesuai dan
perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk kerja-kerja penambahbaikan,
semuanya dilakukan dengan mengambil pandangan daripada semua pihak. Di
samping itu, saya dan rakan-rakan juga berpeluang melibatkan diri dalam projek
keceriaan koridor sekolah dan ini secara tidak langsung memberikan
pengalaman baru kepada kami tentang kriteria-kriteria yang diperlukan untuk
melahirkan suasana sekolah yang positif dan ceria. Segala pengalaman dan ilmu
yang kami perolehi sepanjang menjalankan projek di sekolah ini akan kami
aplikasikan pada masa akan datang. Kesimpulannya, setiap projek yang
dijalankan secara umumnya akan mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang
tersendiri. Setiap kelemahan yang timbul adalah berpunca dari diri kami sendiri
dan dengan itu kami perlulah membuat penambahbaikan untuk projek-projek
yang seterusnya agar kelemahan-kelemahan yang timbul semasa melaksanakan
projek ini dapat diatasi. Oleh itu, saya berharap projek yang telah dijalankan ini
akan memberi kebaikan kepada semua pihak dan diharap saya dan rakan dapat
berusaha memperbaiki setiap kelemahan dan kecacatan yang ada bagi program-
program yang akan datang.



Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_____________________ _______________________
(NARERMON QETKEAW) (NORHAIZI BT MAT)
Setiausaha, Mentor Program Internship,
Projek Keceriaan Koridor Sekolah SK Siputeh, Padang Sera,
SK Siputeh, Padang Sera, Kedah.
Kedah.






















Kawasan koridor yang belum dihias.
Kawasan koridor yang telah dihias dan
digantung dengan kad nama tokoh-tokoh
negara.
Proses menceriakan koridor sekolah tlah
dijalankan untuk mewujud persekitaran
sekolah yang positif.
LAMPIRAN







Kawasan koridor yang dihias dengan kad
nama tokoh negara telah berjaya menarik
perhatian murid untuk membaca info
tersebut.

You might also like